Jumaat hari itu dapat kad raya dari cik dila. Excited mak, noks.
Dah lama sangat rasanya tak dapat tak dapat kad raya. Masa zaman sekolah rendah je selalu dapat kad raya padahal rumah bukan jauh sangat pun. Ada tu jiran selang berapa buah rumah je. Kalau tak pun member tinggal dekat taman sebelah. Atau member yang tinggal dekat jalan lain. Macam kat Puchong Perdana, ada Jalan Dahlia, Jalan Mawar, Jalan Teratai dan lain-lain. Itu pun siap nak pos bagai.
Tapi feeling dapat kad raya tu memang tak sama dengan dapat wish melalui sms yang hanya forward mesej tu. Kad raya nampak lagi ikhlas kot. Tapi bergantung juga pada individu. Sebenarnya, orang yang hantar sms tu pun ikhlas juga. Tak salah pun. Kes yang sama bila kita wish melalui facebook. Sekarang kan zaman teknologi, ICT katanya, jadi ramai lah yang menggunakannya sebab lagi mudah malah menjimatkan.
Kalau dulu, setem guna setem 20sen pun dah cukup tapi sekarang kena guna setem 60sen. Pernah tanya nak beli setem 20sen, sekali akak tu kata "setem 20sen dah tak ada la dik". Eh, yeke? Setem naik, gaji posmen naik sekali tak? Kesian abang posmen yang bekerja tengah panas tu.
Kad raya yang cik dila bagi ni memang kena dengan jiwa saya sebab ada kartun-kartun. hek. Bukan sebab saya sukakan kartun tapi kad raya kartun-kartun ni macam nostalgia kot. Kembali kan zaman-zaman famous
Lagi suka, bila dapat kad yang ada macam-macam wish, nanti kita just tick je. Soalan yang tak pernah miss.
Baju raya berapa pasang?
Raya kat mana?
Nanti bagi duit raya banyak-banyak ye
Datanglah rumah
Buat kuih raya tak?
Pantun wajib: Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.
Sebenarnya macam tak tahu nak tulis apa dalam kad raya untuk bagi kamu kamu yang emel kan alamat tu. Ada jugak yang just drop alamat kat komen sebab tak jumpa emel address saya. Emel tu ada kat sidebar sebelah bawah sekali (bawah follower). he
Hari ini puasa yang ke 23. Makna ye ada lagi lebih kurang seminggu je lagi nak raya. Tahun ni kan puasa 29 hari je. Jadi, untuk blogger yang akan saya hantar kad raya tu kena lah tunggu kad dari saya sampai ye. Tapi mungkin lambat sampai sebab kat berita ada kata surat /kad yang dihantar sebelum atau pada 20 Ogos akan dapat sebelum raya. Hari ini dah lepas 20 Ogos dah.
Maaf ye lambat.
p/s: semua gambar kad raya dari kad raya cik dila bagi. he
xoxo
36 komen:
Betul tu, kad raya macam dah semakin pupus, kita kena hidupkan kembali supaya generasi sekarang tak lupa :-)
salam ziarah dan perkenalan.
thanks:)wah.baiknya cik dila bagi kad raya.hehe.
p/s: tentang entri LEStarikah cintanya tu, memang pc perempuan dan kisah perempuan, ttg LESbian tu..jika baca betoi2.hehe;)
haha..ingt lagi kad raya yang de byk tick-tick tu...:DD
bestnyer dapat....tradisi yg skrg nie smkn dilupakan
haha akak..thanks la letak gambar kad raya..kartun-kartun pulak tuh..
Boleh gantung kad raya la ye.. :D
Salam kenal...kad raya memang nostalgia..walaupun ada sms, emel..kad raya tetap dihati!!
dah lebih 5 tahun x dapat kad raya.
:(
comel kad...happy kan dpt kad ghayer :D
untung lah dpt kad raya..linda xde pun...
sy suka kadraya drpd wish via sms or fb..hehe..sbb kita leh smpn kn..
ala..nk jgk kad raya la dhiera..huhu :)
hehe best kan,
feel dia lain tau.
tapi tu lah,
setem mahal la..
kad raya oh! rindu pulak sekarang ni dah takde dah kad2 ni semua guna y canggih2 kan pesbuk,email
aku pun suka kad raya kartun2 ni...sbb comel dan dialog dorang kelakar2...
hari tu cik dila ckp nak bagi gak..xtaula dah smpi ke blom..
samalah saya. time sekolah dulu sampai form 3 jeh dapat.sekarang dah takde. tu yang bila org mintak address je terus buat muka tak malu bagi. haha. rindu kot zaman kat raya ni. seronok dan excited bila dapat. tiap2 hari tunggu posmen hantar.
wah best tu dapat kad raya..nak jugakkk..huhuuu
Semangat nak raya tu makin berkobar-kobarkan bila dapat kad raya...
Baju raya berapa pasang?
Mesti 3 kan?...
soal dan jawab sendiri, rindu gila lah memory masa kecik dulu tu.. ;D
bestnya dapat kad raya...dah bertahun tak dapat kad raya..huhuhu
cantik plak kad raye tu. hihi^^ eh, setem 3 posen de lg x?
Wah, seronoknya dapat kad raya. Napelah hana xterfikr nak bg kad raya kt kwn blogger nih. Insyallah, umur panjang, thn dpan Hana buat mcm tu eh. hehe
hiyooo . panjang ayatttt :)
kalau dapat 1 pon kad raya sekarang ni..rasa macam nk melompat2 je..hee~
birthday sy 29 ogos. bagi skali kad raya & hadiah bepday la. ngahaaaaa. :D
nak jugakk. hik3
Rasanya dah lama tak dapat kad raya macam ni. Kalau ada pun, kad-kad raya yang 'formal', macam dari jabatan-jabatan gomen. Hahaha.
aku jew..xpnah dpt kuih raye:(
sob3..
huuhhuhu..
raye nk aku bg bpe duit rye tok ko??
hehe
kita harus bangkitkan semula semangat kirim kad raya supaya tak pupus dek arus kemodenan ^^
fewwit dpt kad raya tu :D hehe
lawa jugak tulisan..
waahaahhaa, aku baru dpt 1 kad raya.
akak salah seorang yg mempupuskannya... malas sudah nak hantar kad raya...
waa...dapat kad raya la..
moon dapat kad raya.. tapi xbuka2 lagi..haha..
tahun ni suya dpt kad raya dr kompeni je.. kawan2 lama dah tak ngantor kad
yeke nak kasi kad raya..heeeee..akak dh emel tau :) mekasih^^ heeeeee
ade gak la ye kad raya tahun ni.ok la tu...aku da lme x dpat kad raya :)
wah wah, dapat kad raya~ XD
Catat Ulasan