Jumaat, 29 Julai 2011

Segmen Cuci Mata

Salam pembuka bicara..

Kali ini saya nak join segmen yang dianjurkan oleh AsRiRaYRoCK pula. hik.


Saya tahu segmen ini pun sebab berblogwalking ke blog beliau lah. Sehingga hari ini (29 Julai 2011), saat saya menulis entri ini, follower saya ada 394 orang. Tak ada lah hebat mana saya berblog sebab sekadar suka-suka saja. Sebenarnya, saya dah start berblog lama dah tapi mula aktif berblog bulan November tahun lepas. Sebab masa ini saya sudah habis belajar jadi tak perlu fokus sangat dengan FYP la presentation la apa lah kan~ Oh ya, saya perempuan ok!

Kamu nak join? Nak tahu syarat-syarat nya?

1) Buat entri bertajuk : Segmen Cuci Mata
-> Dalam entri tersebut korang letak link blog dari mana korang tahu segmen ini
-> Berapa jumlah Follower yang korang ada,tuliskan tarikh hari ini sekali….
-> Bila korang start berblogging?
-> Jantina korang?

2) Letakkan banner diatas berserta link segmen ini
3) Siap semua ..Linkan entry korang kat komen ini….

Saya copy dan paste sahaja syarat-syarat tu dari blog beliau. Happy blogging kawan-kawan!


xoxo

Tazkirah jumaat: Perbanyakan amalan

Salam pembuka bicara..

Minggu depan kita (bagi yang muslim), kita sudah mula berpuasa. Rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Lagi lah elok jika kita memperbanyakan amalan kita sepanjang bulan puasa ini.

Sebelum ini, saya selalu tercari-cari cara yang amat mudah untuk kita membaca al-Quran tanpa membawa naskah al-Quran. Masa di UPM dulu, ada seorang muallaf bagi saya CD yang mengandungi bacaan ayat-ayat al-Quran. Rasanya, ramai juga antara kamu yang sudah jumpa CD ini. Ada jual di pasaran.

Tapi beberapa bulan yang lepas, saya jumpa laman sesawang ini yang mana lagi mudah untuk kita baca. Lagi-lagi buat kamu yang bekerja di ofis atau kamu yang selalu menghadap komputer. Kelebihannya jika dibandingkan dengan penggunaan CD adalah laman sesawang ini juga menyediakan penterjemahan dalam bahasa yang kita inginkan.


Jadi sambil-sambil online tu, boleh lah singgah-singgah baca kejap bukan? klik sini.

xoxo

Khamis, 28 Julai 2011

Tiada yang kekal di dunia ini

Salam pembuka bicara..

Ini entri autopublish.

Baru pagi tadi baca entri dari izzysabki mengenai sambutan hari lahir yang pada beliau sebagai tanda kita saling memperingati sahabat kita dan menghargai perkenalan kita dan sahabat. Yang penting, sambutan itu tidak melalaikan dan lari dari tujuan asal. Beliau juga ada bagitahu semakin meningkatnya umur kita maka semakin berkuranglah baki usia kita dalam erti kata lain semakin tamatlah kita perjanjian kita dengan Allah di muka bumi ini. Bacaan penuh, klik sini.

Tadi, saya dapat panggilan daripada mak saya menyatakan mak long saya telah kembali ke rahmatullah di Sime Darby Medical Centre (SDMC). Al-fatihah untuk arwah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatnya. Seingat saya, saya tak pernah ada gambar dengan arwah. 

sumber: google. sime darby medical centre.

Sebenarnya, malam semalam sepupu saya sudah hubungi ayah saya. Sepupu bagitahu yang doktor pesan minta semua adik-beradik berkumpul di SDMC sebab arwah sudah nazak. Doktor tak boleh buat apa-apa dah. Dan bagi cadangan supaya bawa balik rumah je. Mak long saya ini adalah adik beradik ayah yang berlainan ibu. Ayah saya ni adik bongsu dan kira rapat juga lah dengan arwah. Lagipun, masa mula-mula ayah dan mak saya kahwin, parent saya ni pernah tinggal kat rumah arwah di Petaling Jaya. Masa ini ayah saya kerja dekat Bandar Sunway, mak pula kerja dekat Bangunan Daya Bumi tu. Kemudian baru berpindah ke Shah Alam.

