Sabtu, 2 Julai 2011

Sijil halal untuk Restoran Seoul Garden

Salam pembuka bicara..

Semalam sudah gaji. yeay! Makanya, hari ini saya akan keluar bersama teman-teman seuniversiti dulu. hek. Macam lama sangat. Baru setahun habis zaman U.

Memandangkan 1 Julai 2006 adalah hari saya mendaftarkan diri di UPM. Maka, hari ini boleh dikatakan genap 5 tahun kali berkenalan, menjadi sahabat, rakan seuniversiti, rakan lepak semua lah. Excited sangat nak jumpa dengan mereka. yippie!

Jadi, malam ini jadual saya adalah makan-makan di Seoul Garden, IOI Mall Puchong dan berkaroake di Equine Sri Kembangan. Besok saya akan pergi kenduri kahwin rakan sekerja Z dan tengok wayang cerita Sekali Lagi. Saya memang peminat setia Mia Sara Nasuha. Mungkin sebab nama saya ada Nasuha juga. hiks

Bercakap pasal makan di Seoul Garden, sebelum ini saya pernah makan dengan kawan saya di sana. Masa itu, kawan yang recommend makan kat Seoul Garden ni best sebab dia style buffet dan ada steambot dan grill. Jadi, datang dan masuk secara melulu la kat kaunter tu.

Tapi kali ini berbeza, mungkin sebab sudah semakin matang. (eceh, mentang-mentang dah keje) Cuma bila fikir balik, kenapa lah dulu saya tak terfikir nak cek tanda halal itu memang sah dari JAKIM atau tidak. Saya mengaku, sebelum ini asal saya nampak tanda halal, ok masuk tak kira lah sijil halal itu memang betul-betul di sah kan oleh JAKIM atau tidak. Disebabkan jiwa sudah semakin matang dan semakin peka dengan persekitaran, kali ini saya cek status halal di Restoran Seoul Garden. Bagi kamu yang tidak tahu, Seoul Garden ini menyediakan makanan dari Korea. Bagi orang macam saya yang tak mampu nak pergi Korea tapi nak feeling-feeling Korea, boleh lah makan kat sini. Lagi-lagi untuk kamu yang suka tengok cerita Family Outing dari Korea tu.

Eh, nak cakap pasal status HALAL restoran ini.

Saya bukak website Seoul Garden.

Scroll down bawah sikit akan nampak logo halal di website ini. Tapi logo halal nya daripada Islamic Food Research Centre (IFRC). Logo ini bukan logo halal JAKIM.


Jadi, saya buka pula lama web JAKIM dan klik di bahagian senarai badan yang diiktiraf. Di bahagian ini, ada senaraikan badan-badan islam yang diiktiraf berserta logo badan tersebut. Tapi saya tak jumpa pun nama atau logo dari IFRC ini. Jadi saya cuba ctrl+F untuk pastikan, masih tiada.

Tapi saya masih tidak puas dengan pencarian saya. Akhirnya, saya jumpa bahagian sijil terbaru yang diluluskan. Disini ada disediakan senarai syarikat yang mendapat sijil halal yang terbaru oleh JAKIM. Ada tulis tarikh sah sijil dari bila dan sehingga bila. Sebab terlalu banyak, saya hanya menggunakan ctrl+F sahaja dan taip Seoul.

Akhirnya...taraaa...


Ada pun. Tarikh sah halal baru saja start semalam. Apakah?? Yang sebelum ini macam mana? grrrrrr..... Apa pun, saya boleh makan dengan tenang malam ini.

Dan tiba-tiba, saya jumpa ini.


Logo ini beli ke? Ada sesiapa tahu?

xoxo

37 komen:

dyg (-_-) berkata...

mmg ramai yg mengadu pasl beli logo halal ni.,tp ntahla.,smua ni kdg2 buat kita was-was

Unknown berkata...

ayak...dulu kt penang selalu je p mkn seoul garden..bhya toi

dhiera zainudin berkata...

@dyg: tu lah~ bila beli, kita pun tak tahu logo yang dorang guna tu sah ke x?

dhiera zainudin berkata...

@♥suNa husNa♥ : yeke?! hopefully yang lepas2 tu memang halal la kn?

tiefazatie berkata...

isk bahaya nie..try tnye spa2 yg pakar lg nie..

tiefazatie berkata...

dear..kalu sudi tlg komen n3 yg nie blh x?
xpaksa..tq ye..=)

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

dhiera zainudin berkata...

@tiefazatie: tu la kan?

