Jumaat, 30 September 2011

wafer??? euw...

Salam pembuka bicara...

Nak offer saya wafer? euw.. saya tak suka.

Tapi itu dulu.

Saya memang tak suka wafer sebab dia terlalu manis. Tapi beberapa hari ini, saya terlalu craving kan wafer. Sebenarnya lebih craving kan bau wafer. Buat pertama kalinya, saya dapat habiskan sehidangan wafer. Dan saya bau wafer tu sampai dah tak ada bau. Tapi saya dah pesan coklat letak sikit je.


Saya craving kan wafer memang sesuatu yang pelik. Sebab bau wafer pun saya tak suka, sangat-sangat tak suka bau wafer. Bau dia buat saya rasa nak muntah. Rasa dia lagi lah tak suka sebab manis. Saya seorang yang tak minat makanan atau minuman yang manis. Terus terang saya cakap, saya buat air memang fail sebab orang sentiasa complain tak manis. Padahal, saya dah rasa cukup manis.

Siapa yang pernah baca entri saya sebelum ini, mesti pernah terbaca saya memang amalkan makan madu. Tapi madu tu saya akan campur kan dengan air 1 cawan sebab tak nak rasa manis. Air satu mug tambah madu 1 sudu. Saya kata dah manis. Orang kata tawar je.

Mungkin betul apa orang kata, kalau tak suka atau benci sesuatu, jangan keterlaluan benci, nanti jadi suka. Erk, bukan patut ye orang ke?

p/s: Harap hari ini gaji, nak beli barang-barang yang penting untuk majlis. Boleh merayap dekat Rawang malam nanti dengan family.

xoxo

Khamis, 29 September 2011

Warna biru untuk bertunang

Salam pembuka bicara..

Dalam entri ini, saya ada tulis mengenai majlis pertunangan rakan seasrama saya di Paya Jaras.

Dari Banting, saya ke Paya Jaras melalui Guthrie Highway sebab sana lagi dekat dengan rumah kawan saya. Ingatkan jalan clear tapi rupanya jammed. Nasib rumah kawan saya ni di kawasan sekolah teknik sungai buloh je, tak adalah nak hadap jammed tu lelama.

Plan asal, nak sampai sebelum majlis start tapi tak kesampaian. Sampai-sampai je orang dah nak makan. Datang-datang terus tangkap gambar. Feeling jadi artis dengan kamera sampai dekat 5 biji. hek. Sampai tak tahu nak tengok kamera mana satu.


Lepas puas tangkap gambar, chit chat macam-macam baru pergi makan. Menu makanan yang simple untuk majlis yang simple. Dapat makanan pun yang last-last hidangan. Tak kesah sangat pasal makan. Yang penting, dapat jumpa kawan yang dah lama tak jumpa.

Majlis pertunangan serba biru dengan pelamin DIY sendiri. Sangat kreatif! Simple but nice. Mekap pun cantik. Dia hire salah seorang MUA dari butik dekat Sungai Buloh. Saya memang ikut perkembangan butik ni sebab hasil tangan dia sangat cantik. Boleh terpukau sambil kata wow!

Tak sabar untuk tunggu majlis pertunangan saya sendiri. hahahaha. Minggu ini ada jemputan kahwin di Sijangkang pula. huhu. Ramai betul kawan-kawan nak kahwin ni.

xoxo

Rabu, 28 September 2011

Giveaway LuvBunny House

Salam pembuka bicara..

Saya di tag lagi untuk join Giveaway LuvBunny House. Kali ini dari belog monster kecik. Suka ea tag saya.


Jom ramai-ramai join! Syarat penyertaan boleh rujuk pada link blog luv bunny house.

Tarikh tutup: 1 Nov 2011.

xoxo

Selasa, 27 September 2011

Kahwin warna kuning di raja

Salam pembuka bicara..

Macam lambat sangat je nak story pasal ini tapi tetap nak cerita juga.

Awal bulan hari tu, saya hadiri majlis perkahwinan rakan seasrama saya tapi berlainan sekolah. [entri ini] Dari form 1 sampai form 5, saya tinggal di asrama yayasan selangor klang. Pelajar kat asrama ni dari beberapa sekolah tapi dikumpulkan dalam satu asrama bawah seliaan yayasan selangor. Jadual belajar memang sangat ketat la. Lagipun, kami asyik ada kelas tambahan je (sama macam tuisyen). Orang cuti kami kena buat latihan tubi. Memang banyak sangat soalan kena jawab.

