Selasa, 26 Oktober 2010

ombak~

Salam pembuka bicara..

Sebelum terlupa, nak ombak sekejap untuk adik saya sebab mula menjadi blogger.. ha. semoga berjaya ye laling.

nak promote sekejap.. ini dia...http://amsukahati.blogspot.com/

cerita terkumpul..

Salam pembuka bicara...

Dah lama tak menulis di sini..Sangat rindu kan nya. Well. Tak tahu apa yang perlu di share di sini. Hidup kini agak sibuk dengan pelbagai tugas. Yang pasti, tugas ini seolah-olah tidak menggembirakan dan yang penting sekali, saya semakin bosan.

Ya. Saya sudah mula bosan. Dan kini merangka-rangka untuk berhenti dari meneruskan tugasan ini. Berikanlah aku kekuatan.

Sebenarnya, banyak perkara yang ingin diceritakan.

Ketika majlis konvokesyen saya , ada sesuatu perkara yang telah terjadi tapi saya sendiri tak ceritakan kepada mak dan ayah bagi menggelakkan kena brainwash. Saya memang pelupa orangnya. Dan benda yang paling penting, saya terlupa untuk pakai kasut ketika majlis konvo itu. Nasib saya memang rapat dengan beberapa junior. Opss..mereka adalah kawan saya bukan junior saya. ha. terima kasih buat Anim sebab bagi saya pinjam kasut anim k! Sayang anim.

Kebesokannya, saya ber'outstation' di Ipoh. Ketika ini,saya sengaja datang kerja lambat sebab hati saya tak rela untuk ber'outstation' ketika ini. Sebabnya, saya akan beritahu kejap lagi. Tapi serius sampai hari ini saya memang tak suka tinggal di sini. Ketika saya menulis ini, saya masih lagi di Ipoh. huaaaa.... Nak balik boleh??

Hari selepasnya adalah bertanggal 13 Oktober. Hari ini hari lahir saya. arghhhh... Di Ipoh lagi. Tak seronok. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang menberi ucapan hari lahir. Saya sayang kamu semua.

Dah tahu kan sebab apa saya tak nak pergi ke Ipoh???

Lagi-lagi cerita....Saya tak larat untuk menulis kesemuanya.

Emosi saya kini... Saya sedih. Say homesick. Saya sick. Saya tak happy pun.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Gila-gila

Salam pembuka bicara...

Semalam saya melakukan kerja gila. Ya,memang gila. Asal dapat cuti saya akan hilang berjumpa kawan-kawan. Sanggup mengharungi perjalanan yang jauh. Mungkin sudah menjadi kebiasaan kot.

Kebiasaan?? Pelik je. Bukan. Kawan-kawan adalah sebahagian hidup saya. Sejak berumur 13 tahun, saya hidup bersama kawan-kawan. Masa bersama keluarga adalah samada di hujung minggu buat beberapa jam atau minit dan ketika 'cuti balik kampung'. Cuti balik kampung saya mungkin sedikit berbeza maknanya dengan kebanyakan orang sebab ketika zaman sekolah dulu,cuti itu berlaku waktu hujung bulan dan sebulan sekali. ha. Dan sehingga berumur 15tahun, istilah 'cuti balik kampung' saya itu sepatutnya bermakna cuti balik bandar.

Jadi, tak hairan lah kalau saya cakap kawan-kawan saya terletak antara priority yang penting dalam hidup saya. Suka dan duka saya banyak di kongsi bersama rakan-rakan jika dibandingkan dengan keluarga.

Kini zaman sekolah dan kampus saya telah berlalu tapi saya masih berkeinginan untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya. Tapi saya memilih untuk bersama keluarga saya walaupun diberi peluang bekerja hampir dekat dengan kawan-kawan saya. Selfish ke? Kenapa? Sebab saya rasa saya belum cukup berbakti pada mereka. Pada pemikiran saya, suatu hari nanti saya akan meninggalkan mereka bila saya mempunyai keluarga saya sendiri. Mungkin mengikut kemana sahaja seorang imam membawa makmum untuk tinggal bersama. Dan ketika itu,saya perlu memberi ruang kepada adik-adik saya untuk menjaga mereka. Jadi, inilah masanya kan?

