Ada beberapa orang bertanyakan mengenai kos saya ke Sabah. hu. Masa tu saya antara orang yang plan untuk trip ke Sabah ini.
Maka, saya post kat sini.
Untuk makluman, ini adalah percutian bajet. Ini kerana saya masih lagi bergelar pelajar yang perlu banyak bajet untuk menyiapkan projek tahun akhir. Bajet sebenar memang saya tak ingat sebab saya organize masa pertengahan tahun 2009 lagi. Tapi kami pergi ke Sabah pada hujung semester bagi tahun 2009.
Ada juga cari tentatif sewaktu kat sana dan bajet semua tapi saya memang tak ingat lah letak kat mana. Kemungkinan yang lain adalah saya sudah buang kertas itu. Maaf ya. Saya tulis anggaran bajet saja boleh kan?
Saya tinggal di 2 tempat yang berbeza. Kebanyakan waktu banyak di habiskan di kawasan Kundasang dan Ranau. Selama 3 hari 2 malam saya berada di Ranau, Sabah dan 2 hari 1 malam di Kota Kinabalu.
Saya mengambil penerbangan di LCCT walaupun flight delayed masa itu tapi rasa tak kesah sangat sebab kawan-kawan saya semua memang kaki gambar dan gelak tawa kami yang paling kuat dalam balai pelepasan itu. hu. Skema ayat. Lagipun, masa itu semua excited lebih tahu!
Peringatan! Kadang-kadang kita tak boleh jangka samada flight kita akan delay dari waktu sepatutnya. Maka, eloklah kamu memberitahu pihak hotel atau chalet bahawa kamu akan tiba lambat dari waktu sepatutnya. Ini perlu untuk mengelakkan sebarang salah faham dengan pihak hotel. Macam saya, saya sentiasa update dengan pihak penempatan saya sehingga kan tuan punya rest house sudah tunggu ketibaan saya di depan muka pintu. hu.
Setelah sampai di Kota Kinabalu, van yang bakal membawa kami sudah tunggu di airport. Oh ya! Van ini kami telah sewa. Van ini membawa kami ke Ranau. Pergi dan balik Ranau dan Kota Kinabalu, saya menggunakan khidmat van yang sama. Malah, sepanjang berada di Ranau van ini lah yang kami gunakan untuk berjalan-jalan.
Setelah melakukan beberapa pelan bajet pengangkutan, saya rasa ini yang paling berbaloi. Untuk makluman, pengangkutan adalah bajet terbesar kami melebihi tempat tinggal bagi kiraan bajet seorang ya. Entri yang lain saya akan ceritakan mengenai pelan bajet pengangkutan.
Peringatan! Oleh kerana, trip ini adalah trip berkumpulan maka perbincangan harus diadakan bagi mendapat kata putus dari setiap peserta. Kadang-kala, bajet bagi setiap seorang adalah berbeza, jadi jangan mempertikaikan sesiapa jika ada antara kalian mempunyai bajet yang rendah. Cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang dengan bajet yang berbaloi. Bukan sahaja murah tapi selamat.
Saya tidak berapa ingat mengenai kos pengangkutan ini tapi anggaran kasar yang ada dalam otak saya adalah RM170 sehari. Aku dah cuba ingat shafa, kalau tak silap RM168 sehari kot. Harga ini termasuk dengan kos petrol. Van dia sangat besar. Memang selesa. Kami menggunakan khidmat van yang sama sepanjang berada di Ranau.
Oh. Saya lupa maklumkan bahawa trip ini disetai seramai 9 orang. Sepatutnya adalah 10 orang tapi di saat-saat akhir salah seorang daripada kami mempunyai hal kecemasan yang tak dapat di elakkan.
Peringatan! Jangan salahkan sesiapa jika berlaku hal-hal yang tak dapat mereka elakkan. Hal-hal begini kita tak boleh nak jangka.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau hampir 2 jam. Kami ada singgah sebentar untuk menjamu selera. Saya tak ingat nama tempat dia. Yang pasti, saya makan nasi campur dan disertakan sup kosong juga. Baru saya tahu bahawa kalau makan nasi campur kat sini memang disediakan sup kosong sekali.
Penempatan di Ranau, saya tinggal di Lohan Rest House. Pemandangan dari Rest House ini memang sangat best. Bila pagi-pagi keluar dari bilik, pertama sekali yang kita boleh nampak adalah Gunung Kinabalu. Korang mesti ingat kan bendera Sabah! Pada bendera Sabah ada logo puncak Gunung Kinabalu. Jadi, korang boleh agak yang pemandangan gunung yang korang nampak itu memang Gunung Kinabalu.
Ini adalah percutian bajet. Kami tidak kesah untuk tidur berhimpit-himpit. Saya menyewa bilik yang paling basic. Ada katil, kipas dan almari. Seingat saya bilik saya sewa memang tidak mempunyai televisyen. TV bukan keperluan sepanjang trip ini. Sebab yang pasti di siang hari kami sangat penat dan malam kami hanya mahu tidur bagi mendapatkan semula tenaga untuk keesokan hari. Satu malam hanya RM55 sahaja.
Sebenarnya, perkhidmatan van dan rest house ini, saya gunakan khidmat pak cik kepada rakan sekelas saya semasa di Kolej Matrikulasi Perak. Jadi, saya banyak berkomunikasi dengan Uncle Joe.
Saya masih simpan nombor telefon Uncle Joe dan juga pemandu pelancong kami. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila maklumkan pada saya ata emel saya ok.
Memandangkan entri ini adalah entri yang tidak dijangka-jangka. Tiada gambar yang saya kepilkan. Lain kali saya akan cuba upload gambar okeh!
Entri seterusnya saya akan ceritakan tempat-tempat yang telah saya pergi.
xoxo
10 komen:
ehem2 trus buat review trip ke sabah ye. bagus2! bestnye klu org yg tbe2 x jd join tu join kan. hihihi
tu la..he.Sebab ada 2 3 orang yang tanya kan?macam kebetulan plak ramai orang nak pergi oliday ke sabah. hekhek
kalau lah org yg tbe2 x jd join 2 join kn, msti lg happening sebab org tu suka jerit2, kecoh sedikit.he..
tp nanti dia kena tdo kat lantai la sebab tak cukup space.lalalala
Bole mta no uncle joe?
dik,nak no contact uncle joe blh tak?
pm me at mismala_ucu@yahoo.com.my ye
Salam...saya cikgu dari kedah...sy amat berminat nk tny tentang lawatan ke sabah, tourist guide, no fon hotel or homestay and no kereta..
@Tanpa Nama
maaf terlewat balas..
dan sorry sangat-sangat sebab saya dah tukar handphone. then, semua contact no dah hilang tapi saya jumpa facebook rest house saya duduk ni: https://www.facebook.com/lohan.r.house?fref=ts
fyi, saya tak guna tourist guide pun~ plan sendiri.
leh emailkan pada saya uncle joe punya contact dz_vg83@yahoo.com
ASSALAMUALAIKUM
tolong emelkan no fon pemandu pelancong dengan uncle joe tu pada saya. terima kasih.
lunafujiwara@yahoo.com
tolong emelkan pada saya nofon uncle joe dan pemandu pelancong tu. tq
lunafujiwara@yahoo.com
@bellarisza vienetta
saya dah simpan no uncle joe sebab dah tukar handphone. tp saya ada emel FB lohan ni
Catat Ulasan