Daripada semalam saya sakit gigi. Berdenyut-denyut ye rasa. Belum pernah sakit gigi sampai macam ni. Harap-harap besok sudah kurang. Sebab besok saya nak tengok wayang dengan adik-adik saya.
sumber: google
Kemudian, saya jumpa doa sakit gigi ini. Copy paste ye dari sini.
رقية نبوية لعلاج وجع الضرس
Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:
اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ
Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.
Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.
Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:
بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ
Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.
Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.
Amalkan doa ini bila sakit gigi ye kawan-kawan. Dengan izin Allah, kuranglah sakit ye.
xoxo
8 komen:
kumur dengan air garam kalau sakit tak nak hilang dan amalkanlah doa ini.
Terima kasih kongsi doa ni..tgh sakit gigi ni
Terima kasih kongsi doa ni :)
Alhamdulillah.. Jadi dgn izin tuhan..
Tq..... Dah lama saya sakit gigi bongsu ni... Br jumpe doa..
Sakit gigi klau blh mkn ubat ok ler...tp sbb pregnant tu yg x sanggup nk tahan...
Semoga diizinkan Allah.
Dah baca doa ni....semoga diizinkan Allah agar sakit gg ni hilang...
Catat Ulasan