Isnin, 31 Oktober 2011

Perempuan tudung separuh

Salam pembuka bicara...

Semalam adik saya baru tengok cerita karipap-karipap cinta. Nak sibuk jugak tengok sebab hari tu masa tengok, saya tertidur. Gile tak best cerita ni.

Semalam pun, adik saya tengok separuh sebab macam tah hapehape je cerita ye.  Yang paling tak logik pada saya dan buat saya terfikir wujud ke tak orang macam ni.


Seorang graduan bijak pandai dari Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah bertudung seperti di atas. Berselendang tapi separuh kepala. Musykil. 

Agak-agak korang, dalam kehidupan realiti kita wujud tak orang macam ni?

Yang menarik dalam cerita ni, wujud konsep 1 Malaysia.


Menyokong saranan dato perdana menteri kita. Tapi serius cerita ni tahapehape je~

xoxo

Sabtu, 29 Oktober 2011

Button mum kermit daisy la yang saya cari

Salam pembuka bicara..

Ingat tak entri saya pasal bunga hari tu. klik sini. Saya dah tahu dah nama bunga itu. Nama diberi adalah

jeng jeng (poyo la dhiera)
.
.
.
Bunga kermit @
Bunga butang @
Green kermit daisy @
Button mum kermit daisy

Buat ct yang tak dapat tengok gambar tu, inilah bunga yang saya cari tu.


Ini lah bunga Button mum kermit daisy!! Senyum je hari ni sebab dah tahu nama bunga ni. Kredit to asfiza sebab tolong carikan nama bunga ni.

Simple entri untuk hari ini. Hari ini mak long saya pindah balik kampung!

xoxo

Jumaat, 28 Oktober 2011

Anjing suka cari pasal

Salam pembuka bicara..

Anjing suka cari pasal? Pasal apa? Meh saya share pengalaman saya. Korang pun ada pengalaman yang tak dapat nak dilupakan dengan anjing?

Saya ada beberapa. Tiba-tiba geram sangat sebab banyak sangat anjing dekat kawasan rumah saya ni. Dah la dorang nak melintas ikut main suka je. Kita yang kena brek mengejut. eiii

sumber: google (letak yang comel-comel je)

Pengalaman pertama
Masa ni,  saya sekolah tadika. Nak ke tadika ni, kena menyeberangi padang. (menyeberangi la sangat kan). Biasalah, bila pagi-pagi anjing-anjing ni suka melepak dekat padang ni. Nak tak nak kena lah lalu padang walaupun takut anjing kacau. Pakcik van yang hantar pergi sekolah ni selalu pesan jalan pelan-pelan jangan bising-bising. Tapi ada dua orang budak nakal ni lelaki la kan dorang kacau anjing ni. Sekali tu, dorang berdua kena gigit dengan anjing. grrr... Ngeri dan kesian.

Pengalaman kedua
Rumah saya depan tasik. Dah nama tasik, mestilah ada sekali dengan taman permainan. Tapi tetap suka main dekat taman permainan depan rumah kawan saya yang depan esso. Kawasan sini memang banyak anjing. Anjing tu suka melepak bawah lori yang parking dekat esso tu. Suatu hari, anjing mana tah mengamuk kejar saya dengan kawan-kawan saya. Lintang pukang lah cabut lari dengan basikal. Kebetulan, tengah carry kawan saya kat belakang. Time-time genting macam ni tak suka sangat ada orang duduk kat belakang basikal sebab berat nak kayuh. Last-last suruh member turun. Dia cabut lari sepantas kilat. Saya kayuh basikal sehabis boleh.

Bila ingat balik, "owh, selfish ye kita suruh wani lari sendiri". Kalau buka cerita ni, masing-masing duk tergelak je~ Nasib ada sorang auntie cina ni nampak dia siram anjing tu dengan air. Kebetulan, auntie tu tengah siram pokok bunga dia. Tak jadi lah anjing tu kejar kitorang. Baik lah auntie ni. Tak sempat nak ucap terima kasih.

Inilah antara kisah anjing yang saya rasa susah betul nak lupa. Cerita korang?

xoxo

Khamis, 27 Oktober 2011

Tak terkata tapi masih berkata

Salam pembuka bicara..

Dah lama tak buka nuffnang. Semalam buka lah nuffnang kejap sebab nak update blog manager semua tu.

Barulah saya perasan yang nuffnang tak bagi buffered earning baru untuk saya. sobs.. Sedih. Yang ada hanyalah kempen-kempen biasa je untuk bulan ini.



