Rabu, 29 Jun 2011

Masak-masak di de Palma Hotel

Salam pembuka bicara..

Setelah muntah dengan cerita mengenai majlis perkahwinan acu saya. Hari ini saya nak cerita pasal makan pula.

Sebenarnya dah lama pergi makan kat sini dengan seorang rakan dan Z tapi baru sekarang ada masa bersenang lenang untuk menulis mengenai ini. Sebenarnya, bukan masak-masak di de Palma hotel tapi berjamu selera di de Palma Restoran. Lokasi di Gunung Rapat, Ipoh.


Tempat makan dah memang ada view cantik. Boleh pilih nak makan kat kawasan mana. Kalau nak makan, ala-ala dalam taman, boleh lah makan di pondok-pondok yang disediakan. Nak makan di tempat yang sunyi dengan cahaya samar-samar pun ada. Kamu boleh pilih kawasan mana yang menjadi pilihan kamu. Saya dan rakan saya pilih tempat yang jauh sikit dari orang ramai sebab nak berchit-chat panjang. Lagipun, agak lama juga kami tak jumpa.

Parking kereta pun tak ada masalah. Kalau nak parking dalam restoran pun boleh, nak parking luar pun boleh. Masa saya pergi ini, Z pilih untuk parking dalam restoran dekat dengan kawasan orang yang makan ala-ala dalam taman. Yang paling menarik, orang yang jaga parking masa tu adalah bos restoran ini ok!


Makanan saya di sini adalah nasi goreng tom yam. Kawan saya nasi goreng seafood manakala Z nasi goreng USA kot. Mula-mula plan nak makan nasi putih dengan lauk-lauk, tapi Z kata mahal makan macam tu kat sini. Last-last, pilih makann bergoreng je. Eh, ada tambahan french fries cicah dengan mayonis dan sos cili. Sangat yummy ok! Sebenarnya, sebelum pergi sini, saya pernah tanya pada kawan saya yang bekerja kat Ipoh samada ada sedap ke tak makan kat sini? Kawan saya tu kata sedap. Tapi bila saya makan kat sini, makanan dia tak memenuhi citarasa saya sehingga kan saya ajak Z pergi makan lagi. hek. Oh ya, saya agak picky sikit bila sampai bab makanan ini sebab nak makan biarlah harganya berbaloi dengan apa yang saya rasa. hek.

Tapi saya nampak ada satu meja hujung masa saya makan sini order butter prawn kot. Udang dia sangat besar. Mesti best dapat makan udang besar-besar ni. Tapi saya tak makan udang dan ketam. Kasihan kan?

Kalau kamu nak makan kat sini, mungkin boleh cuba tapi saya tak pasti samada memenuhi selera kamu atau tidak. Pada saya, belum cukup umpph untuk memenuhi selera saya.

xoxo

7 komen:

honey amour berkata...

salam kenal..nice blog..oredy follow :)) jom join kontes kat my blog..

Contest---> : 'AKU SAYANG DIA'

jgn lupa join ye :))

dhiera berkata...

thanx folo dan thanx ajak join contest~

Afieshot berkata...

main masak masak. jom komen entri baru http://afieshot.blogspot.com/2011/06/2-wordless-wednesday.html

tiefazatie berkata...

nape xzoom mknn..hehe..

stokis catalyst berkata...

Jom singgah...dptkan Catalyst VCO Softgel, Catalyst VCO Pure Oil & Catalyst collagen. Ready stok !!! Produk pilihan ramai.

dhiera berkata...

Afieshot: orait!

dhiera berkata...

@tiefazatie : masa ni dha lapar sangat. tak berkesempatan nak zoom~