Jumaat, 29 Julai 2011

Tazkirah jumaat: Perbanyakan amalan

Salam pembuka bicara..

Minggu depan kita (bagi yang muslim), kita sudah mula berpuasa. Rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Lagi lah elok jika kita memperbanyakan amalan kita sepanjang bulan puasa ini.

Sebelum ini, saya selalu tercari-cari cara yang amat mudah untuk kita membaca al-Quran tanpa membawa naskah al-Quran. Masa di UPM dulu, ada seorang muallaf bagi saya CD yang mengandungi bacaan ayat-ayat al-Quran. Rasanya, ramai juga antara kamu yang sudah jumpa CD ini. Ada jual di pasaran.

Tapi beberapa bulan yang lepas, saya jumpa laman sesawang ini yang mana lagi mudah untuk kita baca. Lagi-lagi buat kamu yang bekerja di ofis atau kamu yang selalu menghadap komputer. Kelebihannya jika dibandingkan dengan penggunaan CD adalah laman sesawang ini juga menyediakan penterjemahan dalam bahasa yang kita inginkan.


Jadi sambil-sambil online tu, boleh lah singgah-singgah baca kejap bukan? klik sini.

xoxo

15 komen:

Ezad Skytech berkata...

boleh baca dan fahamkan maknanya sekali kan..
bagus perkongsian ni..(^^,)

me suya berkata...

Salam
waaa bagus ni.. nanti boleh la kita bukak masa free2 kan~

Ungu Violet berkata...

smbil ngadap laptop..
smbil2 dngar org mngaji..
leh dpt pahala...
jiwa pun tenang..:)

iPai berkata...

menarik .. saya pun ada dengar juga .. tp saya harap semua lebih berhati-hati kalau sumber yang datang daripada internet ..

bagi saya, sumber dari internet ini terlalu luas dan boleh diubah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ..

moga kita semua dipelihara daripada sumber yg salah ..


saya sendiri pun tak pasti macam mana nak sahkan sumber yg betul ..

iPai berkata...

selamat menyambut bulan ramdahan cik dhiera

dhiera zainudin berkata...

@Ezad Skytech : betul tu~ macam kata ipai, semoga kita dipelihara dari sumber yang tak betul~

dhiera zainudin berkata...

@me suya : bukan sekadar bukak tapi kena praktik kan sekali ye~ he

dhiera zainudin berkata...

@iPai : betul jugak kan~ kadang-kadang tu sumber yang terbaik adalah naskah al-quran itu sendiri..
Selamat berpuasa juga Ipai!

dhiera zainudin berkata...

@ ungu violet: betul tu~ tapi kalau ungu yang kerja sebagai cikgu, ada masa kena fokus mengajar ye..

Yana Farinha berkata...

hye. done folo awk. jom singgah blog kita.. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com

ct kektus berkata...

WAH.
teknologi dah makin canggih. baca al quran o9 pon boleh dah.

^^

dhiera zainudin berkata...

@Yana Farinha: thanx yana~ kejap lagi saya singgah ye..

@siti kektus: itu la~teknologi sentiasa berubah lepas ni, tak tahu la macam mana kan?

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

puasa oh puasa

selamat menyambut bulan ramadhan ye

entri yang bagus .

sekarang nie baca alquran pun dah bole baca kat internet

:)

dhiera zainudin berkata...

selamat berpuasa juga choki choki~

cik dila berkata...

selamat berpuasa kak. eh,boleh ke panggil akak? hehe.
Tahun ni puasa dekat rumah,bukan dkt UPM,hihi. Semoga kite sama-sama diberikan kemudahan utk menjalani Ramadhan akan datang ni. insyaAllah.