Sabtu, 14 Mei 2011

Amalan ketika jerebu

Salam pembuka bicara..

Siapa tengok berita TV3 semalam? Mereka ada ulas sedikit mengenai indeks pencemaran udara atau pun IPU. Tanjung Malim seperti biasa haruslah mencatatkan bacaan tertinggi.

Z terus telefon saya tanya kenapa Tanjung Malim antara tertinggi sambil memberi nasihat-nasihat yang mungkin berguna untuk saya. Padahal, saya sudah demam selesema dan sakit tekak sehingga hari ini. Almaklum, sekarang saya kan menjadi warga Tanjung Malim. Tanjung Malim ini kawasan yang di kelilingi bukit maka udara hanya berlegar-legar di kawasan ini sahaja. Sebab itu mudah mengalami pencemaran udara.
Semoga gambar dapat menunjukkan gambaran yang lebih jelas

Apa itu IPU?
IPU ini kita perolehi daripada mengukur habuk yang halus (bersaiz 10 mikron ke bawah) dan gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Dalam erti kata lain, untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

sumber: google

Status IPU
a) 0 - 50       : Baik
b) 51 - 100   : Sederhana
c) 101 -200  : Tidak sihat
d) 201 - 300 : Sangat tidak sihat
e) 301 - 500 : Berbahaya

11.05.2011, bacaan IPU di Tanjung Malim adalah 109.

Tanda-tanda dan gejala kesan daripada jerebu
  • Terasa gatal-gatal di kerongkong dan batuk-batuk
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Mata pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan terasa gatal-gatal
  • Terasa sakit dada
Saya sudah alami 4 daripada 6 tanda-tanda kesan daripada jerebu

Amalan yang boleh kita amalkan
  1. Segera berjumpa doktor jika penyakit semakin teruk terutamanya bagi golongan berisiko (pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan alergik, orang tua, kanak-kanak dan perokok)
  2. Pakai penutup hidung
  3. Jangan merokok di dalam rumah
  4. Kurangkan berada di luar rumah
  5. Kurangkan aktiviti sukan di luar bangunan. Bermain futsal lebih baik daripada bermain bola sepak.
  6. Kerap basuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu
  7. Bila berada dalam kenderaan, guna air cond lebih baik dari buka tingkap
  8. Banyakkan minum air
  9. Elakkan merokok bagi perokok terutamanya dalam keadaan udara tidak sihat
  10. Pergi bercuti di kawasan yang tidak berjerebu!
Saya suka amalan yang ke-10! Tapi saya baru balik bercuti. erk

Untuk kamu semua, sila jaga kesihatan dan amalkan langkah-langkah berjaga-jaga. hek!

Maklumat lanjut: infosihat

xoxo

0 komen: