Sabtu, 30 Disember 2017

Kasihnya Atuk dan Nenek

Salam pembuka bicara


Di penghujung tahun 2017 rupanya kita semua. Ada azam baru ke kawan-kawan semua?


Tahun 2017 adalah tahun dimana Dzikri sambut hari lahir sebanyak 3 kali. Kemain ko anak. Masa umur setahun sambut 2 kali. Masa umur 2 tahun sambut 3 kali ๐Ÿ˜‚


Setakat ni, kitorang mak pak memang tak da pulak belikan hadiah birthday ke apa untuk anak. Sebab tak payah tunggu hari lahir dah asyik kena paw je kan. Pergi kemana je anak bujang tu mesti berjaya membawa pulang sesuatu.




Untuk tahun kedua kelahiran anak bujang ni Ogos lepas, nenek atok dzikri belikan dzikri kereta remote control. Tah berapa ratus dah harga kereta. Ha.. hat oren tu la kereta dia.




Tetapi as expected, segagah mana pun mainan itu pasti akan binasa. Tengok lah sekarang apa dah jadi. Remote kereta pun dah siap patah aerial dia. Aduhai anak. Lepas ni, ibu mintak nenek atok sponsor hotel la untuk birthday dzikri. Eh eh


Kasihnya atok nenek tak kan sama macam cara dia mendidik anak-anak dorang suatu masa dulu. Adakah nanti bila saya bakal tua akan mengasihi cucu sebegini jugak? Ermmm..


xoxo
dhiera

Jumaat, 29 Disember 2017

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

Salam pembuka bicara



Klik SINI kalau korang nak join.


Hadiah menarik uols. 


Klik banner ye untuk terma dan syarat.


xoxo
dhiera

Khamis, 28 Disember 2017

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Salam pembuka bicara

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

xoxo
dhiera

Untold Story: Holiday Holiday!

Salam pembuka bicara


Nampaknya timbul kerajinan dalam menulis sejak 2 menjak ni.


Kalau ikutkan lepas kitorang laki bini balik honeymoon dari Krabi 5 tahun lepas (2012 masa tu), ktorang tak nak dah buat flight trip berdua. Semuanya road trip means dalam Semenanjung je la ktorang pergi holiday pun. Semuanya atas sebab kitorang nak our next flight trip tu bersama anak-anak.


Kenapa nak tunggu ada anak? Jawapan dia saja! Kitorang memang berniat yang kalau boleh lepas dari Krabi tu dapat jalan-jalan naik kapal terbang memang dengan anak. Mungkin sebenarnya nak mencabar kesabaran diri masing-masing kot.




Ditakdirkan selepas balik dari Krabi tu saya pregnant. Yeay! Baby Krabi! Tapi 12 minggu je lepas tu saya gugur. Lepas tu, sah-sah memang tak da langsung flight trip lagi sebab kot la pregnant lagi. Kononnya tak nak la berjalan sakan. Kang beli tiket lepas tu burn je tiket.


Dalam tempoh 2 tahun pertama kahwin tu, saya gugur 4 kali termasuk pregnant kali pertama tu which is saya pregnant pada tahun 2012 - 2013 - 2013 - 2014. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Gitu lah turutan dia.


Secara tetiba, kitorang berubah niat tu pada hujung tahun sekitar November 2014 iaitu nak ke Langkawi tapi naik flight. Masa tu kebetulan tiket MAS pergi balik Langwaki RM55 je. Lagi jimat dari naik kereta.




Lama weh menahan nak jalan-jalan naik flight, asyik naik kereta je kan. Dan sangat tak sangka yang selepas balik dari Langkawi tu dapat perkhabaran gembira iaitu Baby Langkawi. Dan alhamdulillah rezeki berpanjang sehingga lahir lah anak bujang sorang tu, Dzikri Zhareef.


Tepat lah. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan rezeki setiap orang.


Since dah ada anak ni, lagilah mak sakan plan holiday. Asal ada tiket murah nak grab tapi bergantung pada kewangan jugak lah. Kitorang target anak 6 bulan je nak berflight trip. Gitu. Apa laaaa special sangat dengan flight trip? Ermmmmm.... sekadar terasa kelainan berbanding road trip kot.