Hujung bulan lepas, saya ada pergi melawat arwah dekat rumah beliau. Masa ini, arwah memang dah tak sihat dah. Paru-paru arwah dah berair. Kalau tak silap, dah tiga kali arwah keluarkan air dalam paru-paru beliau. Arwah nak cakap pun macam susah sikit. Kalau arwah batuk memang nampak sangat arwah tengah menahan sakit. Tapi arwah masih mampu jalan sendiri, duduk dan makan sendiri.

Selepas dapat call daripada sepupu saya malam tadi, ayah terus bagitahu atuk dengan nenek. Kemudian, pergi ke SDMC terus dengan mak saya. Saya tak pergi sama sebab kena stand by dekat rumah kot-kot jadi apa-apa pada atuk dan nenek. Kami satu keluarga memang tinggal dengan atuk dan nenek. Atuk nenek saya pun sudah sangat tua. Atuk saya memang dah tak kenal orang dah. Anak sendiri ke cucu sendiri pun beliau dah tak kenal. Kalau tanya atuk umur berapa, atuk kata "dah tua dah. seratus lebih dah. badan den pun sakit-sakit dah ni". Bercakap dengan loghat minang ye.

Atuk saya dengan sepupu dan isteri serta anak-anak saudara saya

Malam tadi, mak saya kata arwah dah nak bernafas pun susah, nadi dia pun dah turun dalam 40 lebih je. Botol yang kumpul air dalam paru-paru pun dah bertukar warna menunjukkan paru-paru arwah sudah bernanah. Tapi arwah, masih lagi kenal adik-beradik arwah dan anak-anak serta cucu-cucu arwah. Dalam pukul 2 lebih, ayah dan mak saya balik rumah semula.

Tadi (petang rabu, 27 Julai 2011) baru dapat panggilan arwah sudah kembali ke rahmatullah di SDMC. Masa nak alih kan beliau dari katil statik ke katil beroda untuk bawa balik rumah. Selepas asar, baru beliau dikebumikan. Sedih dan terkilan sebab tak dapat jumpa dengan arwah saat-saat terakhir beliau. Malah, masa beliau dikebumikan pun, saya tak dapat hadir sebab kekurangan staf di makmal. Tapi sekurang-kurangnya, saya diberi peluang untuk berjumpa dan bercakap dengan arwah hujung bulan lepas. Ya, kena redha sebab kematian itu pasti! Semua orang akan mati! Saya lebih kuat jika nak dibandingkan semasa arwah atuk saya (belah mak) meninggal dunia raya cina tahun lepas dan rakan sepermainan meninggal dunia.

Semoga Allah tempat kan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

xoxo

Rabu, 27 Julai 2011

Makan-makan di Kenny Rogers IOI Mall

Salam pembuka bicara..

Ingat tak entri ini. Entri dimana saya cerita yang saya akan keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan saya di Seoul Garden. Saya ada cakap status halal restoran Seoul Garden.

Tapi sayang, masa kami sampai ni Seoul Garden dah full. Jadi, kami mencari-cari tempat makan lain. Macam biasa, pilihannya adalah Kenny Rogers. Maka, terjah lah kami ke Kenny Rogers. Sebab kami ramai sangat dengan meja yang panjang depan pintu masuk, kasihan orang lain yang datang nak makan dekat sini. Hampir 20 orang yang ada masa small gathering ini. Semuanya adalah coursemate saya di UPM.

Apa yang menariknya mengenai Kenny Rogers. Hidangan dia memang besar dan berbaloi dengan harga makanan. Boleh pilih side dish lagi. Kami semua memilih hidangan yang sama kecuali sepasang suami isteri yang berkongsi makanan. Yang berbeza hanya side dish.

Ini hidangan untuk Z. Sebab masa nak order makanan ini, dia dah bising-bising pergi solat Maghrib. Jadi, saya order kan apa-apa side dish untuk dia. Tetapi masih mengikut rungutan dia yang seolah-olah bekerja seperti seorang buruh walau kenyataannya jurutera. Oleh itu, high carbohydrate food untuk beliau.


Hidangan untuk saya pula hampir sama je dengan Z. Tapi saya seorang yang veggies lover. Jadi saya pilih coleslow (rasanya minta salad, tak pe yang penting ada sayur). Harga untuk quarter chicken meal ini dalam RM 15 kot. Saya pun lupa.


