Salam pembuka bicara..
Saya nampak kupon ini, mulut saya terus merembeskan air liur keinginan.
Saya memang suka kan Mc Donald. Saya suka makan Big Mac dan Double Cheese burger. Dulu, saya tak suka cheese sebab dia dari susu. Saya memang tak suka apa-apa makanan yang diperbuat dari susu. Malah, satu-satu nya susu kultur yang saya minum waktu itu hanyalah vitagen. Kasihan kan?
Pernah saya periksa ketumpatan tulang saya waktu tahun 2 di UPM, keputusan nya adalah -1.0. Bermaksud ketumpatan tulang saya dalam tahap osteopenia atau kalsium mulai kurang. Kalau saya, tak buat sesuatu untuk tulang saya bila saya berumur 30 tahun kalsium akan semakin kurang dan akhirnya menyebabkan saya mengalami osteoporosis. Saya tak mahu ini terjadi. Dan jika satu hari nanti, saya pregnant, baby akan serap kalsium dari tulang saya untuk tumbesaran dia. Maka, makin berkurang lah kalsium saya. Macam mana saya bagi nutrient yang cukup untuk anak-anak saya sedangkan untuk saya sendiri tak cukup? Jadi sejak itu saya mengambil calcium supplement (Saya beli dengan lecturer saya kebetulan masa tu, saya tolong lecturer saya buat research pasal habatus sauda. Prof yang prescibe kan.)
Eh, melalut. Tapi sejak itu juga, saya mula biasakan diri saya dengan makan cheese tapi yogurt dan susu masih tidak lalu sehingga kini. Hujung bulan lepas, saya cek untuk sudah menigkat ke 1.0. Tapi perlu tingkatkan lagi sebab saya masih muda dan sementara saya belum kahwin.
Melalut lagi.
Sebenarnya, saya nak share kupon ini.
Ini adalah kupon Mc Donald double cheese burger tapi ala carte. Kena tambah air dan french fries jika mahu. Bermula hari isnin (hari ini) sehingga rabu (11-13 Julai 2011) sahaja. Print lah sebanyak mana yang kamu mahu tapi jangan saiz kecil daripada 4" x 9" ye. Print hitam putih pun bole, fotostat pun bole. No hal.
Nak print? Klik sini untuk download file kupon.
Melihat burger ini, saya memang rasa teringin.
xoxo
2 komen:
hee baru tau semlm psl kupon ni sbb tgk kt website mcd.. :D
nasib bukak kalau tak, mesti tak tahu kan?
Catat Ulasan