Rabu, 12 Oktober 2011

Ijazah itu sudah setahun saya miliki

Salam pembuka bicara..

Hentikan dulu cerita kahwin kawan saya sebab saya baru sedar semalam sudah genap setahun saya berkonvo. Habis belajar bulan June 2010. Menghitung hari untuk memegang ijazah pada bulan Oktober 2010. Lama menunggu.

Awas entri banyak gambar. Balas dendam tahun lepas tak ada entri konvo.


Saya tak akan lupa pada tanggal 11.10.10, saya telah terima segulung ijazah yang saya kejar selama 4 tahun. Berusaha untuk masuk matrik sebab saya ingin kan ijazah pada awal usia 20 tahun. Ikut kan impian asal, saya mahu sambung master kemudian convert ke PhD tapi dalam masa yang sama, saya ingin berjasa kepada orang tua saya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi makmum kepada seorang lelaki selayaknya imam dalam melayari kehidupan di masa akan datang.


Inilah fakulti saya! Indahnya kenangan belajar di universiti. Segala pahit dan manis di telan bersama-sama sahabat yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar, berhibur dan segala-galanya. Sangat rindu zaman belajar. sobsob. Alhamdulillah, hampir semua coursemate saya bertemu kerjaya impian dalam masa sebulan selepas habis belajar malah ada yang belum habis belajar tapi sudah ada kerjaya yang menanti. Bila jumpa masa konvo, masing-masing kongsikan cerita kerjaya sendiri. Kadang-kadang, saya terfikir kenapa lah tak nak berehat dulu sebelum bekerja tapi saya tak ada jawapan untuk soalan ini.


Selepas setahun habis belajar, ada yang masih bekerja, ada yang sedang berbisnes, ada yang sudah bergelar isteri dan suami, ada yang sibuk menyiapkan projek master dan tak lupa juga rakan-rakan yang terus sambung ke PhD. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.


Buat yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh. Semua perkara untuk mendapat segulung ijazah itu sangat manis untuk dikenang. Yang baru berkonvo, zaman bekerja totally different dengan zaman belajar. Kalau belajar boleh ponteng, kalau kerja berani ke nak ponteng?


Tahun lepas, housemate saya dapat anugerah di-raja. Satu-satunya student melayu yang dapat anugerah di-raja. Tahun ini, ex-housemate saya dapat biasiswa pula iaitu biasiswa Yang di-Pertuan Agong pula. Bukan dia seorang, rakan chinese saya juga dapat biasiswa Yang di-Pertuan Agong hari ini. Dua-dua sekarang terus sambung PhD.


Selamat tinggal UPM! Kan dah cakap banyak gambar. Tahun lepas tak ada entri konvo sebab balik dari konvo terus ber 'out station'. Tahun ini balas dendam la kan?

xoxo sambil kesat air mata kegembiraan.

40 komen:

Hana Soffelia berkata...

Beznya konvo. Hana pernah bercita2 nk sambung Master tp memandangkan after grad terus dpt keje, kena tgguhkan dlu niat tu.

ct kektus berkata...

Tak sbr nk knvo jgk. Tp lg 2thn. Huhu

Myra Jay berkata...

Cheq pun terus rasa tak sabaq nak konvo gak, lagi 2 tahun ni tamatlah PJJ ni.. Aduhhh tak sabarnya.. :)

Kakzakie Purvit berkata...

Kenangan masa belajar banyak yg indah berbanding masa kerja...

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

seronoknye dhiera..dpt sambung belajar dan konvo..x lama lg nk bt master ngan phd plak..tahniah tau!

semoga dhiera terus success !

Tanpa Nama berkata...

zaman blaja mmg best

Nasz berkata...

tahniah la. saya ni bila la nak sambung degree. still dip lagi.

MOHD NASER.com

Tanpa Nama berkata...

hai selamat berkenalan. =D..

tu la bos ca ya nun ya. kan.....
tp aku dulik hape. yg penting tak pakai sandal.

J.Syazwana berkata...

saya baru konvo last week. memang gembira sangat2. heee

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

aku dah 2 tahun konvo.. rasenye cam nak convo je lagi.. tp malas lak nak sambung belajar.. hehe

Akue Achik berkata...

mst byk kenangan kan.. :)

sy x sbr nak abs blajar.....huhuhu

cikguNae berkata...