Flight trip pertama Dzikri Zhareef


Maka terhasillah perancangan trip ke Sabah - South Korea - Perth (tapi cancel last minute dan digantikan dengan road trip) - Bandung. Anak dah 2 tahun kan. Semua ni tak pernah share dalam blog ni lagi. Hahaha


Flight trip kedua Dzikri Zhareef


Bulan Februari ni dzikri bakal genap 2 tahun 6 bulan tapi si ibu tak dapat naik kapal terbang dah. Maka disini saya tengah merancang 1 lagi holiday besar untuk diabadikan bersama. Sekali harung dengan sambut birthday suami bulan depan. Nak kemana kah?


Paling dekat Cameron tapi dekat la sangat. Ke nak ke Hatyai atau Singapore terasa macam jauh sangat dan lama pula dalam kereta.


Cadangan please! Kalau korang ada share trip tu dalam blog korang, kalau tak kisah share la link sekali. Hihi


xoxo
dhiera

Rabu, 27 Disember 2017

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Salam pembuka bicara


Lama dah tak join segmen. Tetiba terajin nak join.


Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Kalau korang nak join, klik SINI


xoxo
dhiera

Tips Matikan Alarm Kereta bila Remote Kereta Tak Berfungsi

Salam pembuka bicara..


Pagi tadi nak pergi kerja, tekan tekan remote kereta tak da respon. Makanya, sedar lah hamba bahawa remote itu sudah kehabisan bateri.


Kerisauan mula timbul sebab memikirkan remote kereta spare pun tak repair lagi. ๐Ÿ˜‚ Tahun lepas, pecah berderai. Terus teringat,
"Oh, ada bateri spare untuk pointer."
Rupa-rupanya lain da. Remote kereta tu pakai bateri A23. Pointer pakai bateri A27.


Terpaksa la buka jugak kereta tu secara manual. Sebab suami kata ada button nak off tapi tak tahu dekat mana. Sekali bunyi alarm dia memecah keheningan pagi sesudah hujan. Cari-cari button tak jumpa la pulak.


Maka, teruslah men"google" cara nak matikan alarm bagi kereta Perodua especially Viva. Rupa-rupanya mana ada button!


Kalau korang pakai kenderaan perodua dan tiba-tiba remote kereta tak boleh guna dan tak da kunci back up. Begini lah caranya:-

  1. Buka je pintu kereta secara manual
  2. Nanti kereta akan bunyi alarm yang sangattt kuat.
  3. Masukkan kunci kereta, pulas kepada ON
  4. Terus tekan brek

Maka, berhentilah bunyi alarm tadi dan perjalanan boleh dimulakan.


Akibat dari kejadian pagi tadi, punch card merah le hakak.


xoxo
dhiera

Sabtu, 23 Disember 2017

Anak-anak berimaginasi di Kidzoona Aeon

Salam pembuka bicara..


Cuti panjang kan weekend ni? Kalau tak tahu nak reward anak dekat mana, saya cadangkan bawak anak-anak ke Kidzoona Fantasy. Dorang mesti seronok. Mak pak pulak boleh rehat-rehat sambil monitor anak-anak main sambil borak-borak bersama. Gitu. Ada privacy time jugak la untuk mak pak.




Kitorang memang suka bawa anak main dekat sini alang-alang shopping dekat Aeon tu. Bagi anak berimaginasi sendiri dan reward untuk dia sebab behave sangat teman mak pak shopping.




Tapi nak masuk sini kena bayar taw. Saya pun tak ingat berapa harga dia sebab main bayar je. Tapi harga dia lebih kurang gini la.

Weekdays: RM10
Weekend: RM18


Ada syarat taw nak masuk sini.
1. Tinggi anak tak lebih dari 135cm
2. Wajib pakai stokin. Kalau tak bawak stokin, boleh beli je dekat kaunter.



Yang bestnya, mak pak boleh teman sama. 1 budak 1 dewasa tak silap. Nak masuk lebih boleh tapi berbayar tak silap. Biasa kitorang bergilir-gilir, salah sorang tunggu, sorang lagi pergi shopping. Hahaha


Mainan dalam ni memang banyak sangatttt. Dan dekat sini pun ada jadual-jadual aktiviti kalau anak-anak nak join.




Satu lagi yang paling BEST adalah harga yang kita bayar tadi adalah harga per day. Mainlah sampai lebam. Maksudnya adalah anak-anak dan mak pak masuk akan tanggalkan selipar/ kasut letak dalam rak. Rak tu ada borang yang kita dah isi detail kita anak beranak. In case, nak keluar pergi makan, kita tinggalkan je borang tu dalam rak kita. Bawak lah anak-anak pergi makan, lepas tu masuk balik tanpa apa-apa bayaran. Tapi kena maklum pada staf dekat kaunter tu. Biasanya ada je staf jaga dekat pintu keluar masuk tu.


