Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami di Jepun: tanda Allah marah

Salam pembuka bicara..


Jepun pula dilanda tsunami selepas memori hitam tsunami di Acheh pada tahun 2004 yang Malaysia juga turut terkena tempias yang tidak kurang hebatnya. Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah dan sebabnya.


sumber: google

Kalau kamu baca Kosmo bertarikh 9 Mac, mereka ada keluarkan petikan ini.
sumber: kosmo

Saintis telah memberi amaran bencana alam disebabkan jarak antara bumi dan bulan berada dalam keadaan sangat rapat. Tekan pada gambar untuk tumbesaran.

Ini tanda Allah marah... tanda bumi dh uzur... daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

... dan sedarlah bahawa kita berada di zaman tersebut.... masa untuk kita bertaubat dh tak panjang...



*sumber: blankQo


Antara doa yang boleh kita amalkan ketika ditimpa bencana.


Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.


*sumber: mucux


Semoga rakan-rakan saya di Jepun selamat-selamat sahaja. Sama-samalah kita berdoa.

Dan saya bertanyakan kawan saya di Labuan, dia kata di sana ada diberi amaran tapi apa yang dia boleh buat, Labuan pulau yang kecil saja malah tak ada tempat tinggi pun. Jadi, dia meneruskan kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa. Waktu bekerja pun masih sama seperti biasa.


xoxo


p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang dan HB saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

2 komen:

Unknown berkata...

diharapkan sebahagian kita sedar dan takziah untuk mangsa gmpa di jepun,
mmg sngat2 takut

dhiera berkata...

@ pjaz a.k.a kudoo: itu pn msh ada yang seolah-olah mempermainkan dengan ultraman la power rangers la doremon la..ermm