Khamis, 24 Mac 2011

Resepi: laksa

Salam pembuka bicara..

Hari ini gatal pula nak tulis entri mengenai resepi. Sebenarnya, baru pertama kali buat laksa ini. Menjadi pula hasilnya. Kebetulan laksa ini, memang favourite saya sejak kecil bertambah excited la. Ingat kan selama ini susah nak buat sebab mak pun memang jarang buat (sampai mak saya tak ingat nak buat macam mana).

Tapi ok lah cubaan pertama saya menjadi. Boleh makan puas-puas. Nak hasil cubaan pertama.

Taraaa...


Lepas itu baru terfikir, dengan sekali masak laksa modal tak lah besar mana, siap boleh dapat banyak kali hidangan. Tapi kat kedai jual dapat makan ciput je, lepas itu harga satu hidangan sampai RM 3.50. Kuah dah la cair. Memang sah-sah penjual laksa itu untung lebih. ermm...

Bahan-bahan nak buat laksa ini. *oh ya, ini ikut resepi saya. bahan-bahan nak buat, saya tanya sepupu saya.

Bahan utama
1 kilo ikan (saya guna ikan kembung campur dengan ikan sardin)
1 peket mee laksa kering (ini optional. boleh juga guna mee laksa basah)
Garam (Guna sikit saja okeh)
Bunga kantan
Asam keping (asam gelugor)
Daun kesom

Bahan kisar
Cili api
Bawang besar (saya guna dalam 3 biji kot)

* Boleh juga tambah belacan (ini juga optional). Sebab saya akan gatal-gatal hidung kalau makan belacan, maka saya memang tak guna.

Bahan sebagai ulam /hiasan
Timun
Salad
Telur
Limau nipis (sebenarnya, saya tak guna pun)

* Cili api dan bawang yang dihiris nipis adalah optional. Saya dan adik-adik tak suka. Jadi kami tak guna.

Yang saya beli hanyalah ikan, mee laksa dan timun sahaja. Modal kurang dari RM20. Tak ingat lah exact price berapa.

Kenapa saya tak letak exact amount yang saya guna?
Saya tak letak berapa jumlah asam keping, bunga kantan, daun kesom dan cili api yang saya guna sebab itu mengikut selera kami adik beradik sampai tak ingat letak berapa banyak.
Lagipun, kalau kamu masak sendiri, kamu tentu tahu citarasa kamu tersendiri. Kalau beli mesti ada yang pernah merungut kurang sedap, tak cukup ikan, tak cukup masam etc. Betul tak? So, bila buat sendiri, kamu berhak tentukan citarasa kamu tanpa terlalu terikat dengan jumlah yang resepi sediakan.

a) Macam cili api, kami suka makan pedas-pedas maka agak banyak juga kami letak mungkin dalam 2-3 genggam.

b) Pada saya, yang menaikkan selera untuk makan laksa adalah rasa bunga kantan. Memang tak ingat letak berapa banyak sebab kat rumah memang ada tanam. he.
* Bunga kantan ini saya letak (guna gunting saja dan masuk terus dalam kuah) kemudian biarkan + kacau kuah sekejap dan rasa.
* Jika, saya rasa masih belum puas hati dengan bau laksa dan rasanya, saya akan tambah lagi. Kamu pandai-pandai adjust sendiri la ye.

c) Sama juga seperti daun kesom. Ada tanam di rumah. Main petik dan masukkan selepas basuh. Ikut selera. Ada yang kata lagi banyak, lagi sedap.

d) Asam gelugur. Jika kamu mahu rasa lebih masam, boleh letak asam gelugor banyak sikit. (standard resepi dalam 6 keping kot)

Membebel saja saya ini.

Ok, jom kita mulakan. (Maaf ya, tiada gambar)

1. Rendam mee laksa tadi dan rebus. Kemudian toskan.
2. Bersihkan dan rebus ikan-ikan tadi bersama asam keping. Rebus sekejap je sampai daging ikan tadi jadi warna putih.
3. Sementara tunggu siap rebus ikan, boleh lah kisar bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. Kisar isi ikan dahulu dan masukkan ke dalam periuk besar bersama bahan-bahan kisar + air rebusan ikan.
6. Kemudian kisar tulang-tulang ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk besar tadi.
7. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga tambah asam keping lagi kalau perlu.
8. Biarkan sampai mendidih dan naik bau.
9. Rasa kuah tadi dan adjust mana-mana yang perlu mengikut selera kamu. Oh ya, jangan lupa masukkan garam jika perlu tapi jangan banyak-banyak ya.

* Oh ya, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. Boleh guna untuk masak kuah tadi.
* Atau boleh juga guna air rebusan tadi untuk dikisar bersama-sama isi ikan.

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

teringin

Unknown berkata...

Perghhhh sedapnya laksa...
mmg feveret saya sejak kecik lagi ni... terliurnya tengok... nyumm2

dhiera berkata...

eh,sama lah favourite saya jugak~