Semalam memandangkan semalam saya tulis mengenai laksa. [post ini] Maka, hari ini saya nak share nutritional value untuk laksa tersebut. Disebabkan laksa ini bukan macam makanan proses di pasaran yang ada disertakan label makanan, mesti ramai yang kurang tahu apa kandungan utama dalam laksa ini.
1 hidangan laksa dianggarkan mempunyai berat sebanyak 450g. Maka, untuk saiz hidangan 450g, nutritional value dia adalah (ini tidak termasuk vitamin dan mineral):
a) Karbohidrat (CHO) : 82.5g [serat (fiber) : 4.9g]
b) Protein (prot) : 21.1g
c) Lemak (fat) : 1.98g
* Tapi actual content bergantung macam mana kamu masak, kamu sediakan bahan etc.
Berapa jumlah tenaga dalam 1 hidangan laksa?
Sila ingat bahawa
a) 1g karbohidrat = 4 kalori (kcal)
b) 1g protein = 4 kcal
c) 1g lemak = 9 kcal
Maka tenaga yang ada dalam 1 hidangan laksa adalah
a) 77.6g CHO x 4kcal = 310.4 kcal
b) 21.1g prot x 4kcal = 84.4 kcal
c) 1.98g fat x 9kcal = 17.82 kcal
* Bagi mengira tenaga untuk karbohidrat, kita perlu abaikan serat (tolak dengan serat) sebab serat tidak diserap sepenuhnya dalam badan.
Ini carta pie bagi tenaga 1 hidangan laksa
Jumlah tenaga bagi 1 hidangan laksa adalah 412.62kcal.
Berapa hidangan laksa yang memadai untuk keperluan tenaga seharian?
Kalau kamu nak tahu, 3 hidangan laksa sudah cukup memenuhi keperluan tenaga saya dalam 1 hari.
Berapa jumlah kolesterol bagi 1 hidangan laksa?
Jumlah kolesterol bagi 450g hidangan laksa adalah 30.6mg kolesterol.
Cukuplah untuk hari ini.
sumber: http://www.nutriweb.org.my/ dan cekodok.com. (cekodok.com favourite website saya. nutriweb bacaan ilmiah saya)
xoxo
0 komen:
Catat Ulasan