Ok. Tajuk propa.
Ahad lepas paling best sebab dapat jumpa baby kawan saya di Semabok. Sama macam saya cakap dalam entri semalam. Kawan saya baru sebulan (24 Sept ni baru cukup sebulan) melahirkan anak. Maknanya umur baby boy dia tak sampai sebulan lagi. Sangat comel dan sangat lasak budak ni. Korang jerit la sekuat mana dia boleh tidur lena tanpa pedulikan kamu tapi kalau dia terdengar bunyi sudu terjatuh kat lantai, dia boleh terjaga. Pelik kan? Alahai, baby.
Ini kali pertama saya jumpa kawan saya yang dalam pantang. Sebelum ni tak pernah. Topik hangat mesti lah cerita dalam labour room. Best sangat dengar cerita dia. Bunyi macam dia nak bersalin senang je. Padahal, dia saja lah yang tahu rasanya.
Masa saya belajar subjek physiology dengan maternal and child health, ada juga ditayangkan macam mana ibu-ibu ni bersalin. Ada satu kes tu, baby keluar dengan usus di luar badan. Doktor kena operate untuk masukkan usus baby ni. Kesian sangat baby. Ada satu kes lain plak, baby ni tak dapat survive lama. Paling kelakar, kawan-kawan lelaki saya yang praktikal dekat Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur tak sanggup nak masuk labour room sebab takut nak tengok orang bersalin. Yang perempuan beriya-iya la nak masuk kan.
Biasanya, bersalin anak pertama ni sakit contraction dia lama sikit (dalam 2 ke 3 hari) tapi kawan saya ni sakit dia sekejap je. Dia masuk hospital pukul 10 malam. Dia selamat bersalin pukul 7 pagi. Tak sampai tempoh 24jam pun. Doktor tu siap cakap "maaflah, saya ingat kamu nak bersalin besok. tak ada lah saya bagi kamu painkiller". Gila lah doktor ni, suka hati dia je kan nak tentukan orang tu nak bersalin bila kan. Kawan saya kata dia dah sakit-sakit macam ni baru nak bagi painkiller. Masa kepala baby dah keluar, hubby dia boleh pulak tolak-tolak kepala kawan saya ni suh tengok kepala baby. Kelakar betul.
Ada la beberapa adegan yang terjadi. Panjang la pula nak cerita kan. Tapi bila dengar experience dia, buat saya rasa macam nak cepat-cepat kahwin dan dapat baby. Secara logiknya, semua proses ke arah itu bukan suatu perkara yang mudah macam makan kacang.
On the way nak ke rumah kawan saya ni, terjadi satu accident depan mata saya. Z sampai terketar-ketar nak bawa kereta. Sebabnya adalah misinterprete traffic light. Traffic light ni kat depan rumah kawan saya je. Lebih dari 1 jam kereta tu kat traffic light ni. Kesian sangat.
Sempat tangkap gambar sebelum balik
Kereta hitam ni bertembung dengan kereta saga warna gold. Kereta saga tu salah interpret traffic light. Traffic light ni combine untuk dua arah. Satu terus, satu lagi belok ke kanan. Mungkin saga tu ingat belok ke kanan tengah hijau tapi sebenarnya masih merah. Sebab traffic light dari Merlimau semuanya kalau terus hijau, belok kanan pun sama hijau. Traffic light kat Semabuk ni je lain dari traffic light dari Merlimau. Kereta hitam ni dari tempat yang sama dengan saya. Saya nak masuk kanan jadi berhenti sebab merah. Kereta ni terus, dah la bawa laju (rasanya ada dalam 120-130 km/j). Sekali bertembung dengan saga macam melantun dengan bunyi yang kuat. Rasanya dua-dua driver ok je. Tapi saya tak pasti samada saga tu ada co-pilot ke tak. Kalau ada, confirm orang tu cedera sebab bahagian kiri saga kemek habis.
Harapnya tak ada apa-apa yang jadi. Ayah kawan saya kata kat traffic light ni memang selalu jadi accident. Ini accident kali ke berapa tah untuk bulan ni saya tengok. Accident lagi dekat sini. Jadi kawan-kawan, kalau memandu tu sila berhati-hati dan perhatikan traffic light betul-betul ye.
xoxo
38 komen:
Ya ALLAH, keciannya..malang tak berbau kan
Alahai comelnya baby tu... :)
err. aku cuak nak dkung bayi baru lahir ni.
mcmanalah nak jd ayah eh.
@ ikatankasihku : itulah kan kak~
@ Cahaya Mata @ Nurul Are Inn : tahu tak pe.. dah la lasak~ stokin tangan pun tercabut masa tidur
@ muhamad hanif : practise make prefect. kena cuba. nanti mesti expert punye~
comelnya baby ;)
aty2 la bwh kete tu ye:(
kena lebih berhati2..nasib tiada kemalahgan jiwa...
Salam kenal..Salam Ukhuwah..
