Isnin, 20 Disember 2010

serasi bersama

Salam pembuka bicara..

Siapa tengok rancangan 'serasi bersama'?

Saya..saya.. (Sambil angkat tangan. Collegue saya tengok pelik je)

Rasanya baru semalam kot baru ada rancangan ini. Sangat comel lah mereka. Buat saya tersengih-sengih sendiri. Maka, lepas menonton ini rancangan saya dengan my muchuk 'Z' pun jadi mereng sekejap.

Tapi bukan saya yang mulakan. Z yang mulakan dulu.

Z: Siapa paling degil? Erk, Z suka cakap saya degil.
Saya: Siapa suka marah-marah? Z memang suka membebel dan bising-bising kat saya.
Z: Siapa suka banyak tanya? Saya tanya sebab saya nak tahu. Kalau tak nak cerita, sila jangan start buka cerita.
Saya: Siapa suka serkap jarang tak tentu pasal? Z memang suka serkap jarang dengan saya. Jeles sangat padahal saya buat apa-apa pun oke!
Z: Siapa suka tanya soalan macam polis? Saya tanya banyak-banyak sebab saya tak puas hati. Sama macam kenyataan di atas.
Saya: Siapa yang nak pergi interview polis hari itu? Z nak pergi interview polis tapi tak malas sebab dia mata duitan untuk jual darah.
Z: Siapa suka paksa-paksa? Alasan saya sama seperti di atas. Z yang tak nak cerita sampai saya puas hati.
Saya: Siapa sayang sayang? Ok. Saya malas nak panjangkan cerita. Saya tahu soalan wajib dijawab oleh Z. Tak jawab, jangan harap nak tengok saya yang comel ini nanti. haks. Saya sudah impikan kemenangan di tangan saya. Tapi Z balas dengan

Siapa sayang B?

Hampes. Tapi kemenangan memang milik saya lepas itu. hahaha (gelak sin chan)

Tiba-tiba saya rasa blog ini banyak menceritakan kisah saya dan Z. Sorry ye kawan-kawan. Sharing is caring kan? kan?

xoxo

3 komen:

zuljengka berkata...

apakah sebenarnya tujuan blog ini diadakan?adakah untuk menceritakan tentang kekasih?atau untuk menceritakan tentang perasaan blogger tersebut?sila jawab ye cik dira..

dhiera berkata...

awak ini kan kalau nak hentam saya ada je kan? tentang kekasih saya sama juga lah perasaan saya kan kan?lagipun, ini kan blog peribadi. cerita pun pasal hal peribadi la..

zuljengka berkata...

owh..ye ker?mntak maap ye..hoho..