Selasa, 25 Oktober 2011

Periksa enjin untuk kesihatan kereta

Salam pembuka bicara..

Sudah hampir 5 bulan saya tak periksa keadaan kereta saya sendiri.

Servis kereta kali terakhir adalah pada bulan puasa hari itu. Rasanya dua tiga hari lagi nak raya. Itu pun sebab tahu akan berjalan jauh. Lagipun, masa tu mileage kereta memang dah lebih 1000km. Itu pun, saya hanya tukar kan minyak hitam dan oil filter sendiri. Eh, bukan saya buat sendiri tapi upah ayah kepada kawan saya buat kan. Kos upah RM10. he. Senyum hulur duit kat pak cik tu. Ayah saya sangat busy masa bulan puasa hari tu. Jadi, dia tak dapat buatkan.

Orang lelaki tahu kot buat sendiri. he.

Petang semalam, selepas 1jam 30minit menggunakan kereta, saya cek perkara-perkara basic dalam penjagaan kereta. Enjin panas-panas, jangan gatal nak buka pula je.

Meh saya bagi tip untuk gadis-gadis untuk cek keadaan kereta. Yang basic sahaja ye. 10 minit je buat.

Ini tip untuk pemeriksaan enjin ye.

1. Air bateri


sumber: google


Perkara pertama yang saya cek adalah air bateri. Kalau guna bateri kering, tak payah lah nak cek.
Kat bateri kan ada paras min dan max. Kalau bateri bawah paras min, kena la isi. Kalau kurang pun, isi jugak ye. Semalam kereta saya bawah paras minimum, jadi saya perlu isi. Setelah hampir 11 bulan pakai kereta, inilah kali pertama saya isi. Harga air bateri RM 1.50. Saya beli masa offer jadi dapat RM 0.99.

Macam mana nak tengok? 
Goyangkan saja kereta tu, nanti kan nampak air berkocak. Ala, tak goyang kan pun tak pe sebab masih boleh nampak paras air tu.

Macam mana nak isi?
Buka setiap stopper yang ada dan isi setiap satu compartment tu. Saya lupa nama compartment ni. Sebotol tu kadang-kadang tak habis isi pun.

Air bateri tu jangan kena pada pakaian pula, nanti terhakis. (Ini ayah saya kata)

2. Minyak hitam

sumber: google

Kalau viva dan kancil, kedudukan minyak hitam ni dekat dengan lampu kereta bahagian pemandu. Ke semua kereta sama kedudukan? Nak check, tarik keluar dawai tu. hahaha. Tak tahu nama. Nak ajar tapi tak tahu nama.

Tarik keluar dawai tu dan lap. Lap pakai kain. Saya lap pakai surat khabar lama je. Kemudian, masukkan semula dawai tu. Dan tengok minyak tu pada aras mana. Tengok dekat bahagian hujung yang flat tu. Ulang 2, 3 kali. Kalau dah sikit kena lah tambah.

3. Air radiator

sumber: google

Setakat hari ini, asal buka je masih ada air. Jadi, saya tak pernah isi. he

Ini sahaja. Siap dah. Tak sampai 10 minit pun kadang-kadang.

Oh ya, semalam saya tambah air wiper sebab dah sikit. Macam mana tahu sikit? Saya nak bersih kan cermin tapi air keluar ciput. Dah sikit la kan?

Kalau rajin check lah, minyak brek juga. Tapi yang ini, saya serah kan pada ayah saya. Kereta baru tak ada masalah sangat dengan minyak brek. Oh ya, kalau pakai kereta auto, kena periksa minyak gear ye. Tapi saya tak tahu sebab saya pengguna kereta manual. Kereta ayah dan emak juga kereta manual.

Nanti saya nak betulkan allignment dan buat balancing pada tayar kereta sebab stereng kereta saya dah bergegar bila saya pandu pada kelajuan 100 km/j ke atas. Mungkin sebab dah beberapa kali saya langgar lubang masa bawa kereta laju. Gadis-gadis yang tak tahu tu, nanti saya kongsi. Orang lelaki selalu dah tahu. Dorang kan expert pasal kereta. he.

xoxo

34 komen:

dela berkata...

akak bab2 kena ni x reti langsung... boh minyak n angin tayar n bawa ja.. lain2 tu ...hhe... 0 :)

::Aja:: berkata...

yesss zaaa..ak la salah seorg yg xtahu ape2 pasal kete.hehe..ntar je kat bengkel kalo nak servis..tp alignment kete mmg dah lari..so nk g betulkan jugak..dh over 20k km now..so sila prepare duet utk antar kete.hehe

MaMa AiNi berkata...

dhiera..he2x..biasalah org pompuan ni..semua serah kat lelaki..ank mama tahu pakai keta je !!..hu2x..bab2 tukar & service bagai ni en.hb yg uruskan..senang jadi pompuan ka?..ha2x..mama pulak tak pandai drive..hu2x..