Jom la layan je la gambar k!










Banyak kan mainan anak dalam ni.


Yang tak best satu je la, anak tak nak balik.


Kalau masuk pagi dekat sini, tak da ramai orang. Tapi kalau petang ke malam tu memang ramai la.


xoxo
dhiera

Jumaat, 22 Disember 2017

Tahniah pelabur ASB

Salam pembuka bicara..


Hari ni ada berita gembira buat pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB).




Tinggi jugak bonus ASB tahun 2017 ni nak bandingkan dengan tahun lepas. Siap ada Special Bonus 1 sen seunit gitu walaupun bonus tu tak banyak sebab 1 sen kan. Duit jugak kan.


Tak sabar tunggu bonus Tabung Haji pulak. Rasanya belum announce lagi kan? Ke hakak terlepas kereta api?


xoxo
dhiera

Khamis, 21 Disember 2017

Siapa pandai edit template blog? Ada job nak bagi.

Salam semua!!


Ya Allah, perempuan ni tak pernah konsisten dalam menulis blog ni. Sebenarnya, niat tu sentiasa ada tapi rasa macam tak berkesempatan nak menulis. Lebih tepat, bila terdetik tu mesti bukan depan laptop. Maka, berkubur terus lah cita-cita nan satu itu.


Kebetulan hari ni cuti. Pengasuh anak mintak cuti. Lepas kononnya nak la membeli belah sekejap tetapi ya ampunnnn... tak tahu la kenapa dengan website Bank Islam ni. Dari pagi tak dapat-dapat masuk. Mak terasa stress! Alih-alih, duit mak dalam CIMB la digunapakai.


Terasa nak bertukar angin dengan template blog ni tapi tak koser nak buat sendiri. Anyone yang kenal orang buat servis edit blog? Share share la dengan saya.


xoxo
dhiera

Jumaat, 24 November 2017

Watches: Which watch suits you best?

Salam pembuka bicara


Tudia, tajuk nak omputih.


Dalam banyak-banyak jam tangan, jam tangan mana yang sesuai untuk anda.


Orang kata perempuan dengan fesyen memang tak boleh dipisahkan. Fesyen ni pulak berkaitrapat dengan penampilan diri seseorang. Pada saya, jam yang dipakai pun memain peranan dalam melengkapkan penampilan seseorang itu.




Kalau kita tengok dalam pasaran kita, ada banyak jenis jam yang berlainan jenama, design, model, warna dan spesifikasi-spesifikasi yang pelbagai untuk kaum hawa ni. Tapi tahukah kita memilih jam yang tepat dengan bentuk dan saiz pergelangan tangan kita. Jom kita tengok kejap tips bawah ni:-



  • Pergelangan tangan kecil

Pemilik pergelangan tangan jenis ni biasanya orangnya kurus dan kecil. Orang yang ada tangan kecil ni sangat cantik kalau pakai jam tangan yang kecil dengan tali yang kecil. 

  • Pergelangan tangan besar

Pemilik tangan yang berdiameter pergelangan tangan yang besar biasanya orang yang bertubuh gemuk. Orang jenis ini perlu elakkan dari memakai jam tangan yang kecil yang bertali halus atau kecil sebab jam tangan kecil bakal tidak kelihatan dalam penampilan anda. Pilih jam tangan bertali sedang atau lebar, tali yang tidak halus. Jam tangan tersebut pasti bersaiz agak sedang hingga besar.

  • Pergelangan tangan lebar

Kebiasaannya pemilik tangan jenis ini seorang yang berangka sederhana besar, tak terlalu berlemak dan tak terlalu berdaging tebal. Kalau kita pegang badan dia, kita akan rasa sedap-sedap je. Gitu sekali perumpaan. Untuk orang jenis macam ni sangat beruntung sebab dia bebas memilih bentuk jam tangan yang dia suka. Boleh jadi besar ataupun kecil. Tapi orang jenis ni lebih cantik pakai jam tangan jenis stainless steel berbanding jam tangan jenis bertali kulit atau kanvas.

Alaaaa... tak da masa nak pergi kedai pilih-pilih jam tangan ni. Nanti rambang mata lagi tak tahu nak amek yang mana satu.


Jangan risau, sekarang kita ada penyelesaiannya. Semuanya di hujung jari. Beli je online dekat ZALORA [klik sini]. Dekat website ZALORA berlambak gila pilihan jam yang sesuai untuk korang. Harga pun kategori mampu milik sesuai dengan spesifikasi dia. Tak percaya? Terjah website ZALORA sekarang!! Paling best adalah DISKAUN dia uolss dan servis bawah ni.




