Khamis, 6 Januari 2011

Explore Ranau

Salam pembuka bicara..

Sambungan dari [post ini] dan [post ini].

Sebenarnya masa kami sampai di rest house, hujan dah mula rintik-rintik. Memandang kami ramai, Uncle Joe cadang untuk kami mengambil bilik yang besar tapi kami insist untuk bermalam di bilik yang agak kecil.

Bilik kami mempunyai 2 katil single. Memandang kami sembilan orang, maka satu bilik akan tidur berempat orang dan satu lagi tidur berlima orang. hu. Apa punya ayat lah. Bagi mengatasi masalah ini, 2 katil single kami cantumkan menjadi satu. Maka, selesa lah penginapan kami. Lagipun, kami adalah gadis-gadis yang kecil sahaja. Confirm muat.

Maaf ya. Saya tiada simpanan gambar bilik ini.

Petang itu sepatutnya kami akan ke Poring Hot Spring. Dekat saja dari tempat penginapan. Tapi memandangkan hujan rintik-rintik dan hampir petang, kami takut tak sempat. Jadi uncle joe cadangkan kami ke Tagal Luanti Sungai Moroli. Macam biasa pertanyaan saya adalah mengenai bayaran masuk. Percutian bajet kan~ Kalau tak silap RM10 tapi harga pelajar sekolah RM5.

Jaja, sorry ye aku tayang muka ko kat sini.

Peringatan! Memandangkan anda bukan penduduk tempatan di kawasan tersebut dan anda sendiri kurang pasti tempat-tempat menarik lain yang tidak dihebahkan kepada anda, anda boleh bertanya kepada penduduk setempat dan pemandu pelancong anda. Jika, anda mempunyai lebihan masa tak salah kalau anda pergi ke tempat-tempat yang tiada dalam rancangan anda. Macam trip saya, Tagal Luanti Sungai Moroli adalah tempat yang tiada dalam perancangan saya.

Percubaan gamble kami ke Tagal Luanti Sungai Moroli kali pertama ini tidak berjaya kerana pihak pengusaha menutup kawasan ini kerana dikhuatiri air dari gunung akan membanjiri kawasan ini. Masa ini masih lagi hujan renyai-renyai. Korang pun tentu tahu tidak digalakkan bermandi-manda sewaktu musim hujan kan?

Rancangan yang tidak dijangka kami lagi adalah ke Ladang Teh Sabah. Ladang teh ini bersebelahan saja dengan Tagal Lunati Sungai Moroli. Tapi masa melawat hampir tamat. Tak berbaloi lah kan? Buntu sekejap.

Sumber: Google

Akhir sekali, salah seorang dari kami buka cerita mengenai kajian buah bambangan oleh salah seorang senior kami. Buah bambangan ini terdapat di Sabah. Sarawak saya tak pasti. Maka, pemandu pelancong kami, abang Shukri bawalah kami melantak buah bambangan dan buah durian. Masa ini di Sabah masih lagi penghujung musim durian. Di Semenanjung, musim durian sudah habis. Kekenyangan buah masa ini. Buah bambangan memang sedap. nyum nyum. Teringin nak makan lagi. Ada yang menarik mengenai buah bambangan ini. Entri lain saya akan kongsi.


Buah bambangan ini rasa dia macam buah mangga tapi dia ada bau macam buah bacang. Tapi buah ini ada banyak sangat serat. Tak suka bila dia terselit di celah-celah gigi. Kulit dia berwarna coklat. Orang Sabah selalu makan buah ini dengan menjadikan dia sebagai jeruk. Mereka jarang makan mentah-mentah. Tapi jeruk dia (pada saya) memang tak sedap. Ada bau busuk sikit. Kawan saya di Sabah kata kalau orang tak biasa makan memang tak akan suka. Buah ini bila muda isi dia berwarna putih. Bila tua isi dia berwarna kuning. Tak perlu petik sebab dia akan jatuh sendiri dari pokok bila sudah ranum.

Sumber: Google

xoxo

0 komen: