Ahad, 28 Ogos 2011

Persiapan raya di SOGO KL

Salam pembuka bicara..

Hari itu saya ada buat entri suasana shopping di Shah Alam kan? Tapi tak ada gambar jualan gudang bukan. Kali ni nak tunjuk gambar masa jualan gudang dulu.


Suasana shopping di SOGO KL pula. Memang terlampau banyak orang kat sini.


Ramai kan? Saya jadi stress. Tapi memandang Z nak beli juga jeans ikut je la. Hasilnya kami berbuka minum air dulu. Pukul 8 lebih baru cari makan. Kemudian jumpa A&W. Jadilah makan kat situ.


Harga makanan standard fast food la kan? Saya dan Z semuanya RM26. Gambar di atas adalah saki baki yang tak habis makan. he

Salam lebaran. Nak keluar cari barang sikit. da

xoxo.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Resepi: Biskut madu tiga

Salam pembuka bicara..

Hari ini nak share resepi biskut madu tiga pula. Biskut madu tiga yang telah jadi madu empat sebab tak jumpa acuan yang boleh bentuk 3 kelopak. hek


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula pasir
1 cawan kelapa kering
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur kuning
1 cawan marjerin
Serbuk koko
Buah badam

Cara-caranya:
1.  Badam potong panjang-panjang
2.  Tepung, gula, kelapa dan serbuk koko digaul rata
3.  Masukan kuning telur dan gaul
4.  Masukan marjerin dan gaul sebati
5.  Canai adunan 1/2 inci tebal
6. Terap dengan acuan 3 kelopak atau 3 segi ke
7. Hiaskan dengan badam tadi.

Selamat mencuba kalau nak cuba. Resepi kuih raya yang lain klik sini (biskut cornflakes)

xoxo

Khamis, 25 Ogos 2011

Suasana persiapan raya di Shah Alam

Salam pembuka bicara..

Bahang raya dah makin hangat kan? Ahad hari tu saya bershopping di area Shah Alam. Tak ada beli apa pun. Window shopping je banyak.

Mula-mula pergi jualan gudang seperti dalam entri ini. Saya hanya beli 1 blouse dan 2 pasang sandal. Tapi Z beli 3 helai baju jenama Giordano yang bernilai RM 108. Murah (pada saya)! Tak ada gambar. Lupa nak snap sebarang dua.

Selepas itu terus pergi Plaza Alam Sentral. Suasana shopping di Plaza Alam Sentral. (saja tangkap gambar yang kat hujung-hujung)


Hari ni agak ramai mungkin sebab hari ini hari minggu, susah sangat cari parking. Last-last parking dekat parking terbuka sebelah kompleks PKNS. Bayaran RM2 per entry. Itu pun kat luar-luar, kat tepi-tepi jalan penuh dengan kereta juga. Kat kompleks PKNS siap jumpa Zul Yahya lagi. Tinggi orangnya. Tapi tak ada kerja la nak tangkap gambar dengan dia kan?


Saya pergi dengan Z. Kami tak ada beli-belah pun kat sini melainkan saya menukarkan duit raya yang Z bagi untuk tahun ini kepada sesuatu barang. Entri lain baru cerita lah, boleh? Lepas balik je dari window shopping, kami pergi Econsave Kampung Jawa yang baru bukak tu. Sebab Z nak shopping barang sikit. Tapi banyak beli buah-buahan aje dia tuu. Antara hasil shopping dekat Econsave.


Air sunkist, potato chip, tisu dan kotak putih tu saya punya. Barang Z ada kat bawah-bawah. Tak banyak pun saya berhabis. Tapi Z memang banyak la. Siapa yang pernah baca entri saya sebelum ini pasti tahu yang Z ini cerewet dalam bershopping. Shopping kalah perempuan. hek

xoxo

Rabu, 24 Ogos 2011

Resepi: biskut cornflakes

Salam pembuka bicara..


[EDITED]


Memandangkan raya dah dekat, jadi sekarang ni musim sibuk buat kuih raya. Hari ini nak share resepi kuih ini. Kuih ni paling senang nak buat. Dan kuih wajib setiap kali raya.