Seronok kan?


Apa lagi! Jom shopping dekat ZALORAhttps://www.zalora.com.my/women-watches/


xoxo
dhiera



Labels: Watches; Women Watches; Men Watches; Zalora Malaysia, Zalora, Shopping Online, Shopping Zalora, Jam Murah, Fossil, Michael Kors, Cara Pilih Jam, Cara Shopping Online

Khamis, 16 November 2017

Review Security Door Selepas 9 Bulan Guna

Salam pembuka bicara..


Hari tu dah dapat rentak nak tulis semula. Lepas tu terus Missing In Action. Hahaha.


Minggu lepas, saya dapat 1 komen bertanyakan ada sebarang masalah ke tak guna security door ni. Refer entri ini [klik sini]. Sebelum sebelum ni, saya ada jugak dapat emel dari beberapa orang pasal pintu ni.



Memandangkan hari ni macam free sikit, saya bagi review ringkas fokus pada pertanyaan tuan komen tadi.


Kalau tanya pasal BERBALOI KE TAK, pada saya berbaloi sangat. Asalnya rumah saya tu pakai sliding door tapi sebab saya tak berapa berkenan dalam penjagaan sliding door, jadi saya memang nak tukar pintu. Dah la sliding door tu akan jadi pintu utama.


Penjagaan sliding door ni lebih kepada:-

  1. Penjagaan cermin sliding door yang kena dicuci kerap sebab akan tinggalkan tompok tompok menyakitkan mata
  2. Frame sliding door yang sangat mudah menyimpan pasir, habuk dan sampah-sampah halus.
  3. Penggunaan sliding door dalam tempoh lama akan buat masa nak slide pintu tu tersangkut-sangkut.

Ok, itu antara yang tidak gemar dengan sliding door lebih-lebih lagi jadi pintu utama. Plan asal nak tukar pintu biasa je tapi masa pergi ekspo ternampak pulak promo pintu ni dengan harga berbaloi, terus grab.


Dan saya katakan berbaloi sebab masalah-masalah yang kurang gemar dalam nak jaga sliding door tu tak berlaku kecuali kena bersihkan pintu security tu je sebab pintu tu warna putih. Nak bersihkan pun tak susah sebab dia powder coated kan.


MASALAH SEPANJANG GUNA SECURITY DOOR

Ada 1 je perkara yang geram bila guna pintu tapi tak selalu terjadi. Masalahnya adalah tombol pintu tu tak boleh tolak dengan kasar nanti locked tengah tu ada masuk ke dalam. Rasa dalam 9 bulan ni dalam 5 kali je baru kena. Tolak kasar tu samada dari luar atau pun dalam. Pernah sekali orang luar rumah dengan orang dalam rumah tolak tombol tu dalam masa yang sama pun jadi perkara yang sama.




Yang saya bulat merah tu lah yang saya maksudkan dengan locked tengah.


Tapi solusi dia senang je, kita tekan atau cungkil balik locked tengah tu nanti dia terkeluar la semula. So far, pasal locked tengah ni kitorang tak pernah lagi contact balik seller tu tanya kenapa. Mungkin nanti saja-saja tanya kot.


Dan pada saya bukan masalah besar pun sebab kalau berlaku, nak selesaikan balik tak sampai seminit pun. Hihihi.


Sepanjang guna ni, tu je la yang kurang best tapi bukan selalu terjadi.


PERKARA SECURE YANG LAIN YANG PERLU TAHU

Pernah sekali, masa memula pindah. Kitorang tak tahu yang pintu ni secure nya dia adalah bila orang dalam rumah dah locked manual pintu tu dari dalam, orang dari luar rumah tak boleh bukak pintu ni walaupun dia pakai master key. 


Masa tu suami keluar dengan kawan dia, bawak kunci master dan balik lambat. Saya pulak locked pintu ni manual dari dalam. Sudahnya suami kena tidur luar malam tu sebab master key tak berguna bila kita dah locked dari dalam. Saya pulak tak terjaga masa suami call (sebab silent) dan ketuk tingkap.


Prinsip dia adalah:-
  1. Kalau locked pintu secara manual dari dalam, hanya orang dalam rumah sahaja boleh bukakan pintu.
  2. Kalau nak keluar dan balik lambat macam situasi atas tadi:-
    • Orang dalam perlu kunci pintu dari dalam menggunakan kunci pintu. Jangan manual locked atau
    • Orang yang nak keluar rumah tu locked pintu dari luar terus menggunakan kunci security door tu. In case, orang dalam rumah nak keluar rumah, dia hanya bukak pintu guna kunci security door.

