Ahad, 20 Mac 2011

Marathon movie

Salam pembuka bicara..

Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.

Pada saya ayat ini macam tagline pula.

Ahad yang lepas (huh, lambat sungguh cerita pasal ahad) saya bersama dua orang adik saya mencari hiburan di Kuala Selangor. Rasanya Kuala Selangor sahaja kot yang terdekat daripada Ipoh. Salah seorang itu pula demam tapi nak ikut juga. Alasannya, bukan selalu dapat paw kakak. cett

Ok. Kami tengok dua cerita hari tu.

Cerita pertama: Big mommas: like father, like son.

sumber: google

Overall cerita ini ok la. Tapi macam yang lepas-lepas punya version lagi best kot. Tak banyak pun aksi yang boleh diketawakan. Boleh lah kalau sekadar untuk mendapatkan mood sebelum menonton cerita seterusnya.



Cerita kedua: Hikayat Merong Mahawangsa

sumber: google

Cerita ini pada saya memang best. 5 star. Thumb up untuk KRU production. Belum pernah saya tengok cerita malaysia macam ni.



Minggu lepas dah marathon movie. Minggu ini saya mahu berehat sahaja di rumah. Semalam sepupu saya bertunang. Petang nanti saya perlu ke MRSM Trolak untuk hantar adik saya semula ke asrama. Cuti sekolah kan dah habis.

xoxo

3 komen:

aNiS aNiSa berkata...

best sgt ek cita hikayat merong mhwangsa tu??

tringin nk tgk hu~

dhiera berkata...

@ anis anisa: Pergi lah tengok. Pada saya, tak rugi pun tengok cerita ni~

4umyfans berkata...

bulan 5 dan 6 ni, cuba gi marathon lagi. sebab banyak filem Malaysia keluar panggung wayang.