Minumannya haruslah ice lemon tea untuk Z dan triple passion untuk saya. I love passion. Harga ice lemon tea adalah RM 5.90 kot manakala triple passion RM7.90. Kalau tak silap saya lah~


Kenny rogers kan harus ada muffin. Jadi, saya pilih muffin coklat dan original untuk kami berdua. Ada 4 muffin sebab pinggan tu share dengan orang depan. Nak tahu siapa orang depan tu?


Orang kat depan ini adalah pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, insyaallah dalam bulan 6 tahun depan. Yang gadis itu pun blogger juga. Tak sabar nak hadirkan diri di majlis perkahwinan mereka berdua ni. hiks.


Kenny rogers pun boleh masuk dalam list tempat berbuka puasa kamu nanti. Tengok ayam tu macam buat saya lapar tambah teringin la pula.

xoxo

Selasa, 26 Julai 2011

Makan-makan di Chop N Steak Restaurant

Salam pembuka bicara..

Ada satu restoran yang mana masa saya belajar dulu, saya memang suka makan di sini. Bukan lah kerap tapi adalah sekurang-kurangnya sekali untuk setiap semester. Atas sebab-sebab tertentu, ini adalah kali terakhir saya makan di sini sebab saya nampak sesuatu yang sepatutnya semua restoran kena ambil berat. Ya, ia mengenai hygiene.

Kalau ikutkan, harga dia dan kelazatan dia memang sangat berbaloi-baloi lah. Z pilih Fillet Steak sama macam gambar kat bawah. Harga RM 11.90 kot. Boleh tahan lah~


Saya pula pilih Black Pepper Steak. Saya memang sukakan black pepper. Harga sama kot macam Fillet Steak. Gravy dia sama je macam fillet steak. Side dish kami pun sama kan? Tak ada choice macam dekat kenny rogers. Jadi terima seadanya. Selama ni, datang makan kat sini, saya hanya pilih spagetti atau chicken chop. Sebab harga dia murah dalam RM 8 ke RM 10 je. Student kan kena la pandai berjimat cermat.


Pada Z, manalah cukup makan steak je. Dia kata tak kenyang. Jadi dia order 2 makanan. Satu lagi adalah Fish Rice Sizzling. Harga dalam RM 8.50 kot. Saya memang tak dapat rasa sebab Z makan dengan gelojoh dan kedekut sekali. Sedih. Tapi Z kata tak ada rasa pun makanan itu. Tak tahu lah betul ke tak? Mungkin dia saja cari alasan supaya saya tak rasa makanan ni kot.


Kalau ada makanan mestilah kena ada minuman kan? Kami memilih minuman yang sama. Saya sangat suka kan mango juice di sini. Rasa banyak sangat pati mangga dengan serat-serat mangga ada sekali dalam minuman ini. Saiz cawan adalah cawan besar. Boleh kongsi 3 orang yang bersaiz perut macam saya. Sebab tak habis punya kalau minum sorang-sorang. Harga dalam RM 2.50 kot.


Macam biasa, saya suka tayang gambar Z lebih daripada gambar saya. Muka Z yang tengah lapar menunggu makanan. Dia ni suka pakai baju yang sama.


Berbalik cerita kat atas tu, dari segi luaran kedai ini memang cantik, unik dan bersih. Tapi sebenarnya ada yang kurang enak di mata saya tentang restoran ini. Dari saya first year lagi, ada super senior saya pernah cakap mengenai kebersihan kat kedai ini tapi sebab tak pernah nampak atau kena batang hidung sendiri, malas lah nak ambil pusing. Lagipun, restoran ini sudah berpindah tempat dari tempat lama dia.

Jadi, inilah kali terakhir saya makan di sini. he. Seriously, kalau orang datang buka puasa kat sini kena datang awal sebab servis dia agak lambat. Puasa 2 tahun lepas, saya dan kawan-kawan pernah berbuka kat sini. Tunggu makanan memang tak sampai-sampai until kami cancel order sebab masa ni dah dekat masuk waktu isyak. Kasihan kan? Restoran ini memang penuh masa buka puasa.

Banyak yang saya nak cerita. Semuanya berkisar tentang makanan. Jadi perlu habiskan sebelum puasa, kalau tidak kamu terliur tengok gambar makanan. hek.

xoxo

Isnin, 25 Julai 2011

bila budak-budak yang kahwin

Salam pembuka bicara..

