Selasa, 22 Mac 2011

Pameran pengantin Malaysia: Mystic purple

Salam pembuka bicara..

Selepas pameran pengantin di Mines Convention Centre, ada lagi satu lagi pameran pengantin. Kali ini bakal diadakan di PWTC. Pada 1 hingga 3 April nanti.

Saya baru saja plan nak pergi cari handphone baru. Terasa handphone sekarang ini tersangat uzur. Padahal hp yang uzur ni baru saja pakai selama 2 tahun.

Hp yang satu lagi, saya sudah guna sejak saya di matrikulasi dan sehingga sekarang masih lagi elok dan tiada apa-apa masalah kecuali baru-baru ini hp itu sudah tak boleh lagi direct charging atau mungkin charger hp itu yang rosak. Malu lah nak beli charger untuk hp yang sudah old time white coffee itu, sudah 6 tahun saya guna pakai kot. Hp ini memang hp kesayangan sangat sebab hp itu adalah hadiah hari jadi. Ada sentimental value di situ.

Oh ya, kawan-kawan saya ajak saya pergi bersama-sama ke wedding fair ini tapi saya tak pasti samada saya boleh sertai mereka atau tidak sebab saya memang sudah janji untuk cari hp dengan Z. Saya amat rindu kedua-duanya, rakan-rakan saya dan Z.

Bagi kamu yang suka nak tengok-tengok atau dalam plan untuk bertunang ke berkahwin ke, kamu boleh lah melawat pameran ini jika berkesempatan. Masuk free je.

Mungkin bagi mereka yang mempunyai bajet majlis yang sangat ketat, mana tahu pameran ini dapat membantu meringan beban kamu. Macam kawan saya, elydalyla. Bulan lepas telah dapat booked kad kahwin yang murah dari normal price. Terus besoknya buat fotografi untuk gambar kad kahwin.

Saya kata murah sebab promosi di pameran bulan lepas telah menurunkan harga sebanyak 10sen (bagi kad pilihan beliau lah). Sekurang-kurangnya beliau dapat berjimat sebanyak RM100 untuk wedding card beliau.

Jom sama-sama meriahkan pameran ini. Bertemakan Mystic Purple.


Klik sumber untuk maklumat lanjut.

xoxo

2 komen:

Norgadis Labuan berkata...

Award utk kamu...

http://norgadis.blogspot.com/2010/02/award-untuk-followers.html

dhiera berkata...

thanx ya norgadis labuan~