Back to the story. Kawan saya ni tinggal di yayasan selangor sampai form3 sahaja lepas tu masuk MRSM Beseri. Sekarang, belajar di University of Tokushima, Jepun. Dah kahwin ni saya tak pasti samada dia bawa wife dia sekali ke tak. Kawan saya ni lelaki.


Suka wedding dia sebab bertemakan kuning. Sangat cantik. Kuning di raja yaw! Kuning ini dipadankan dengan warna pink. Look nice. Meriah jadi ye warna tema ni. Siap ada silat pengantin lagi. Dah jarang-jarang nak tengok wedding ada silat pengantin sebab kebanyakan majlis perkahwinan buat di dewan. Nak cerita lebih-lebih pun tak tahu sangat kan pasal majlis dia. Yang pasti, pengantin makan dulu baru bersanding. Gambar pelamin tak ada sebab pelamin dia pelamin yang dah biasa kita tengok.

Saya lepak kat wedding ni pun tak lama sebab lepas tu nak berkonvoi dan singgah majlis pertunangan sahabat seasrama juga tapi di Paya Jaras, Sungai Buloh pula.

Route hari itu : Tanjung Malim - Jenjarum - Banting - Alam impian - Paya Jaras - Jengka

huh. Memang letih betul la~

xoxo

Isnin, 26 September 2011

Gathering dengan ex-KMPk

Salam pembuka bicara..

Dalam kurang sihat itu, saya masih juga keluar bersama rakan masa di matrik.


Mula-mula makan di KFC. Lepas makan-makan di KFC, kami pergi ambil angin di tasik Proton City. Tapi tak lama sebab anak kawan saya tu dah kepanasan. Nama dia Danish Haikal. Dia ada kembar tapi kembar dia tak dapat survive lama. Hanya survive untuk 2 minggu sahaja. Beruntung kawan saya ni, sekurang-kurangnya, ada seorang anak yang menunggu di syurga nanti. Tahniah!


Danish ni lahir tak cukup bulan jadi ada alami beberapa komplikasi. Dah beberapa kali operation untuk pasang tiub bagi buang air dalam otak dia. Tulang leher dia pun sangat lembut sebab dia tak dapat nak tegak kan kepala lagi walaupun sudah 11 bulan.

Semoga danish tetap kuat untuk segala yang dia alami. Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan muslim yang berjaya!

xoxo

Sabtu, 24 September 2011

Tak sihat kena jangkitan ENT

Salam pembuka bicara..

Agak lambat buka blog hari ini. Saya kurang sihat. Terkena jangkitan ENT (ear nose throat).  Bahagian nasopharynx saya memang rasa sangat tak selasa sekarang.

Mula-mula ingat sebab saya sakit gigi tapi tak mungkin sakit gigi sampai berhari-hari, tak mungkin pipi saya pun sakit macam baru lepas kena lempang (kena lempang pun tak pernah boleh rasa pulak kan?), tak mungkin juga mulut saya seolah berbau dan tak mungkin juga tonsil saya bengkak. Selalunya kalau tonsil saya bengkak mesti saya akan demam di malam hari. Rupanya sebab ENT infection.

Semalam dah jumpa doktor dan doktor dah prescribe kan ubat untuk saya makan dan sapu. Sekarang sudah makin berkurangan sakit. Terima kasih Allah.


Ubat ada dua warna (kelabu dan oren) itu ubat antibiotik. Ubat warna kuning itu ubat tahan sakit. Ramai kot kenal ubat ni nama dia ponstan. Saya selalu ambil painkiller cataflam, takut juga ponstan tak bagi sebarang efek. Tapi alhamdulillah, sakit berkurangan juga. Ubat warna biru adalah ubat tahan bengkak. Ubat yang tak nampak isi tu ubat sakit tekak dan ubat dalam botol tu ubat titik telinga. Saya minta yang likat sebab nak sapu di bahagian telinga yang hampir luar juga. Kalau yang cair, boleh terasa ubat sampai tekak. Rasa tak selesa.

