Memaparkan catatan dengan label life as student. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life as student. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Good luck SPM candidate!

Salam pembuka bicara..


Hari ini adalah hari pertama SPM. Teringat saya masa nak ambil SPM 7 ke 8 tahun yang lepas. Sangat memdebarkan. Tahun ini adalah giliran adik saya yang ambil SPM pula.


Inilah dia budaknya.



Tina, good luck darl! Do the best. You can do it girl. Berusaha dan bertawakal! May your dream come true.


Gambar terakhir kami adik beradik sebelum saya bernikah. Hari yang penuh touching bagi saya sebab yela, lepas tu saya adalah milik seorang imam.



Good luck untuk candidate SPM yang lain!


xoxo

Rabu, 25 April 2012

WW : kejayaan seorang mahasiswa

Salam pembuka bicara..


Elemen sebagai mahasiswa haruslah ada "lihat kotak merah"




Rahsia kejayaan untuk semua - sila lihat kotak merah




xoxo

Rabu, 18 April 2012

It's carnival time!

Salam pembuka bicara...


Sebahagian dari gambar sepanjang karnival pemakanan di Mid Valley ahad lepas. Maaf kalau ada yang lambat loading tu.















Z sedang belajar nak baca maklumat pemakanan. Oh ya, tunang saya kidal. 



Budak ni sangat comel ok. Nama dia Husin. Geram sangat. Lasak betul. Mak dia pun dah tak larat nak kejar-kejar dia.


xoxo

Rabu, 28 Mac 2012

WW : kehidupan

Salam pembuka bicara..




Betul ke tidak?


xoxo

Rabu, 21 Mac 2012

WW : tak faham lah!

Salam pembuka bicara...




Macam cakap dengan apa jerk!!!


xoxo

Rabu, 12 Oktober 2011

Ijazah itu sudah setahun saya miliki

Salam pembuka bicara..

Hentikan dulu cerita kahwin kawan saya sebab saya baru sedar semalam sudah genap setahun saya berkonvo. Habis belajar bulan June 2010. Menghitung hari untuk memegang ijazah pada bulan Oktober 2010. Lama menunggu.

Awas entri banyak gambar. Balas dendam tahun lepas tak ada entri konvo.


Saya tak akan lupa pada tanggal 11.10.10, saya telah terima segulung ijazah yang saya kejar selama 4 tahun. Berusaha untuk masuk matrik sebab saya ingin kan ijazah pada awal usia 20 tahun. Ikut kan impian asal, saya mahu sambung master kemudian convert ke PhD tapi dalam masa yang sama, saya ingin berjasa kepada orang tua saya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi makmum kepada seorang lelaki selayaknya imam dalam melayari kehidupan di masa akan datang.


Inilah fakulti saya! Indahnya kenangan belajar di universiti. Segala pahit dan manis di telan bersama-sama sahabat yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar, berhibur dan segala-galanya. Sangat rindu zaman belajar. sobsob. Alhamdulillah, hampir semua coursemate saya bertemu kerjaya impian dalam masa sebulan selepas habis belajar malah ada yang belum habis belajar tapi sudah ada kerjaya yang menanti. Bila jumpa masa konvo, masing-masing kongsikan cerita kerjaya sendiri. Kadang-kadang, saya terfikir kenapa lah tak nak berehat dulu sebelum bekerja tapi saya tak ada jawapan untuk soalan ini.


Selepas setahun habis belajar, ada yang masih bekerja, ada yang sedang berbisnes, ada yang sudah bergelar isteri dan suami, ada yang sibuk menyiapkan projek master dan tak lupa juga rakan-rakan yang terus sambung ke PhD. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.


Buat yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh. Semua perkara untuk mendapat segulung ijazah itu sangat manis untuk dikenang. Yang baru berkonvo, zaman bekerja totally different dengan zaman belajar. Kalau belajar boleh ponteng, kalau kerja berani ke nak ponteng?


Tahun lepas, housemate saya dapat anugerah di-raja. Satu-satunya student melayu yang dapat anugerah di-raja. Tahun ini, ex-housemate saya dapat biasiswa pula iaitu biasiswa Yang di-Pertuan Agong pula. Bukan dia seorang, rakan chinese saya juga dapat biasiswa Yang di-Pertuan Agong hari ini. Dua-dua sekarang terus sambung PhD.


Selamat tinggal UPM! Kan dah cakap banyak gambar. Tahun lepas tak ada entri konvo sebab balik dari konvo terus ber 'out station'. Tahun ini balas dendam la kan?

xoxo sambil kesat air mata kegembiraan.

Isnin, 26 September 2011

Gathering dengan ex-KMPk

Salam pembuka bicara..