Straight to point. Resepi biskut cornflakes yang super senang ini ialah:


Bahan-bahan
5 cawan tepung gandum
1 kotak cornflakes
2 cawan tepung kastard
3 cawan buttercup (atau butter lain)
2 cawan gula
esen vanilla
3 biji kuning telur


Cara-caranya
1.  Ayak tepung gandum bersama tepun kastard.
2.  Pukul mentega, kuning telur dan gula sehingga kembang.
3.  Masukkan sedikit esen vanila (dalam 2 sudu teh)
4.  Masukkan tepung sedikit dan sedikit sehingga dapat texture lembut yang sesuai dibuat biskut. Pendek kata habis lah tepung tadi masuk dalam aduan. Hihi
5.  Cornflakes tadi hancurkan. Tak payah halus sangat. Hanya ketuk-ketuk je cornflakes tu.
6.  Masukkan 3/4 kotak cornflakes tadi dalam batter (adunan kuih).
7.  Bulat-bulat kan batter tadi jadi bentuk bulat.
8.  Golek-golek kan batter yang dah bulat tadi atas 1/4 kotak cornflakes.
9.  Lepas tu bakar. Bakar dalam 20 minit je atau sampai dah naik bau.


Hasilnya, jadilah macam gambar kat atas tu. hu


Selamat mencuba pada yang nak mencuba.


xoxo

Selasa, 23 Ogos 2011

Kad raya dari Cik Dila

Salam pembuka bicara..

Jumaat hari itu dapat kad raya dari cik dila. Excited mak, noks.


Dah lama sangat rasanya tak dapat tak dapat kad raya. Masa zaman sekolah rendah je selalu dapat kad raya padahal rumah bukan jauh sangat pun. Ada tu jiran selang berapa buah rumah je. Kalau tak pun member tinggal dekat taman sebelah. Atau member yang tinggal dekat jalan lain. Macam kat Puchong Perdana, ada Jalan Dahlia, Jalan Mawar, Jalan Teratai dan lain-lain. Itu pun siap nak pos bagai.

Tapi feeling dapat kad raya tu memang tak sama dengan dapat wish melalui sms yang hanya forward mesej tu. Kad raya nampak lagi ikhlas kot. Tapi bergantung juga pada individu. Sebenarnya, orang yang hantar sms tu pun ikhlas juga. Tak salah pun. Kes yang sama bila kita wish melalui facebook. Sekarang kan zaman teknologi, ICT katanya, jadi ramai lah yang menggunakannya sebab lagi mudah malah menjimatkan.

Kalau dulu, setem guna setem 20sen pun dah cukup tapi sekarang kena guna setem 60sen. Pernah tanya nak beli setem 20sen, sekali akak tu kata "setem 20sen dah tak ada la dik". Eh, yeke? Setem naik, gaji posmen naik sekali tak? Kesian abang posmen yang bekerja tengah panas tu.

Kad raya yang cik dila bagi ni memang kena dengan jiwa saya sebab ada kartun-kartun. hek. Bukan sebab saya sukakan kartun tapi kad raya kartun-kartun ni macam nostalgia kot. Kembali kan zaman-zaman famous amos kad raya dulu.


Lagi suka, bila dapat kad yang ada macam-macam wish, nanti kita just tick je. Soalan yang tak pernah miss.
Baju raya berapa pasang?
Raya kat mana?
Nanti bagi duit raya banyak-banyak ye
Datanglah rumah
Buat kuih raya tak?

Pantun wajib: Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.

Sebenarnya macam tak tahu nak tulis apa dalam kad raya untuk bagi kamu kamu yang emel kan alamat tu. Ada jugak yang just drop alamat kat komen sebab tak jumpa emel address saya. Emel tu ada kat sidebar sebelah bawah sekali (bawah follower). he

Hari ini puasa yang ke 23. Makna ye ada lagi lebih kurang seminggu je lagi nak raya. Tahun ni kan puasa 29 hari je. Jadi, untuk blogger yang akan saya hantar kad raya tu kena lah tunggu kad dari saya sampai ye. Tapi mungkin lambat sampai sebab kat berita ada kata surat /kad yang dihantar sebelum atau pada 20 Ogos akan dapat sebelum raya. Hari ini dah lepas 20 Ogos dah.

Maaf ye lambat.

p/s: semua gambar kad raya dari kad raya cik dila bagi. he

xoxo

Isnin, 22 Ogos 2011

Akibat shopping tak ingat dunia

Salam pembuka bicara..

Terima kasih untuk semua pandangan dalam entri ini.

Hari ini kaki saya sakit gara-gara bershopping sakan sabtu dan ahad. Jalan macam orang tempang. Nampak sangat jarang exercise. Rasanya saya patut guna kan treadmill yang ada dalam ECG room itu untuk exercise. Stamina sudah tak kuat agaknya.

