Hari ini saya nak share mengenai beberapa langkah yang boleh kita praktikkan bagi mengurangkan pengambilan gula.
Sebelum itu saya nak beritahu bahawa 1 sudu teh gula mempunyai hampir 5g gula. Manakala, 1g gula mengandungi tenaga sebanyak 4kcal.
Maka, 1 sudu teh gula = 5g gula = 20kcal tenaga. Ingat ok!!
1. Minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat dan air sirap.
sumber: google
Air kosong tidak mempunyai gula. Maka, air kosong tidak membekalkan apa-apa tenaga berbanding air berkarbonat dan air bergula.
2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis dan krimer manis (serta seangkatan dengannya. he) kepada 1 sudu teh setiap cawan.
sumber: google
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002 /2003, pengambilan gula yang dimasukkan ke dalam minuman di kalangan orang dewasa adalah sebanyak 7 sudu teh gula sehari.
Pengurangan secara berperingkat sehingga kepada 1 sudu teh gula atau susu pekat manis atau krimer manis adalah lebih mudah di terima masyarakat.
Selain itu, hadkan pengunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
3. Elakkan pengambilan snek dan minuman yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum waktu tidur.
sumber: google
Waktu makan utama adalah sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Kajian saintifik menunjukkan pengambilan snek menyebabkan peningkatan pengambilan tenaga harian. Gula yang terkandung dalam snek merupakan penyumbang utama peningkatan pengambilan tenaga. Snek yang tinggi gula mendorong kepada pengambilan tenaga yang berlebihan.
Jika ingin mengambil snek, pastikan anda memilih untuk makan salad atau buah-buahan.
4. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
sumber: google
Kuih dan kek mengandungi gula dan kanduangan kalorinya juga tinggi berbanding buah-buahan. Oleh itu, pengambilan buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori.
5. Baca senarai ramuan pada label.
sumber: google
Lebih bagus kalau kamu memilih makanan yang mempunyai akuan 'rendah gula' (low sugar) dan 'bebas gula' (sugar free).
'Rendah gula' = kandungan gula tidak melebihi 5g per 100 g atau 2.5g per 100ml.
'Bebas gula' = kandungan gula tidak melebihi 0.5g per 100g atau 0.5g per 100ml.
Semoga tip-tip ini dapat membantu kamu dalam usaha mengurangkan pengambilan gula. Mungkin hasilnya kurang sedap tapi dapat menjimatkan wang dan mengurangkan pelbagai risiko penyakit terutama kencing manis.
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, iSihat
xoxo
p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih
5 komen:
air kosong x bekalkan tenaga kan...tp kenapa digalakkan minum air kosong..
sebab kita nak kurang kan pengambilan tenaga dalam sehari~
contoh: 1 roti canai membekalkan tenaga hampir 300kcal. untuk membakar kalori yg diambil dr 1 roti canai, orang yang mempunyai berat 50kg perlu berjalan selama 1jam secara berterusan.
orang yg berat dia 50kg dlm sehari kalori (teng) yg diperlukan adalah hampir 1500kcal.
maka, dengan hanya ambil 5keping roti canai, sudah cukup untuk keperluan tenaga dia.
sebab 2 digalakkan minum air kosong. untuk kurgkan pengambilan tenaga~
erk,faham ke apa yang saya explain. macam complicated je nak cerita tanpa gambar. hu
disiplin kene tinggi .....kesihatan amat penting...maklumat yang baik
betul..untuk berdiet disiplin kena tinggi dan konsisten. sokongan juga penting.
Hi...
just nak tambah actually selain drpd mengurangkan pengambilan makanan sebab utama kita perlu minum air adlh kerana air bertindak sebagai medium untuk sesuatu tindak balas itu berlaku baik proses katabolisma(degrade or brake down)dan anabolisma(synthesis)..sbg contoh, utk mencerna makanan perlukan air, utk membakar lemak (catabolism) perlukan air dan utk menghasilkan protin(anabolism) seperti otot juga perlukan air..Dan sbnrnye bdn membakar tenaga lebih cpt dgn adanya sumber air yg mencukupi..just tought of sharing...:)
Catat Ulasan