Uik,dah menyimpang. Sebenarnya, saya nak menulis mengenai kerja gila saya semalam. Pagi-pagi lagi saya sudah ke Shah Alam, menjemput rakan saya, Yati. Plan kami adalah untuk menghadiri majlis penyampai anugerah pelajar di fakulti. Sebelum, tercapainya matlamat utama, kami menyelesaikan matlamat kecil kami. Ops,matlamat kecil saya di PKNS Shah Alam dan Mydin Putrajaya. Kemudian, selesaikan matlamat kecil kami dengan meng'tapaw' makanan di Padang. Tempat paling popular di kalangan pelajar dan masyarakat di sekitarnya. Setelah itu,baru lah tercapai matlamat utama.

Yang paling sedih, bila saya terima pesanan ringkas dari A. 'dah balik ke?jangan balik lambat-lambat'. Secara tak langsung, saya seperti dapat menjangkakan maksud beliau kerana beberapa hari sebelumnya beliau pernah memberi pesanan ikhlas yang sama dengan tambahan 'paling lewat balik pukul 4.jangan sampai malam' Ya,saya tahu rumah saya jauh di utara Selangor merantau sehingga ke selatan Selangor. Ayat ini pun pernah keluar dari mulut beliau. Kalau bukan saya yang bercita-cita ingin menjadi traveller housewife ini, tak ber'travel' sejauh itu mana mungkin saya berjumpa dengan beliau kan? Tapi pesanan-pesanan ini amat jarang keluar dari mulut beliau jika saya bersama beliau. ha. Sadis saya tidak dapat bergambar sakan bersama rakan-rakan saya. Mana mungkin, seorang kaki gambar melepaskan setiap sudut kamera kan?

Akibatnya.......

Saya pulang lewat semalam dengan keadaan jalan yang sunyi dan menakutkan. Saya cuba hubungi A tapi tak berangkat. Saya memang lupa betul A bermain badminton setiap hari jumaat padahal itu memang rutin A. Saya SMS A untuk memberitahu saya takut drive sendirian. Saya menerima balasannya yang memang agak lewat tapi tak memberangsangkan langsung 'tahu pun. sape suruh lambat-lambat'. Adoi,padan muka ku. Perjalanan dari Kuala Selangor ke rumah saya semalam memakan masa hampir 2 jam kerana saya yang penakut ini membawa kereta dengan sangat perlahan dari kebiasaan. Mungkin, jika saya terserempak dengan sesuatu baru saya pecut 200 km/j kot. ha.

Apa pun,saya selamat sampai di rumah. Terima kasih kepada A. Lain kali saya tak buat lagi. Serik, saya memang betul serik. Plus, sedikit sedih sebab saya tak dapat menghabiskan masa yang agak lama bersama rakan-rakan saya.

Khamis, 7 Oktober 2010

3 hari lagi...

Salam pembuka bicara..

Owh,tolong lah countdown macam countdown something yang special gile. ha. Sebenarnya, sesuatu yang special untuk saya dan sahabat saya yang seangkatan dengannya. ngeh~ Saya tetap juga nak kira dan menghitung hari-hari menanti majlis konvokesyen saya.

Semalam saya berada di Serdang bagi menghadiri rehearsal sempena majlis konvokesyen saya. Makanya, saya dapat lah men'copy' adegan-adegan pre-konvo shoot ahad lepas. Saya saja nak upload beberapa gambar lagi. At least, jika gambar yang ada dalam simpanan saya hilang. Saya masih lagi menyimpan kenangan pre-konvo shoot  itu dalam blog ni.

Secara tak langsung, menunjukkan betapa gembiranya saya setelah berhempus pulas selama beberapa tahun. Saya sentiasa ingat pesanan-pesanan orang-orang tersayang. eceh. Dan apa yang lakukan dan usaha saya(walaupun mungkin pernah kecudang beberapa kali), i just want to make them proud of me. Walaupun mereka tak dapat apa yang saya dapat tapi sekurang-kurangnya ada seseorang dalam hidup mereka yang berusaha dapatkannya. Apa yang saya perolehi kini,saya tujukan khas buat mak,ayah,keluarga dan juga A. Ya,untuk mereka. Sebab mereka adalah orang-orang yang paling kuat menyokong saya secara langsung mahupun tidak.





