Rabu, 30 Mac 2011

Tak pergi MATTA FAIR pun tak apa. Sini pun ada murah!

Salam pembuka bicara..

Ada sesuatu yang menarik perhatian saya semalam.


Yang menarik, pakej MATTA FAIR masih lagi berjalan walaupun MATTA FAIR sudah lama melabuhkan tirai. Kali ini lagi mudah sebab tak perlu pergi ke mana-mana tempat. Hanya menggunakan kemudahan di hujung jari sahaja.

Macam sangat murah lah pakej ke Bali itu. So, untuk kamu yang berminat, sila lah ke laman sesawang ini. [klik sini]

Air asia buat sale lagi! Tapi bukanlah sale yang super duber cheap sangat sampai saya berebut untuk beli. he. Kali ini tidak tamak.


Cuma sesuatu yang perhatian saya adalah Krabi dan Jakarta.

Saya akan ke Jakarta sebelum kawan saya di sana habis belajar. Dan saya tunggu review kawan saya yang akan berhoneymoon di Krabi.

Oh, excited. Mak saya kata duit saya banyak habis sebab berjalan. Z kata tak reti-reti ke nak simpan duit lebih ke?

Dan kemudian saya baru teringat yang saya ada beli tiket ke Tawau sebab nak pergi melawat baby abang angkat saya di sana. Bulan ini baby boy itu sudah berumur 6 bulan. *Sorry lah adik, akak lupa lah. Nanti adik balik semenanjung, akak belanja makan ais krim ea.*


Ada sesiapa nak pergi Tawau besok, saya ada tiket ini. Tiket ini saya beli RM15 saja pergi dan balik.

xoxo

Selasa, 29 Mac 2011

Jom cek tahap kesihatan kamu!

Salam pembuka bicara..

Saya tersangatlah sibuk semalam. Lagi-lagi big bos datang lepak kat sini kan? he.

Sebenarnya, tempat kerja saya tengah busy untuk buat education week dan open day. So, kami tengah kumpul-kumpul barang dan macam-macam lagi lah~

So, bagi sesiapa yang ada keluarga atau tinggal berdekatan Tanjung Malim boleh lah datang sini. Ada pakej kesihatan super cheap dari biasa untuk kamu semua.

tekan pada gambar untuk tumbesaran yang sihat

Bagi budgeted pakej, normal price adalah RM 220. Silver & gold itu normal price RM 240 dan RM 270.

Promotion yang memang berjalan dari awal bulan hari tu sehingga Jun ini adalah Women day promotion.
Basic pakej bernilai RM 150 yang mempunyai ujian untuk sama seperti budgeted pakej tapi tiada test CEA dan digantikan dengan 2 test untuk cancer tumour marker dan 1 machine test untuk cek calcium dalam tulang (detect osteoporosis) atau lung function test (tengok macam mana kamu bernafas).

Doctor consultation adalah free sama juga seperti nutritionist consultation. *oh, garu kepala lah saya lepas ini.

Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan itu boleh lah datang sini. he.

xoxo

Sabtu, 26 Mac 2011

to-do-list: updated

Salam pembuka bicara..

Happy weekend semua.. Selamat berhari sabtu.

Siapa je yang bekerja hari ini? Kita memang senasib. Setiap hari sabtu kena kerja, nasib half day. hu

Saya rasa semua orang perlu ada to-do-list dimana kita perlu merancang. Gagal kita merancang maka sebenarnya kita merancang untuk gagal. Sama macam nak study untuk exam. Kita kena ada strategi.

Nak update to-do-list saya, kan dah hampir hujung bulan. Lepas ini boleh lah menghitung hari bila gaji keluar. Yang paling tak best, kat tempat saya kerja ini makin tinggi gaji, makin lambat lah dapat. Tak tahu hari apa saya dapat gaji.


Ini to-do-list saya, semuanya telah di tick kecuali bayaran insuran saya. Sepatutnya, saya bayar pada 12 hari bulan ri tu, tapi saya terlupa. Maka 28 hari bulan baru la saya bayar.

Kereta baru bayar semalam sebab setiap 25 haribulan kena bayar. Simpanan, PTPTN, bil broadband dan telefon serta duit kutu, dapat dapat gaji je saya terus bayar. Selebihnya, boleh lah bawa enjoy. he

Tak seronok sangat bila kerja sebab duit kena cari sendiri. Lepas kena fikir bayar hutang itu, hutang ini, masa belajar dulu tak fikir pun hutang-hutang ni.

Yang paling penting, menyimpan untuk masa depan.

xoxo

Jumaat, 25 Mac 2011

Food label: khasiat dalam laksa.

Salam pembuka bicara..

Semalam memandangkan semalam saya tulis mengenai laksa. [post ini] Maka, hari ini saya nak share nutritional value untuk laksa tersebut. Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.

1 hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):

a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g

* Tapi actual content bergantung macam mana kamu masak, kamu sediakan bahan etc.

Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?

Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal

Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO x 4kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.


Ini carta pie bagi tenaga 1 hidangan laksa

Jumlah tenaga bagi 1 hidangan laksa adalah 412.62kcal.

Berapa hidangan laksa yang memadai untuk keperluan tenaga seharian?
Kalau kamu nak tahu, 3 hidangan laksa sudah cukup memenuhi keperluan tenaga saya dalam 1 hari.

Berapa jumlah kolesterol bagi 1 hidangan laksa?
Jumlah kolesterol bagi 450g hidangan laksa adalah 30.6mg kolesterol.

