Isnin, 23 April 2018

Selamat Bersalin Anak Kedua

Salam pembuka bicara..


Lama kan tak update?


Itu tanda seseorang telah pun bergelar mak anak dua. Aku la tu.


Alhamdulillah, mak tang sekarang dalam proses berpantang hari ke 32. Dah mula berpantang di rumah sendiri. Anak sulung hantar ke pengasuh. Maka, siang hari ni masa banyak dihabiskan dengan dengan baby girl.


Alhamdulillah juga dikurniakan sepasang dah cahaya mata. Nama anak dara saya ialah Dian Zahraa' bt Mohd Zulhafiz. InshaAllah nanti saya kongsikan birth story dan gambarnya sekali.


Ibu-ibu mengandung jangan percaya kata orang anak kedua akan keluar awal dari anak sulung. Anak kedua saya keluar lambat 2 minggu dari abang. Siap postdate lagi. Hahaha. Abang keluar 39 minggu, adik keluar 41 minggu.


Nanti saya sambung update lagi ye.


Sekarang ni nak plan trip jalan-jalan sekeluarga. Biasalah mak tang mesti terbeli tiket flight nak jalan-jalan.


xoxo
dhiera

Jumaat, 2 Mac 2018

Aktiviti untuk anak kinestetik

Salam pembuka bicara


Mac yang mendebarkan sudah kembali. Fuh Fuh. Tinggal seminggu je lagi nak bekerja. Lepas ni boleh cuti panjang. Hoyeah!!


Ini lah salah satu cara anak bujang sorang ni menghabiskan masa di malam hari.


Mewarna sambil tengok TV!




Beginilah rutin mak yang ada anak berpesonaliti kinestetik. Baju basah sebab minum air tumpah 😅





Selepas boring mewarna, disinilah dia melepaskan sisa-sisa tenaga dia.




Sekarang, tahap imaginasi dia sangat tinggi. Boleh bermain sambil membina cerita.


xoxo
dhiera