Dalam kurang sihat itu, saya masih juga keluar bersama rakan masa di matrik.


Mula-mula makan di KFC. Lepas makan-makan di KFC, kami pergi ambil angin di tasik Proton City. Tapi tak lama sebab anak kawan saya tu dah kepanasan. Nama dia Danish Haikal. Dia ada kembar tapi kembar dia tak dapat survive lama. Hanya survive untuk 2 minggu sahaja. Beruntung kawan saya ni, sekurang-kurangnya, ada seorang anak yang menunggu di syurga nanti. Tahniah!


Danish ni lahir tak cukup bulan jadi ada alami beberapa komplikasi. Dah beberapa kali operation untuk pasang tiub bagi buang air dalam otak dia. Tulang leher dia pun sangat lembut sebab dia tak dapat nak tegak kan kepala lagi walaupun sudah 11 bulan.

Semoga danish tetap kuat untuk segala yang dia alami. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan muslim yang berjaya!

xoxo

Khamis, 15 September 2011

I need coffee break!

Salam pembuka bicara..

Hari ini stress. Banyak kerja. sobs. Patient pun banyak. Padahal baru pagi lagi ni! Bos pun asyik datang sini je. Tapi sempat jugak nak tulis blog. he.

Saya tak dapat hasilkan entri dengan fikiran yang tenang. Saya perlukan coffee break. Saya perlukan tidur juga boleh?


Buat pertama kali ye, saya terjumpa Coffee Break dekat petronas. Padahal dah bertahun-tahun kot petronas adakan kempen ni. Ini pun sebab ayah isi angin tayar kereta dekat petronas R&R Rawang masa balik dari hantar adik saya ke UTeM hari itu.

Hujung minggu ini pun saya akan ke Melaka sekali lagi sebab nak hantar barang-barang adik saya. Masa daftar hari tu bawa barang dan pakaian untuk seminggu dua je. Hujung minggu ni, hantar barang-barang yang lain dan yang penting laptop dia. Nanti dia bising tak ada laptop. dush. Kebetulan Z memang graduan UTeM juga, macam-macam soalan lah adik saya tanya pasal UTeM kat dia. Pelajar baru katakan. Bila saya complain, dia bising. Tak pepasal je kena bebel plak.

Memandangkan minggu ini ramai pelajar yang sudah kembali belajar semula, selamat meneruskan pelajaran kamu. Good luck! Semoga dapat dean list. Yang belajar dekat UPM tu, kena struggle lebih la sebab dean list UPM kena dapat pointer 3.75 ke atas. Rindu campus life sangat-sangat!! Mula-mula start semester mesti masing-masing lemau kan? Bila dah start assignment, masing-masing dah start pening plak. Nak kejar due date lagi. Yang mana kena hadap SPSS tu, lagilah pening.

Yang bekerja pula, jangan pernah bosan hadap kerja yang menimbun tu.

Apa pun cuba yang terbaik ok! Redah dan redha = berusaha dan bertawakal.

xoxo

Sabtu, 10 September 2011

Konvoi raya jangan pernah miss!

Salam pembuka bicara..

Masa kamu baca entri ini, saya sedang berkonvoi raya dengan kawan-kawan sekolah menengah. hek. Ini entri autopublish ye. Excited sangat sebab konvoi tahun ini dua kali. yippie!

Layan dulu gambar konvoi raya tahun 2009 dengan 2010 dulu ye.


Gambar konvoi tahun 2010, gambar sebelum balik tinggal beberapa biji kereta je yang belum balik. Yang lain dah balik. Tu yang nampak sikit tu.

Ini rakan-rakan masa saya belajar dekat asrama yayasan selangor klang. Kami dari 6 buah sekolah dikumpulkan dalam satu asrama. Itulah yang paling menarik dan istimewanya perkenalan kami. Lagi best, saya tak perlu beli buku teks, hanya pinjam dari kawan-kawan sekolah lain sebab jadual belajar kami lain-lain. Saya dengan adik saya tak pernah dapat pinjaman buku teks dari kecil. sobs. Tapi ayah ada bekalkan banyak buku rujukan, jadi saya pinjamkan buku rujukan saya pada kawan-kawan. Saya menerima dan memberi juga.

Tahun ini ada dua kali konvoi raya. Yang pertama, masa raya kelima. Sebelum kawan saya balik Jakarta. Sekarang ni, dia dalam clinical training. Itu pun cuti balik Malaysia atas simpati supervisor dia.


Yang kedua, hari ini lah! Kebetulan ada salah seorang kawan saya dari asrama yayasan selangor kahwin dan bertunang. Sekali konvoi la ape lagi! Lagipun, kawan yang kahwin tu balik untuk kahwin je. Minggu depan balik Jepun balik sebagai suami orang plak. Suka tengok kawan-kawan yang sudah bertemu jodoh mereka. Barakallah! Suka juga bila ada yang mula melangkah satu lagi tapak menuju ke alam perkahwinan.