Cukuplah untuk hari ini.

sumber: http://www.nutriweb.org.my/ dan cekodok.com. (cekodok.com favourite website saya. nutriweb bacaan ilmiah saya)

xoxo

Khamis, 24 Mac 2011

Resepi: laksa

Salam pembuka bicara..

Hari ini gatal pula nak tulis entri mengenai resepi. Sebenarnya, baru pertama kali buat laksa ini. Menjadi pula hasilnya. Kebetulan laksa ini, memang favourite saya sejak kecil bertambah excited la. Ingat kan selama ini susah nak buat sebab mak pun memang jarang buat (sampai mak saya tak ingat nak buat macam mana).

Tapi ok lah cubaan pertama saya menjadi. Boleh makan puas-puas. Nak hasil cubaan pertama.

Taraaa...


Lepas itu baru terfikir, dengan sekali masak laksa modal tak lah besar mana, siap boleh dapat banyak kali hidangan. Tapi kat kedai jual dapat makan ciput je, lepas itu harga satu hidangan sampai RM 3.50. Kuah dah la cair. Memang sah-sah penjual laksa itu untung lebih. ermm...

Bahan-bahan nak buat laksa ini. *oh ya, ini ikut resepi saya. bahan-bahan nak buat, saya tanya sepupu saya.

Bahan utama
1 kilo ikan (saya guna ikan kembung campur dengan ikan sardin)
1 peket mee laksa kering (ini optional. boleh juga guna mee laksa basah)
Garam (Guna sikit saja okeh)
Bunga kantan
Asam keping (asam gelugor)
Daun kesom

Bahan kisar
Cili api
Bawang besar (saya guna dalam 3 biji kot)

* Boleh juga tambah belacan (ini juga optional). Sebab saya akan gatal-gatal hidung kalau makan belacan, maka saya memang tak guna.

Bahan sebagai ulam /hiasan
Timun
Salad
Telur
Limau nipis (sebenarnya, saya tak guna pun)

* Cili api dan bawang yang dihiris nipis adalah optional. Saya dan adik-adik tak suka. Jadi kami tak guna.

Yang saya beli hanyalah ikan, mee laksa dan timun sahaja. Modal kurang dari RM20. Tak ingat lah exact price berapa.

Kenapa saya tak letak exact amount yang saya guna?
Saya tak letak berapa jumlah asam keping, bunga kantan, daun kesom dan cili api yang saya guna sebab itu mengikut selera kami adik beradik sampai tak ingat letak berapa banyak.
Lagipun, kalau kamu masak sendiri, kamu tentu tahu citarasa kamu tersendiri. Kalau beli mesti ada yang pernah merungut kurang sedap, tak cukup ikan, tak cukup masam etc. Betul tak? So, bila buat sendiri, kamu berhak tentukan citarasa kamu tanpa terlalu terikat dengan jumlah yang resepi sediakan.

a) Macam cili api, kami suka makan pedas-pedas maka agak banyak juga kami letak mungkin dalam 2-3 genggam.

b) Pada saya, yang menaikkan selera untuk makan laksa adalah rasa bunga kantan. Memang tak ingat letak berapa banyak sebab kat rumah memang ada tanam. he.
* Bunga kantan ini saya letak (guna gunting saja dan masuk terus dalam kuah) kemudian biarkan + kacau kuah sekejap dan rasa.
* Jika, saya rasa masih belum puas hati dengan bau laksa dan rasanya, saya akan tambah lagi. Kamu pandai-pandai adjust sendiri la ye.

c) Sama juga seperti daun kesom. Ada tanam di rumah. Main petik dan masukkan selepas basuh. Ikut selera. Ada yang kata lagi banyak, lagi sedap.

d) Asam gelugur. Jika kamu mahu rasa lebih masam, boleh letak asam gelugor banyak sikit. (standard resepi dalam 6 keping kot)

Membebel saja saya ini.

Ok, jom kita mulakan. (Maaf ya, tiada gambar)

1. Rendam mee laksa tadi dan rebus. Kemudian toskan.
2. Bersihkan dan rebus ikan-ikan tadi bersama asam keping. Rebus sekejap je sampai daging ikan tadi jadi warna putih.
3. Sementara tunggu siap rebus ikan, boleh lah kisar bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. Kisar isi ikan dahulu dan masukkan ke dalam periuk besar bersama bahan-bahan kisar + air rebusan ikan.
6. Kemudian kisar tulang-tulang ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk besar tadi.
7. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga tambah asam keping lagi kalau perlu.
8. Biarkan sampai mendidih dan naik bau.
9. Rasa kuah tadi dan adjust mana-mana yang perlu mengikut selera kamu. Oh ya, jangan lupa masukkan garam jika perlu tapi jangan banyak-banyak ya.

* Oh ya, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. Boleh guna untuk masak kuah tadi.
* Atau boleh juga guna air rebusan tadi untuk dikisar bersama-sama isi ikan.

Rabu, 23 Mac 2011

Award dari Norgadis Labuan

Salam pembuka bicara..

Entri ringkas.

Hari ini saya dapat award dari Norgadis Labuan. Terima kasih pada beliau.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Ini adalah award kerana menjadi follower Norgadis. Yeay!!

xoxo

Selasa, 22 Mac 2011

Pameran pengantin Malaysia: Mystic purple

Salam pembuka bicara..