Nasib, ada satu lagi buffered earning yang masih berjalan dalam blog ni. Itupun bulan lepas punya.

Bila lah nuffnang nak bagi BE baru lagi.

xoxo

Rabu, 26 Oktober 2011

Bunga apa ye ni, bunga pom pom ke?

Salam pembuka bicara..

Ada sesiapa tak tahu ini bunga apa? Saya panggil dia bunga pom-pom. Saya ingat nak beli bunga ni untuk hias dalam bilik sebab dia tahan lama. Hampir 3 minggu bunga ni saya letak di meja solek bilik tapi baru mula tukar kekuningan sekarang. Bezanya, bunga ni dah tak ada bau.


Kawan saya yang bagi bunga ni. Dia sendiri tak tahu nama bunga ni sebab wedding planner yang sediakan. Sebenarnya, dia guna bunga ni buat hantaran masa dia bernikah. Lepas habis majlis nikah, dia bagi kawan-kawan dia ni~

Saya sangat sukakan bunga ni. Kalau ada yang tahu bunga apa ni, bagitahu ye.

xoxo

Selasa, 25 Oktober 2011

Periksa enjin untuk kesihatan kereta

Salam pembuka bicara..

Sudah hampir 5 bulan saya tak periksa keadaan kereta saya sendiri.

Servis kereta kali terakhir adalah pada bulan puasa hari itu. Rasanya dua tiga hari lagi nak raya. Itu pun sebab tahu akan berjalan jauh. Lagipun, masa tu mileage kereta memang dah lebih 1000km. Itu pun, saya hanya tukar kan minyak hitam dan oil filter sendiri. Eh, bukan saya buat sendiri tapi upah ayah kepada kawan saya buat kan. Kos upah RM10. he. Senyum hulur duit kat pak cik tu. Ayah saya sangat busy masa bulan puasa hari tu. Jadi, dia tak dapat buatkan.

Orang lelaki tahu kot buat sendiri. he.

Petang semalam, selepas 1jam 30minit menggunakan kereta, saya cek perkara-perkara basic dalam penjagaan kereta. Enjin panas-panas, jangan gatal nak buka pula je.

Meh saya bagi tip untuk gadis-gadis untuk cek keadaan kereta. Yang basic sahaja ye. 10 minit je buat.

Ini tip untuk pemeriksaan enjin ye.

1. Air bateri


sumber: google


Perkara pertama yang saya cek adalah air bateri. Kalau guna bateri kering, tak payah lah nak cek.
Kat bateri kan ada paras min dan max. Kalau bateri bawah paras min, kena la isi. Kalau kurang pun, isi jugak ye. Semalam kereta saya bawah paras minimum, jadi saya perlu isi. Setelah hampir 11 bulan pakai kereta, inilah kali pertama saya isi. Harga air bateri RM 1.50. Saya beli masa offer jadi dapat RM 0.99.

Macam mana nak tengok? 
Goyangkan saja kereta tu, nanti kan nampak air berkocak. Ala, tak goyang kan pun tak pe sebab masih boleh nampak paras air tu.

Macam mana nak isi?
Buka setiap stopper yang ada dan isi setiap satu compartment tu. Saya lupa nama compartment ni. Sebotol tu kadang-kadang tak habis isi pun.

Air bateri tu jangan kena pada pakaian pula, nanti terhakis. (Ini ayah saya kata)

2. Minyak hitam

sumber: google

Kalau viva dan kancil, kedudukan minyak hitam ni dekat dengan lampu kereta bahagian pemandu. Ke semua kereta sama kedudukan? Nak check, tarik keluar dawai tu. hahaha. Tak tahu nama. Nak ajar tapi tak tahu nama.

Tarik keluar dawai tu dan lap. Lap pakai kain. Saya lap pakai surat khabar lama je. Kemudian, masukkan semula dawai tu. Dan tengok minyak tu pada aras mana. Tengok dekat bahagian hujung yang flat tu. Ulang 2, 3 kali. Kalau dah sikit kena lah tambah.

3. Air radiator

sumber: google

Setakat hari ini, asal buka je masih ada air. Jadi, saya tak pernah isi. he

Ini sahaja. Siap dah. Tak sampai 10 minit pun kadang-kadang.

Oh ya, semalam saya tambah air wiper sebab dah sikit. Macam mana tahu sikit? Saya nak bersih kan cermin tapi air keluar ciput. Dah sikit la kan?

