Khamis, 26 Februari 2015

WW: Biawak Gergasi

Salam pembuka bicara...


Terjumpa di tengah jalan masa nak balik rumah mak.



Geli geliman melihatnya!


xoxo
dhiera

Rabu, 18 Februari 2015

Durian Bukit

Salam pembuka bicara..


Setelah hujan panas hujan panas.


Cendawan tumbuh merata. Nurse-nurse naik gunung (kawasan kediaman orang asli di Banjaran Titiwangsa). Mana tah gambar dorang dok sibuk kutip cendawan. Saya memang tidak lah join sebab tak kuasa nak membersihkan cendawan-cendawan tu. Tapi nampak memang sedap lah kan.



Jadi, tibalah musim durian. Durian bukit ni rasa dia memang lain. Tak sama macam durian kampung dan durian yang selalu beli dekat penjual tu. Yang mesti pasti, durian dia tak da rasa gas macam durian biasa dan manis sangat rasanya. Bila tak ada gas, jawabnya makan banyak pun sedap lah kan.


Nak dapat durian ni kena tanya orang-orang Asli ni kalau dorang ada stok, Kadang-kadang peraih dah ambil siap-siap yang jual dekat tepi-tepi jalan Sungkai tu. Harga peraih ni jual memang superb mahal lah. Kalau beli dekat orang asli ni, 3 bakul besar penuh baru RM30 sahaja. 1 bakul tu bukan ada 5-6 biji tapi puluh-puluh biji. Tak habis tempoyak lah jawab nya.


xoxo
dhiera

Isnin, 16 Februari 2015

Projek Suami: Otak-otak

Salam pembuka bicara...


Projek sang suami. Sang isteri tukang support je la kan?


Pergi supermarket survey harga otak-otak.



Kemudian, dia order otak-otak dari kawan dia yang memg jadi supplier otak-otak dekat kawasan Selangor/ KL sehingga ke Kedah/ Penang.



Rasa otak-otak ni pergh... memang terbaik. Sedap! Manis-manis pedas. Masa openhouse raya lepas, salah satu menu adalah otak-otak, Memang licin! Uncle india depan rumah first time makan siap asyik cakap sedap-sedap.



Lepas tu, collegue tempat kerja order pulak 200 cucuk sebab nak buat openhouse. Kawan yang duduk dekat Kemaman, Terengganu siap order 100 cucuk.



Argh.. tapi tak ada pula gambar isi dalam daun.


Siapa nak try?


xoxo
dhiera

Jumaat, 13 Februari 2015

Review: Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson

Salam pembuka bicara..


Another sweet escape ke Port Dickson sekali lagi. Kali ni bermalam di Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson.


Bayaran hotel ditaja sepenuhnya termasuk makan dan minum. Menarik bukan?


Untuk yang datang berkeluarga sangat sesuai lah menetap di resort ni. Kenapa? Sebagai contoh bilik yang saya duduk ini ada:-

  • Dapur - bukan open kitchen ye. Siap ada fridge dan kettle. Tapi dapur masak mahupun microwave tak adalah. 

  • 2 bilik - 1 bilik sudah ada toilet/ shower di dalam
  • 1 tandas/ shower untuk kegunaan bilik satu lagi

  • Meja makan - muat untuk 6 orang

  • Ruang tamu - yang sangat besar. Boleh tidur bentang toto beramai-ramai

  • Cermin besar - khas untuk akak-akak, adik-adik yang pantang nampak cermin, jangan gaduh-gaduh ada 3-4 cermin besar dalam bilik ni


Sweet escape kali ni tak banyak pun berjalan sangat. Banyak mengisi masa dengan beristirehat sahaja. Nak pergi makan-makan pun semua dah disediakan di hotel.




Nak ke Pantai Kemang hanya dengan turun bilik dan terus ke pantai. Dah boleh jalan-jalan ke tepi pantai. Dekat sangat dengan pantai dan swimming pool dekat resort pun full house dah dengan budak-budak mandi manda.



xoxo
dhiera

Rabu, 11 Februari 2015

WW: Rumah lama

Salam pembuka bicara..


Gambar sebelum pindah pada November 2013 dulu.




xoxo
dhiera

Isnin, 9 Februari 2015

Laluan menenangkan

Salam pembuka bicara..


