Rabu, 9 Mac 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Salam pembuka bicara..

Semalam siapa ada tengok berita mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Sebenarnya semalam lepas je TV3 tayang website SRP ini, saya terus search di google tapi tak ada pula website tu. Itu yang macam angin je.

Pada saya skim ini sangat sesuai la untuk orang-orang muda yang baru nak beli rumah ni. Macam saya.

sumber: google

Kalau kamu nak tahu, mak saya suruh saya beli rumah sebelum berkahwin sebab dia tak mahu saya sewa menyewa ini. Tapi saya buat tak tahu je sebab kalau nak beli rumah, kena gunakan duit yang banyak.

Mak pernah cakap duit hantaran itu jangan guna langsung sebab nak buat deposit untuk duit rumah. Nangis okeh dengar statement macam itu. Dalam hati saya, cakap aje la mak tak nak lepaskan saya.

Ada satu lagi yang tragis, bila ayah isi borang adik saya untuk daftar MRSM hari tu. Ayah tanya umur saya berapa pada adik saya ini. Adik saya jawab la 24 tahun. Mak dengan ayah boleh tak nak percaya pula. Asyik betulkan umur saya 22 tahun. Akhirnya, saya keluar bilik dan cakap umur saya 24 la tahun ini. Tak best betul buat statement mengaku umur ni.

Tengok betapa sayangnya orang tua saya ni kat saya sampai tak nak bagi saya kahwin lagi selagi tak beli rumah.

Ok berbalik cerita tadi.

Orang yang layak memohon adalah mereka yang berumur kurang dari 35 tahun yang ingin membeli rumah yang pertama sahaja serta berpendapatan kurang dari RM3000. Faedahnya, skim ini dapat membantu dengan memberi 100% pinjaman tanpa 10% downpayment seperti kebiasaannya. Tapi untuk rumah yang bernilai dari RM 100k sehingga RM 220k.

Rasanya rumah yang harga macam ini boleh dapat kat mana ea? Tak kisahlah rumah teres ke apartment ke banglo ke? Tapi saya tak minat rumah apartment dan seangkatan dengannya sebab tak ada tanah untuk tanam-tanam pokok. Dekat area Klang or Shah Alam ada lagi tak? Ada sesiapa tahu?

Umur saya memang sah-sah kurang dari 35 tahun. Belum mempunyai harta kecuali sebuah kereta dan berpendapatan memang kurang RM 3000 sebab baru sahaja grad. Belum cukup setahun lagi berada dalam alam pekerjaan.

Kira saya memang layaklah untuk memohonkan.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

8 komen:

Unknown berkata...

ade dgr jgk pasal SRP ni. Oo kne pendapatan below 3k eh. klu keje sambilan mcm kte bleh ke apply eh. zes da mmg xleh da ni. huhu~

dhiera berkata...

lili, tak sure la bole ke tidak? bergantung pada pihak bank kot~
awat zes tak boleh pulak?

Unknown berkata...

ha..kalau dah layak tu mohon dua sekali tau...untuk saya aim sekali

Keyyah berkata...

bagus 2 kumpul harta dari skrg..muda2 lah nk kumpul harta..hehehe...

dhiera berkata...

@ a'im: boleh je a'im tapi takut bank tendang dengan alasan dah banyak tanggungan.hu

dhiera berkata...

@ keyyah: itu la kan? harga tanah dah makin meningkat ni.

::Aja:: berkata...

umah kat area s.alam mmg xdpt la kalo nak bwh 200k..ade aprtment br kat sek 7, 1 umah dah 200++..umah my sister ni pon 150k xsilap la..tp tu hrga die beli dulu..skarang dah 200k xsilp.hihi..

dhiera berkata...

@ aja: rumah my dad yg dekat puchong 2 dulu harga ~rm40k, sekarang pun dah ~rm120k..