Izzati Liyana Sabri berkata...

kalau tak silap saya, halal certificate memang kena bayar dan kos agak mahal. bukan beli ke apa. sebab tu ramai pakai logo tipu sebab kos and nak proses pon lama. maybe tarikh tu dia baru renew certificate dia. seoul garden ni halal. tak ragu-ragu. saya selalu makan. :)

dhiera zainudin berkata...

kalau dah dapat sijil halal jakim, memang halal lah tu~

Tanpa Nama berkata...

seoul garden yg dpt cert JAKIM (spt yg diatas)tu kat Penang. 3 yg lain still guna IFRC cert. myb yg lain tu diorg tunggu expired date diorg bln 10 thn ni kot. ada info ni kat website dia.

Myra Jay berkata...

Erk, sijil pun boleh dibeli cenggitu je..
Bahaya tul, tapi JAKIM dah keluarkan status Halal so boleh la makan setakat nie kan.. :-)

dhiera zainudin berkata...

@ tanpa nama: thanx untuk informasi ini.

@ kak MJ: itu la pasal. siap macam ada bidding lagi. erm

Tanpa Nama berkata...

errr..sebelum ni pernah makan sekali. ye la men terjah je masa tu. nak sgt makana steamboat kan. baru baru ni baru perasan yg sijil halal tu bukan sijil jakim sekali gulp!. apa aku dah buat.

tp pas baca entry ni bole benafas balik..fuh..lega....

dhiera zainudin berkata...

@ Hanie_Dew : itu la..kita selalu makan tak teringat nak cek halal kan?

Tanpa Nama berkata...

Actually dhira syg,, Islamic Food Research Council (IFRC) adalah satu badan halal swasta dimana rata2 company lebih senang untuk mendapatkan sijil halal drpd IFRC berbanding JAKIM. Atas sebab2 IFRC lebih mudah mengeluarkan sijil halal. Tetapi JAKIM tidak mengiktiraf sijil halal yg dikeluarkan drpd pihak swasta.

Maaf eh , sy mmg pernah berurusan dgn IFRC,,so sy tau mcmana cara mereka mengeluarkan sijil halal.terlalu mudah tak seperti JAKIM yg amat menitikberatkan piawaian produk betul2 fit for muslim.

Lebih advisable kalau kita nak makan kat restaurant etc lebih pentingkan tgok logo halal JAKIM.
but sometimes, cnthnya kedai mamak dorang gantung ayat2 al-quran untuk menarik pelanggan,tp hakikatnya bukan diiktiraf oleh JAKIM. ini kes yg berlaku baru2 ni...wallahualam.

just beware je la hehehe xpun masak sendiri je kot kann hihi

n sy check yg sijil halal seoul tu, pemegang nya di Penang la syg...adakah area lain pun ada sijil halal yg diiktiraf JAKIM ? huhuhu okay sekadar kongsi pengetahuan,, anything boleh call direct JAKIM je tuk pastikan , betul x ? hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam, sy lihat ramai org Islam suke mkn di pelbagai restoran / kafe / kopitiam yg tumbuh bak cendawan skrg ni. Kebanyakan tmpat ni pula takde logo halal JAKIM pun. Daya penarik tmpt2 ni adalah suasana yg selesa dan menu yg sgt menarik. Dah selidik ke serba sdkt status halalnya? Klu ownernya bukan org Islam, pastu sijil halal JAKIM pun takda, yakin ke nak makan? Bahan utama dan perencah halal ke? Ada central kitchen yg halal ke? Tak bimbang ke klu ada bahan yg tak halal? Klu bahan halal tapi dapur tak 100% halal camner? Jgnlah terikut2, tgk ada je org Islam gi makan, kita pun gi makan. Bayangkan kalau tempat tu tak halal dan kita dah mempengaruhi org Islam yg lain utk makan di situ (sbb tgk kita mkn kat situ). Fikir2kanlah.

Tanpa Nama berkata...

Err... Kira nya Se0ul Garden halal ka x ni.
T0l0ng emel jawapan kt saya bleh x
syafiee_qah@yahoo.com
Isnin ni nk p sana makan,,,

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Namahttp://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kat pg saja ada halal jakim http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. Kebiasaannya sekiranya ada brand daripada luar negara, mereka perlu ada hilal pengiktirafan dari Jakim juga.. Muslim jangan takut untuk tanya taukeh kedai itu supaya tunjuk sijil halal dy,hak kita nak makan citukan..
IFANCA- antara badan organisasi halal di America. Walaupun tidak dapat diafikan kualiti sijil ini lebih bagus,namun tetap harus memiliki mengiktirafan Jakim kepada badan atau sijil halal mereka..
Jika belum ada lagi sila tunggu tindakan lanjut..

Tanpa Nama berkata...

erkk..sebenarnye halal ke tak ye?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Tp yg cawangan yang ada tanda halal ni kat penang je kan..kat ioi xde lg nampaknye...:)

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
dear all...
baru-baru ni ada jugak bukak website seoul garden. dorang ada terangkan pasal sijil halal dorang.
memang yg dpt sijil halal tu dekat penang je. tapi menurut kate dorang dalam website seoul garden sendiri, dorang still halal even dorang xdpt sijil jakim.

ahya berkata...

Ramai non muslim faham pengiktirafan halal hanya tentang penyediaan makanan yang tidak melibatkan unsur arak dan pork. MEREKA TIDAK TAHU BAHAWA MUSLIM HANYA BOLEH MAKAN DAGING YANG DISEMBELIH OLEH ORANG ISLAM DAN MENGIKUT KAEDAH YANG TELAH DITETAPKAN SHJ. cuba tanya kawan non muslim anda apa yg mrk faham tentang istilah HALAL. Better jgn makan di tempat yg tiada logo halal jakim. memang nk apply halal jakim ambil masa kerana pemeriksaannya amat teliti untuk memastikannya halal dr segenap aspek. logo halal swasta cepat dan lebih murah (ye ke?) mungkin ada yang boleh jwb kenapa logo halal swasta lebih cepat?? yakinkah anda daging ayam, lembu dan kambing yang diperap rempah itu dari sumber yang halal? Mungkin tiada keraguan pada sayur dan makanan laut... jadilah pengguna yang bijak. jgn bantai je mkn coz nampak muslim bertudung makan di situ... harap seoul garden dpt pengiktirafan halal jakim secepat mungkin...

Tanpa Nama berkata...

@tiefazatie hanya sijil halal jakim sahaja diguna pakai oleh restoran..

kak norli berkata...

Anak saya pernah ke Seoul Garden Penang di Bagan Jermal. Terkejut beruk anak saya melihat ada section yang tidak halal di outlet yg sama. Saya tak pernah makan di Seoul Garden walaupun teringin sebab suami tak kasi sbb dia was was. Maka saya cadangkan anda selidik betul2 sebelum makan di mana2 outlet dan eatery sbb ianya jadi darah daging....ada satu restaurant di area Selangor milik org Islam Melayu yg mana chef di situ adik iparnya dr Korea (sumber Mingguan Msia). Lebih baik tak makan....dr termakan benda yg bercampur atau syak.

Unknown berkata...

Klu seoul garden ioi mall..halal x?esk nk p mkn ni

Unknown berkata...

Seoul garden ioi mall tu halal x?tolong esk nk p makan ni...

Unknown berkata...

Klu seoul garden ioi mall..halal x?esk nk p mkn ni

dhiera zainudin berkata...

@MOHD FAREEZ ISMAIL
salam encik Fareez,
Maaf. saya baru baca komen ni.
entri ini entri lama tahun 2011.
saya tak update pula tentang status yang terbaru.
encik ada cek sendiri dengan JAKIM atau di website halal.gov

Unknown berkata...

Seoul garden setia city mall telah mendapat sijil halal dari jakim.

RM0.20 HALAL: DELICIOUS BARBEQUE SDN BHD (SEOUL GARDEN) [800790K]. Pemegang sijil Halal sehingga 15/11/2016. www.halal.gov.my

Unknown berkata...

Seoul garden setia city mall telah mendapat sijil halal daripada jakim

RM0.20 HALAL: DELICIOUS BARBEQUE SDN BHD (SEOUL GARDEN) [800790K]. Pemegang sijil Halal sehingga 15/11/2016. www.halal.gov.my

Tanpa Nama berkata...

@Cikna Fadzir cmne ngn seoul garden ioi mall?8000790K tu reg no tuk sume seoul garden kn?

Tanpa Nama berkata...

Salam..mcam mne nak dptkan no syarikat tu ye..?bley bantu..?

Tanpa Nama berkata...

Betul, selain daging babi dan arak, kita juga tak boleh makan daging yg tidak disembelih mengikut syarak. Selain itu, bersih atau tidak juga merupakan faktor utk mendapat status halalan toyyiban ni juga. Sy rasa itu yg restoran skrg jd sukar nk dpt. Tapi tapi tapi, kedai makcik tepi mustahil ada sijil halal kan, tp kita beli. Bagaimana kebersihannya, dan ayam semua dia beli dari mana (sy rasa semua maklum tentang sesetengah pasaraya, ada jg yg x disembelih mengikut syarak)
So konklusinya, masak sendri di rumah la

Tanpa Nama berkata...

saya tengok bapak saya sembelih ayam.. sian ayam tu . daah sy tkle makan . jadi haram la . baru nak buat seoul garden in da houz ..

Unknown berkata...

logo halal ini tidak diiktiraf oleh jakim.. sila lawat logo halal yg tidak diiktiraf jakim dan 66 logo halal yg di iktiraf jakim.