*Manual Locked tu maksud saya adalah pusingkan locked pintu tanpa guna kunci ala-ala macam selak dari dalam gitu lah kaedah dia.


Saya harap entri ni membantu serba sedikit rakan-rakan yang nak berkira-kira nak guna security door tu dalam membuat pilihan. Ini adalah pengalaman saya sendiri sepanjang guna pintu ni.


xoxo
dhiera

Sabtu, 24 Jun 2017

Salam Aidilfitri 1438H

Salam pembuka bicara


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tawabbalallahu minna wa minkum.


Pasti ada khilaf kita di dunia selagi kita bernama manusia.
Salam dihulur, Ampun maaf dipinta.




Ikhlas daripada:
Dhiera sekeluarga


xoxo

Khamis, 22 Jun 2017

Persediaan Sebelum Pulang Ke Kampung Halaman

Salam pembuka bicara


Ramai ke yang dah mula bercuti? Besok, saya masih lagi bekerja. Sobss


Tahun-tahun sebelum ni, saya tak buat apa-apa persiapan pun sebelum balik ke kampung. Tapi kali ni saya buat 2 perkara baru iaitu:-
Upah RELA untuk jaga kawasan perumahan sementara ketiadaan kami.
Isi Borang Pulang ke Kampung dari balai polis berdekatan

Ada beberapa sebab kami upah sedangkan raya keempat dan kelima saya sudah masuk bekerja semula. Antara sebabnya adalah:-

  • Kawasan perumahan saya kawasan perumahan baru
  • Penduduk taman ni kebanyakan nya berbangsa Melayu yang turut sama-sama pulang berhari raya
  • Kereta saya pernah terbakar semasa kami bercuti ke Korea semasa Deepavali tahun lepas 

Bab kereta terbakar tu yang paling sadis. Mujur jiran depan rumah lama, auntie cina perasan. Kalau tak lebur semuanya. Dekat bahagian side mirror sedikit sahaja kena tapi cukup merentap kalbu. Lepas tu, tak ada pula yang nak mengaku salah bila ditanya. Mentang-mentang, hakak sedang bersuka ria di bumi Korea.


Jadi, kawan-kawan silalah isi Borang Pulang ke Kampung tu siap-siap. Sekurang-kurangnya, pihak polis pun akan turut sama memantau keadaan rumah kita. Kami sertakan surat rasmi lagi untuk makluman ke pihak polis. Bawah ni contoh borang tu


Resit upah bayaran RELA pun selesai dah. Kami upah 1 penyelia RELA dan 6 orang anggota RELA. Bayaran sehari RM62.40 untuk 7 hari untuk seorang. Kongsi ramai-ramai. Dapat jimat banyak la. Jaga 24 jam sehari.



Apa pun, berhati-hati di jalan raya dan semoga semuanya selamat sampai ke destinasi. Salam aidilfitri.


xoxo
Dhiera

Rabu, 21 Jun 2017

Rumah: Proses Pemasangan Security Door


Salam pembuka bicara


Alhamdulillah. Kita dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Lagi beberapa hari lagi kita nak berhari raya.


#throwback2016
Tetapi saya terniat nak sambung cerita setahun yang lepas berkenaan pintu rumah saya. Ada beberapa orang emel bertanya dimana saya tempah dan sebagainya. [entri ini] Entri kali ni super banyak gambar ye.


Saya tempah pintu masa pergi Expo Perabot di Bidor ni je. Plan asal nak cari tilam. Last-last tilam nya ngak ketemu. Company yang buat pintu ni ada kedai di Ipoh dan kilang pun Ipoh. Namanya Milan Iron Design.


Tip dari Seller
Harga expo dan kedai berbeza. Malah, harga expo pun berbeza bergantung kepada lokaliti expo yang berlangsung tu. Tempat macam luar bandar lagi murah la harganya berbanding yang bandar.


Proses Pembayaran Pintu

1. Semasa booking, kami dah letak deposit siap-siap
2. Bila dah dapat je kunci rumah, kami bayar duit untuk beli besi dulu.
3. Lepas tu, kami tunggu pintu kami siap dulu baru panggil orang pecah sliding door.
4. Bila siap je pintu terus proses untuk pecah sliding door.
5. Kitorang tunggu simen kering dalam 2 hari macam tu, terus besoknya pagi-pagi proses install pintu baru. Yippie!!
6. Bayaran terakhir pun kami buat sejurus selepas pintu dipasang. Kontraktor pintu pun beri kami resit asal.