Tapi jauh di sudut hati saya, saya hanya mengejar sehelai sijil sahaja. Ikhlas ke apa yang saya lakukan selama ini? Untuk saya atau untuk mereka? Wahai hati,ikhlaslah kamu....

Selasa, 5 Oktober 2010

5 hari lagi..

Salam pembuka bicara..

Post dulu saya ada bercakap tentang pre-convo shoot kn. Maka nya,hari ini saya nak update sikit pasal pre-convo shoot saya tu.

Seronok sangat sebab kitorang semua memang pandai bergambar. hu. Perasan tu.

Oleh kerana,saya tidak mempunyai kamera maka saya hanya dapatkan gambar-gambar pre-shoot itu dari ili dan hajar la. ha. Tapi yang ada dalam simpanan saya hanya satu sahaja setakat ini. Saya tetap nak tunjuk dalam blog ini juga sebab saya terlalu excited untuk berkonvo. Ini adalah kali pertama dan mungkin kali terakhir juga. Mestilah excited kan??


Kepada sesiapa yang merasakan dia adalah sahabat,kenalan,rakan,taulan,kawan atau member. Jemput lah datang ke Majlis Konvokesyen saya di Universiti Putra Malaysia pada 11 Oktober nanti. Kena bawa hadiah juga sebab boleh celebrate birthday saya in advance. ha.


Isnin, 4 Oktober 2010

saya lega..

Salam pembuka bicara..

Saya lega???Ya memang betul saja lega..

Perkara yang buat saya gelisah beberapa hari ini telah dapat saya luahkan kepada seseorang yang penting. Beliau memang penting dalam kehidupan saya sama seperti pentingnya orang seperti beliau dalam kehidupan korang semua. Tapi mungkin orangnya adalah berbeza.

Jadi apa yang perlu saya lakukan?

Saya hanya menunggu. Bak kata sahabat saya, Bucen. 'tak pe,biar je..lama-lama ok la'. Baik! Saya hanya membiarkannya. Just follow the flow even saya memang marah dan kecewa dalam keadaan yang saya alami sekarang. Dan apa pun yang berlaku saya akan redha. Redha dan redah. ha. At least,saya pernah mencuba untuk memulihkannya dan menyedarkannya bukan?

Ahad, 3 Oktober 2010

magika.

Salam pembuka bicara.

Saya sangat excited malam ini sehingga saya lupa pada kepenatan saya yang memandu dari behrang ke Serdang.

Kenapa?

Sebab saya dapat tengok wayang. Cerita yang memang saya nanti-nantikan. Magika. huhu.

Kesimpulan yang saya katakan, cerita ini sangat menarik dan sangat berbeza dengan kebanyakan cerita yang pernah saya tonton. Saya rasa seperti untuk melihat lagi cerita ini lagi dan lagi.. Sama bagaimana saya fanatik dengan upin dan ipin.

Walaupun, aktiviti karoke dibatalkan tapi saya masih lagi berpuas hati apabila digantikan dengan Magika. Kat bawah ini saya sertakan beberape adegan. Jangan lupa tonton nya..


                                                        sumber: google image


sumber: google image



Sabtu, 2 Oktober 2010

Happy: 2, Bad: 1

Salam pembuka bicara..

Saya sentiasa nampak happy. Terima kasih kepada yang berkata-kata. Seolah-olah tiada masalah? Saya hanya senyum dan ketawa sahaja mendengarnya.

Mari saya betulkan di sini kawan-kawan. Senyum itu penting supaya dapat membahagiakan orang. Jadi,saya sentiasa walau apa pun keadaan saya. Nasib abang mamak kedai sebelah ini tak berinternet kalau tak mampos saya kena basuh dengan dorang nanti. ha. chill~

Post hari ini "happy: 2, bad:1". Cukup menggambarkan perasaan saya.

Kita mulakan dengan bad news la sebab berita best akan buat saya tenang.

Tapi patot ke dikatakan bad news. erm.