Adik saya monyok sebab dia ada exam hari ini tapi kena buat kuih raya. Sampai-sampai rumah semalam kena terus tolong dia.

Datang kerja, banyak kerja. Pergerakan berjalan pun terhad, slow macam siput. Semoga cepat-cepat lah rasa sakit ni hilang. Tiba-tiba wujud perasaan serik bershopping.

Oh ya, kad raya dari cik dila. Saya sudah dapat Jumaat hari tu. Alang-alang, saya nak hantar kad raya ni. Siapa-siapa nak kad raya dari saya boleh lah emel nama penuh dan alamat kepada saya. Emel saya ada di tepi sidebar. Tapi kad raya akan sampai lewat lah sebab pos lewat. he


xoxo

Sabtu, 20 Ogos 2011

beli kereta salah, beli rumah pun salah ke?

Salam pembuka bicara..

Entri autopublish.

Almaklum lah, saya kan bershopping hari ini.

Situasi 1: beli kereta




A: kamu, saya nak beli honda civic la.
B: eh, kamu ni tak payah la beli kereta lagi. tak penting pun. kereta saya kan ada?
A: tak kan saya nak pergi kerja guna kereta kamu.
B: motor kamu kan ada.
A: tak kan sampai sudah nak naik motor
B: ala, kamu beli kereta lepas dah ada anak ramai la.
A: ei, kamu ni. kereta kamu tu tak laju.
B: memang la. kamu nak kereta beli mahal-mahal buat apa? harga kereta tak akan naik. baik kamu beli rumah.

Situasi 2: nak beli rumah




A: kamu, tengok rumah ni. ok tak?
B: saya nak corner lot.
A: corner lot la tu. kan dekat dengan taman permainan sekali.
B: corner lot ea?
A: ye la..
B: besar tak rumah nya?
A: besar kot. 20 x bla bla bla
B: ooo...ok. eh, ayah saya kan nak bagi rumah lepas kahwin nanti. kamu tak nak duduk situ ke?
A: rumah tu jauh la.
B: mana ada. ayah kita kerja dekat shah alam elok je ulang alik. kadang-kadang naik motor, kadang-kadang naik kereta.
A: ......

Nak beli kereta kata baik beli rumah. Nak beli rumah. Jadi lain pula.

Si A nak kumpul harta. Si B nak berjimat cermat sangat. Pada si B tak payah terburu-buru nak beli sebab yang ada pun elok lagi. Pada si A, dia tak nak guna barang orang.

Dalam kedua-dua situasi ni, korang rasa apa yang patutnya si A dan si B ni buat?

xoxo

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bercinta dan bernikah

Salam pembuka bicara..

Jika berani bercinta, haruslah berani untuk menikahi. Bernikah menyatukan dua orang yang berkepala batu dalam satu ruang dimana terujinya cinta sebenar-benarnya.

Kalau berani bercinta maknanya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Kena berani menghadapi masalah yang akan datang dan kena ada kekuatan untuk mencari jalan terbaik untuk keluar daripada masalah. Jadi, berkahwin adalah proses pendewasaan.


Berkahwin adalah penyatuan dua manusia yang berlainan anatominya apatah lagi jiwa dan hatinya.

Mesti ada komunikasi antara keduanya, rela mendengar kritikan, ikhlas memaafkan dan meminta dimaafkan, tulus melupakan kesalahan dan berani memberi pendapat. Perlu berjiwa besar untuk menerima apa yang ada dan apa seadanya.

Semoga kita lah yang berani untuk bercinta dan bernikah. Jangan menabur janji, jika tidak ingin menikahi.

p/s: banyak ye keje!!

xoxo

Khamis, 18 Ogos 2011

Spontaneous Thursday

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan entri Wordless Wednesday semalam. APAN, pandai-pandai ye kamu. he.


Saya teringin la nak makan Mc Donald dah berbulan-bulan tak makan Mc Donald ni. Erk, baru 2 bulan tak makan. he. Last makan McD, makan GCB. Itu pun share dengan adik sebab nak cut serving size. Secara tak langsung, cut calories. Tapi sekarang saya sangat inginkan Big Mac.

Aiyo.. bulan-bulan puasa ni macam-macam nak makan.

The nearest McD adalah di Rawang atau Ipoh atau Kuala Selangor. Nasib orang kerja dekat sempadan negeri macam ni la. Kerja dekat Perak tapi tinggal dekat Selangor.

