Trip penang 1, 2, 3, 4 dan 5
Hopefully, saya dapat habiskan entri pasal Penang ni. Boring kan? hahaha.
Keesokan hari, kami check out dari homestay pagi (dalam pukul 9 kot) selepas bersarapan roti canai. Beli kat kedai makan yang ada kat bahagian bawah homestay.
Kali ni, kami ke Bukit Bendera. Masa saya pergi ni, bukit bendera baru je dibuka semula dalam beberapa hari. Sebelum ni dia tutup kan? Nak datang kena gerak awal sebab jalan kat Penang ni asyik jammed je. Lepas tu, nak cari parking pun susah. Kami parking pun dekat tepi-tepi rumah orang.
Masuk-masuk Bukit Bendera ni, nampak rail dari bawah tu ke atas. Pergh. Melonjak-lonjak nak masuk terus.
Tiket masuk ke Bukit Bendera ni bagi dewasa RM8 manakala bagi kanak-kanak dan student adalah RM4. Kami guna harga student. Jadi bayaran masuk adalah RM4 aka tiket kanak-kanak.
Ini pula adalah hiasan on the way ke tempat menunggu.
Jom tengok beberapa gambar yang sempat diambil.
Panjang rail Bukit Bendera ni hampir 2km.
Nampak tak tempat menunggu yang bawah tadi?
Nampak tak jambatan pulau pinang? Gambar ni dari dalam cable.
Terowong di Bukit Bendera
Kami dah sampai Bukit Bendera
Ada beberapa restoran kat atas ni
Kereta cable lama
Kat sini ada pameran ular. grr. geli
Kat atas ni, ada orang yang buat belalang daun la apa tah lagi bentuk dia. Ada juga yang buat henna. Dan ada yang lukis potret kita.
Gambar last view dari atas Bukit Bendera
xoxo
16 komen:
mama naik bkt bendera bulan jun lepas....mmg laju tren tu naik ek..
sgt cantik!^^_
tetibe rasa macam nak pergi penang la pulopppp . heee ;)
kereta kabel lama tu mcm bestt..ehee
bendera kah bukit itu..?
cantik betul pemandangan!~ ^^
teringn sangat nak merasa naik cable car kt penang tu.. bpe degree ye tram tu naik? nampak cm cerun..
waah..
pocket dok seronok nengok orang berseronok kat penang pasal pocket sendiri tak rasa seronok dah hahahah:)
naik bukit bendera.. eh!!
dari dalam gambar kamu nampak umah pocket!!
(Iyeeerrr lah tu)
dhiera..teringin mama nak naik tren ni..he2x..yg mama tak suka waktu menunggu tu..mama pun suka pemandangan kat atas bkt bendera tu..cantik kan..
bestnya jadi kanak2 dapat tiket murah je hehe..semakin berkobar2 nak pi bukit bendera hehe..honeysun kat sini pun best gak..hehe
Lama dah myra tak p bkt bendera, last p rasanya 2-3 thn lepas kot ;)
wahhh.gilew r..tingginyer...terbaik!!!! ni yang rse berkobar2 nak pergi :D
seronoknya..!!
bila la nak sampai sini...huhu...
wah..pemandangan yang cantik....;d
teringin nak pi walaupun dok penang tapi tak pegi2lagi. tsk tsk
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Catat Ulasan