Harap besok semakin sihat sebab besok nak keluar bersama rakan-rakan masa belajar di matrik perak dulu. Rindu sangat dengan mereka (padahal keluar bertiga saja).

xoxo

Jumaat, 23 September 2011

Siapa pernah lemas???

Salam pembuka bicara..

Tak dapat nak update panjang. Hari ini banyak appointment.

Saya tertarik dengan nama tempat ini. Unik. Ada ramuan china besar dan ramuan china kecil. First time dengar nama tempat ni.


Saya ingat kan Melaka tak ada airport. Rupanya ada. Inilah menara airport ni.


Dan ini adalah tempat saya pernah lemas 5 tahun lepas.


Al kisahnya, salah satu syarat wajib graduat untuk fakulti saya, semua pelajar perlu hadiri program OBE (tak ingat nama penuh dia macam outward boundry extreme). Program ini macam latihan dalam kem tentera. Salah satu latihan, kami kena menterjah hutan berbekalkan air, kompas dan parang. Bukan jungle treking taw. Kami kena buat trek sendiri. Dorang bagi satu koordinat dan kita kena sampai koordinat sebelum tengah hari. Nasib la korang masuk hutan dari arah mana. Kena tebang sana sini, kena selit sana sini, masuk lumpur, kena gigit pacat nasib ada abang tentera yang hensem. Abang tentera ni kira orang yang kena jaga kami satu group la. Satu group ada dalam 10-15 orang. Tidur dalam hutan pun abang ni jaga.

Dipendekkan cerita, sampai dekat check point terakhir ada trak tentera dah tunggu untuk fetching semua student untuk ke Tanjung Bidara. Kat sini pula, ada dua task. Pertama, kena berakit sampai ke tengah laut dan patah balik. Kedua, mendayung sampai tengah laut dan dorang turunkan kami, 300meter dari pantai. (300meter tak silap). Saya ni dah la tak pandai berenang. Memang ngeri lah. Dorang ajar berenang sekejap dan bagi praktis dalam 10 minit sahaja, mana nak pandai kan? Part kena terjun dari bot ni la yang ngeri. Tak boleh berenang. Rasa macam makin ke tengah laut adalah. Dorang dah pesan kalau tak boleh berenang juga tiup wisel. Dah kalut macam tu mana nak jumpa wisel kan? Last-last terkapai-kapai sorang-sorang. Tapi saya bukan seorang. Ramai lagi tak pandai beranang. Last-last ada seorang abang senior tolong selamat kan. Nasib dia student bioperubatan, tak sama course kalau sama course confirm malu habis.

Sejak dari hari tu, saya belum pernah lagi mandi dekat laut. Family day tahun ni kat Port Dickson pun saya tak pergi. Saya hanya pergi mandi sungai sahaja. Takut. Siapa tak pandai beranang? Sila angkat tangan tinggi-tinggi!

xoxo

Khamis, 22 September 2011

Jumpa baby lasak sekali accident

Salam pembuka bicara..

Ok. Tajuk propa.

Ahad lepas paling best sebab dapat jumpa baby kawan saya di Semabok. Sama macam saya cakap dalam entri semalam. Kawan saya baru sebulan (24 Sept ni baru cukup sebulan) melahirkan anak. Maknanya umur baby boy dia tak sampai sebulan lagi. Sangat comel dan sangat lasak budak ni. Korang jerit la sekuat mana dia boleh tidur lena tanpa pedulikan kamu tapi kalau dia terdengar bunyi sudu terjatuh kat lantai, dia boleh terjaga. Pelik kan? Alahai, baby.


Ini kali pertama saya jumpa kawan saya yang dalam pantang. Sebelum ni tak pernah. Topik hangat mesti lah cerita dalam labour room. Best sangat dengar cerita dia. Bunyi macam dia nak bersalin senang je. Padahal, dia saja lah yang tahu rasanya.

Masa saya belajar subjek physiology dengan maternal and child health, ada juga ditayangkan macam mana ibu-ibu ni bersalin. Ada satu kes tu, baby keluar dengan usus di luar badan. Doktor kena operate untuk masukkan usus baby ni. Kesian sangat baby. Ada satu kes lain plak, baby ni tak dapat survive lama. Paling kelakar, kawan-kawan lelaki saya yang praktikal dekat Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur tak sanggup nak masuk labour room sebab takut nak tengok orang bersalin. Yang perempuan beriya-iya la nak masuk kan.