Hopefully, this weekend Z belanja makan McD masa shopping dekat Jalan TAR nanti. Tadah tangan sambil fuh, kiri kanan. Amin.

xoxo

Rabu, 17 Ogos 2011

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

Cuba teka apa yang saya rasa sekarang.


xoxo

Lepas geram, cucuk lah kereta dia

Salam pembuka bicara..

Hari ini, saya bekerja. Orang sakit tak pernah cuti.

Nak cerita pasal seorang lelaki dengan dua orang gadis. Ada seorang lelaki cuba nak buli orang perempuan. Buli ke? erk.

Setiap hari kerja habis pukul 5. Lepas tutup lab, cepat-cepat la nak pergi parking. Balik rumah dapat rehat. Penat kot hadap darah dengan urine je.


Tapi semalam ada satu kesah. Saya dengan collegue dah siap-siap masuk kereta. Kami memang eco-friendly. Suka car pool pergi kerja. Jimat. Baru je nak keluar parking. Sekali tu ada satu kereta ni block kereta saya.


Ingat ok nombor plate kereta cuma satu nombor je saya lupa.

Saya: Eh, apa kes ni? orang dah bagi signal kot nak keluar.
Collegue: Hek eleh, dah la nak ujan ni 

Memang masa ni nak kejar masa, takut hujan nanti collegue saya basah pula nak jalan kaki ke rumah dia lagi. Biasanya, saya turunkan dia nak tepi jalan je.

Lelaki: Kejap kejap nak pergi kedai komputer kejap.
Collegue: Eh, depan kan ada kosong. Mana boleh. Kalau iya pun bagi la kitorang keluar dulu.
Saya hanya geleng-geleng tak boleh.

Nak tahu apa yang dia buat? Dia tetap keluar dari kereta dia. Kami dalam kereta jadi speechless dan pandang antara satu sama lain. Apa kes dia ni? Kalau ia pun, bagi lah kami keluar dulu. Adoyai.

Lepas tu, kereta kami bertembung di traffic light.

Apa lagi ambil kesempatan la cucuk-cucuk abang ni bila traffic dah tukar warna hijau sampai dia bagi laluan kat kita. hek. Abang ni bawa auto la. Tak cool lah lelaki bawa auto. opss...sorry. Tapi pada saya memang tak cool pun lelaki bawa auto sebab saya sendiri pakai manual. wekk. Pada saya ye.

Korang suka pakai manual ke auto?

xoxo

Selasa, 16 Ogos 2011

Shopping raya dalam jualan gudang

Salam pembuka bicara...

Siapa yang belum shopping raya? Saya belum. Tapi baju raya dah ada. erk.. belum shopping tapi dah ada baju raya. Faham ke? Buat-buat faham la ye.

Weekend ini baru plan nak bershopping ke Jalan TAR dan SOGO (Ini sebab member dari Taiping nak turun KL. Kasi teman sama dia). Kebetulan ada jualan gudang sekarang ini, jadi harus terjah. Selepas frust tak sempat pergi jualan gudang LENO. Ingatkan sampai hujung bulan rupanya 4 hari je. huaa... Nanges sebab tak dapat usha sandal cantik walaupun tahu saiz saya mesti tak ada. Pesanan ikhlas untuk semua penjual kasut dan sandal, sila lah jual saiz 5 tu banyak-banyak. Ini asal berkenan je tak ada saiz.

Ok. Melalut.

Sekarang ini ada jualan gudang dekat Dewan MBSA Seksyen 19 sampai hujung bulan ini. Saya nak pergi tapi tak tahu sama ada nak beli ke tak? Mungkin tengok orang lain yang beli. Saya memang suka macam tu. Suka window shopping. Sebab tu kalau keluar dengan Z, dia saja yang shopping sakan. Saya tolong tengok sambil pilih je.


Maklumat lanjut klik sini.

Nak pergi Dewan MBSA Seksyen 19 ni senang je. Tapi saya yakin mesti barang lelaki lagi banyak dari barang perempuan.

Jom shopping.

xoxo

Isnin, 15 Ogos 2011

Ballinese chicken di Kenny Rogers

Salam pembuka bicara..

Saya memang selalu terkedek-kedek untuk update.

Puasa ketiga hari itu, saya ada training di Glenmarie. Maka, saya mengambil kesempatan yang ada untuk berbuka puasa dengan Z. hiks. First time berbuka dengan beliau. Suka.

