Sabtu, 30 Jun 2012

Dapat voucher dari Groupon!!

Salam pembuka bicara...


Dapat emel dari groupon.




Dorang bagi voucher RM 10 tapi kena redeem sampai besok sahaja. Cis.. ampeh la. Bagi la lama sikit timeframe ye. Dah la baru je beli promotion cetak gambar. Ni yang rasa nak grab promo photobook pula ni~ errr... Rasa nya promo photobook dah expired la. Patut ke tak ye guna? RM 10 je pun~


xoxo

Khamis, 28 Jun 2012

Jadikan sticky album sebagai hadiah!

Salam pembuka bicara...


Sekarang kan musim mega sale, orang selalu kata perempuan dengan sale tak boleh dipisahkan tapi perumpamaan ini memang tak boleh pakai untuk saya sebab saya seorang yang jarang-jarang bershopping. Haha. (sila percaya!)


Semalam saya baru je beli satu promotion dari groupon. Ala, promo untuk cetak gambar saiz 4R je. Disebabkan saya rasa promosi ini sangat murah pasal tu la saya grab. Haha. Tunang saya tak tahu lagi tapi disebabkan dia akan baca blog ini jadi untuk Z "hei hei, saya beli promotion untuk cetak 300 keping gambar tu. Sorry. Saya janji saya simpan duit saya lepas ni" Ingat nak buat present untuk member yang bakal mendirikan rumah tangga nanti. Saya doakan kawan saya dan pasangannya cepat-cepat lah kahwin.


Kali ni nak buat sticky album pula~




Murah taw kawan-kawan. Nak beli? Meh klik sini.


Owh, bila nak gaji ni? Lambat ye


xoxo

Rabu, 27 Jun 2012

Sini ada kerja kosong

Salam pembuka bicara...


Ada sesiapa yang mencari-cari kerja kosong tak?


Dekat department saya ada 3 kekosongan untuk position Quality Engineer. Ada sesiapa berminat? Yang penting ada degree. Apa-apa bidang pun ok tapi kena sanggup belajar la dari zero la. Kilang saya mengeluarkan sarung tangan nitrile terutamanya untuk medical glove. Kilang ni di Klang ye.


Tugas kerja nya senang sahaja. Buat siasatan bila ada komplen dari customer dan buat inspection. Ala, senang je la. haha.


Kalau ada yang berminat nak try, hantarkan resume kepada saya ye : nadhirah@gxcorp.com.my


xoxo

Jumaat, 22 Jun 2012

Menu baru: oriental chicken

Salam pembuka bicara..


Dah lama tak update cerita makan-makan. Dah lama tak sempat nak blogwalking. Saya terlalu banyak DIY thing yang perlu diselesaikan. Nak berjimat dalam buat kenduri terpaksalah buat sendiri semuanya.


Meh nak tunjuk oriental chicken saya.




Kenny rogers sebenarnya. Khamis lepas, saya pergi makan dekat Kenny Roger's lagi. Well, kenny roger's kan tempat favourite saya dan tunang. Kali ni ada menu baru. Rasa macam nak try tapi sebelum order tanya dekat waiter pedas ke tak? Dia kata ada banyak sayur (best sebab saya suka sayur) tapi tak pedas. Ok terus reject sebab saya suka makan pedas. Tapi pesan kat tunang order sebab nak rasa jugak.




Hidangan sampai dan saya rasa ok je.. Tak ada yang special sangat pun. Makan banyak takut muak pula. Rasa dia masam-masam sikit. Walaubagaimanapun, saya tetap sukakan black pepper. He.


Penat la cari rumah sekarang. Siapa tahu rumah untuk disewakan di kawasan Meru atau Sungai Kapar Indah atau Sementa ke?


xoxo

Rabu, 20 Jun 2012

WW: bride mode on!

Salam pembuka bicara...


Tak sedar dah seminggu tak update ini blog. Sibuk dengan persiapan kahwin. Suis telah on! Mari gigih dan terus berusaha walaupun malas.




xoxo

Rabu, 13 Jun 2012

WW : kad

Salam pembuka bicara...


Dalam pembikinan.




xoxo

Selasa, 12 Jun 2012

Bunga stokin

Salam pembuka bicara..


Baru belajar buat bunga stokin. Rupanya tak susah pun nak buat bunga ni. Kejap je siap. Tapi memandangkan saya asih baru belajar, nak buat pun masih terkial-kial lagi. Nasib belajar buat dengan kawan sendiri.



Bila tengok balik, kreatif jugak saya rupanya~ hek


xoxo

Sabtu, 9 Jun 2012

Makan-makan dekat Restoran Segi Seri Steamboat 3 in 1

Salam pembuka bicara...


