Selasa, 15 Mac 2011

tsunami dan keprihatinan

Salam pembuka bicara..

Saya melayari laman Saifulislam.com dan saya rasa ada sesuatu yang patut dikongsi mengenai tsunami akal dan budi di tanah air sendiri.

Cuba kita imbas balik kejadian lori terbalik di PLUS highway berdekatan Tanjung Malim dan orang ramai mengaut beras tanpa mempedulikan keadaan pemandu dan klendan lori.

Cuba imbas balik kejadian orang ramai mengutip duit syiling di Negeri Sembilan akibat berlakunya kemalangan.

Dan terbaru, 11 Mac 2011 kejadian tsunami di Jepun.

Dimana sensitiviti bila ramai bercerita mengenai kesan ekonomi dan kedudukan pasaran saham di Malaysia akibat bencana alam ini. Mereka tak minta pun bencana alam ini berlaku kepada mereka. Kenapa ada yang mengeluarkan kenyataan seperti mementingkan diri sendiri. Ya, saya akui sebagai negara membangun, ekonomi itu amat penting tapi ekonomi yang dilakukan bersama Jepun berdasarkan dasar persahabatan bukan?

Lagi, kenapa seolah-olah ratu porno Jepun begitu penting keselamatannya. Oh ya, baru kali ini saya kenal Maria Ozawa. Selama ini tak pernah kenal pun. Bagaimana keadaan tokoh-tokoh yang terkenal di Jepun? Mereka selamat ke? Macam mana mereka selamat?


Lagi, kontroversi hebat berita harian mengenai ultraman dan kartun. Sampai tersebar di CNN ireport. Seolah-olah menpersendakan apa yang berlaku. Malah, sms Fizz Fairus mengenai ultraman la doremon la. Itu semua lawak bodoh yang tidak menitik berat kesan yang akan diterima.


Dimana keprihatinan sesetengah masyarakat Malaysia? Macam tak sama dengan sifat sopan santun, lemah lembut atau saling menghormati seperti yang dicanangkan sejak saya kecil? Fikir-fikir kan lah.

Ulasan penuh dari halaman ini. Harap kamu baca ulasan ustaz.

xoxo

4 komen:

mie berkata...

kadang2 gue terfikir juga isu kartun ni..

dhiera berkata...

@mie: mungkin sebab kejadian ni tak terjadi pada kita kot~

Kaoshi berkata...

malaysia terlampau kreatif. FLOM malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan super kretif mengenai peristiwa ini kepada wartawan awani, sampai CNN pun gelak ketawa kepada Malaysia.

dhiera berkata...

@ kaoshi: tahu tak pe..saya rasa mesti dia dah malu gila sebab keluarkan kenyataan yang macam tak berfikir dulu. Apa tah kaitannya bencana alam dengan kerakusan manusia~