Hari kedua di Ranau selepas [post ini], [post ini], [post ini] dan [post ini]
Pagi-pagi lagi kami bergambar-gambar sementara menunggu abang shukri (pemandu pelancong) sampai.
Hari ini banyak tempat telah kami terjah. Antara gambar sewaktu perjalanan.
a) Kinabalu National Park
Di sini lah terletaknya Gunung Kinabalu. Pendakian Gunung Kinabalu boleh bermula dari sini. Puas hati sangat dapat tengok dan berada di kaki gunung. First time okeh macam rasa dah tertawan Gunung Everest lagi. hek. Ok. Tipu. Bayaran masuk saya tak ingat RM5 ke RM3 seorang.
Tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu bermula di Pondok Timpohon. Saya sampai pondok ini saja ok. Penduduk setempat di sini mendaki gunung Kinabalu ni pergi dan balik dalam masa 1 hari. Hebat tak? Abang Shukri pun sudah banyak kali naik turun gunung ini.
Kalau korang nak daki gunung ini boleh dengan syarat kamu kena pastikan stamina kamu sudah cukup bagus, bawa bekalan makanan (paling sesuai coklat) dan kena maklumkan pada pihak pengurusan sebulan lebih awal. Kalau nak gamble, alamat kamu tak merasalah nak daki gunung ini. Kalau kamu nak tengok Gunung Kinabalu ini dengan jelas adalah waktu sebelum pukul 10 kerana selepas pukul 10, gunung ini akan dilitupi kabus. Saya sampai di Kinabalu Park pukul 7 lebih lagi tahu.
Pemandangan dari gunung. Cantik kan?
Di sini juga ada satu muzium. Bila saya masuk muzium ini baru saya tahu bahawa kawasan Kundasang ini pernah mengalami salji beberapa kali. Kamu ingat Malaysia tak ada salji? Ada ok! Tapi abang shukri kata salji ini turun selepas hujan. Bukan takat gunung saja bersalji, muzium ini pun kena tutup dengan salji juga.
Berdekatan kawasan muzium
b) Kinabalu War Memorial
Tempat ini ala-ala macam tugu peringatan la. Tapi dalam Kundasang War Memorial ini ada 4 taman (kalau tak silap). Siap ada tulis nama tentera-tera yang terkorban masa peperangan. Kalau tak silap, peperangan dunia ke2. Sebelah nama tentera-tentera ini ada catat dari mana mereka dan tarikh kematian dan kelahiran. Cantik sangat tempat ini. Kalau nak buat garden wedding memang sesuai. he.
Ada bayaran masuk tapi tak mahal dalam RM 3 - RM 5. Sorry ya tak ingat lah.
xoxo
0 komen:
Catat Ulasan