Nak tahu kami berbuka di mana? Kenny rogers lagi sekali. Tiap kali pun kenny rogers. Sebab apa? Sebab rasanya dalam banyak-banyak fast food, kenny rogers lah antara yang dapat memberi kepuasan maksimum. Sebenarnya nak makan di Rasamas tapi Z parking kereta dalam Subang Parade. Malas nak menapak ke Carrefour sebelah tu.

Menu kami? 1/4 chicken meal lah. Tapi kami try new menu iaitu Ballinese Chicken. Memang thumb up. Terhad untuk bulan ini sahaja. Gambar set meal tak ada sebab excited nak buka puasa.

Yang ada cuma muffin coklat ini, hek


Dan air semestinya. Triple passion (my favourite) dan Iced chocolate.



Kami bukan pergi berdua sahaja. Kami ditemani dengan 2 orang rakan saya.


Menu special bulan ini di Kenny Rogers memang sangat sedap. Betul-betul memenuhi citarasa saya. Ada rasa pedas-pedas sikit dan berempah. Kalau pedas lagi mesti lagi sedap. Total lost untuk 4 orang adalah


xoxo

Ahad, 14 Ogos 2011

Surat untuk nuffnang

Salam pembuka bicara..

Dengan segala hormatnya, tajuk di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa saya, dhiera (nama samaran) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada nuffnang kerana menghadiahkan 2 lagi buffered earning (BE) kepada saya setelah saya mengalami sedikit kekecewaan di atas berakhirnya 1 BE minggu lepas. Keterangan lanjut merujuk kepada entri ini.


Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Standard Charted Liverpool dan Iskandar Malaysia (apa ea ini?) diatas kepercayaan ini. Tidak lupa juga kepada Maxis yang masih berlegar-legar di blog ini dalam tempoh yang lama. Saya akan menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin. Insyaallah. Walaupun, saya tidak diberi bonus dan saya juga tidak diberi increment setelah genap satu tahun berkhidmat di tempat kerja saya ini (nama dirahsiakan) tapi saya bersyukur kerana nuffnang masih menghargai blog picisan ini. Terima kasih.

Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak nuffnang diucapkan terima kasih sekali lagi.

Sekian.

dhiera (nama samaran)

********************************************

Ada sesiapa nak offer saya kerja? Z yang baru tukar tempat kerja di kilang baru tak sampai 6 bulan sudah 4 kali naik gaji. Saya sangat jeles dengan dia. Arghhhhh. 

Bos saya lebih mementingkan keuntungan untuk dia sahaja. Kurang memikirkan kebajikan pekerja walaupun saya berkhidmat dengan masyarakat. Adik saya kata saya adalah nutritionist miskin sebab gaji saya yang .... (malas nak cakap). 

Tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya dengan hasil pendapatan bekerja disini, saya masih mampu membayar ansuran kereta, insuran, bagi mak, simpanan, bayar bil telefon, bayar PTPTN dan lain-lain. Alhamdulillah. Tapi jika diberi peluang yang lebih baik disamping dapat memajukan diri sendiri, saya pasti akan berubah arah. Jika tidak, saya akan berhenti kerja bila sudah kahwin. Berbaloikah degree itu?! 

xoxo

Sabtu, 13 Ogos 2011

Sabtu sabtu

Salam pembuka bicara..

Tak sempat nak berblog ini hari. Busy sangat. Banyak kerja dan sekarang baru sampai rumah~ Tapi nenek saya sudah ajak keluar beli barang. Mak pula tanya "kakak tak nak pergi tesco ke?"

Yang saya tahu sekarang adalah


Hujan hujan sedap tidur. erk

xoxo

Jumaat, 12 Ogos 2011

Tazkirah jumaat: Solat terawih dan kumur-kumur boleh ke?

Salam pembuka bicara..

Hari ini banyak appointment tapi sementara patient tak sampai lagi, buka blog. Sorry bos.

Semalam kawan saya post di facebook beliau. Setakat semalam sahaja, ada 2 kes tangan masuk dalam mesin tebu yang dia kena handle di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ok ngeri~ Air tebu? Ada tangan? Kesian dekat mangsa.

Back to the topic. Nak share ini.

dari: blog Kella


dari: blog Kella juga

xoxo

Khamis, 11 Ogos 2011

Jusco black out!

Salam pembuka bicara..

Pernah tak kamu pergi mana-mana shopping complex lepas tu blackout?

Saya ada dua pengalaman.