Bakal Chef kot... sebab tu peka dgn bunyi sudu jatuh...
traffic lite ni kadang2 bahaye gak. salu je mengelirukan. haih!
Dua2 cite ngeri.. Yg bersalin tu pun ngeri, tp anak nak. blh? haha Bestkan dgr cite org bersalin. Tp kalo membygkan diri sndiri hadapi keadaan bersalin tu, mcm tkt je. Tu yg agak lmbt buat kptsan nak khwn sbb tkt nk bersalin. hikhik
Hana fobia jln raya. Sebab nowday bnyk sgt kemalangan yg berlaku. Ngerinya. Blh pengsan kalo tgk org excident tau. :-p
hee..comel nye baby...
dhiera ni ambk kos ape ye? :D
@ Eye_nee : itu la kn? salam perkenalan kembali
@ WuMing : betul jugak. atau dia kuat makan nanti. hu
@ Ct Arina : saya pun rasa macam tu jugak~
ala...comelnya baby..sape namanya..? :)
kalau traffic light mengelirukan...harus report..kalau tak..ramai la yg jadi mangsa nanti... :)
Melaka banyak traffic light kan..? huhu.... :)
huhu..comelnye...nny baru lahir mmg sgt2 comel..cma suka bau bby yg baru lahir..wangi!tahniah utk kwn dhiera tu..
erkk..kemlangan...sgt x suka bila ada kemalangan dn hrp2 jgn terlibat sama..
fobia!
@ Hana Soffelia : boleh plak macam tu ye hana~ besar ganjaran menjadi seorang ibu ni~ he
@ monster kecik : saya amek nutrition and community health.
@ nabilah_2908 : nama dia ahmad aqib (betul ke ejaan) tapi panggil tajul.
kat traffic light ni memang selalu accident kata ayah kawan saya tu. bahaya
memang banyak sangat traffic light kt melaka ni~
@ ♥cmª shIemª♥ : itu la..harap jugak dielakkan perkara macam ni~ takut.
hati2 bawak kereta yee :)
comel lah baby tu ~ hehe
igt kan baby tu yg eksiden..tajuk suspen je..hihii
doakan moga saya cepat2 dpt baby ye..hrp sgt tahun dpn dpt baby.. huhu
ngerinyaaaa..hati2 yaa
kalau tengok kawan dah kawen n lagi2 dah ad baby, mesti punye la nak kawen jgk. ape lagi, cpt2 la suh Z masuk meminang. kiki ^^
kat kuantan pun selalu traffik light mcm tu. Kadang2 pun almost nak jalan tp nasib baik co-pilot tegur. phewww.
tp sekarang, pape mesti tengok lampu tu dulu and kemara arah tanda die. bahaya ooo
sy pn masih dlm pantang & baby sy br 33 hari. pengalaman bersalin memang indah. sakit tetap sakit tp alhamdulillah dr mengandung smpai bersalin perjalanannya mudah. sy mula turun air pkl 7.. tp x sakit, 7.30 mcm tu br rasa sakit dlm pkl 8 smpai hospital trs msk bilik bersalin & baby lahir pkl 9.38 pg.. make up pn x sempat cuci.. sempat lg tu conteng mata dgn eyeliner sblm gi hospital sbb ms siap2 tu x rasa sakit apa2 lg. kalau ikut due.. baby sy awal 3 mggu.. tp dia ttp ckp bulan & takde masalah apa2 cuma kecik je. 1.9kg je ms lahir.. tp skrg dh 3 kg
tahniah utk kawan u babe! bestnya die dah bersalin dgn selamat and dapat baby comel :))
kene adu kat pihak berkuasa la mcm ni ckp traffic tu mengelirukan..
bunyi nyaring kot.. tingggg~ :) baby girl kan?
bahaya bila memandu ni,menakutkan pula bila tgk..ati2 dijalan raya bersama Z ye...salam raya^^
eiii,comelnye baby tuh..akk cepat la kawen,hihii..
doktor gila...huhuu...anyway, memang seronok tgk live org bersalin..lg2 kalo sambut bayi time bersalin. tak saba nk beranak jgk..hihi :P. btw, baby tu comelllllll sgt! congrats to your fren :)
Tahniah untuk rakan kamu...baby yang comel...sal kemalangan tu...sudah nasib badan...apapun, kena berwaspada selalu. tapi kalau dah terkena janganlah terus melenting...sabar...walaupun marah sebenarnya
takut tgk xcident...fobia xcident dulu xhabis lg...tp mmg betul la, kalau tempat tu selalu xcident, mesti akan berterusan
Comelnyer baby tu.. :-)
Suka tengok baby especially baru lahir, rasa tenang je :)
wah cutenye baby,
best dapat tgk baby kat labour room mse posting..
comey nyer baby...mcm nak gigit jew....;d
comey nyer baby...mcm nak gigit jew....;d
ish, teruk jugak eh langgar nya,
*nak baby jugakkkkkkkkkkkkk
uhuk! :P
Catat Ulasan