Biasanya, bersalin anak pertama ni sakit contraction dia lama sikit (dalam 2 ke 3 hari) tapi kawan saya ni sakit dia sekejap je. Dia masuk hospital pukul 10 malam. Dia selamat bersalin pukul 7 pagi. Tak sampai tempoh 24jam pun. Doktor tu siap cakap "maaflah, saya ingat kamu nak bersalin besok. tak ada lah saya bagi kamu painkiller". Gila lah doktor ni, suka hati dia je kan nak tentukan orang tu nak bersalin bila kan. Kawan saya kata dia dah sakit-sakit macam ni baru nak bagi painkiller. Masa kepala baby dah keluar, hubby dia boleh pulak tolak-tolak kepala kawan saya ni suh tengok kepala baby. Kelakar betul.

Ada la beberapa adegan yang terjadi. Panjang la pula nak cerita kan. Tapi bila dengar experience dia, buat saya rasa macam nak cepat-cepat kahwin dan dapat baby. Secara logiknya, semua proses ke arah itu bukan suatu perkara yang mudah macam makan kacang.

On the way nak ke rumah kawan saya ni, terjadi satu accident depan mata saya. Z sampai terketar-ketar nak bawa kereta. Sebabnya adalah misinterprete traffic light. Traffic light ni kat depan rumah kawan saya je. Lebih dari 1 jam kereta tu kat traffic light ni. Kesian sangat.

Sempat tangkap gambar sebelum balik

Kereta hitam ni bertembung dengan kereta saga warna gold. Kereta saga tu salah interpret traffic light. Traffic light ni combine untuk dua arah. Satu terus, satu lagi belok ke kanan. Mungkin saga tu ingat belok ke kanan tengah hijau tapi sebenarnya masih merah. Sebab traffic light dari Merlimau semuanya kalau terus hijau, belok kanan pun sama hijau. Traffic light kat Semabuk ni je lain dari traffic light dari Merlimau. Kereta hitam ni dari tempat yang sama dengan saya. Saya nak masuk kanan jadi berhenti sebab merah. Kereta ni terus, dah la bawa laju (rasanya ada dalam 120-130 km/j). Sekali bertembung dengan saga macam melantun dengan bunyi yang kuat. Rasanya dua-dua driver ok je. Tapi saya tak pasti samada saga tu ada co-pilot ke tak. Kalau ada, confirm orang tu cedera sebab bahagian kiri saga kemek habis.

Harapnya tak ada apa-apa yang jadi. Ayah kawan saya kata kat traffic light ni memang selalu jadi accident. Ini accident kali ke berapa tah untuk bulan ni saya tengok. Accident lagi dekat sini. Jadi kawan-kawan, kalau memandu tu sila berhati-hati dan perhatikan traffic light betul-betul ye.

xoxo

Rabu, 21 September 2011

River cruise dan Jonker street

Salam pembuka bicara..

Boleh tak sambung entri semalam? hek. Entri hari ini tak ada gambar makanan dah. he

Selepas makan, konon ye nak naik river cruise. Tapi tak kesampaian sebab ramai sangat orang yang beratur nak naik river cruise ni. Bagi yang nak pergi nanti (setakat saya pergi kali ini), harga tiket untuk naik river cruise ini ada dua pakej. Satu yang normal package, satu lagi VIP package.

Untuk normal package, bagi orang dewasa dicaj RM10 manakala kanak-kanak RM5 ke RM7 ntah. Saya kurang pasti untuk kanak-kanak punya harga. Untuk VIP package, harga dewasa RM20 manakala harga kanak-kanak RM10 (yang ini pasti).

Sebab river cruise ramai sangat orang, kami pergi la ke Jonker Street. Kat sini pun tak lama sebab adik saya tak tahan dengan bau yang macam-macam kat sini. Tapi sempat lah kami beli dua keping duit daun pisang. Adik saya yang belajar di Melaka ni, memang minat sejarah. Z pun beli satu juga buat simpanan katanya.




Dari kawasan parking kereta, boleh nampak menara taming sari. Tak pernah lagi naik taming sari ni gak. Macam gayat je nak naik kan. Maka, tak ada makna lah nak cari pasal kan? Gambar tak cantik. mencik!!