Laluan yang paling menenangkan di Bidor




xoxo
dhiera

Jumaat, 6 Februari 2015

Makan-makan di Kia Abdul Bakery, Tanjung Malim

Salam pembuka bicara..


Sambil-sambil servis kereta sambil melantak di kedai kek bersama ice lemon tea




Orang Tanjung Malim mesti tahu kedai kek kepunyaan orang Melayu yang nampak sangat eksklusif. Masa pembukaan kedai ni, dia banyak menyediakan peralatan untuk buat kek atau kuih. Sekarang telah upgrade jadi kedai buat kek yang bersaiz seperti Secret Recipe tetapi harga lagi murah dan makanan frozen. Macam-macam makanan forzen ada jual disini macam lagsana, pizza dan lain-lain.



Nak buat tempahan kek kahwin pun boleh dekat sini.




xoxo
dhiera

Khamis, 5 Februari 2015

Resepi: Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

Salam pembuka bicara..


Siapa disini peminat KR macam saya? Dekat tempat kediaman saya ni, tak ada KR yang berdekatan. Paling dekat samada Ipoh atau Rawang. Jadi, kadang-kadang tu nak makan ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ni kena lah homemade je.


Saya ambil resepi ni dari Potret Kasih (sini). Sebab saya masak untuk dua orang makan sahaja, kuantiti saya tak adalah sebanyak yang disarankan.


Resepi Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-bahan perapan:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 - 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega

*Kalau tak ada sos lada hitam boleh buat campuran sos tiram, kicap pekat dan lada hitam.


Cara penyediaannya sangat mudah.

  1. Semua bahan perapan tapi dikisar
  2. Lumurkan bahan kisaran pada ayam (luar dan dalam)
  3. Perap selama 2 jam sehingga semalaman
  4. Bakar ayam selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
  5. Setiap 30 minit, sapukan ayam dengan lebihan bahan perapan ayam tadi
  6. Sedia untuk dihidang.

Gambar ayam siap masak saya tak ada tapi saya ada gambar ayam yang siap untuk diperap. Jeng jeng.




Selamat mencuba.


xoxo
dhiera

Rabu, 4 Februari 2015

WW: Pengemar Buku

Salam pembuka bicara..


Walau dimana pun berada.




Simpan sebagai kenangan.




xoxo
dhiera

Selasa, 3 Februari 2015

Makan-makan di The Captain Steamboar & Grill, Meru

Salam pembuka bicara..


OMG!! Entri pertama di tahun baru rupanya. Hello Februari! Hello semua orang!!


Saja lah nak share tempat makan steamboat dan grill yang best dekat Meru. Saya ada lah 2-3 kali datang sini sebelum pindah ke Bidor hujung tahun 2013 dulu. Ok. Ini memang stori mori yang lama lah tapi nak up juga sebab tempat ni memang best. Ada juga ajak suami singgah sini lagi tapi suami memang tak berapa rajin sebab jauh kan.




Serius. Saya memang rekemen kedai ni sedap. Ingat ye, nama dia The Captain Steamboat & Grill dekat Meru. Ala tepi jalan besar nak ke Kapar dari pekan Meru tu je. Kalau menghala ke Kapar tu, kedai ni sebelah kanan la. Boleh nampak signboard ni.




Untuk mak mak yang ada anak kecil pun boleh makan dengan senang hati sebab ada small playground dekat sini. Keke




Bilik untuk solat pun disediakan. Pernah gak datang berbuka puasa di sini. Bilik solat dia full dan kena beratur panjang. Jadi, jangan risau. Banyak surau/ masjid berdekatan untuk singgah solat. Masa tu saya pergi solat dulu lepas tu datang balik sambung makan.




Harga dicaj mengikut perseorangan dan sangat berbaloi sungguh. RM21.90/ pax untuk dewasa. Kalau steamboat & grill dekat Kalumpang lagi mahal dari sini.




Oleh itu, buat sesiapa yang berdekatan dan teringin sangat makan steamboat berserta grill dan nak murah, boleh lah singgah sini. RECOMMENDED! Untuk hubungi mereka, boleh:-

Telefon: 019- 2354796
Facebook: link


xoxo
dhiera