Selepas pameran pengantin di Mines Convention Centre, ada lagi satu lagi pameran pengantin. Kali ini bakal diadakan di PWTC. Pada 1 hingga 3 April nanti.

Saya baru saja plan nak pergi cari handphone baru. Terasa handphone sekarang ini tersangat uzur. Padahal hp yang uzur ni baru saja pakai selama 2 tahun.

Hp yang satu lagi, saya sudah guna sejak saya di matrikulasi dan sehingga sekarang masih lagi elok dan tiada apa-apa masalah kecuali baru-baru ini hp itu sudah tak boleh lagi direct charging atau mungkin charger hp itu yang rosak. Malu lah nak beli charger untuk hp yang sudah old time white coffee itu, sudah 6 tahun saya guna pakai kot. Hp ini memang hp kesayangan sangat sebab hp itu adalah hadiah hari jadi. Ada sentimental value di situ.

Oh ya, kawan-kawan saya ajak saya pergi bersama-sama ke wedding fair ini tapi saya tak pasti samada saya boleh sertai mereka atau tidak sebab saya memang sudah janji untuk cari hp dengan Z. Saya amat rindu kedua-duanya, rakan-rakan saya dan Z.

Bagi kamu yang suka nak tengok-tengok atau dalam plan untuk bertunang ke berkahwin ke, kamu boleh lah melawat pameran ini jika berkesempatan. Masuk free je.

Mungkin bagi mereka yang mempunyai bajet majlis yang sangat ketat, mana tahu pameran ini dapat membantu meringan beban kamu. Macam kawan saya, elydalyla. Bulan lepas telah dapat booked kad kahwin yang murah dari normal price. Terus besoknya buat fotografi untuk gambar kad kahwin.

Saya kata murah sebab promosi di pameran bulan lepas telah menurunkan harga sebanyak 10sen (bagi kad pilihan beliau lah). Sekurang-kurangnya beliau dapat berjimat sebanyak RM100 untuk wedding card beliau.

Jom sama-sama meriahkan pameran ini. Bertemakan Mystic Purple.


Klik sumber untuk maklumat lanjut.

xoxo

Isnin, 21 Mac 2011

Kek murah-murah dan tempat santai free

Salam pembuka bicara..

Biasanya bila awal bulan, poket sudah kembung, saya memang tak akan melekat di rumah. Tahu-tahu je lepas kerja hilang pergi jumpa rakan-rakan. *kamu tahu tak, saya amat rindu kan masa belajar saya dimana saya boleh melepak bersama-sama mereka, pergi jalan-jalan bersama mereka dan belajar bersama-sama mereka.

Sebenarnya saya nak cerita, hari itu saya keluar dengan Z dan adik saya. Balik tu kami beli kek yang dijual kat PKNS Shah Alam 3 bji RM6.00. Murah kan? Dan pizza buatan Jusco Bukit Raja. Dan makan di bawah rumah adik saya. Ala, flat merah depan UiTM tu.


Ini port mula-mula saya duduk, excited nak makan padahal baru lepas makan. Kemudian, adik saya tegur "eh, nak makan kat sini ke? sana ada kerusi lah"

Ok, kemudian kami beralih tempat.

Nak tahu rupa makanan yang buat saya macam starving tu.

Inilah rupa kek coklat, tiramisu dan black forest. Nampak macam sedap tapi rasa ok ok la~


Inilah rupa pizza yang beli di la Boheme Jusco Bukit Raja. Adik saya yang pilih untuk makan ini.

Oh ya, pagi ini saya diceramahkan oleh seseorang supaya saya kahwin cepat dan bertunang paling lama 6 bulan. Sebenarnya, sudah 3 hari saya mendengar ceramah yang sama. Mungkin betul, orang kahwin lagi murah rezeki. Tapi saya rasa secara mentalnya, saya agak belum bersedia. Mungkin sebab saya lebih banyak bergantung pada keluarga kot walaupun sudah 10 tahun berpengalaman duduk di asrama.

Bercerita hal ini membuatkan saya terfikir kan Z. Pada saya, Z pun mungkin belum cukup bersedia disebabkan kerjayanya yang baru sahaja stabil.

Malah keluarga saya juga mempunyai perspektif dan kriteria yang tinggi dalam memilih seorang menantu walaupun nampak macam tak kesah sahaja. Kadang-kadang mulut cakap lain, hati cakap lain atau hari ini cakap lain, besok cakap lain. Kalau lah saya diberi hak untuk membuat keputusan yang sememangnya keputusan yang saya inginkan. Mungkin juga disebabkan saya ini anak sulung maka mereka ingin saya jadi contoh pada adik-adik saya dan mereka tak sanggup untuk melepaskan saya. Ya, ayah selalu kata "try your best and choose the best" tapi saya ini best sangat ke?

Dulu saya ada bercita-cita untuk belajar di luar dari Malaysia tapi tak dibenarkan malah untuk memohon belajar di UNIMAS atau UMS juga tak boleh. Tapi pada adik saya yang belajar di MRSM tu, mak saya kata "belajar betul-betul nanti boleh sambung kat luar negara". Dalam hati saya, "apa kes aku tak boleh pula"

Tapi saya bersyukur juga kerana sekurang-kurangnya, mereka tak sama macam mak cik saya yang mahukan menantu bekerja di sektor awam sahaja sampai sepupu saya pun sebenarnya marah dan berkecil hati dengan mak cik saya ni. Seolah-olah macam mereka pula yang nak kahwin. Best sangat ke berlakikan penjawat awam. Tapi tah-tah kalau sepupu saya tunjukkan teman lelaki yang bekerja kerajaan tapi sebagai pemandu, mesti jawatan yang diterima "carilah orang yang elok sikit". Ya, saya dan sepupu sudah dapat agak permainan mereka.