Ni masa booking yang pertama sekali sebelum kitorang decide nak tukar saiz pintu

Sepanjang proses deal ni, 2 kali je kitorang buat bayaran cash iaitu masa booking pintu dan waktu selepas pemasangan pintu. Selebihnya, kitorang buat online transfer je. Senang sangat.


Kenapa kami tunggu pintu siap dulu baru pecah sliding door? 

Alasan nya sebab tak nak biar rumah kitorang terlopong lama sangat tidak berpintu. Risau la juga. Macam kes kitorang, 2 hari tak silap rumah tak berpintu tapi kontraktor tutup dengan alas kanvas dan hadang dengan kayu-kayu.


Bawah ni saya share la gambar sepanjang proses pecah dinding sliding door. Untuk kos pecah sliding door ni saya tak da sebab dalam masa yang sama, saya buat table top di dapur rumah. Jadi, saya tak tahu harga asingnya berapa. Memula dia bagi quotation untuk table top, pecah dinding dan ikat batu RM4000. Tapi selepas dia pecah dinding rumah kitorang, baru dia tahu yang frame pintu kitorang tu pakai konkrit. Jadi, dia tanya kalau boleh tambah lagi RM500. Kami pun dengan paksa rela tambah je la.




Ni la frame yang saya maksudkan



Sebenarnya nak pasang pintu pun ada cara dia. Bahagian bawah mesti dalam 3 inci lebih kurang dari saiz frame sebab nak tanam pintu tu nanti. Macam gambar rajah bawah ni.





Lepas siap je ikat batu dinding tu dan memang dah set timing pemasangan dengan kontraktor pintu, Depa pun datang lah pasang. Teruja melihatnya. Masa pasang ni, saya tengok dorang ukur-ukur gak pakai laser nak cek lurus ke tak. Tapi masalahnya, lantai kitorang ni yang senget. Cis sungguh.






Dan akhirnya, kami dapatlah kunci pintu yang baru. Yeay! Nampak tak kunci tu ada biru dan hitam kepalanya. Dan yang kepala hitam tu ada lock warna silver dan gold. Tanda-tanda ni ada fungsi dia.

Kunci kepala biru: Ini kami dapat beberapa keping. Guna dia adalah sebagai kunci sementara supaya kontraktor boleh keluar masuk rumah guna kunci ni.
Kunci kepala hitam berbatang emas: Ini adalah kunci master. Bermaksud bila selesai je proses kerja-kerja guna kontraktor dalam rumah dan rasminya tiada orang akan keluar masuk rumah selain tuan rumah. Kunci ini akan digunakan untuk locked pintu. Sekali je guna kunci emas ni, kunci kepala biru tadi tak akan dapat digunakan lagi. Boleh buang lah. Kalau lah orang nak buat aniaya, duplicate kunci kepala biru tu, dorang tetap tak boleh masuk rumah sebab kunci biru tu sudah dibatalkan dalam sistem security pintu ni.




Bila pintu dah siap pasang, barulah proses plaster dimulakan pada keesokan harinya.






Bila plaster dinding dah setel, jenuh la saya dok pulun sental lantai yang berhabuk tu. Dan tibalah masa untuk mengecat pula. Tapi saya dan suami tak buat sendiri. Kami upah orang. Mudah sikit kerja upah orang. Kalau buat sendiri, jenuh dok kejar anak kecik yang sorang ni.


xoxo
dhiera

Selasa, 6 Jun 2017

Tarikh Keramat

Salam pembuka bicara..


Entri terakhir adalah setahun yang lepas. Tudiaaa.. kemain lama peram belog ni. Habuk sapu-sapu tak nak hilang.

Dalam hati, selalu sangat rasa nak update belog ni tapi kesempatan itu tidak ada. Balik rumah sokmo belek anak je.

Lama dah tak bersapa dengan kawan-kawan alam maya. Terlalu lama sehingga jari jemari kaku nak menaip. Sehingga terfikir kenal lagi kah mereka pada saya.

Hari ni 11 Ramadhan, sejarah nukilan pertama disini setelah setahun menyepi.

Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Jika punya masa akan aku ceritakan.

Selamat berpuasa buat rakan-rakan. Selamat mendapat keberkatan Ramadhan.

xoxo
dhiera