Salam pembuka bicara..
Selamat Hari Rabu. Selamat bekerja dan belajar.
Sebenarnya hari ini menunggu kedatangan big boss tapi dari tadi tak sampai-sampai. aish. Sampai tak tahu nak buat apa dah ni. Semalam hari yang superb busy sampai tak menang tangan nak buat kerja sampai kan waktu rehat pun tak sedar. Tahu-tahu dah pukul 3.15. Tapi hari lenggang sikit.
Ada khabar yang tidak baik semalam. Salah seorang pesakit kami telah kembali ke rahmatullah semalam. Muda lagi orangnya. Baru umur 20an belum 30 tahun lagi.
Sebelum datang ke diagnostic centre ni, beliau ada beberapa kali pergi ke hospital untuk buat rawatan tapi pihak hospital macam ambil mudah je dengan keadaan beliau. Memandangkan tempat kerja saya ini bukan hospital tapi cuma diagnostic centre sahaja, doktor kami bagi beliau surat untuk terus ke admit ke hospital. Kami tak tahu apa yang terjadi pada beliau dan sebab beliau meninggal.
Oh ya, beliau belum sempat habiskan semua test di sini. Ada satu lagi test beliau tak sempat buat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas beliau. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau.
xoxo
p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih
2 komen:
Al-Fatihah
@ norfa: al-fatihah jugk..baru bln lepas patient ni dtg sini~
Catat Ulasan