Kalau rajin check lah, minyak brek juga. Tapi yang ini, saya serah kan pada ayah saya. Kereta baru tak ada masalah sangat dengan minyak brek. Oh ya, kalau pakai kereta auto, kena periksa minyak gear ye. Tapi saya tak tahu sebab saya pengguna kereta manual. Kereta ayah dan emak juga kereta manual.

Nanti saya nak betulkan allignment dan buat balancing pada tayar kereta sebab stereng kereta saya dah bergegar bila saya pandu pada kelajuan 100 km/j ke atas. Mungkin sebab dah beberapa kali saya langgar lubang masa bawa kereta laju. Gadis-gadis yang tak tahu tu, nanti saya kongsi. Orang lelaki selalu dah tahu. Dorang kan expert pasal kereta. he.

xoxo

Isnin, 24 Oktober 2011

Excited naik feri

Salam pembuka bicara..

Entri ini betul-betul entri terakhir di Penang. hahaha.

Masa datang Penang, hari dah malam kan? Jadi, kau masuk ke pulau melalui jalan darat. Tapi masa balik, kami ambil kesempatan untuk naik feri pula. Ini adalah kali pertama saya menaiki feri. Excited sangat!


Banyak kereta naik feri. Dalam cerita anak mami,penumpang ada tempat duduk. Tapi feri ini tak ada la pula. Kereta hitam ni asyik berbunyi je.


Amaran menaiki feri. Pasang brek tangan sepenuhnya dan matikan enjin.


Spot. Ili bersama feri. Suka gambar ini.


Selamat tinggal Penang. Ada jodoh, saya datang lagi. Kenangan yang manis untuk dikenang bersama rakan-rakan tersayang.

Balik dari Penang sampai dekat-dekat Ipoh, kami dah lapar. Jadi, berehat kejap sambil makan di Padang Polo Ipoh. Sedap ok laksa dia.


Buat siapa-siapa yang datang ke Penang, makanan kat Penang sangat best. Saya tak dapat merasa laksa Penang dan char kueh tiaw. Ada rasa kesal sikit.

Disebabkan kat Penang asyik makan je, berat saya naik 2kg. Amekaw! Menangis. Saya memang takut kalau berat saya cecah angka 50kg. Sekali dapat kau, 50kg! Sampai sekarang, turun sekilo jerk. Z asyik cakap saya dah gemuk. Untuk sedapkan hati, sekurang-kurangnya berat saya tak da lah 50kg lagi. 50kg = mimpi ngeri! Rupanya, kawan-kawan saya pun naik dalam 2 ke 3 kg.

Nasihat saya, kalau datang Penang, bersedia lah untuk naik berat. Kalau diet, jangan datang Penang sebab takut kau tak dapat nak kawal pengambilan makanan!

Oh ya, kalau kamu nak ke sini tapi tak tahu nak tinggal kat hotel mana, boleh lah cuba cari hotel Pulau Pinang yang sesuai di sini. Banyak pilihan hotel yang menarik.

xoxo

Ahad, 23 Oktober 2011

Trip Penang 6: Bukit Bendera

Salam pembuka bicara

Trip penang 1, 2, 3, 4 dan 5

Hopefully, saya dapat habiskan entri pasal Penang ni. Boring kan? hahaha.

Keesokan hari, kami check out dari homestay pagi (dalam pukul 9 kot) selepas bersarapan roti canai. Beli kat kedai makan yang ada kat bahagian bawah homestay.

Kali ni, kami ke Bukit Bendera. Masa saya pergi ni, bukit bendera baru je dibuka semula dalam beberapa hari. Sebelum ni dia tutup kan? Nak datang kena gerak awal sebab jalan kat Penang ni asyik jammed je. Lepas tu, nak cari parking pun susah. Kami parking pun dekat tepi-tepi rumah orang.

Masuk-masuk Bukit Bendera ni, nampak rail dari bawah tu ke atas. Pergh. Melonjak-lonjak nak masuk terus.


Tiket masuk ke Bukit Bendera ni bagi dewasa RM8 manakala bagi kanak-kanak dan student adalah RM4. Kami guna harga student. Jadi bayaran masuk adalah RM4 aka tiket kanak-kanak.


Ini pula adalah hiasan on the way ke tempat menunggu.


Jom tengok beberapa gambar yang sempat diambil.

Panjang rail Bukit Bendera ni hampir 2km.

