Sabtu, 24 September 2011

Tak sihat kena jangkitan ENT

Salam pembuka bicara..

Agak lambat buka blog hari ini. Saya kurang sihat. Terkena jangkitan ENT (ear nose throat).  Bahagian nasopharynx saya memang rasa sangat tak selasa sekarang.

Mula-mula ingat sebab saya sakit gigi tapi tak mungkin sakit gigi sampai berhari-hari, tak mungkin pipi saya pun sakit macam baru lepas kena lempang (kena lempang pun tak pernah boleh rasa pulak kan?), tak mungkin juga mulut saya seolah berbau dan tak mungkin juga tonsil saya bengkak. Selalunya kalau tonsil saya bengkak mesti saya akan demam di malam hari. Rupanya sebab ENT infection.

Semalam dah jumpa doktor dan doktor dah prescribe kan ubat untuk saya makan dan sapu. Sekarang sudah makin berkurangan sakit. Terima kasih Allah.


Ubat ada dua warna (kelabu dan oren) itu ubat antibiotik. Ubat warna kuning itu ubat tahan sakit. Ramai kot kenal ubat ni nama dia ponstan. Saya selalu ambil painkiller cataflam, takut juga ponstan tak bagi sebarang efek. Tapi alhamdulillah, sakit berkurangan juga. Ubat warna biru adalah ubat tahan bengkak. Ubat yang tak nampak isi tu ubat sakit tekak dan ubat dalam botol tu ubat titik telinga. Saya minta yang likat sebab nak sapu di bahagian telinga yang hampir luar juga. Kalau yang cair, boleh terasa ubat sampai tekak. Rasa tak selesa.

Harap besok semakin sihat sebab besok nak keluar bersama rakan-rakan masa belajar di matrik perak dulu. Rindu sangat dengan mereka (padahal keluar bertiga saja).

xoxo

17 komen:

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn berkata...

Rehat ye..
sat g ok la :)

*rainyscream* berkata...

semoga sihat cepat cepat ye~ ^^

tip makan ubat:
lepas makan ubat, tido. nanti lagi lemah badan.ehehee

ade2mama berkata...

amin:)
hey ubat jgn lupe mkn plax..
da btol baek bru tglkn k eheh

Hana Soffelia berkata...

First time dengar jangkitan ENT. Apa simptom-simptom terkena jangkitan tu?

Get well soon Dhiera. Ramai betul yg demam sekarang. Semalam bawak Teman Penyayang gi klnik, kemain ramai pesakit.

dyg berkata...

laa sakit ke..ciannya..get well soon k..,

Iz.Eusof (Abg Stalker) berkata...

alhamdulillah da beransur pulih. :)

~SaL IjOu~ berkata...

jaga diri ye..~
mudah2an cepat baik~ =)

Ct Arina berkata...

alahai sian die. semoge cepat sembuh k ;D

amna berkata...

mcm mne gathering dgn kwan matrix? lancar? take care..

alif haris berkata...

huhu ..kesian ..
semoga cpt sihat ye :)

cik dila berkata...

byknye ubat! hemm..tak suke ubat dan tak pandai pun mkn ubat!

get well eh kak..

APAN berkata...

1st time kot aku dengar nama penyakit ni...kena pun x penah kot...pe lagi nak kenal ubat.mmg x la.huhu...

syahirooAhmad berkata...

Banyak2 be3rsabar ye cik dhiera..... semoga cepat sembuh~

bighagenjo berkata...

cepat sembuh yee

LinE PuTih LiNe HiTaM berkata...

bnyak nye ubat...

gerun lak tengok..

xmau la sakit2 ni.. tgk ubat pun dah seksa.. hee

dhiera berkata...

terima asih semua. sudah semakin ok. ubat pun dah abes.

@ Hana Soffelia : tanda ye. macam sakit dekat area pharynx. telinga pun rasa macam ada something

@ amna : seronok gathering~

Myra Jay berkata...

Moga cepat sembuh ye dear.. Myra dulu masa study Dip 2x kena, memang sakit berdenyut2 je rasa.