Jom buat blogger konvoi raya plak!! he

xoxo

Isnin, 8 Ogos 2011

Satu malam bila perempuan keluar bersama

Salam pembuka bicara..

Scary kan dalam kangkung ada lintah even dah masak pun masih lagi tak mati. Nak tahu? klik sini

Sekarang saya dalam plan untuk hang out dengan rakan-rakan di UPM dulu. Kononnya nak buka puasa beramai-ramai sama macam tahun lepas. Kami order makanan dengan satu restoran dan buka puasa beramai-ramai di rumah sewa rakan kami yang sambung master dan PhD di UPM. Kemudian, bersolat terawih bersama-sama. Borak-borak dan kemudian bershopping di Jalan TAR sehingga pagi. Rindu suasana itu. Itu cerita tahun lepas. Rakan yang selalu menjadi imam kepada kami pun sudah berkahwin. Tak tahu siapa yang akan menggantikan beliau.

Bulan lepas kami ada keluar bersama-sama juga. Entri makan-makan itu ada dalam entri ini.

Antara yang join sama masa makan-makan ni

Ikut plan asal selepas makan kami nak berkaroke di Equine tapi tak jadi sebab kami semua kekenyangan. Makanya, kami berboling lah. Tapi saya tak main masa ini sebab tak berapa nak sihat. Sekali sampai je pusat boling ni, kami kena tunggu turn sebab dah full. Kebetulan hari yang sama ada tournament dari company mana tah. Tunggu lah kami di sini sambil bergosip hal kami sendiri. Gosip apa? Gosip pasal pengalaman salah seorang dari rakan saya yang dirompak semasa berada di rumah mentua. Masa ni, Z dah layan mimpi di kerusi urut. Hampeh je.

Gadis-gadis yang fokus bergosip

Lepas asyik gosip-gosip sampai turn kami bermain boling. Semua main kecuali saya dan rakan saya sorang.


Masing-masing nak tunjuk skill sendiri. Z pun sama. Mentang-mentang dia tu jaguh main boling. Tak suka main boling kalau dia ada sebab nanti ada je yang tak betul. Eii.. Boleh tak, saya nak cakap, lain kali main sendiri jangan ajak orang. erk.

Walaupun tak main, saya nak jugak tayang kaki sendiri dengan orang yang main boling ni.


Dan akhir sekali, haruslah Z yang menang. Asyik nak strike je. Mula-mula tu, main macam lemau sebab baru bangun tidur. Last-last, tak nak bagi chance kat orang lain. Tak baik betul. Owh, ya. Nak kenal dengan kawan saya yang selalu jadi imam masa kami solat berjemaah. taraa


Yang perempuan ye, bukan yang lelaki. Lelaki mana boleh masuk hostel perempuan. Lelaki tu husband dia. Dia juga lah yang cerita pengalaman kena rompak tapi dia ni kena rompak pun boleh gaduh mulut dengan perompak tu. Yang kelakar, perompak tu terlupa nak ikat tangan dia sebab dia sarung kepala dengan telekung. Masa itu, perompak ni guna tudung dia untuk ikat tangan suami dia. Polis datang pun lambat sangat. Kasihan sebab cincin tunang dan cincin kahwin dengan rantai dia pun diambil perompak. Masa ini, baru je berapa bulan dorang kahwin. Sampai sekarang kes rompakan tu, sunyi tanpa berita. erm..

xoxo

Selasa, 5 Oktober 2010

5 hari lagi..

Salam pembuka bicara..

Post dulu saya ada bercakap tentang pre-convo shoot kn. Maka nya,hari ini saya nak update sikit pasal pre-convo shoot saya tu.

Seronok sangat sebab kitorang semua memang pandai bergambar. hu. Perasan tu.

Oleh kerana,saya tidak mempunyai kamera maka saya hanya dapatkan gambar-gambar pre-shoot itu dari ili dan hajar la. ha. Tapi yang ada dalam simpanan saya hanya satu sahaja setakat ini. Saya tetap nak tunjuk dalam blog ini juga sebab saya terlalu excited untuk berkonvo. Ini adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir juga. Mestilah excited kan??


Kepada sesiapa yang merasakan dia adalah sahabat,kenalan,rakan,taulan,kawan atau member. Jemput lah datang ke Majlis Konvokesyen saya di Universiti Putra Malaysia pada 11 Oktober nanti. Kena bawa hadiah juga sebab boleh celebrate birthday saya in advance. ha.