Nampak tak tempat menunggu yang bawah tadi?

Nampak tak jambatan pulau pinang? Gambar ni dari dalam cable.

Terowong di Bukit Bendera

Kami dah sampai Bukit Bendera

Ada beberapa restoran kat atas ni

Kereta cable lama

Kat sini ada pameran ular. grr. geli

Kat atas ni, ada orang yang buat belalang daun la apa tah lagi bentuk dia. Ada juga yang buat henna. Dan ada yang lukis potret kita.

Gambar last view dari atas Bukit Bendera

Alamak, gambar terlalu banyak. Maaf! Dah habis dah trip berjalan ke Penang. Lepas dari Bukit Bendera, kami perlu makan tengah hari dulu sebelum naik feri. First time naik feri. Suka!

xoxo

Sabtu, 22 Oktober 2011

Trip Penang 5: Batu Feringgi

Salam pembuka bicara..

Trip di Penang part 1, 2, 3 dan 4.

Amaran, kalau lapar jangan baca. Tapi weekend senang cari makanan kot.

Selepas solat maghrib, kami keluar semula. Kali ini, kami ke Batu Feringgi. Plan asal nak pergi pagi sebab nak mandi laut tapi tak jadi sebab ke Bayan Lepas tengok baby comel. Pergi Batu Feringgi waktu malam tak best. Sebab tak dapat tengok laut. Tak dapat main ombak. hahaha. Gedik.


Kat sini, kami makan lagi. Kononnya, makan besar la sangat. Harga pun besar la jugak.


Sebenarnya ada lagi satu menu iaitu sotong goreng tepung tapi gambar corrupted. Saya kan tak makan udang. Tak aci la dorang makan udang tapi saya tak. Sebab tu kawan-kawan saya order sotong goreng tepung untuk saya. Tak dapat lah nak buat kamu terliur, gambar dah tak ada. he.

Lepas makan, kami jalan-jalan dekat stall-stall yang ada kat tepi jalan. Tak banyak souvenir yang saya beli. Saya hanya beli 4 cermin yang cantik dan satu CD. Kat sana, banyak jual CD cetak rompak. Jual murah pula tu. Ada yang RM5, ada yang RM7. Tapi saya tak rambang pun. haha

Selain tu, banyak restoran-restoran best. Kami tak pergi makan kat restoran ni sebab yang terbayang tempat macam ni mesti mahal.

Restoran ni nama dia Golden Thai Restaurant. Mungkin jual masakan dari thailand.


Ini restoran The Ship. Jual makanan seafood.


Ini pula restoran arab. Banyak restoran arab kat sini.


Lepas jalan-jalan, kami balik semula ke homestay. Hati masing-masing. Besok pagi nak datang Batu Feringgi lagi pergi mandi. Tapi dalam mimpi aje la~

xoxo

Jumaat, 21 Oktober 2011

Trip Penang 4: Padang kota lama

Salam pembuka bicara..

Kalau sudah ke padang kota lama ni, perkara paling penting sekali kena buat adalah makan pasembur ni. Sila gelak masa ni baru saya tahu pasembur dengan rojak ni rupanya makanan yang hampir sama.


Kedai sebelah plak ada jual kerang bakar dengan sotong kangkung. pergh. Terus teringat, mula-mula makan sotong kangkung dekat Taiping. Apa lagi, terus beli la. Tapi beli satu pinggan je sebab tahu kami tak dapat makan banyak-banyak. Jangan di tanya harga nya sebab saya tak ingat.


Petang-petang, ramai kot orang datang sini. Siap ada permainan kanak-kanak lagi.


View kat sini cantik. Tepi laut kan?


Tapi parking susah nak cari. Last-last parking mana yang muat sajalah sampai naik dekat bahu jalan lagi.


Sedikit gambar Fort Cornwallis. Kami tak pergi melawat pun sebab dah petang dan ujan macam dah rintik-rintik. Ni pun tangkap gambar dari dalam kereta.


Nak tahu malam tu kami ke mana? next entri ye.

xoxo

Khamis, 20 Oktober 2011

Trip to Penang part 3

Salam pembuka bicara..

Trip penang part 1 dan 2

Besok pagi nya, kami check out sama-sama dengan staf ISN. Sebelum tu, ada yang pergi breakfast kat bawah. Disebabkan saya bangun lambat, pagi tu saya breakfast dengan oat meal dan kek secret recipe yang tak habis semalam. hu

Masalah kami pagi ni adalah tak tahu tempat mana satu nak pergi dulu. Jadi, kami check in homestay dulu sebab semalam tak jadi masuk. Nasib tuan rumah tu baik hati dan tak marah kami cancel satu malam.