Yang pasti, saya takut kehilangan kawan. Seorang kawan yang unknowingly come into my heart. Ya,saya tak sedar bila berlaku dan saya ego. Ego itu yang memakan diri saya. Saya hanya follow the flow. Saya hanya ingin melihat apa yang akan terjadi. Tapi saya tak lakukan apa-apa untuk mempertahankannya. Sungguh saya terlalu percaya pada quote ini. If he comes back to us, he does belong to us kn???? Walaupun,emosi saya masih lagi dalam keadaan bercampur baur dan keliru. Saya tetap senyum.

Ya,saya betul-betul keliru. Nuta,,tolong aku!!

Ok. End story.

Berita happy aka best aka menggembirakan dan aka yang lain-lain.

Pagi tadi saya agak surprise bila seseorang lelaki datang dengan membawa anak kecil.

Uik,siapakah??

Dan saya hanya senyum bila dia memanggil nama saya. Saya mula konfius. Eh,ak tak pernah skandal dengan laki orang. hu.

Sebenarnya, saya tak nampak wajah lelaki tersebut sebab pancaran matahari yang menyakitkan mata saya. Rupanya, yang datang bersama anak kecil itu adalah cikgu saya. Cikgu ketika saya belajar di matrikulasi. Yeay!!! Saya sangat surprise. Saya tak sangka cikgu akan jumpa saya. Lagi-lagi,cikgu yang datang itu cikgu yang paling hot dan menjadi kegilaan ramai gadis di KMPk. Termasuk lah saya. Kami bersembang-sembang sementara cikgu menunggu trip bas beliau ke Ipoh.

Perkara lain menggembirakan saya adalah petang ini dan juga besok saya akan berlibur bersama rakan-rakan saya yang saya sungguh rindui. hu. Malam ini kami ingin mengimbas kenangan berpesta di pusat karoake. hu. Tipu. Kami akan berkaroake malam ini.

Lagi??

Besok kami akan beramai-ramai mengambil jubah konvo dan ber'pre-shoot'. Yeay juga. Sebab saya suka bergambar tapi saya tak menangkap gambar alaupun gambar sendiri. eh. Tipu jugak. Saya hanya suka menangkap gambar pemandangan. Sebab saya kan pencinta alam.

Oh,baru sekejap tadi saya ber'argue' dengan manager saya sebab beliau nak buang bateri ke dalam tong sampah dan saya tak bagi.

Ada lagi....

Selepas ber'pre-shoot' berlokasi di Putrajaya, kami akan makan di Seoul Garden. Ber'steamboat' dan berpesta.

Alamak,saya perlu ke bank. Daa..

Jumaat, 1 Oktober 2010

Touching sekejap

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Nukilan saya hari ini agak berbeza dengan nukilan yang sebelumnya.

Kenapa??

Sebab saya tidak lagi membahasakan diri sebagai NN.

Kenapa??

Saja untuk beralih arah.ha.

Agak lama tidak menjenguk ke dalam medium ini. Bukan apa, saya agak sibuk dengan tugasan harian.

Betul ke? Ok. Tipu.

Saya berada lama dalam dunia yang saya tak pasti ianya realiti atau khalayan semata-mata. Yang pasti, dunia itu saya yang ciptakan sendiri. Saya terlalu asyik dalam dunia itu sehinggakan saya lupa saya hanyalah manusia biasa dan dia juga manusia biasa. Dia?? Siapakah dia,kita bercerita dalam nukilan yang lain. ~Senyum~ Saya tak tahu untuk menggambarkan perasaan saya yang bercampur dengan emosi. Perasaan dan emosi? Perkara berlainan ke? Saya tak pasti. Ok. Abaikan.

Yang pasti,kini saya seolah-olah ingin tersenyum bila mendengarkan lagu P.Ramlee. oo..mencecece.. Pernah dengar tak,kalau tak silap saya lagu ini ada dalam cerita bujang lapok. ha. Jangan salah faham. Saya tengah mendengar radio ERA sekarang.

Ok. Ini saja. Buat kerja balik. Nanti kantoi dengan bos kalau dalam diam dia intai-intai saya. Daaa...