Mula-mula, masa saya sekolah menengah. Waktu tu saya outing dengan kawan-kawan. Outing halal ke fly dari asrama? Lupalah. Yang pasti masa tu saya di Centre Point Klang. Masa berlegar-legar dengan kawan-kawan, tiba-tiba blackout tapi tak ada la gelap sangat sebab lampu kecemasan menyala tak sampai 5 minit. Boleh lagi nak shopping-shopping barang dalam The Store. Masa ini, Centre Point tak macam sekarang. Sekarang banyak warga asing yang melepak kat sini, dulu ramai student je yang melepak kat sini. Student ponteng sekolah pun ramai lepak kat sini.

Baru-baru ni, saya pergi Jusco Bukit Raja, tiba-tiba black out. Masa ini memang kecoh sebab ramai orang tengah shopping sebab sale. Siap bawa kanak-kanak kecil lagi. Lampu kecemasan dia pun tak banyak. Tak tahu lah tak menyala ke apa. Kedai-kedai banyak yang terus tutup. Takut kena curi barang kat dalam kot.


Please pay at autopay station before collecting your vehicle.

Macam mana nak bayar kalau autopay pun black out jugak. Mood shopping pun dah hilang. Sebenarnya, Z yang nak cari barang pancing dia. Saya pun survey survey peti ais untuk rumah kami nanti. Dah ada jenis model nak beli tapi nak compare harga dengan tempat lain sebelum decide.

Bila mood dah tak ada, apa lagi nak balik lah. Lagipun, kalau keluar dengan Z mesti sampai rumah sebelum pukul 7. Sekali tu, jammed rupanya nak keluar Jusco sebab ramai yang sama-sama keluar.

Sorry ye Jusco, saya tak bayar parking untuk hari itu. hiks

Kamu ada pengalaman tak black out dalam shopping complex?

xoxo

Rabu, 10 Ogos 2011

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

Rabu tanpa kata.





sumber: google

xoxo

Selasa, 9 Ogos 2011

Barakallah

Salam pembuka bicara..

Hari ini dapat undangan majlis perkahwinan rakan semasa saya di Asrama Yayasan Selangor Klang. Dua minggu selepas raya. Saya sangat surprise sampai nak meloncat tapi tuan badan tak balik Malaysia lagi. Masih lagi di Jepun. Beliau belajar di sana.

Tiba-tiba teringat seminggu sebelum puasa, salah seorang sahabat sekolah rendah saya kahwin. Nasib ada facebook. Kalau tak, rasanya saya tak mungkin akan berjumpa dengan rakan-rakan masa sekolah rendah dulu. Lagipun, sekarang saya sudah tidak menetap di Puchong kan. Memang susah sangat lah nak jumpa kawan-kawan ni.


Barakallah untuk pasangan pengantin. Paling mengejutkan, rakan sekolah rendah saya ni berkahwin dengan rakan sekolah rendah saya juga. Sangat surprise sebab saya tak pernah tahu hubungan mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka.

xoxo

Isnin, 8 Ogos 2011

Satu malam bila perempuan keluar bersama

Salam pembuka bicara..

Scary kan dalam kangkung ada lintah even dah masak pun masih lagi tak mati. Nak tahu? klik sini

Sekarang saya dalam plan untuk hang out dengan rakan-rakan di UPM dulu. Kononnya nak buka puasa beramai-ramai sama macam tahun lepas. Kami order makanan dengan satu restoran dan buka puasa beramai-ramai di rumah sewa rakan kami yang sambung master dan PhD di UPM. Kemudian, bersolat terawih bersama-sama. Borak-borak dan kemudian bershopping di Jalan TAR sehingga pagi. Rindu suasana itu. Itu cerita tahun lepas. Rakan yang selalu menjadi imam kepada kami pun sudah berkahwin. Tak tahu siapa yang akan menggantikan beliau.

Bulan lepas kami ada keluar bersama-sama juga. Entri makan-makan itu ada dalam entri ini.

Antara yang join sama masa makan-makan ni

Ikut plan asal selepas makan kami nak berkaroke di Equine tapi tak jadi sebab kami semua kekenyangan. Makanya, kami berboling lah. Tapi saya tak main masa ini sebab tak berapa nak sihat. Sekali sampai je pusat boling ni, kami kena tunggu turn sebab dah full. Kebetulan hari yang sama ada tournament dari company mana tah. Tunggu lah kami di sini sambil bergosip hal kami sendiri. Gosip apa? Gosip pasal pengalaman salah seorang dari rakan saya yang dirompak semasa berada di rumah mentua. Masa ni, Z dah layan mimpi di kerusi urut. Hampeh je.

