Khamis, 7 April 2011

Resepi: Kek red velvet

Salam pembuka bicara..

Tiba-tiba, ada mood untuk tulis cara nak buat red velvet cake. Sebab baru saja kejap tadi order kek lapis sarawak dengan encik mijie.

Jom layan gambar dulu. Biar kamu terliur tengok.


Cara-cara nak buat kek ini agak panjang. Kalau kamu rasa berminat untuk buat sendiri atau nak simpan resepi ini buat kenangan, feel free to emel saya. Lagi mudah daripada kamu salin panjang-panjang. Resepi khas yang di datangkan dari UPM oleh ex-roomate saya.

Bahan-bahan untuk buat sebiji kek.

Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda

Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang.
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata.
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting

Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.

Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Cubalah buat kek ini ye kawan-kawan. Jangan lupa beritahu hasilnya. he

Pada kamu yang nak makan kek lapis sarawak boleh lah order dengan encik mijie ini. [klik sini]. Nak order untuk apa-apa majlis sebagai door gift pun boleh. Tanya je dengan encik mijie ni. he.

Nak tahu entri kek yang lain. [klik sini] Kek murah-murah tahu.

xoxo

37 komen:

Nava Krishnan berkata...

Lovely cake but as for the coloring, will choose the natural one for sure, either pandan or bunga raya or roses colour from my garden.

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan, jgn lupa singgah ke blog sya ;)

dhiera berkata...

@ Nava Krishnan: the natural one alwz be the best food prodct

dhiera berkata...

@ Zuwairi Aiman: ok,saya singgah kejap lagi~

::Aja:: berkata...

wahh..buatkan..Im starving for dis cake!haha

dhiera berkata...

jaja, resepi ada kat atas tu. rajin-rajin kan la buat kek! hukhuk. test test sebelum kawen. nanti besday apex buat je la kek ni. meow3. apa kata, ur wedding nanti bagi door gift kat kami red velvet cake versi cup cake~ huhu

LC berkata...

Alamak.. ni tak boleh jadi ni, kena cuba juga resipi ni... apa-apa pun, terima kasih kerana sudi kongsi

dhiera zainudin berkata...

@ LC : cuba-cuba..jangan tak cuba.

Izzati Liyana Sabri berkata...

sedap eh kek ni? selalu nampak gambar ni merata tempat, tapi tak pernah makan pon. huhu.

Izzati Liyana Sabri berkata...

sedap eh kek ni? selalu nampak gambar ni merata tempat, tapi tak pernah makan pon. huhu.

dhiera zainudin berkata...

@ .izzati liyana.: kamu kena try, baru taw penangan kek ni~hu

nour izuanny :: berkata...

nampak kek ni sgt sedap... nk cuba la... mohon share resepi ye ~ tq tq tq

http://nourizuanny.blogspot.com/

dhiera zainudin berkata...

@ wanny :: cuba lah.. sedap. yummy2~ hiks

Encik Haziq Harzizi berkata...

tergugat iman tengok kek ni..

Ct Arina berkata...

wahhh nak try!
dhiera, sy ade anta email tanye pasal buttermilk n cream cheese ^_^

dhiera berkata...

@ kamal "Özil" haziq : hek..sila tengok tapi pejam mata. Boleh ke macam tu?

@ Ct Arina: baik..saya reply secepat mungkin~ he

norsharmila berkata...

hari tu dah cuba,tapi oven rosak masa tgh bake...T___T sedihhhhhhhhhhhhhh

last2, kukus je..

nabila azmi berkata...

sedapnyee..tringin sgt2222 nak buat ..huhu..

JEPSHAHROLYUSFC berkata...

kak buttermilk nk wat sendiri cm ner???

fifie berkata...

Kak kalau frosting cheese memang dia akan keras ke ? tak meleleh ke ?

dhiera zainudin berkata...

@ fifie : frosting cheese dia tak keras dan tak cair sgt. tapi klo dibiarkan pada suhu bilik lama, dia akan senang cair. klo xnk makan immediately, kena simpan dalam peti ais~

dhiera zainudin berkata...

@ hazatul : nak buat buttermilk ye?

bahan nak buat buttermilk:
- 1 cwn (240 ml) susu kotak full cream
- 1 3/4 sudu besar krim tartar atau 1 sudu besar cuka putih atau 1 sudu
besar jus lemon (mana2 pun boleh)

cara nak buat dia:
- Tartar / cuka / jus lemon dicampurkan dengan susu.
- biar 15minit.
- Kacau rata sebelum guna

senang je nak buat. huhu

hopefully, menjadi ye~

farkhana berkata...

agak2 cair x kalo 4jam perjalanan nk balek kg??

ape hal?? berkata...

dah try..tengs..sgt senang dan sedap..tq atas resipi ni...

♥ Elin Adrenalin ♥ berkata...

salam sy dah buat! :)

sedap...

sy minta copy resepi..dan elin dah pun link kang ke page kamu juga :)

tq yer..

Dear Yayah berkata...

perghhhhh sis,. serius terliur. nak try buat tapi xde masaa.. sobsob. cuti sem ni nak buat gak! grr

Unknown berkata...

Dhiera apa bebar cara nk menyediakan buttermilk campurannya ader lh freshmikl dititiskan dgn perahan lem0n serta diperap 1/2 jam...

Unknown berkata...

As slm dhiera apa bnr jika nk bt butter milk sendiri campurannya adalah freshmilk dan beberapa titik lem0n dan ianya perlu diperap selama 1/2 jam br blh digunakan

Unknown berkata...

Dhiera apa bebar cara nk menyediakan buttermilk campurannya ader lh freshmikl dititiskan dgn perahan lem0n serta diperap 1/2 jam...

Unknown berkata...

As slm bagaimn caranya nk sediakan butter milk sendiri ya, trmksh

dhiera zainudin berkata...

@m zubir jusoh
maaf.. laptop saya rosak. tak berkesempatan nak bagi.

bahan utk buttermilk:
• 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
• sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus
lemon

cara-cara dia:
campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan
biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup
plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

cara yang kamu cakap pun betul juga.

Unknown berkata...

Trmksh atas penerangan...in shaa allah hr niiii nk cuba bt...maaf sampai 3 kali msk k0men bertanya bab cara2 bt buttermilk .....

Tanpa Nama berkata...

Cuka putih tu sama ke ngan cuka makan atau lain?

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana cara buat buttermilk

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
bahan nak buat buttermilk:
- 1 cwn (240 ml) susu kotak full cream
- 1 3/4 sudu besar krim tartar atau 1 sudu besar cuka putih atau 1 sudu
besar jus lemon (mana2 pun boleh)

cara nak buat dia:
- Tartar / cuka / jus lemon dicampurkan dengan susu.
- biar 15minit.
- Kacau rata sebelum guna

Tanpa Nama berkata...

mardhiati92@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Teringin saya mencuba tapi..............!