Sabtu, 10 September 2011

Konvoi raya jangan pernah miss!

Salam pembuka bicara..

Masa kamu baca entri ini, saya sedang berkonvoi raya dengan kawan-kawan sekolah menengah. hek. Ini entri autopublish ye. Excited sangat sebab konvoi tahun ini dua kali. yippie!

Layan dulu gambar konvoi raya tahun 2009 dengan 2010 dulu ye.


Gambar konvoi tahun 2010, gambar sebelum balik tinggal beberapa biji kereta je yang belum balik. Yang lain dah balik. Tu yang nampak sikit tu.

Ini rakan-rakan masa saya belajar dekat asrama yayasan selangor klang. Kami dari 6 buah sekolah dikumpulkan dalam satu asrama. Itulah yang paling menarik dan istimewanya perkenalan kami. Lagi best, saya tak perlu beli buku teks, hanya pinjam dari kawan-kawan sekolah lain sebab jadual belajar kami lain-lain. Saya dengan adik saya tak pernah dapat pinjaman buku teks dari kecil. sobs. Tapi ayah ada bekalkan banyak buku rujukan, jadi saya pinjamkan buku rujukan saya pada kawan-kawan. Saya menerima dan memberi juga.

Tahun ini ada dua kali konvoi raya. Yang pertama, masa raya kelima. Sebelum kawan saya balik Jakarta. Sekarang ni, dia dalam clinical training. Itu pun cuti balik Malaysia atas simpati supervisor dia.


Yang kedua, hari ini lah! Kebetulan ada salah seorang kawan saya dari asrama yayasan selangor kahwin dan bertunang. Sekali konvoi la ape lagi! Lagipun, kawan yang kahwin tu balik untuk kahwin je. Minggu depan balik Jepun balik sebagai suami orang plak. Suka tengok kawan-kawan yang sudah bertemu jodoh mereka. Barakallah! Suka juga bila ada yang mula melangkah satu lagi tapak menuju ke alam perkahwinan.

Jom buat blogger konvoi raya plak!! he

xoxo

18 komen:

muhamad hanif berkata...

WAKAKAKAKA,


aku blogger johor, jom konvoi !

✿Dear Yayah✿ berkata...

amboi bestnyeeeee konvoi.

nak duit raya ! heheh

Sarah Syazwani berkata...

bestt..teringat zaman dolu2..skang ni sume dh ada komitmen

♥cmª shIemª♥ berkata...

wah..bestnye ade konvoi ramai2 mcm ni....:)
selamat berkonvoi ye dhiera..

Xavi De berkata...

bestnya jejalan ngn member time raye..^^,

amna berkata...

seronoknya :)
saya raya this year x sempat convoi raya dgn kawan2 sbb hari nk balik KL tu, sama dengan tarikh deme nk konvoi T.T

ade2mama berkata...

amboi teruk perangai ///hhuhuuh
law bab2 makn ko laju ye huuuh

brat bdan bpe skrg??? hhuuh

untung la .aku xgy mne2 pown huhuuh
kwn2 aku cume blja jau2 ssah da nk jupe

Myra Jay berkata...

Bestnyer konvoi...

Pas dah kawen nie dah jarang dapat konvoi..

Ungu Violet berkata...

pehhhh...meriah..:)

aleen aiden berkata...

meriah kemain lagi nampak.hu3

Ct Arina berkata...

tiap taun konvoi raye itu wajib! ehe^^

Liza Razak berkata...

wahhh..best gile konvoi raya :)

アヌム ちゃん berkata...

memang best bila berkonvoi ramai2 kan.heeee

kayrul-shah berkata...

bujang2 nie best betul berkonvoi..dah kahwin nanti, berkonvoi ngan makcik2 la plak..hehehehe

Run Away♥ berkata...

best beraya mcm ni...;d

.: iEyLa :. berkata...

wahh..bestnye.. ;)

nabilah_2908 berkata...

part paling seronok bila raya...konvoi ramai2 jalan raya...ramai2 serbu rumah orang..hehe.. :)

.izzati liyana. berkata...

seronoknye konvoi raya. saya selalu konvoi ngn pakcik2 jela. dgn kwn2 amat ssh sbb cuti raya pun semua kejap2 je. balik kampung lagi. cik dhiera bila pulak nak melangkah lagi setapak ke hadapan kn. ;)