Ingat tak entri ini. Entri dimana saya cerita yang saya akan keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan saya di Seoul Garden. Saya ada cakap status halal restoran Seoul Garden.
Tapi sayang, masa kami sampai ni Seoul Garden dah full. Jadi, kami mencari-cari tempat makan lain. Macam biasa, pilihannya adalah Kenny Rogers. Maka, terjah lah kami ke Kenny Rogers. Sebab kami ramai sangat dengan meja yang panjang depan pintu masuk, kasihan orang lain yang datang nak makan dekat sini. Hampir 20 orang yang ada masa small gathering ini. Semuanya adalah coursemate saya di UPM.
Apa yang menariknya mengenai Kenny Rogers. Hidangan dia memang besar dan berbaloi dengan harga makanan. Boleh pilih side dish lagi. Kami semua memilih hidangan yang sama kecuali sepasang suami isteri yang berkongsi makanan. Yang berbeza hanya side dish.
Ini hidangan untuk Z. Sebab masa nak order makanan ini, dia dah bising-bising pergi solat Maghrib. Jadi, saya order kan apa-apa side dish untuk dia. Tetapi masih mengikut rungutan dia yang seolah-olah bekerja seperti seorang buruh walau kenyataannya jurutera. Oleh itu, high carbohydrate food untuk beliau.
Hidangan untuk saya pula hampir sama je dengan Z. Tapi saya seorang yang veggies lover. Jadi saya pilih coleslow (rasanya minta salad, tak pe yang penting ada sayur). Harga untuk quarter chicken meal ini dalam RM 15 kot. Saya pun lupa.
Kenny rogers kan harus ada muffin. Jadi, saya pilih muffin coklat dan original untuk kami berdua. Ada 4 muffin sebab pinggan tu share dengan orang depan. Nak tahu siapa orang depan tu?
Orang kat depan ini adalah pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, insyaallah dalam bulan 6 tahun depan. Yang gadis itu pun blogger juga. Tak sabar nak hadirkan diri di majlis perkahwinan mereka berdua ni. hiks.
xoxo
23 komen:
wah,beshnya..suke3..
p/s: thnx ke blog n salam kenal dari yui~
hai...sgt suka makan di kenny rogers..tapi sekali makan hah kau!!! xhingat bp henget plak kan?hehe
suka kenny rogersss tapi sebulan sekali jek dapat makan. hehehe :D
@ nuyui a.k.a miss NUSHA: ur welcome dear.. and thanx jugak~ hiks
@ Caythrine Amanda: betul tu.. lagi-lagi kalau add on yg lain-lain tu~ sila pejam mata masa bayar ye..
@sarah mohamad : boleh tahan juga tu sebulan sekali datang makan kat kenny rogers ni~
nampak sedap la plak...nyummy2..hihi
fuhhh..dah lama tak mengenny rogerskan diri..hehe.. ai follow & nanged.. :)
wau.. mau bergendang perut tengok makanan2 kat atas ni.. hahaha
haloo...
wahhh,nampak sedap jek . terliur sudah orang kat sini
peh!! terliur tgk chicken meal tu!! myelerakan.. tak pernah lagi mkn kat kenny rogers. ag kesian tau! hehe
@ Ungu Violet : bukan takat nampak sedap je..memang sedap pun~ hiks
@ AJ: thanx ya.. selalu nanged post saya!
@ ifwat : gendang gendut minta di isi tu~
@ cik ziqa : memang sedap ziqa.
@ Cik Azizah : kalau berkesempatan, pergi lah cuba makan kat sini~ sedap. dulu (masa saya sekola rendh), ada muffin jagung lagi marvellous! ada kesempatan cuba taw~
ngaaa.ex student UPM ke? hoho..
kenny roger best! mkn confirm kenyang punye! harga pun reasonable. fine,lapar! haha :D
@cahayabintang : a'ah..ex-UPM~ betul..confirm kenyg puye kn?
woah bestnye kenny lame dah xpergi sane..hehe
saya suka makan MUFFIN KENNY ROGERS
kenny rogers is of my fav .. hehe .. harga quater meal is 16.90 (wah hafal) ... hehehe
sedapnya makan !!!
@zuhanismohamed : best kan? confirm kenyang puye~
@ hazman aka species1980 : yg mana satu perasa muffin pilihan hati?
@Ipai: mak ai, ni bukan takat fav ni..ni namanya fanatik kenny rogers~ siap hafal harga tu. hehe..
Catat Ulasan