Masa kecik-kecik dulu, saya suka kalau ada orang kahwin. Sebab dapat tangkap gambar dekat pelamin, dapat jumpa ramai kawan-kawan sambil main lari-lari. Dulu-dulu, masa orang bersanding kat luar, ada yang baling gula-gula untuk budak-budak. Time ni sakan lah nak rebut sapa dapat gula-gula lagi banyak. Bila kita dapat gula-gula yang tak best, masing-masing sibuk minta tukar. 

Masa majlis perkahwinan pak su saya hari itu, sepupu-sepupu saya yang masih kecik-kecik ni lah perasan macam dorang pula yang kahwin~ Biar gambar sahaja lah yang berbicara ok?




Seronok jadi kanak-kanak. Tapi lelaki ini merenung sambil menghitung hari giliran beliau pula yang naik pelamin. Dah lama tak berjumpa dengan beliau.


xoxo

Sabtu, 23 Julai 2011

Main game sambil menderma dan belajar

Salam pembuka bicara..

Siapa yang suka main game? Terdapat satu game dimana kita boleh bermain sambil menderma. Bukan takat itu sahaja, kamu boleh juga memantapkan vocabulary bahasa inggeri. hek.

Tapi bila asyik main je, jadi leka pula~ hiks

Jawab 1 soalan betul, kita menderma sebanyak 10 biji beras melalui World Food Program dimana membantu mengatasi masalah kelaparan di dunia ini. Jom bermain, belajar dan menderma! klik sini


Sama-sama beramal

xoxo

Jumaat, 22 Julai 2011

Tazkirah jumaat: 20 sifat wajib bagi Allah

Salam pembuka bicara..

Rasanya majoriti yang membaca blog saya ini beragama Islam kan? Mari kita sama-sama memperingati beberapa perkara yang patut kita ingat.

20 sifat yang wajib bagi Allah. Teringat zaman sekolah rendah dulu, sifat-sifat wajib bagi Allah inilah yang selalu saya nyanyi dengan kawan-kawan saya terutamanya masa exam.


Sama-sama saling memperingati.

xoxo

Khamis, 21 Julai 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Salam pembuka bicara..

Lagi satu segmen yang saya baru join. taraaa...

dari luna lanun,

SYARAT PENYERTAAN:
  1. Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER - done
  2. Letakkan header blog LUNA LANUN. - done
  3. Linkkan kepada entri ini. - done
  4. Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. - orait

TARIKH TUTUP:
  • 25 JULY 2011
Jom join!

xoxo

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

Salam pembuka bicara...


Setelah agak sunyi dari mana-mana giveaway, hari ini saya nak join giveaway ini.

1. Buat entry bertajuk GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE dan link kan ke blog dil. - done
2. Copy Banner GA dan letakkan dalam entry tersebut - done
3. Follow blog ini *untuk pastikan korang terima update pasal GA ni tapi tiada paksaan  - done
4. Tag 2 orang rakan blogger yang lain.

5. Dan copy kan url entry tersebut dan letakkan dibahagian komen entry ini - baiklah

xoxo

Promosi: Kek lapis sarawak (update)

Salam pembuka bicara..

Update: harga dan saiz (pre-order untuk raya)

Saiz kek : 8" x 2.6" x 2.5"

Harga:
- Kod A1 - A32  = RM 18 /pc
- Kod B              = RM 23 /pc
- Kod C1 - C17  = RM 28 /pc
- Kod D              = RM 30 /pc
- Kod E              = RM 33 /pc


Atas permintaan seorang sahabat, di sini saya nak promosi kan mengenai kek lapis sarawak. Musim raya kan dah dekat. Jadi apa kata kalau kita cuba pilih kek lapis sarawak sebagai salah satu juadah untuk raya tahun ini.

Kek lapis sarawak ini memang ditempah terus dari sarawak.

Ada pelbagai jenis kek lapis sarawak yang beliau jual. Ini katalog yang beliau bagi pada saya.








Banyak kan yang beliau jual. Berminat nak beli? Boleh emel beliau di elydalyla@hotmail.com. Kalau ada sebarang pertanyaan pun, tanya lah beliau.