Gadis-gadis yang fokus bergosip

Lepas asyik gosip-gosip sampai turn kami bermain boling. Semua main kecuali saya dan rakan saya sorang.


Masing-masing nak tunjuk skill sendiri. Z pun sama. Mentang-mentang dia tu jaguh main boling. Tak suka main boling kalau dia ada sebab nanti ada je yang tak betul. Eii.. Boleh tak, saya nak cakap, lain kali main sendiri jangan ajak orang. erk.

Walaupun tak main, saya nak jugak tayang kaki sendiri dengan orang yang main boling ni.


Dan akhir sekali, haruslah Z yang menang. Asyik nak strike je. Mula-mula tu, main macam lemau sebab baru bangun tidur. Last-last, tak nak bagi chance kat orang lain. Tak baik betul. Owh, ya. Nak kenal dengan kawan saya yang selalu jadi imam masa kami solat berjemaah. taraa


Yang perempuan ye, bukan yang lelaki. Lelaki mana boleh masuk hostel perempuan. Lelaki tu husband dia. Dia juga lah yang cerita pengalaman kena rompak tapi dia ni kena rompak pun boleh gaduh mulut dengan perompak tu. Yang kelakar, perompak tu terlupa nak ikat tangan dia sebab dia sarung kepala dengan telekung. Masa itu, perompak ni guna tudung dia untuk ikat tangan suami dia. Polis datang pun lambat sangat. Kasihan sebab cincin tunang dan cincin kahwin dengan rantai dia pun diambil perompak. Masa ini, baru je berapa bulan dorang kahwin. Sampai sekarang kes rompakan tu, sunyi tanpa berita. erm..

xoxo

Ahad, 7 Ogos 2011

Word lots Sunday

Salam pembuka bicara..

Saya mula bosan dengan template yang lama. Dan kini saya kembali kepada template yang lagi simple. Tak ada slide macam dulu. Simple is me. Sedang berkira-kira mahu atau tidak meletakkan header. Mungkin buat kali kedua blog ini akan mempunyai header. Dulu-dulu, masa mula berblog, blog ini memang ada header tapi sejak aktif semula berblog, saya malas nak letak header. Tak tahu kenapa.

Tapi saya masih mengekalkan warna putih. Saya suka color putih. hiks

Any comment just drop pada kotak komen ye.

Dah lama tak jenguk nuffnang. Sekali tengok ada 1 BE yang menjadi ME. Sekarang tinggal 1 sahaja BE yang sedang berlegar-legar di blog saya. Rajin-rajin lah tekan, boleh tolong saya kumpul duit untuk kehidupan selepas kahwin. hiks.


Hopefully, iklan Maxis NYC Music itu akan kekal lama dalam blog ini. Blog picisan macam blog ini, mana lah nak dapat BE banyak-banyak. Sekurang-kurangnya yang satu itu diharap akan kekal berlegar.

Owh, ya. Saya ada watermark yang baru. Mungkin yang sama juga saya akan guna untuk header nanti. Gigih ni saya buat sendiri. Tak pernah, tak pernah saya serajin ini. Bila ada mood, macam-macam nak buat kan?

xoxo

Sabtu, 6 Ogos 2011

Harus baca kalau suka makan kangkung

Salam pembuka bicara..

Ramai yang terharu dengan cara Wardina mendidik anak-anak. Saya juga berharap suatu hari nanti, saya akan mendidik anak-anak saya dengan cara begitu. Kita boleh mencontohi bagaimana beliau mendidik anak-anak. klik sini

Sebenarnya entri ini untuk menceritakan mengenai kangkung. Semua sedia maklum bahawa kangkung adalah sejenis sayur. Dan pasti ia sangat berkhasiat untuk dimakan. Malah, kangkung yang dimasak dengan jeruk ikan adalah kegemaran saya.


Kamu tahu tak bahawa kura-kura sukakan kangkung? Kamu tahu tak bahawa arnab juga sukakan kagkung?

Dan kamu tahu tak bahawa batang kangkung yang keras itu perlu dipotong dua dan bukan sahaja dipatah-patah kan batangnya? Ya, kalau kita masak kangkung, kita perlu belahkan batang kangkung kepada dua. Tapi kalau makan di kedai, mereka memang hanya mematah-matahkan batang kangkung sahaja.