Sebenarnya, mereka nak menunjuk-nunjuk anak siapa lagi bagus. Dulu masa belajar, anak siapa paling pandai. Sekarang, anak siapa dapat laki bergaji besar.

Oh ya, dulu saya pernah di anggap paling bodoh sebab dapat nombor periksa nombor 41 tapi kan peratus saya 74% ok!! Dan dibandingkan dengan sepupu yang dapat nombor 2 tapi peratus dia, saya lagi tinggi kot. Saya rasa tak suka sangat sebab saya bersekolah di bandar yang bersaingan tinggi tapi sepupu sekolah di luar bandar yang majoritinya melayu. Walaupun kami berdua, belajar di kelas yang pertama.
Eh, emotional lebih pula.

Abaikan.

Sabtu lepas, seorang sepupu saya pun selamat ditunangkan dengan orang Johor. Hujung tahun ni mereka kahwin lah. Excited!


xoxo

Ahad, 20 Mac 2011

Marathon movie

Salam pembuka bicara..

Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.

Pada saya ayat ini macam tagline pula.

Ahad yang lepas (huh, lambat sungguh cerita pasal ahad) saya bersama dua orang adik saya mencari hiburan di Kuala Selangor. Rasanya Kuala Selangor sahaja kot yang terdekat daripada Ipoh. Salah seorang itu pula demam tapi nak ikut juga. Alasannya, bukan selalu dapat paw kakak. cett

Ok. Kami tengok dua cerita hari tu.

Cerita pertama: Big mommas: like father, like son.

sumber: google

Overall cerita ini ok la. Tapi macam yang lepas-lepas punya version lagi best kot. Tak banyak pun aksi yang boleh diketawakan. Boleh lah kalau sekadar untuk mendapatkan mood sebelum menonton cerita seterusnya.



Cerita kedua: Hikayat Merong Mahawangsa

sumber: google

Cerita ini pada saya memang best. 5 star. Thumb up untuk KRU production. Belum pernah saya tengok cerita malaysia macam ni.



Minggu lepas dah marathon movie. Minggu ini saya mahu berehat sahaja di rumah. Semalam sepupu saya bertunang. Petang nanti saya perlu ke MRSM Trolak untuk hantar adik saya semula ke asrama. Cuti sekolah kan dah habis.

xoxo

Sabtu, 19 Mac 2011

JOIN BLOGLIST MISZLULLABY

Salam pembuka bicara..



SAYE NAK JOIN BLOGLIST MISZLULLABY!


Jom ramai-ramai join! klik sini.

xoxo

Jumaat, 18 Mac 2011

Pesta belon panas

Salam pembuka bicara..

Minggu ini akan diadakan 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon.

Tarikh: 17 -20 Mac 2011
Tempat: Monumen Alaf Baru, Persint 2, Putrajaya
Masa: 7 pagi - 9 malam

Tahun ini 29 biji belon panas. Tahun lepas berapa ea, lupe. Maklumat lanjut, sila klik sini.

Tapi malangnya, minggu ini saya memerlukan rehat yang secukupnya. Lagipun, sepupu saya akan bertunang sabtu ini. Nak pergi wedding kak iman pun saya terpaksa batalkan, lagilah nak pergi pesta ini. Nasib tahun lepas saya sudah pergi. he



Selamat berhujung minggu kamu semua.

xoxo

Khamis, 17 Mac 2011

5 rumah pelik tapi cantik

Salam pembuka bicara..

Selepas sibuk-sibuk bercerita mengenai Skim Rumah Pertamaku, jom kita tengok pula rumah macam ini. Menarik tapi pelik.

Ini antara the most wonderful homes in America yang dikumpul oleh TopTenRealEstateDeals.com untuk CNBC.
Rumah pertama : Bioscleave House Life Extending Villa

sumber: yahoo


Lokasi: East Hampton, New York
Harga: $4 million
Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Berkeluasan 3700 sq ft.

Rumah kedua: The Dune House


sumber: yahoo


Lokasi: Atlantic Beach, Florida
Harga: $1.4 million
Rumah ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Berkeluasan 1500 sq ft.


Rumah ketiga: Mystery Castle



sumber: yahoo



Lokasi: Phoenix, Arizona
Harga: Tiada dalam pasaran
Rumah ini dibina oleh seorang lelaki yang meninggalkan keluarga dan hilang selepas mengetahui dia mengidap tuberculosis

Rumah keempat: Coral Castle


sumber: yahoo


Lokasi: Miami, Florida
Harga: Tiada dalam pasaran

Coral Castle telah dimasukkan dalam National Register of Historic Places pada 1984 dan sekarang dijadikan sebuah muzium bernama Rock Gate Park.


Rumah kelima: Hammargren Home of Nevada History



sumber: yahoo

Lokasi: Las Vegas, Nevada

Harga: Tiada dalam pasaran
Rumah ini dikenali sebagai “the most interesting home in the world.”

*Sumber: yahoo

xoxo

Rabu, 16 Mac 2011

Bloglist ZahirulOnline 2.0 2011

Salam pembuka bicara..

Setelah mendapat jemputan dari tuan punya blog, saya rasa tak patut lah kalau saya menolak..hehe. Ok jom sertai bloglist ZahirulOnline.