Homestay ni dekat Tanjung Tokong. Dekat dengan pantai. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Peralatan dalam homestay lengkap dan selesa. Ada peti ais, ada oven. Nak tunjuk gambar homestay tapi tak banyak dalam simpanan. Ada ini sahaja.

Kalau kamu tak mahu tinggal di homestay, jangan risau banyak lagi pilihan yang menarik. Nak cari kat mana? Boleh cari di LateStays.com.my. Website ni sangat berguna. Sebab mereka mempunyai banyak senarai hotel di Pulau Pinang. Bukan takat Penang sahaja, senarai hotel yang website ni ada untuk seluruh Malaysia dan luar negara juga.

Gambar pertama di ruang tamu. Ada TV dan decorder astro. Nak tengok astro kena bawa kad astro sendiri.
Gambar kedua di depan bilik utama. Dekat laluan nak masuk rumah. Homestay ini rumah apartment.
Gambar ketiga antara bilik ketiga, bilik air, dapur dan ruang tamu.


Lepas angkat barang masuk rumah, kami keluar balik. Sebab tiba-tiba, nak tengok baby kakak ili (salah seorang kawan saya) dekat Bayan Lepas. Patah balik kami ke Bayan Lepas. 

Lepas lunch, kami ke Chowrasta. Nak cari tempat ni, kami pusing 5 kali taw. Tak teringat pun nak bukak peta tadi. Lagipun, bukan reti sangat nak guna peta. hahaha. Kat sini, jeruk memang sangat banyak. Dah la saya suka makan jeruk. Pergi kedai sini, rasa. Pergi kedai sana pun rasa juga. Last-last, kenyang jeruk. Tak guna sangat nak tawaf tempat ni cari jeruk harga murah sebab harga dari kedai depan sampai belakang sama je.


Ada yang suggest dari pergi Chowrasta baik pergi Jeruk Pak Ali dekat Sungai Nibong. Masalahnya, tak tahu kat mana.

Kawan saya pun ada beli buah berangan (kalau tak silap itu nama dia). Saya tak pernah jumpa buah ni. Haha. Kat sini, banyak membeli-belah makanan yang orang kirim je. Z pun ada kirim jeruk buah pala gak. Saya tak tahu apa yang sedap dengan buah pala ni. Hu

Kami pusing-pusing dekat kawasan sekitar Chowrasta ni. Lepas tu, lapar balik. Jadi, kami ke Padang Kota Lama pula. Kat sini cari makanan lah kan?

Apa yang kami beli, next entri ye. Macam panjang sangat dah ni. Hadap lah dengan cerita Penang ye.

xoxo

Rabu, 19 Oktober 2011

Trip to Penang part 2

Salam pembuka bicara..

Trip to Penang part 1. klik sini.

Lepas makan nasi kandar dekat Sekayu. Kami tak tahu nak pergi mana.

Tapi kami memang ada plan nak buat surprise birthday party 2 orang kawan saya. Seorang tu yang tak jadi join sebab kena kerja macam saya kata dalam entri semalam. Dia balik pukul 12 malam kot kerja sabtu tu. Kesian. Seorang lagi kawan kami yang kerja dengan ISN macam entri semalam. Dua-dua memang tak tahu kami nak buat surprise party.


Kek untuk dorang ni, saya beli dekat Secret Recipe Tanjung Malim. Cuba bayangkan perjalanan kek chocolate indulgence ni sampai Penang. Siap senget sebelah. Kek ni dah pening duduk dalam kereta kot. haha.

Kenapa tak nak beli dekat Penang? Sebab kami dah jangka yang kami sampai malam dan susah untuk orang first time pergi Penang secara gamble ni cari kedai kek. Kami suka buat plan gamble macam ni.


Disebabkan yang join trip ke Penang ni memang geng-geng kaki karok, jadi kami decide untuk celebrate birthday di pusat karaoke sahaja. Sambil-sambil makan kek sambil berkarok la kan?

Masa mula-mula masuk tempat karok ni mestilah tengok harga dulu, nak tahu harga bilik ke harga ikut lagu. Ada celebration macam ni tak best guna price harga bilik. Sekali tu RM1 untuk 1 lagu. Murah!

