Khamis, 25 Ogos 2011

Suasana persiapan raya di Shah Alam

Salam pembuka bicara..

Bahang raya dah makin hangat kan? Ahad hari tu saya bershopping di area Shah Alam. Tak ada beli apa pun. Window shopping je banyak.

Mula-mula pergi jualan gudang seperti dalam entri ini. Saya hanya beli 1 blouse dan 2 pasang sandal. Tapi Z beli 3 helai baju jenama Giordano yang bernilai RM 108. Murah (pada saya)! Tak ada gambar. Lupa nak snap sebarang dua.

Selepas itu terus pergi Plaza Alam Sentral. Suasana shopping di Plaza Alam Sentral. (saja tangkap gambar yang kat hujung-hujung)


Hari ni agak ramai mungkin sebab hari ini hari minggu, susah sangat cari parking. Last-last parking dekat parking terbuka sebelah kompleks PKNS. Bayaran RM2 per entry. Itu pun kat luar-luar, kat tepi-tepi jalan penuh dengan kereta juga. Kat kompleks PKNS siap jumpa Zul Yahya lagi. Tinggi orangnya. Tapi tak ada kerja la nak tangkap gambar dengan dia kan?


Saya pergi dengan Z. Kami tak ada beli-belah pun kat sini melainkan saya menukarkan duit raya yang Z bagi untuk tahun ini kepada sesuatu barang. Entri lain baru cerita lah, boleh? Lepas balik je dari window shopping, kami pergi Econsave Kampung Jawa yang baru bukak tu. Sebab Z nak shopping barang sikit. Tapi banyak beli buah-buahan aje dia tuu. Antara hasil shopping dekat Econsave.


Air sunkist, potato chip, tisu dan kotak putih tu saya punya. Barang Z ada kat bawah-bawah. Tak banyak pun saya berhabis. Tapi Z memang banyak la. Siapa yang pernah baca entri saya sebelum ini pasti tahu yang Z ini cerewet dalam bershopping. Shopping kalah perempuan. hek

xoxo

28 komen:

terpatrisinarabadi berkata...

dah start bersesak2..ramai yg baru dpt gaji....

dhiera zainudin berkata...

itu la kak~ saya je belum bergaji. sobs

AiNuN FaUzI berkata...

Sesaknyaa... Kt mana2 pn sama... Lagi dekat nk raya, lagi laaaaa sesak... Boleh xbernafas dok dlm reramai tuh... =)

Salam kenal....

faiz berkata...

kehangatan hari raya semakin terasa..

NM02 berkata...

esok last keje










yahuuuuu!!!!!!

Xavi De berkata...

org sudah berpusu-pusu menbuat busu..
eh, silap..
berpusu-pusu beli barang raye..:D

Sufia Mahzan berkata...

Husband saya pun selalu yg galak shopping drpd saya. Huhu..

merahitujambu berkata...

meriah betul eh...salam syawal

nk doodle free jom laa

Ezad Skytech berkata...

nak shopping kali terakhir sebelum raya ni..tapi tak tahu bila..mesti da sesak tempat2 hotspot ni bila minggu2 terakhir ni..huhu~

Myra Jay berkata...

Memang kalau shoping hari gaji hmmmm menjawab la penuh sesak..

Selamat Hari Raya :-)

emarieys berkata...

Selamat Hari raya

me suya berkata...

xlalu nak membeli belah saat ni.. org kompem ramia giler kat mall.. hehehe

cik dila berkata...

waahh,ramai gile orang! kalau kite pergi mau tak nampak sbb tenggelam dek org ramai. haha..

Fadzli Amir berkata...

Malas nak bersesak2 kat jalan ray masa puasa2 ni..tapi apakan daya, ku terpaksa jua, kalu tak beraya berbaju lama la...hehehe

Echa berkata...

huhu..x suka crowded..like sesak nfs plk..hahaha :)

WAHIDA ALIAS berkata...

mangaiii...ramai jugakkk

Sarah Mohd Saleh berkata...

mne2 mall kalau pegi skrg kompom full house.pffttt

asfira aminuddin berkata...

ramainya orannng! btw, u sopin sakan today? bestnyaaa =)

Ct Arina berkata...

kat pkns tu sentiase ramai org. lagi2 nk raye. tp da lame sgt x g. since dah 2 taun duk jb.

anumuchan berkata...

wah meriahnyaa org bershopping..

semutsengal berkata...

wooo,

rmai gilak orang. Peerrgghhh ! aku tak sanggup weh nak masuk tempat sesak ni.

Oh Lady berkata...

mmg sesak die bt xhingatlah kan..mn2 sama..
eyh laki skg mmg cengitu ceret babe sopink,kalah pompan dah..haish geram je kan..hee

Izzati Liyana Sabri berkata...

peh, mmg pelik encik Z dengan cik dhiera ni. terbalik kottt. :D

tshrit giordano tu mmg sgt murah la kn. kalau hari biasa, dpt 1 je dgn harga tu. shah alam best ke shopping raya-raya ni? kalau bj kurg byk la kot best kat pkns. kalau hari biasa slalu pegi, gila gila boring maa.

ade2mama berkata...

tu la..shoping lmbt2:P
huhuhu
aku da prepair awl2 lgy taw..ade sale bli..sale jew bli uhuh
so xpyh pgi org ngh rmai2..

*pdam muke:P
huhuhu..xdela graw je:)

Dr. Bentara berkata...

sibuk macam kat new york!

Hana Soffelia berkata...

Tak suka keluar shopping hujung2 raya, rmai sgt org. Wah, Mr.Z cerewet mengalahkan perempuan ye. hehe

muhamadsufian89 berkata...

ape benda dalam kotak putih tu?? cam best je. hehe

mrs kayrul berkata...

dah hujung2 bulan, semua poket dah penuh bolehlah shopping sakan