Soalan-soalannya:

a) Siapakah inspirasi anda dalam dunia blog?
Sebenarnya saya tak tahu siapa inspirasi saya sebab pada mula saya menulis blog disebabkan suka-suka. Oh ya, sebelum itu saya suka membaca blog rakan-rakan saya. Mungkin mereka atau mengkin blog ini. Sangat suka membaca blog ini.

b) Dah berapa lama anda berblog?
Sebenarnya sudah lama tapi mula aktif berblog sejak saya pekerjaan sudah stabil. Tak ingat samada Julai atau Ogos 2010.

Berpeluh-peluh jawab soalan yang diberi. he.

Jom ramai-ramai join.

xoxo

Selasa, 15 Mac 2011

tsunami dan keprihatinan

Salam pembuka bicara..

Saya melayari laman Saifulislam.com dan saya rasa ada sesuatu yang patut dikongsi mengenai tsunami akal dan budi di tanah air sendiri.

Cuba kita imbas balik kejadian lori terbalik di PLUS highway berdekatan Tanjung Malim dan orang ramai mengaut beras tanpa mempedulikan keadaan pemandu dan klendan lori.

Cuba imbas balik kejadian orang ramai mengutip duit syiling di Negeri Sembilan akibat berlakunya kemalangan.

Dan terbaru, 11 Mac 2011 kejadian tsunami di Jepun.

Dimana sensitiviti bila ramai bercerita mengenai kesan ekonomi dan kedudukan pasaran saham di Malaysia akibat bencana alam ini. Mereka tak minta pun bencana alam ini berlaku kepada mereka. Kenapa ada yang mengeluarkan kenyataan seperti mementingkan diri sendiri. Ya, saya akui sebagai negara membangun, ekonomi itu amat penting tapi ekonomi yang dilakukan bersama Jepun berdasarkan dasar persahabatan bukan?

Lagi, kenapa seolah-olah ratu porno Jepun begitu penting keselamatannya. Oh ya, baru kali ini saya kenal Maria Ozawa. Selama ini tak pernah kenal pun. Bagaimana keadaan tokoh-tokoh yang terkenal di Jepun? Mereka selamat ke? Macam mana mereka selamat?


Lagi, kontroversi hebat berita harian mengenai ultraman dan kartun. Sampai tersebar di CNN ireport. Seolah-olah menpersendakan apa yang berlaku. Malah, sms Fizz Fairus mengenai ultraman la doremon la. Itu semua lawak bodoh yang tidak menitik berat kesan yang akan diterima.


Dimana keprihatinan sesetengah masyarakat Malaysia? Macam tak sama dengan sifat sopan santun, lemah lembut atau saling menghormati seperti yang dicanangkan sejak saya kecil? Fikir-fikir kan lah.

Ulasan penuh dari halaman ini. Harap kamu baca ulasan ustaz.

xoxo

Isnin, 14 Mac 2011

Lelaki lagi suka shopping

Salam pembuka bicara..

Selamat berhari isnin.

Orang selalu cakap yang perempuan suka ber'shopping'. Meh sini, saya nak betulkan perempuan bukan suka sangat ber'shopping' tapi perempuan suka ber'window shopping'.

Shopping dan window shopping adalah berlainan. Shopping memerlukan duit tapi window shopping tak perlukan duit tapi perlukan tenaga.

Sebenarnya, lelaki juga suka ber'shopping' sebab tiap kali saya keluar dengan Z, mesti dia seorang saja yang ber'shopping'. Saya nak window shopping pun tak boleh. Buktinya:

Siap nak beli kasut futsal lagi. Bila nak beli yang mahal, saya jeling tajam-tajam.


Penuh satu troli. Padahal bulan lepas shopping sampai penuh bonet~

Belum lagi teman Z borong jersi kat uptown shah alam.

Sebenarnya, nak tulis panjang lagi tapi hari ini tak berapa sihat gara-gara share mocha freeze dengan adik yang selsema sambil lari-lari dalam hujan dan pecah panggung dengan 2 movie.

xoxo

Ahad, 13 Mac 2011

MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!

Salam pembuka bicara...

Beberapa hari yang lepas saya telah di ajak oleh blog picisan untuk sertai bloglist blog beliau. Terima kasih ya.

Dan semalam, saya pula telah dijemput oleh Melur Jelita untuk sertai segmen beliau. Terima kasih ye. Saya pun dengan berbesar hati men'join'kan diri dalam segmen ni. hu


Bagi blogger yang ingin join juga, silalah melawat ke Melur Jelita ya!

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang dan HB saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami di Jepun: tanda Allah marah

Salam pembuka bicara..


Jepun pula dilanda tsunami selepas memori hitam tsunami di Acheh pada tahun 2004 yang Malaysia juga turut terkena tempias yang tidak kurang hebatnya. Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan sebabnya.


sumber: google

Kalau kamu baca Kosmo bertarikh 9 Mac, mereka ada keluarkan petikan ini.
sumber: kosmo

Saintis telah memberi amaran bencana alam disebabkan jarak antara bumi dan bulan berada dalam keadaan sangat rapat. Tekan pada gambar untuk tumbesaran.

Ini tanda Allah marah... tanda bumi dh uzur... daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

... dan sedarlah bahawa kita berada di zaman tersebut.... masa untuk kita bertaubat dh tak panjang...



*sumber: blankQo


Antara doa yang boleh kita amalkan ketika ditimpa bencana.


Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.


*sumber: mucux


Semoga rakan-rakan saya di Jepun selamat-selamat sahaja. Sama-samalah kita berdoa.

Dan saya bertanyakan kawan saya di Labuan, dia kata di sana ada diberi amaran tapi apa yang dia boleh buat, Labuan pulau yang kecil saja malah tak ada tempat tinggi pun. Jadi, dia meneruskan kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa. Waktu bekerja pun masih sama seperti biasa.


xoxo


p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang dan HB saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Jumaat, 11 Mac 2011

Rat poops

Salam pembuka bicara..

Ini adalah entri sharing. Not sure how medically factual this is…. but please read on.......

sumber: google

_____________________________________________________________________________
A stock clerk was sent to clean up a storeroom in Maui , Hawaii .
When he got back, he was complaining that the storeroom was really filthy and that he had noticed dried mouse/rat droppings in some areas.!

A couple of days later, he started to feel like he was coming down with a stomach flu, complained of sore joints and headaches, and began to vomit.
He went to bed and never really got up again. Within two days he was severely ill and weak. His blood sugar count was down to 66, and his face and eyeballs were yellow.

He was rushed to the emergency at Pali-Momi, where he was diagnosed to be suffering from massive organ failure. He died shortly before midnight.

No one would have made the connection between his job and his death, had it not been for a doctor who specifically asked if he had been in a warehouse or exposed to dried rat/mouse droppings at anytime. They said there is a virus (much like the Hanta virus) that lives in dried rat and mouse droppings.

Once dried, these droppings are like dust and can easily be breathed in or ingested if a person does not wear protective gear or fails to wash his face and hands thoroughly .

An autopsy was performed on the clerk to verify the doctor's suspicions.. .
This is why it is extremely important to ALWAYS carefully rinse off the tops of canned sodas or foods, and to wipe off pasta packaging, cereal boxes, and so on.
Almost everything you buy in a supermarket was stored in a warehouse at one time or another, and stores themselves often have rodents.
Most of us remember to wash vegetables and fruits but never think of boxes and cans.

The ugly truth is, even the most modern, upper-class, super store has rats and mice. And their warehouse most assuredly does!
Whenever you buy any canned soft drink, please make sure that you wash the top with running water and soap or, if that is not available, drink with a straw.

The investigation of soda cans by the Center for Disease Control in Atlanta discovered that the tops of soda cans can be encrusted with dried rat's urine, which is so toxic it can be lethal. Canned drinks and other foodstuffs are stored in warehouses and containers that are usually infested with rodents, and then they get transported to retail outlets without being properly cleaned.
____________________________________________________________________________
 
xoxo
 
p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Khamis, 10 Mac 2011

10 Mac: Hikayat merong mahawangsa + SPM

Salam pembuka bicara..

Hari ini 10 Mac 2011.

Cerita yang saya tunggu-tunggu nak tengok untuk tahun ini adalah Hikayat Merong Mahawangsa. Excited. Tapi memandangkan Tanjung Malim tak ada wayang maka saya kena sabar menunggu ahad ini untuk ke Kuala Selangor atau Ipoh.

sumber: google

Agak-agak kamu, Merong Mahawangsa ini betul-betul wujud ke tidak? Yang pasti ikut lagenda, Merong Mahawangsa antara pahlawan handalan di Kedah.

10 Mac 2005

Pada tarikh ini, keputusan SPM saya keluar. Bila recall balik macam tak percaya dan comotnya saya. haha. Sebenarnya, saya frust dengan SPM saya yang macam hampeh itu. Lari betul dari target saya. Dan orang kata trial SPM lagi susah. Tapi hakikatnya, keputusan trial SPM saya lagi menggembirakan dari SPM.

Walau apa pun, waktu tu dah berlalu 6 tahun yang lepas. At least, saya tetap menjadi orang juga. Dan sekurang-kurangnya, dengan result yang macam hampeh itu juga saya dapat masuk matrikulasi dan terus sambung degree. Mungkin bahagian pengambilan kasihan tengok saya menangis 3 hari berturut-turut. Asal tanya pasal SPM terus nangis. Comot la. Dengan result yang macam hampeh tu juga, ayah bagi sejambak bunga ros dan baby breath. Oh ya, konvo hari tu ayah saya tak bagi bunga la pula. eeeiii~

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih


Rabu, 9 Mac 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Salam pembuka bicara..

Semalam siapa ada tengok berita mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Sebenarnya semalam lepas je TV3 tayang website SRP ini, saya terus search di google tapi tak ada pula website tu. Itu yang macam angin je.

Pada saya skim ini sangat sesuai la untuk orang-orang muda yang baru nak beli rumah ni. Macam saya.

sumber: google

Kalau kamu nak tahu, mak saya suruh saya beli rumah sebelum berkahwin sebab dia tak mahu saya sewa menyewa ini. Tapi saya buat tak tahu je sebab kalau nak beli rumah, kena gunakan duit yang banyak.

Mak pernah cakap duit hantaran itu jangan guna langsung sebab nak buat deposit untuk duit rumah. Nangis okeh dengar statement macam itu. Dalam hati saya, cakap aje la mak tak nak lepaskan saya.

Ada satu lagi yang tragis, bila ayah isi borang adik saya untuk daftar MRSM hari tu. Ayah tanya umur saya berapa pada adik saya ini. Adik saya jawab la 24 tahun. Mak dengan ayah boleh tak nak percaya pula. Asyik betulkan umur saya 22 tahun. Akhirnya, saya keluar bilik dan cakap umur saya 24 la tahun ini. Tak best betul buat statement mengaku umur ni.