♥cmª shIemª♥ berkata...

hehe..cma tau...
suka bab2 enjin keta ni..nak2 pulak kete kancil...^_^

My Life's Journey berkata...

Hihi dhiera ..umi ni dah setahun tak tengok2 apa yang terjadi kat kete tu hihi jahat tak umi.


Hrmm pas ni umi nak tengok kete umi ..cian pula die dibuat mcm tu huu

Myra Jay berkata...

Pandai jugak cik Dhiera kita ni bab2 keta ye..

Myra hampeh, semua harap kat en suami je :)

YOUsoF berkata...

Hehe baguslah dapat beli air bateri murah.. ;D


Perkongsian simple yang bagus.. Bawak kereta manual memang penat sikit lebih² lagi bila jammed, tapi yang da terbiasa bawak auto pulak terkial-kial bila terpaksa bawak kereta manual.. letih jugak tu.. hehehe

Zefa NorAsmara berkata...

Bagus n3 ni.. ibu yusuf tahu bawak aje.. owh, dan isi minyak juga. Lain2 tak tau.. haha..

Fadzli Amir berkata...

Salam...aku yg lelaki ni pun sebenarnya malas nak cek kereta sendiri...selalunya terus antar kedai je...hehhehe

aleen aiden berkata...

aku syak,bile aku pakai kereta nanti 6bulan skali baru aku cek gamaknye.hu3

aimie amalina berkata...

weeeee
gud2
ai likee
walau x de kete lagi..tapi selalu dok cek2 kete mak tu
hehehee
maceh taw!

nabilah_2908 berkata...

sy pun dah lama tak cek kereta...

Syuxer berkata...

tips2 yang simple tapi amat berguna bagi orang2 yang tak tahu..kereta wajib kena check sebulan sekali hehe

Akue Achik berkata...

sy xreti bwak kreta..huhu

Wanie berkata...

wanie xtau langsung bab ni..isi minyak pun xpenah..kekeke..

Pocket berkata...

girls wearing overall with oil stain here and there memang lah seksi...

tp kamu tak lah kan sebab kamu gi buat service jer, bukan nya kamu dok bukak enjin ker aperr :)

yes, semua pengguna keter kena tahu lebih kurang, jangan main panduuuu jer, timing belt tu apa pung tak tahu :)

tiefazatie berkata...

bagus2..hee..ayah ifa pun sllu ajar nie bab2 keta..hehe

kayrul-shah berkata...

hebat betul diera...mujur la kita dah ada hubby, so semua hubby yang check dan settle kan..hehehe

fiezah91 berkata...

bab ni memang tak reti.semua serah pada adik dan ayah.hehe

Bidadari Syurga berkata...

adoyai... paling fail untuk akak juga... yg lajunya bila keta rosak kelak... akak nanes dalam hp aja...

p/s: kena alert gaklah lepas nie...

fadh leyanie berkata...

aku mmg fail bab2 kenderaan ni..:P

asfira aminuddin berkata...

wah gila hebat u belajar dekat google. i kan babe, selalu paksa abang i yg check kereta i. haha. i suka bwak kete je, senang. :P

onie berkata...

kalau bab moto gu mana?hehe

~SaL IjOu~ berkata...

adeyh..fail gak bab2 ni..naik je taunye..huuu..(--")

stellaizz berkata...

dulu tahu bawak ye now dah pandai chekk and g anta servis keta :)

amna berkata...

bese abah yang tolg cek kan kereta tiap kali balik. ngeh3..

banyak2 part kereta, isi angin tayar je saya pass :P

3no gr33ny berkata...

hamba singgah sini...banyak jugk info =)

ABU berkata...

yaaaa. itu dia pakar... nice info..
sebelum perjalanan jauh 10 mint pemeriksaan mungkin membawa makna tuk hidup anda..kan kan..:D

ade2mama berkata...

xde kete..law ade kete..mang jge btol2 ..nyamuk hinggap,,siap la heehh

ade2mama berkata...

sambungan entry facebook aku yg lepas...wajib tengok k!! http://ade2mama.blogspot.com/2011/10/facebookversi-kondem.html

ctk berkata...

wah..dah ade kete nti ct ikot ye step2nyer..terima kasih :D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

aku xde kete... malas nak amek tau... hehe

NaeBlog berkata...

wah... maklumat berguna utk saya!

MIMIE AIZA berkata...

tips berguna utk org yg nk jalan jauh