Jumaat, 11 Julai 2014

Freedom for Palestine

Salam pembuka bicara..


Siapa pakai simkad Tunetalk Save Gaza?




Semoga dengan bantuan ikhlas ini dapat menjadi saham akhirat buat kita. Paling tidak, ramai-ramai SMS untuk menderma.


Sumber: Aman Palestine


Doa berterusan untuk mereka di Palestine!




xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera

Selasa, 8 Julai 2014

Menangi Duit Raya dari Hijab by Dhiera

Salam pembuka bicara..


Sebelum masuk sekolah lagi, dari umur baru setahun dua saya telah didedahkan mak ayah dengan dunia perniagaan. Arwah atuk punya sebuah kedai runcit. Mak pula selepas berhenti kerja dah mula berniaga aiskrim malaysia depan rumah. Masa musim raya, mak ambil tempahan kuih raya. Walaupun masa tu kecil lagi tapi ingatan abang-abang, kakak-kakak dari sekolah rendah depan rumah datang beli aiskrim tu memang masih melekat lagi dalam minda ni.


Masuk sekolah rendah, saya berniaga kacang-kacang dengan air bungkus yang dimasukan dalam bekas untuk dibawa pusing sekeliling tasik depan rumah (Tasik Puchong Perdana) bersama dengan adik. Dari kecil, ayah saya sudah ajar mengenai survival. Pernah ayah saya kata, kalau ayah tak ada saya dan adik perlu menjaga adik-adik yang lain. (saya: anak sulung; adik: anak kedua). Bukan tu je, kena kutip tin, tanya dekat jiran-jiran surat khabar. Semuanya untuk survival. Tapi pemikiran budak-budak masa tu adalah nak beli roller blade. Muahahaha...


Lepas dapat roller blade, misi perniagaan saya bertukar kepada mesin kelapa, aiskrim malaysia tu (dulu, harga dia 10sen je) dan ais batu. Hanya buat di rumah je. Stok buah kelapa ambil dari kampung nenek. Hihi. Adik saya pula bertukar ke ambil tempahan nasi lemak untuk bungkus dan dibawa ke sekolah. Nasi lemak homemade by Puan Halizar. Dalam masa yang sama, saya buat bisnes jual sticker. Saya tahu kedai yang jual sticker. Sticker gambar garfield, doremon, sailormoon etc. Sticker besar harga 50sen, yang kecil 20sen. Masa ni memang musim orang pakat-pakat kumpul sticker.


Maka, pemikiran untuk berniaga tu sudah tertanam sejak dari didikan survival dari ayah dan mak. Pengalaman tu sangat priceless.


Bila masuk sekolah menengah duduk dekat asrama, dok jual maggi, nescafe 3 in 1 dengan milo 3 in 1. Beli stok banyak-banyak bawa balik asrama. Masa zaman remaja baru nak membesar ni, minat berniaga macam tak bersungguh sangat. Lebih banyak main je.


Zaman matrik pun sama juga. Tapi masuk zaman universiti, ha... dekat sini asyik dok bincang dengan kawan. Kita niaga ini dan itu. Ada jual baju preloved. Ada jual makanan dari bilik ke bilik. Ada ambil tempahan makanan untuk delivery by sms je. Ada buka gerai. Masa ni pengalaman dan idea tu semakin dijana kerana sebahagian dari sekretariat keusahawanan. Tahun pertama dah pergi kursus usahawan 5 hari di Hulu Yam. Lepas tu, selalu jumpa orang-orang yang sukses dalam bisnes.


Wah, kalau lah masa tu betul-betul tekad dan fokus pada 1 bisnes mesti dah besar sekarang. Ok. Berangan.


Sampailah dah kahwin, atas sokongan suami. Saya terlibat lagi sekali dengan bisnes. Saya boleh bantu anda untuk dapatkan barangan kesihatan Shaklee, saya boleh bantu anda untuk dapatkan barangan bayi, penyusuan dan ibu, saya boleh bantu anda untuk dapatkan tudung segiempat yang sangat istimewa dan terbentuk cantik tanpa perlu banyak masa untuk digosok, kadang-kadang tak perlu pun nak gosok tudung segala ni. Serius!!


Walaupun saya masih bekerja dan membina kerjaya yang baru setahun jagung tu, saya tetap berniat untuk terus berniaga kerana niaga itu sunnah Nabi saw. Dan saya nak bantu ramai orang di luar sana.


Oleh itu, saya anjurkan satu contest khas untuk berkongsi rezeki yang saya perolehi dengan semua customer atau bakal customer Hijab by Dhiera. Contest ini sebagai tanda penghargaan saya kepada yang banyak support saya. InshaAllah, hadiah memang menarik.



Korang hanya perlu upload gambar berbaju kurung dengan tema hari raya dan promote pada kawan-kawan LIKE gambar anda. Sebelum itu, LIKE page Hijab by Dhiera. Mudah sahaja kan? Kawan-kawan bloggers pun dijemput untuk sertai contest ini. Mana tahu korang pun antara yang bertuah untuk dapat duit raya dari Hijab by Dhiera. Jom sertai!! KLIK SINI untuk join contest ni. Terima kasih sebab sudi support saya.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera

Sabtu, 5 Julai 2014

Bulan barakah bulan Ramadhan

Salam pembuka bicara..


After a long hiatus! MasyaAllah. Terlalu sibuk dengan kehidupan sekarang. Tersangat sangat. Wa respek pada yang masih kekalkan momentum sehingga sekarang.


Alhamdulillah. Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya dalam segenap perkara. Alhamdulillah.


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Selamat berpuasa semua. Beruntunglah bagi mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.


Tazkirah Jumaat lepas.
Bila ada solat terawih semua orang beramai-ramai nak pergi masjid/ surau sampai sanggup solat tepi longkang. Tapi solat terawih hanyalah solat sunat sahaja. Alangkah indahnya jika solat wajib kita (solat 5 waktu), masjid/ surau ini dipenuhi dengan ramai orang.
Hanya ingatan kita bersama.
Perkara yang sunat tak perlulah untuk ditunjuk-tunjuk kita buat (selfie/ update status segala). Sepatutnya, perkara yang wajib itulah kita ajak orang beramai-ramai pergi, orang beramai-ramai update. Barulah nampak lebih mengimarahkan masjid/ surau dengan melakukan rukun islam yang kedua itu.
Nabi saw pernah berkata "aku takut umat akhir zaman lebih memeriahkan yang sunat melebihi dari yang wajib"


Lepas tazkirah jumaat lepas memang sentap. Aku seorang pendosa.


Jom kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera