Ini entri autopublish.
Baru pagi tadi baca entri dari izzysabki mengenai sambutan hari lahir yang pada beliau sebagai tanda kita saling memperingati sahabat kita dan menghargai perkenalan kita dan sahabat. Yang penting, sambutan itu tidak melalaikan dan lari dari tujuan asal. Beliau juga ada bagitahu semakin meningkatnya umur kita maka semakin berkuranglah baki usia kita dalam erti kata lain semakin tamatlah kita perjanjian kita dengan Allah di muka bumi ini. Bacaan penuh, klik sini.
Tadi, saya dapat panggilan daripada mak saya menyatakan mak long saya telah kembali ke rahmatullah di Sime Darby Medical Centre (SDMC). Al-fatihah untuk arwah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatnya. Seingat saya, saya tak pernah ada gambar dengan arwah.
sumber: google. sime darby medical centre.
Sebenarnya, malam semalam sepupu saya sudah hubungi ayah saya. Sepupu bagitahu yang doktor pesan minta semua adik-beradik berkumpul di SDMC sebab arwah sudah nazak. Doktor tak boleh buat apa-apa dah. Dan bagi cadangan supaya bawa balik rumah je. Mak long saya ini adalah adik beradik ayah yang berlainan ibu. Ayah saya ni adik bongsu dan kira rapat juga lah dengan arwah. Lagipun, masa mula-mula ayah dan mak saya kahwin, parent saya ni pernah tinggal kat rumah arwah di Petaling Jaya. Masa ini ayah saya kerja dekat Bandar Sunway, mak pula kerja dekat Bangunan Daya Bumi tu. Kemudian baru berpindah ke Shah Alam.
Hujung bulan lepas, saya ada pergi melawat arwah dekat rumah beliau. Masa ini, arwah memang dah tak sihat dah. Paru-paru arwah dah berair. Kalau tak silap, dah tiga kali arwah keluarkan air dalam paru-paru beliau. Arwah nak cakap pun macam susah sikit. Kalau arwah batuk memang nampak sangat arwah tengah menahan sakit. Tapi arwah masih mampu jalan sendiri, duduk dan makan sendiri.
Selepas dapat call daripada sepupu saya malam tadi, ayah terus bagitahu atuk dengan nenek. Kemudian, pergi ke SDMC terus dengan mak saya. Saya tak pergi sama sebab kena stand by dekat rumah kot-kot jadi apa-apa pada atuk dan nenek. Kami satu keluarga memang tinggal dengan atuk dan nenek. Atuk nenek saya pun sudah sangat tua. Atuk saya memang dah tak kenal orang dah. Anak sendiri ke cucu sendiri pun beliau dah tak kenal. Kalau tanya atuk umur berapa, atuk kata "dah tua dah. seratus lebih dah. badan den pun sakit-sakit dah ni". Bercakap dengan loghat minang ye.
Atuk saya dengan sepupu dan isteri serta anak-anak saudara saya
Malam tadi, mak saya kata arwah dah nak bernafas pun susah, nadi dia pun dah turun dalam 40 lebih je. Botol yang kumpul air dalam paru-paru pun dah bertukar warna menunjukkan paru-paru arwah sudah bernanah. Tapi arwah, masih lagi kenal adik-beradik arwah dan anak-anak serta cucu-cucu arwah. Dalam pukul 2 lebih, ayah dan mak saya balik rumah semula.
Tadi (petang rabu, 27 Julai 2011) baru dapat panggilan arwah sudah kembali ke rahmatullah di SDMC. Masa nak alih kan beliau dari katil statik ke katil beroda untuk bawa balik rumah. Selepas asar, baru beliau dikebumikan. Sedih dan terkilan sebab tak dapat jumpa dengan arwah saat-saat terakhir beliau. Malah, masa beliau dikebumikan pun, saya tak dapat hadir sebab kekurangan staf di makmal. Tapi sekurang-kurangnya, saya diberi peluang untuk berjumpa dan bercakap dengan arwah hujung bulan lepas. Ya, kena redha sebab kematian itu pasti! Semua orang akan mati! Saya lebih kuat jika nak dibandingkan semasa arwah atuk saya (belah mak) meninggal dunia raya cina tahun lepas dan rakan sepermainan meninggal dunia.
Semoga Allah tempat kan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
xoxo
7 komen:
Salam takziah buat dhiera & keluarga. Al-Fatihah...
semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin
innalillah... semoga arwah tenang di sana :)
moga arwah ditempatkan dalam kalangan oorang beriman .. amin ..
buat oktant, sarah mohamad dan ifwat, terima kasih atas perhatian kamu semua~ al-fatihah buat arwah..
@ipai: ya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman~
al fatihah...
Catat Ulasan