Tengok betapa sayangnya orang tua saya ni kat saya sampai tak nak bagi saya kahwin lagi selagi tak beli rumah.

Ok berbalik cerita tadi.

Orang yang layak memohon adalah mereka yang berumur kurang dari 35 tahun yang ingin membeli rumah yang pertama sahaja serta berpendapatan kurang dari RM3000. Faedahnya, skim ini dapat membantu dengan memberi 100% pinjaman tanpa 10% downpayment seperti kebiasaannya. Tapi untuk rumah yang bernilai dari RM 100k sehingga RM 220k.

Rasanya rumah yang harga macam ini boleh dapat kat mana ea? Tak kisahlah rumah teres ke apartment ke banglo ke? Tapi saya tak minat rumah apartment dan seangkatan dengannya sebab tak ada tanah untuk tanam-tanam pokok. Dekat area Klang or Shah Alam ada lagi tak? Ada sesiapa tahu?

Umur saya memang sah-sah kurang dari 35 tahun. Belum mempunyai harta kecuali sebuah kereta dan berpendapatan memang kurang RM 3000 sebab baru sahaja grad. Belum cukup setahun lagi berada dalam alam pekerjaan.

Kira saya memang layaklah untuk memohonkan.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Sama-sama sedekah al-fatihah

Salam pembuka bicara..

Selamat Hari Rabu. Selamat bekerja dan belajar.

Sebenarnya hari ini menunggu kedatangan big boss tapi dari tadi tak sampai-sampai. aish. Sampai tak tahu nak buat apa dah ni. Semalam hari yang superb busy sampai tak menang tangan nak buat kerja sampai kan waktu rehat pun tak sedar. Tahu-tahu dah pukul 3.15. Tapi hari lenggang sikit.

Ada khabar yang tidak baik semalam. Salah seorang pesakit kami telah kembali ke rahmatullah semalam. Muda lagi orangnya. Baru umur 20an belum 30 tahun lagi.

Sebelum datang ke diagnostic centre ni, beliau ada beberapa kali pergi ke hospital untuk buat rawatan tapi pihak hospital macam ambil mudah je dengan keadaan beliau. Memandangkan tempat kerja saya ini bukan hospital tapi cuma diagnostic centre sahaja, doktor kami bagi beliau surat untuk terus ke admit ke hospital. Kami tak tahu apa yang terjadi pada beliau dan sebab beliau meninggal.

Oh ya, beliau belum sempat habiskan semua test di sini. Ada satu lagi test beliau tak sempat buat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Selasa, 8 Mac 2011

Percutian yang menjimatkan

Salam pembuka bicara..

Nak cerita pasal vacation. Saya memang suka berjalan-jalan. Oh ya, entri ini macam kurang kena dengan tajuk kat atas tu. Tapi tetap berkisarkan mengenai percutian. Nanti saya akan bagi tip ok!

Tempat paling menarik selama saya berjalan-jalan ini adalah Sabah.

Nak tahu boleh baca post ini, ini, iniini, ini, ini dan ini.

Semua entri itu adalah sewaktu percutian saya di Sabah (Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu). Percutian itu jadi menarik sebab saya bercuti beramai-ramai dengan rakan-rakan saya sewaktu dalam kepeningan membuat dan menyiapkan tesis. Kami lari sekejap dari kesibukan bertesis.

Next vacation yang paling terdekat adalah pergi Penang. Semalam saya telah masukkan duit deposit untuk booked homestay. Dan malam tadi tuan rumah homestay tersebut menghantarkan emel yang mempunyai map untuk ke homestay tersebut. Makin excited bila nampak laut. Baru tengok gambar sahaja tu.


Kali ini percutian macam reunion kecil sebab masing-masing sudah sibuk dengan jadual waktu bekerja dan ada yang masih meneruskan pengajian dalam master dan PhD. Secara tak langsung percutian ini, ala-ala bachelor party untuk kawan saya yang akan berkahwin bulan Oktober nanti serta birthday party untuk salah seorang dari kawan saya.

Selepas majlis perkahwinan kawan saya pada bulan Oktober nanti. Ada satu lagi vacation. Kali ini saya akan ke Labuan. Tiket flight saya dah beli. Nak excited jugak.

Tiket ini saya beli masa air asia buat promotion baru ini. Murah je. Berbaloi pula tu.

Untuk 6 orang, baru RM390. Tapi memang sejak dari belajar asal beli tiket flight, saya tak akan beli untuk insuran dan luggage.

Saya fikir untuk bagi present untuk follower saya nanti selepas balik dari kedua-dua vacation ini sebagai souviner dan tanda penghargaan untuk kamu semua. Agak-agak siapa akan komen entri ini ea. Mungkin orang yang memberi komen adalah yang bertuah.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Isnin, 7 Mac 2011

Doa pak cik pengemis

Salam pembuka bicara..

Love my weekend!!

Dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan, sabtu hari itu dapat keluar dengan kawan-kawan walaupun sekejap. Aish, tak suka betul sebab asal sabtu je kena kerja. Bila nak keluar dengan kawan-kawan atau pergi mana-mana kenduri kahwin, saya pasti jadi orang yang terakhir sekali sampai.

Dah alang-alang ada di area Serdang, mestilah nak berkencan sekali. Bukan selalu dapat keluar dengan Z.