Tapi dia tak macam pusat karaoke yang selalu kami pergi. Kena pilih lagu dulu baru masuk bilik. Dekat Alamanda kan, masuk bilik baru pilih lagu. Kami tak tahu nak pilih lagu apa sebab kena tengok list yang berlambak sampai buat rasa `jom la balik'. Nasib ada kawan kata `kita dah sampai. jangan nak macam-macam. pilih je'. Hahaha.


Balik dari karok dah pukul 1 lebih. Sampai hotel, mandi-manda, ber "pillow talk" dalam keletihan terus tertidur.

bersambung...

xoxo

Selasa, 18 Oktober 2011

Trip to Penang part 1

Salam pembuka bicara..

Saya baru perasan yang saya tak pernah buat entri pasal my vacation ke Penang with my UPM friends.
Boleh la ye buat entri terlewat.

Actually, vacation ni masa labor day hari tu. Dah lama kan?

Kami sampai Penang dah malam sebab kononnya nak fetch member kat Taiping  yang tiba-tiba kena kerja sabtu sebab ada kontena nak gerak tapi barang tak ada. Last-last, dia tak jadi juga pergi.

Sumber: google

Yang kelakar sangat, masa dekat Bukit Merah baru kami perasan yang minyak kereta dah tinggal sikit. Sebab takut tak sempat nak sampai Penang, kami exit kat Bukit Merah untuk isi minyak.

Masa bayar tol tanya kat mamat yang jaga tol tu. Kami ikutlah direction yang dia bagi tapi tak  jumpa. And again, tanya lagi kat orang-orang kat sana. Dia kata kami dah terlepas. What? Padahal, memang tak jumpa pun stesen minyak. Cari punya cari, jumpa lah juga akhirnya tapi jauh dari plaza tol. Bila patah balik ke tol, baru lah kami perasan stesen minyak yang kami terlepas tu. Rupanya stesen minyak itu kecil dan gelap. Tak silap dorang pasang lilin je. Lagipun, tersorok ke dalam dan memang tak ada signboard yang gah macam kat KL. Scary kot. Haha.

Pada mulanya, kami dah booked homestay masa kat Penang ni. Dah bayar deposit dah pun. Tapi sebab kami sampai lewat sangat (kalau tak silap dekat pukul 10) jadi kami cancel untuk duduk kat homestay pada malam tu.

Kami bermalam di mana?


Besar kan hotel ni?


Kebetulan, salah seorang kawan saya dah memang tunggu kami di Penang sebab ada match squash. Saya tak ingat nama match ni yang pasti pertandingan international lah. Masa ni, pegawai-pegawai lelaki dah balik ke kampung halaman masing-masing. Jadi, adalah 1 bilik kosong di Hotel B-Suite yang ISN dah bayar untuk lagi 1 malam. Maka, bermalamlah kami di B-Suite hotel dengan free of charge.

Sudah jimat bukan? Nak tahu lebih banyak info mengenai penginapan di Pulau Pinang sila kunjungi LateStays.com.my. Dalam website ni, banyak penginapan yang menarik!

Apa pun, terima kasih lah buat pegawai-pegawai lelaki yang bagi kami ganti bilik mereka ni.

Kawan saya ni kerja dengan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai sport nutritionist handle bahagian squash dan badminton. Takat Dato’ Lee Chong Wei dengan Nicol David tu dah biasa sangat dia jumpa. 

Masa sampai ni, kami dah sangat lapar sebab tak makan lagi. Lepas pergi hotel, terus keluar balik dan kami makan dekat Restoran Sekayu. Itu pun dua tiga kali pusing cari restoran ni. Kami tak ada GPS macam ni la. hahaha.

Kalau datang Penang, haruslah nak try nasi kandar bukan? Jangan tanya harga sebab saya tak ingat. Ramai sangat orang beratur nak makan nasi kandar ni. Kawan saya kata selain nasi kandar beratur dengan nasi kandar line clear, nasi kandar dekat Sekayu ni pun sedap juga.


Lupa nak tangkap gambar sebelum makan. he

Sebenarnya, ni first time saya makan nasi kandar. Komen saya, nasi kandar bukan selera saya sebab terlalu banyak kari dan barulah saya tahu nasi kandar memang campur-campur kuah. hahaha. Kesian kan?

Macam panjang sangat entri ini. Entri lain baru share apa yang kami buat pada malam pertama di Penang ni ok?

xoxo