Tahniah!
Selamat menempuh alam pekerjaan...

aReLaN berkata...

at least ade gk gmbr konvo.saya ni lgsg tkde.knvo kt jpun bkn cm knvo kt mlysia naek pntas sorg2.dhla hujan hr konvo tu.sedihnya la....

YouSOF berkata...

Baca sambil tersenyum dna tumpang gembira.. Rasa macam tak cukup banyak pulak gambar tu.. ;D


Tahniah untuk semua, semoga terus sukses!

Jue berkata...

aku xcited nengok gambo convo ko weh
wah dpt anugerah Yang Di-Pertuan Agong tu..sbg kwn mesti tumpang gumbira skali kan beb! bkn snang tu beb!

cantek la watermark ko!

nini berkata...

congratz....=D

faizal mohd berkata...

wah! student medic rupanya. hebat kawan dhiera dapat anugerah YDPA tu.

tiefazatie berkata...

wah...tahniah2..hee

dhiera zainudin berkata...

@ Hana Soffelia : hana, kawan2 yang tengah amek master sekarang semua kata gaji master sekarang sama gred dgn degree je~

@ Kakzakie : betul tu kak~

@ ♥cmª shIemª♥ : itu pun kalau bakal suami bagi

@ NasZ : pengalaman bekerja tu lagi baik dari degree


@ Hanie_Dew : bos saya pun ca ya nun alif~

@ aReLaN : ce cite konvo kt jepun macam mana?

@ faizal mohd : bukan student medic la~ student nutrition. tapi kami satu fakulti..

asfira aminuddin berkata...

bestnya babe! even dah setahun tapi perasaan gembira tu masih ada kan. i kena tunggu 2013 la pulak. adoi lamanyaa.

Unknown berkata...

tahniah kerana menamatkan pengajian :)

cik pha berkata...

ijazah dah ade tggu kawen jer hehhehhehe

Dear Yayah berkata...

best la dah habeh belajar..^^

akak course health sciences ek?

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

konvo sangat best ::)

yanz berkata...

rindu pulak time belajar dulu.. haiya...

suria lekatlekit berkata...

dlm byk2 tu yg mana satu kamu yer? :D

Asyila Zainuddin berkata...

wahhhh.. bestnye.. ambik course ape?

Ct Arina berkata...

xpe dear. kalau nk keje boleh keje dulu. nnt boleh pjj. xde masalah kan? tuntutlah ilmu hingge ke liang lahad. ecewah ;)

syahirooAhmad berkata...

bestnye.. saya tiada kenangan manis begini.. teringin.. nak pinjam jubah leh.. hehe.

dhiera...dlm banyk2 pix tu. hang tak masuk ke"? yang mana satu?

Unknown berkata...

baa~ CAK!!

wooo~ gila bangat deh.. sy jugak begitu duh bah.. rindu banget saat konvo nya.. ^_^

fiezah91 berkata...

wow.bestnya. hehe.. mana tuan empunya blog? hikss

Unknown berkata...

Diam tak diam dah 10 tahun tinggalkan kenangan konvo. Rindu :)

ghost berkata...

aku suka dengan keraian seperti begini.ia satu momen yang singkat tapi kesannya sepanjang usia.

ctk berkata...

bila la ct nk konvo plak..cm bes je..xsabar...hehehe

enEnfeeL berkata...

bestnye dah konvo. xsabar lak rase~

nabilah_2908 berkata...

hari konvo...mmg hari yg paling indah..

rasa kita special sngt..sngt... :)

sama lah..hajat di hati nak sambung lagi...tp...takpe la..hold dulu...cari duit dulu... :)

amna berkata...

wah! tahniah2 walaupun dah setahun lewat :)

ade2mama berkata...

tahniah:)
next station..gy oversea la ye:)
aminnn

dear anies berkata...

insya allah jubah berwarna merah itu akn ku sarung bln 10 thn dpn...aminnnnnnn

Dalila Diela berkata...

wah..tahniah3...seronoknya dah konvo...selamat menyambung master dan seterusnya ke phd...aminn...:)