Satu kisah yang agak menyentuh hati saya.

Pagi ahad, Z datang ambil saya di rumah kawan saya, nida. Alang-alang, kak dayah (seorang lagi kawan) nak tumpang sampai komuter. Maka, kami hantarlah kak dayah sampai komuter subang. Dekat traffic light depan subang parade, kak dayah ada cakap "kasihannya lah pak cik tu". Tapi masa ini, saya memang tak nampak pun apa yang kak dayah nampak.

Lepas hantar kak dayah, kami berhadapan lagi dengan traffic light antara subang parade dan carrefour. Ternampak lah pak cik yang mungkin kak dayah cakap tadi, sedang menghulurkan bekas duit mungkin untuk meminta pemandu kereta hadapan saya derma sedikit duit. Tapi pemandu kereta depan ni buat tak tahu je. Sedih sangat pak cik tu. Macam nak menangis dan merintih sebab tak ada orang kasihan kat dia. Dalam bekas duit tu, ada duit syiling je. Mungkin dalam seringgit kot jumlahnya.

Saya cakap pada Z, "kesian ye pak cik tu". Tapi saya tak tergerak pun nak ambil handbag saya dekat bawah seat. Saya cakap lagi, "Z, bagi lah duit kat pak cik tu". Z dah keluarkan duit untuk bagi pada pak cik tu. Tapi pak cik tu tak datang kat kereta kami. Dia pergi dekat kereta sebelah kami. Masa traffic light dah hijau, pak cik tu tetap tak toleh ke arah kami.

Z kata "panggil pak cik tu cepat". Saya panggil pak cik tu dan bagi duit dekat pak cik tu. Terus pak cik tu cakap "Alhamdullilah. Semoga Allah berkati dan bahagiakan kalian".

Serius. Ini kali pertama saya bagi derma dan penerima derma itu doakan dan cakap pada saya macam itu. Saya terus terdiam sebab saya rasa tersentuh dan nak menangis masa ni. Z pun diam. Kami diam sampailah dekat tol batu tiga. Masa makan tengahari tu, saya cakap pada Z, "apa lah agaknya pakcik tu makan ea". Sambil dalam otak saya ligat berfikir dengan duit tadi pak cik tu boleh beli ini dan ini.

sumber: google

Pertama kali rasa macam ini. Kasihan sangat pak cik itu.

Tapi kadang-kadang, saya sendiri tak tahu nak percaya atau tidak pada mereka yang meminta derma walaupun saya bagi duit pada mereka. Kawan saya pernah kata, bila dia nampak ada orang minta derma, dia akan berdoa kalau orang ni betul-betul susah, dia akan datang pada aku. Tapi kalau orang ini menipu, jauhkan dia daripada aku. Maka, kalau ada orang yang datang minta derma pada dia, dia akan bagi sebab pada dia, orang itu tak akan menipu dia.

Macam mana dengan pengalaman kamu?

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih


Sabtu, 5 Mac 2011

Nak cari tempat makan murah, sedap dan berbaloi? Ada kat sini.

Salam pembuka bicara..

Memang dah jadi rutin untuk makan besar tiap-tiap bulan. Semalam kami makan besar di satu restoran yang memang mak dah lama asyik sebut-sebut nak makan kat situ.

Ternyata memang berbaloi pun makan kat sini sebab kami makan

sup tulang yang lazat dan banyak saderi.

+

Telur bungkus yang tidak menggunakan kacang pea dan jagung.

Saya memang suka kalau tak ada kedua-dua sayur itu. Isi dalam telur bungkus sangat mampat dan banyak. Dalam telur bungkus ada telur hancur lagi

+

Ayam masak halia.
Sedap betul makcik ni masak. Ayam dia banyak dan besar. Memang tak kedekut mak cik ni.

+

Sayur kailan masak ikan masin.
Yang ni, sayur dia kurang masin sebab ikan masin dia dah habis. Tapi dia gantikan dengan ikan bilis goreng yang ditabur atas sayur.

+

Cendawan goreng.
Makanan ini memang sangat best sebab cendawan dia lembut-lembut. Senang je nak potong guna sudu. Hidangan dia menggunakan bekas yang sangat besar. Kalau nak banding dengan pasar 1cawan tu dah rm1 ke rm2 tapi rasa tak berbaloi sebab sikit dan cendawan dia dah potong-potong kecil. Tapi makcik ini punya, memang original size dia bagi.

Inilah makan yang saya dan family saya makan. Tak ramai pun 4 orang aje yang pergi makan luar ni sebab yang lain duduk asrama. hu. Ayah sampai tambah nasi. Kiranya nasi putih semalam ada 5 pinggan.

Air pula. Air dia kurang mengancam sikit sebab air dia manis. Saya tak suka minum air yang terlalu manis ini. Kami order kopi O ais (ayah punya), saya dan mak fresh oren dan adik fresh apple. Air epal dia ada campur dengan asam boi sekali. Jadi adik kurang minat.

Jumlah belanja = RM40 sahaja tunai. Murah kan? Bab makan memang berbaloi tapi bab air je kurang sikit. Tapi kami tetap puas sebab makanan dia best dan murah.

Kat mana tempat ni? Dekat Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu. Dekat dengan BHPetrol petrol pump. Ada sesiapa tahu ke tempat ni?

Oh ya, semua gambar kredit to google. Semalam sebab excited sangat lupa plak nak tangkap gambar. lalala
xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih