Selasa, 8 Mac 2011

Percutian yang menjimatkan

Salam pembuka bicara..

Nak cerita pasal vacation. Saya memang suka berjalan-jalan. Oh ya, entri ini macam kurang kena dengan tajuk kat atas tu. Tapi tetap berkisarkan mengenai percutian. Nanti saya akan bagi tip ok!

Tempat paling menarik selama saya berjalan-jalan ini adalah Sabah.

Nak tahu boleh baca post ini, ini, iniini, ini, ini dan ini.

Semua entri itu adalah sewaktu percutian saya di Sabah (Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu). Percutian itu jadi menarik sebab saya bercuti beramai-ramai dengan rakan-rakan saya sewaktu dalam kepeningan membuat dan menyiapkan tesis. Kami lari sekejap dari kesibukan bertesis.

Next vacation yang paling terdekat adalah pergi Penang. Semalam saya telah masukkan duit deposit untuk booked homestay. Dan malam tadi tuan rumah homestay tersebut menghantarkan emel yang mempunyai map untuk ke homestay tersebut. Makin excited bila nampak laut. Baru tengok gambar sahaja tu.


Kali ini percutian macam reunion kecil sebab masing-masing sudah sibuk dengan jadual waktu bekerja dan ada yang masih meneruskan pengajian dalam master dan PhD. Secara tak langsung percutian ini, ala-ala bachelor party untuk kawan saya yang akan berkahwin bulan Oktober nanti serta birthday party untuk salah seorang dari kawan saya.

Selepas majlis perkahwinan kawan saya pada bulan Oktober nanti. Ada satu lagi vacation. Kali ini saya akan ke Labuan. Tiket flight saya dah beli. Nak excited jugak.

Tiket ini saya beli masa air asia buat promotion baru ini. Murah je. Berbaloi pula tu.

Untuk 6 orang, baru RM390. Tapi memang sejak dari belajar asal beli tiket flight, saya tak akan beli untuk insuran dan luggage.

Saya fikir untuk bagi present untuk follower saya nanti selepas balik dari kedua-dua vacation ini sebagai souviner dan tanda penghargaan untuk kamu semua. Agak-agak siapa akan komen entri ini ea. Mungkin orang yang memberi komen adalah yang bertuah.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

12 komen:

Areyoudys berkata...

as salam..

wah!
bercuti! melancong!~
seronoknya..


T__T

oo..trip ke sabah.hehe.nak baca~
er..kalau ada 1 tab yang khas untuk menceritakan tentang percutian, lagi elok. boleh dijadikan tempat rujukan bagi para readers =)

jalan-jalan-jalan =)

iklan:

broadband rosak?dan bakal nak rosak? tak tahu nak baiki macam mana? lihat tutorial saya

Jawatan terbuka untuk perdana menteri dan menteri-menteri.hahaha

dhiera berkata...

sebelum ni memang ada letak 1 tab untuk vacation tapi dah delete masa tukar template..

nanti saya letak k!thanx sbb beri cadangan~

Kak hana berkata...

mcm best je..:)

chenta berkata...

nak souviner!heheheh

sikha berkata...

Sy org Labuan. Pulau ni kecik jer...Dalam sehari boleh round habis. Tapi coklat kat sini murah... hehe...

dhiera berkata...

@ ana admi: belum pernah pergi penang n labuan..tp dpt membayangkn tempt2 ini mesti best..

dhiera berkata...

@ chenta: no problem!!

dhiera berkata...

@ sikha: tahu pasal ni. before beli tiket, my friend dah cakap dah. sebenarnya ada kawan kerja dekat labuan. so, kami pergi nak melawat dia lah. lagipun, oktober 2 adalah birthday saya dan sorang lagi kawan, plan nak celebrate kat sane nanti~

nak beli coklat banyak2 nanti~

Kak hana berkata...

wahh murahnye 6org just only rm390? kena tempah awl ke? sy tgh mrancang utk bercuti..:)

dhiera berkata...

@ ana admi: iye ana. tapi masa beli ni, air asia ada buat big sale sebab tu dapat murah. saya beli bulan lepas tapi flight bulan 10.

ana plan nak bercuti bile?

biasanya tengah tahun air asia akan buat free seat promo. tahun lepas beli tiket pergi medan rm25 je pergi balik.

::Aja:: berkata...

kesian dgn trip kite ke medan kan?sampai hati Prof Khor maen2 tarikh presentation fyp dgn kite.uhuk3..sedeh2..kalo x, dh berjalan ke medan kite.uwaaa

dhiera berkata...

tu la pasal. tapi ada hikmah jugak sebab masa tu i kena denggi!! kalau ada kat medan time tu dah teruk-teruk demam, lagi haru jawab ye~