Nak tahu macam mana patutnya rupa kangkung yang di belah dua?


Nak tahu kenapa perlu potong kangkung macam ni? Baca ini ye.

Itulah sebab mengapa kangkung perlu di belah dua. Jadi, kalau sebelum ini kamu hanya patah-patah kangkung sebelum ini adalah lebih elok membelahnya dua.

Terima kasih buat pengirim emel. Emel dah lama, baru sekarang nak tulis.

xoxo

Jumaat, 5 Ogos 2011

Tazkirah jumaat: solat

Salam pembuka bicara..

Sesuatu yang ingin dikongsi.. Saya hanya copy dan paste dari note yang di tulis oleh Wardina di facebook. Saya rasa amat baik untuk kita semua amalkan walaupun belum berkahwin tapi suatu hari nanti, saya tetap impikan anak.
__________________________________________________________________________________

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...
sumber: google

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

sumber: google

5) kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?
__________________________________________________________________________________

xoxo

Khamis, 4 Ogos 2011

Saya Mau Join Beloglist Cik Mary

Salam pembuka bicara..

Saya baru balik dari outstation. Penat.

Kali ini saya nak join bloglist Cik Mary pula. Memandangkan beliau sedang merombak bloglist beliau. hek


Komen pasal blog beliau? Pada saya, just nice. Ok. Loading time pun ok. Tapi kalau buka guna broadband kat rumah ni, dia macam lambat sikit. Tapi still ok. Thats all.

xoxo

Rabu, 3 Ogos 2011

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

Rabu tanpa kata..

 sumber: google

xoxo

Selasa, 2 Ogos 2011

Segmen cari kawan sama bulan tarikh

Salam pembuka bicara..

Kali ini saya di tag pula oleh miss trah pula. thanx ya miss trah.


Syarat-syarat penyertaan:


Tarikh lahir saya mengikut bulan islam adalah 19 Safar 1408 A.H. Hari selasa. Teka-teka berapa umur saya~

Saya nak tag:

Selamat mencuba. Nak join klik sini.

xoxo

Program pemutihan PATI

Salam pembuka bicara..


Program pemutihan PATI (Program 6P) adalah salah satu cara membuat permohonan permit kerja yang sah bagi pekerja asing atau pendatang haram. Sekarang, merata-rata saya jumpa banner pasal ini.


sumber: google



Ahad lepas, dua orang adik saya (sini, sini atau sini) turut sama bekerja kontrak dengan program pemutihan PATI. Adik lelaki saya jadi bidang terjun bila kena jadi chief operation. Mereka memang tak cukup orang. Adik saya akan menguruskan kawasan Skudai, Johor. Kalau siapa-siapa yang nak buat part time, boleh lah try. Duduk di homestay. Adik perempuan saya pula jaga bahagian frontdesk pula. Masing-masing nak cari duit sebelum masuk belajar.


Sedikit info mengenai program pemutihan PATI. Copy dan paste saja. 
__________________________________________________________________________________

APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.


BILA DILAKSANAKAN?
Perlaksanaan pendaftaran pemutihan & pengampunan ini hanya untuk tempoh 2 minggu sahaja bermula 1 Ogos 2011 hingga 14 Ogos 2011. Terbuka kepada majikan atau syarikat di sektor perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan dan pertanian & Pembantu rumah


APAKAH TUJUAN PENDAFTARAN?
Tujuan pendaftaran itu adalah bagi mempertimbangkan untuk proses pemutihan iaitu menukar status mereka menjadi pekerja sah dan memberi pengampunan dengan membenarkan mereka pulang ke negara asal tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Tempoh pelaksanaan proses pemutihan dan pengampunan akan dilaksanakan selama tiga bulan selepas proses pendaftaran.

Sumber dan maklumat lanjut klik sini 

xoxo 

Isnin, 1 Ogos 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Salam pembuka bicara..

Jumaat lepas saya di tag oleh choki choki untuk join segmen ini. Tapi hari ini baru berkesempatan nak buat. Dekat rumah internet slow almaklum guna berukband saja. Thanx ya choki choki!

Photobucket


Syarat-syarat penyertaan yang sangat senang. (print screen)


Syarat 1: check
Syarat 2: check
Syarat 3: check
Syarat 4: check
Syarat 5: Saya nak tag:


Syarat 6: ok. i'm coming
Syarat 7: Noted

Jom join ramai-ramai. Klik banner untuk join!

xoxo