Saya nak rekemen beberapa jenis yang orang terdekat saya suka.
Mak saya sukakan kek lapis sarawak berempah (kod A11)
Z sukakan kek lapis sarawak india (kod E2)
Saya sukakan kek lapis pudina (kod A23)
Saya rasa kek lapis coklat cheese pun sedap juga (A16)

xoxo

Rabu, 20 Julai 2011

Promosi: Kek lapis sarawak

Salam pembuka bicara..

Atas permintaan seorang sahabat, di sini saya nak promosi kan mengenai kek lapis sarawak. Musim raya kan dah dekat. Jadi apa kata kalau kita cuba pilih kek lapis sarawak sebagai salah satu juadah untuk raya tahun ini.

Kek lapis sarawak ini memang ditempah terus dari sarawak.

Ada pelbagai jenis kek lapis sarawak yang beliau jual. Ini katalog yang beliau bagi pada saya.








Banyak kan yang beliau jual. Berminat nak beli? Boleh emel beliau di elydalyla@hotmail.com. Kalau ada sebarang pertanyaan pun, tanya lah beliau.

Saya nak rekemen beberapa jenis yang orang terdekat saya suka.
Mak saya sukakan kek lapis sarawak berempah (kod A11)
Z sukakan kek lapis sarawak india (kod E2)
Saya sukakan kek lapis pudina (kod A23)
Saya rasa kek lapis coklat cheese pun sedap juga (A16)

p/s: Maaf ya, saya terlupa saiz dan harga untuk setiap kod. Nanti saya update semula ye~

Jumaat, 15 Julai 2011

Undi Malaysia untuk Footbag freestyler

Salam pembuka bicara..

Hari yang superb busy. Saya belum rehat lagi ni. Kasihan kan? he.

Jom ramai-ramai kita vote Muhammad Ariff b Abd Karim. Satu-satunya wakil dari Malaysia dalam Footbag freestyler.


Wakil Malaysia ni sebenarnya agak ketinggalan sedikit selepas Vietnam dan Singapura. Jom ramai-ramai vote! Nak tahu kedudukan sekarang?


Nampak bukan? Macam mana nak vote?


Ada video sebelah senarai kedudukan itu. Boleh play untuk lihat aksi mereka dan untuk mengundi, kamu perlu tekan vote sahaja di bawah video ni.

Jom vote ramai-ramai. Klik sini untuk vote.

xoxo

Khamis, 14 Julai 2011

akhirnya hujan jugak

Salam pembuka bicara..

Entri ini saya ada tulis sekarang ni tengah jerebu disini. Hari ini akhirnya hujan juga di bumi Tanjung Malim. Yeay!!


Alhamdulillah.

xoxo

Sebab pen je kena marah

Salam pembuka bicara..

Otak saya pagi ini macam berserabut sungguh semata-mata tak jumpa pen hitam saya. Hari ini saya uruskan perjanjian PTPTN yang baru itu. Tiba-tiba, pen itu hilang pula. Sebab sudah agak lewat untuk pergi, saya terus keluar dengan kelam-kabut dan terlupa sesuatu.

sumber: google

Selalu saya akan miss call Z sebelum pergi kerja tapi hari ini saya lupa. Z memang akan sampai tempat kerja awal 30minit sebelum start kerja. Tapi hari ini, 30 minit sebelum start kerja baru dia pergi ke tempat kerja. Akhirnya, dia masuk office lambat 10minit hari ini. Dan sekali lagi, saya dibebelnya selepas semalam. Semalam saya pun kena marah bebel dengan Z sebab bagi orang pinjam duit yang mana kami simpan untuk majlis perkahwinan kami. Dan duit yang saya bagi pinjam itu telah digunakan untuk tampung kos perkahwinan orang lain. Memang lah dia akan marah bukan? Tapi... saya memang berhati lembut. Apa boleh buat~

sumber: google

Macam mana sekali pun, otak saya masih memikirkan pen hitam saya yang hilang itu. Mana saya letak?? Jerebu pula makin teruk je gaya ye~

xoxo

Rabu, 13 Julai 2011

wordless wednesday

Salam pembuka bicara..

sumber: google

Patut ke tak? hmmm...

Selasa, 12 Julai 2011

jerebu datang lagi

Salam pembuka bicara..

