Isnin, 7 Mac 2011

Doa pak cik pengemis

Salam pembuka bicara..

Love my weekend!!

Dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan, sabtu hari itu dapat keluar dengan kawan-kawan walaupun sekejap. Aish, tak suka betul sebab asal sabtu je kena kerja. Bila nak keluar dengan kawan-kawan atau pergi mana-mana kenduri kahwin, saya pasti jadi orang yang terakhir sekali sampai.

Dah alang-alang ada di area Serdang, mestilah nak berkencan sekali. Bukan selalu dapat keluar dengan Z.

Satu kisah yang agak menyentuh hati saya.

Pagi ahad, Z datang ambil saya di rumah kawan saya, nida. Alang-alang, kak dayah (seorang lagi kawan) nak tumpang sampai komuter. Maka, kami hantarlah kak dayah sampai komuter subang. Dekat traffic light depan subang parade, kak dayah ada cakap "kasihannya lah pak cik tu". Tapi masa ini, saya memang tak nampak pun apa yang kak dayah nampak.

Lepas hantar kak dayah, kami berhadapan lagi dengan traffic light antara subang parade dan carrefour. Ternampak lah pak cik yang mungkin kak dayah cakap tadi, sedang menghulurkan bekas duit mungkin untuk meminta pemandu kereta hadapan saya derma sedikit duit. Tapi pemandu kereta depan ni buat tak tahu je. Sedih sangat pak cik tu. Macam nak menangis dan merintih sebab tak ada orang kasihan kat dia. Dalam bekas duit tu, ada duit syiling je. Mungkin dalam seringgit kot jumlahnya.

Saya cakap pada Z, "kesian ye pak cik tu". Tapi saya tak tergerak pun nak ambil handbag saya dekat bawah seat. Saya cakap lagi, "Z, bagi lah duit kat pak cik tu". Z dah keluarkan duit untuk bagi pada pak cik tu. Tapi pak cik tu tak datang kat kereta kami. Dia pergi dekat kereta sebelah kami. Masa traffic light dah hijau, pak cik tu tetap tak toleh ke arah kami.

Z kata "panggil pak cik tu cepat". Saya panggil pak cik tu dan bagi duit dekat pak cik tu. Terus pak cik tu cakap "Alhamdullilah. Semoga Allah berkati dan bahagiakan kalian".

Serius. Ini kali pertama saya bagi derma dan penerima derma itu doakan dan cakap pada saya macam itu. Saya terus terdiam sebab saya rasa tersentuh dan nak menangis masa ni. Z pun diam. Kami diam sampailah dekat tol batu tiga. Masa makan tengahari tu, saya cakap pada Z, "apa lah agaknya pakcik tu makan ea". Sambil dalam otak saya ligat berfikir dengan duit tadi pak cik tu boleh beli ini dan ini.

sumber: google

Pertama kali rasa macam ini. Kasihan sangat pak cik itu.

Tapi kadang-kadang, saya sendiri tak tahu nak percaya atau tidak pada mereka yang meminta derma walaupun saya bagi duit pada mereka. Kawan saya pernah kata, bila dia nampak ada orang minta derma, dia akan berdoa kalau orang ni betul-betul susah, dia akan datang pada aku. Tapi kalau orang ini menipu, jauhkan dia daripada aku. Maka, kalau ada orang yang datang minta derma pada dia, dia akan bagi sebab pada dia, orang itu tak akan menipu dia.

Macam mana dengan pengalaman kamu?

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih


4 komen:

Tanpa Nama berkata...

memang susah nak percaya sekarang ni... mungkin ramai yang menipu

Keyyah berkata...

kekadang rasa kesian tp kekadang rasa mcm ada yg menipu...

dhiera berkata...

@ sumpit: itu la..saya pun tak pasti dengan dorang ni.

dhiera berkata...

@ keyyah: pada saya pak cik ni memang kesian la..yg penting saya ikhlas..tapi kalau kat petaling street tu sume macam sush nak percaya~