1 Rejab hari tu (owh, cerita lama) saya dengan housemate semuanya ramai-ramai berpuasa. Petang tu nak buka puasa masing-masing lemau je nak masak. Last-last, salah seorang dari housemate ni ajak la makan steamboat. Pasal dia teringin sangat, pecut la kami cari steamboat selepas solat maghrib. Kiranya, bukak puasa dan solat dekat rumah dulu kemudian baru cari tempat makan.


Kali ni steamboat yang jadi pilihan hati adalah dekat Restoran Segi Seri Steamboat 3 in 1 di Seksyen 23, Shah Alam. Semua baru pertama kali datang sini.


Kenapa 3 in 1? Sebab ada :-
a) steamboat



b) buffet
Lupa tangkap gambar.


c) Grill dan sate



Semua ni harganya termasuk dalam senarai harga di bawah.



Kekurangannya, air dia bukan jenis yang unlimited la. Air kena bayar lain harga. Sadis betul. Tempat dia ok la. Parking pun banyak tapi macam sunyi sikit. Maksud saya, sunyi tu tak ada muzik-muzik ke TV ke nan hado semua tu. Pelayan dia semua ok.


Kalau nak makan sate, kena bakar sendiri. Itu kurang best jugak. Tapi kalau nak grill, ada staf dia yang tolong grill kan. Desert macam aiskrim dan buah-buahan pun ada. Nak makan nasi semua pun ada. Bihun dia dah siap direbus. Boleh terus makan je. Kalau ada yang belum try sini dan rasa nak try boleh lah try. Harga dia pun kire ok la kan sebab Johnys lagi mahal. LOL


Btw, saya dah ada page FB untuk blog ini. Kalau suka, silalah like. Ngee. [tekan sini] Dekat sidebar pun ada. hehehe


xoxo

Jumaat, 8 Jun 2012

Pandu lah secara berhemah

Salam pembuka bicara..


Belum sempat nak blogwalking secara pukal. Nak update pun rasa nak update laju-laju. Geram bila ada orang tak reti nak memandu secara berhemah. Lepuk kang!


Rasa nak pasang sticker dekat teksi ni dekat kereta sendiri.




xoxo

Rabu, 6 Jun 2012

Mega Tech Giveaway by MizzsNinie, CikMun & DrFara

Salam pembuka bicara..


Terkena tag pula. Jom join!




Terma dan syarat, silalah layari website ini untuk keterangan lebih lanjut [tekan sini]. Hadiah-hadiah sangat terbaek ok! Agak-agak kalau korang perlu kan hadiah-hadiah dibawah, sila lah join!

* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Button Badge K-pop
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner


Amacam? Teruja tak?? Apa lagi, tekan sini ramai-ramai. Mangsa yang menjadi korban adalah:

http://duniasaya2001.blogspot.com
http://iniceritania.blogspot.com
http://shanad0123.blogspot.com
http://stylostylishmemories.blogspot.com
http://cerita2kosong.blogspot.com
http://www.kisahnye.com
http://noruazuran.blogspot.com


Jom join!!


xoxo



Selasa, 5 Jun 2012

Makan-makan dekat Pak Ngah Sup Utara, Bukit Kemuning

Salam pembuka bicara..


Kejap lagi ada meeting, jadi update laju-laju.


Ada kedai ni jual sup memang sangat terbaek. Yang penting, sangat banyak isinya. Kalau saya order satu mangkuk, yang perabes kan sup saya adalah tunang sebab saya tak larat nak habiskan. Boleh bayang macam mana isi dalam sup ni? Setakat ni, tiap kali datang sini, saya akan order sup daging dan nasi putih je. Pergh.. sup dia memang sangat terbaik!




Inilah tempatnya Pak Ngah Sup Utara. Yummy!! Lokasi di Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam. Setakat ni, saya datang waktu tengah hari. Petang dan malam saya tak pasti dia buka ke tak. Pergi la rasa sup kat sini. Sedap woo..


xoxo

Isnin, 4 Jun 2012

Isnin oh isnin..

Salam pembuka bicara..


Hujung minggu penuh dengan event orang kahwin. Letih kaki. Berjalan sakan dengan adik dan tunang pun iya juga. Adik saya siap cakap dekat tunang "naseb la kita shopping dengan orang perempuan"




Semalam pula jadi pengapit untuk my bestie. Walaupun saya pengapit tapi letih juga kot. Bila tengok gambar Z ber'massage' terasa macam nak pergi massage pula. Penat~


Cerita real wedding my bestie ni nanti-nanti la. Cerita wedding anak mamanorlara pun tak update lagi~ haha


xoxo