Ingat entri ini dipertengahan Mei lalu? Jerebu semakin teruk di Tanjung Malim bermula hari sabtu lepas. Dan semalam, semakin tebal. Tapi hari ini ada sesetengah tempat agak tebal.

sumber: google

Saya mengharapkan hujan akan turun. Sebab saya tak mahu keadaan ini semakin berterusan kerana ia akan mengganggu tahap kesihatan ramai orang. Saya sendiri sudah mempunyai tanda-tanda tidak sihat. Tonsil saya sudah mula membengkak semula.

xoxo

Ahad, 10 Julai 2011

Kupon Mc D double cheeseburger

Salam pembuka bicara..

Saya nampak kupon ini, mulut saya terus merembeskan air liur keinginan.

Saya memang suka kan Mc Donald. Saya suka makan Big Mac dan Double Cheese burger. Dulu, saya tak suka cheese sebab dia dari susu. Saya memang tak suka apa-apa makanan yang diperbuat dari susu. Malah, satu-satu nya susu kultur yang saya minum waktu itu hanyalah vitagen. Kasihan kan?


Pernah saya periksa ketumpatan tulang saya waktu tahun 2 di UPM, keputusan nya adalah -1.0. Bermaksud ketumpatan tulang saya dalam tahap osteopenia atau kalsium mulai kurang. Kalau saya, tak buat sesuatu untuk tulang saya bila saya berumur 30 tahun kalsium akan semakin kurang dan akhirnya menyebabkan saya mengalami osteoporosis. Saya tak mahu ini terjadi. Dan jika satu hari nanti, saya pregnant, baby akan serap kalsium dari tulang saya untuk tumbesaran dia. Maka, makin berkurang lah kalsium saya. Macam mana saya bagi nutrient yang cukup untuk anak-anak saya sedangkan untuk saya sendiri tak cukup? Jadi sejak itu saya mengambil calcium supplement (Saya beli dengan lecturer saya kebetulan masa tu, saya tolong lecturer saya buat research pasal habatus sauda. Prof yang prescibe kan.)

Eh, melalut. Tapi sejak itu juga, saya mula biasakan diri saya dengan makan cheese tapi yogurt dan susu masih tidak lalu sehingga kini. Hujung bulan lepas, saya cek untuk sudah menigkat ke 1.0. Tapi perlu tingkatkan lagi sebab saya masih muda dan sementara saya belum kahwin.

Melalut lagi.

Sebenarnya, saya nak share kupon ini.


Ini adalah kupon Mc Donald double cheese burger tapi ala carte. Kena tambah air dan french fries jika mahu. Bermula hari isnin (hari ini) sehingga rabu (11-13 Julai 2011) sahaja. Print lah sebanyak mana yang kamu mahu tapi jangan saiz kecil daripada 4" x 9" ye. Print hitam putih pun bole, fotostat pun bole. No hal.

Nak print? Klik sini untuk download file kupon.

Melihat burger ini, saya memang rasa teringin.

xoxo

Sabtu, 9 Julai 2011

Sakit gigi ada doa

Salam pembuka bicara..

Daripada semalam saya sakit gigi. Berdenyut-denyut ye rasa. Belum pernah sakit gigi sampai macam ni. Harap-harap besok sudah kurang. Sebab besok saya nak tengok wayang dengan adik-adik saya.
sumber: google

Kemudian, saya jumpa doa sakit gigi ini. Copy paste ye dari sini.

رقية نبوية لعلاج وجع الضرس

Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:

اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ
Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.

Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.
Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:
بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ
Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.

Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.
Amalkan doa ini bila sakit gigi ye kawan-kawan. Dengan izin Allah, kuranglah sakit ye.
xoxo

Jumaat, 8 Julai 2011

Tazkirah jumaat: perbelanjaan bulanan

Salam pembuka bicara..

Entri ini adalah kesinambungan dari kisah 1 dan kisah 2. Pada yang belum baca, harap dapat baca kedua-dua entri itu dulu ye.

a) Perbezaan perbelanjaan bulanan: Kisah 1
b) Perbezaan perbelanjaan bulanan: Kisah 2

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

sumber: google

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar.
Jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang.
Jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur.
Kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah.
Jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa.
Kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas.
Kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah .

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat.
Kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat.
Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya .
sumber: google

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis. Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau. Orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia. Binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

sumber: google

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a. berkata, “Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan .”

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin. Menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil. Beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata Sayidina Ali r.a. lagi , "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut .”

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya. Islam itu syumul.

sumber asal: sini

xoxo