Jalan-jalan sekejap. Lepas tu, kami pergi kedai bundle kat tepi sungai. Adik saya nak beli baju untuk masuk lab. Saya ingatkan baju lab budak-budak engineering sama je dengan baju kerja saya (baju doktor warna putih tu). Rupanya bukan. Nasib tak ambil yang ada dalam stor tempat kerja tu. Jumpa lah baju lab dia yang berharga RM10 sahaja. Buat pakai sementara sebelum dapat baju yang order dari fakulti dia.


Kemudian, kami terus cari hotel untuk bermalam. Plan asal nak patah balik ke Masjid Tanah tapi tak jadi sebab besok ye nak ke Semabuk tengok baby (anak kawan saya). Hotel pun dapat dekat kawasan Semabuk juga. hek.

Macam mana nak cari hotel yang sesuai dekat Melaka? Cepat-cepat lah kita bukak Latestays.com.my. Senang sangat nak cari penginapan di Melaka dengan menggunakan Latestays.com.my. Internet kan di hujung jari je sekarang. wink wink

xoxo

Selasa, 20 September 2011

Makan-makan di Bukit Beruang, Melaka

Salam pembuka bicara..

Rasanya ramai yang sudah tahu saya ke Melaka hujung minggu hari itu. Selepas hantar nenek di Masjid Tanah, saya (dengan adik bongsu saya dan Z) terus ke hostel UTeM di Bukit Beruang untuk hantar barang adik saya juga.

Perkara biasa la kan kalau pergi suatu tempat mesti la nak cari makan kan? Mula-mula bercadang nak ke Umbai tapi disebabkan makanan di Umbai macam sedikit mahal dan sedikit jauh untuk ke sana, kami makan di sekitar Bukit Beruang je. Ambil set makan untuk 4 orang.

Agak berselera masing-masing makan sebab sangat lapar masa ni.

Ayam masak pedas yang sedap.

Ikan siakap tiga rasa. Ini pun sedap. Tapi rasa ikan dengan kuah kurang sebati.

Tom yam campur tapi minta jangan letak udang. Tom yam ini pedas. Sudah ok rasanya di situ. Tapi kurang isi, jadi so-so aje la kan.

Sambal belacan mana boleh tinggalkan.

Selain itu, nasi putih 5 pinggan (4 + 1 nasi tambah) dan air buah 4 gelas. Sekali dengan telur dadar. Telur dadar tu terus belah empat untuk makan sorang satu. hu. Jumlah kesemuanya adalah RM55. Kira masih ok la harga nya.

Saya agak sedih sebab sepanjang berada di Melaka ni, saya tak sempat makan asam pedas die. Saya sudah membayangkan daging masak asam pedas. perghh. Sedap sangat tu. Padahal, baru sekali makan daging masak asam pedas.

Ada salah seorang blogger beritahu kena cuba kuih udang Alor Gajah tapi kami tak sempat ke sana. Lagipun, saya tak makan udang. Sedih kan tak makan udang? Nak naik river cruise pun tak dapat sebab orang beratur nak naik river cruise tu macam mereka nak beli nasi kandar beratur kat Penang tu. sob. Ada banyak masa lagi untuk ke Melaka lagi sekali. he

Siapa yang dah naik river cruise? Best tak?

xoxo

Isnin, 19 September 2011

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

Salam pembuka bicara...

Bagi tidak mengecewakan budak kacamata, saya join GA ini dengan rela hati. Suka tak?

Sebenarnya tak sempat nak update panjang-panjang hari ini, wa banyak kerja woo. Banyak report yang perlu di tanda tangani. Maka, banyak la paper yang perlu di teliti. Jadi, hadap lah kamu dengan simple entri ini. Naseb ada yang baik hati untuk tag saya.


Nak tahu syarat-syarat penyertaan, sila tekan gambar cik kiah yang comel itu ye.
Part paling susah, saya nak tag (sambil berfikir):

Maaf ya ini random tag. Feel free to join. he

xoxo

Sabtu, 17 September 2011

Selamat datang Melaka!

Salam pembuka bicara..

Seperti yang telah saya maklumkan dalam entri ini. Hari ini saya akan ke Melaka. hoyeah!! Sebab utama adalah nak hantar barang adik saya ke hostel dia.


Kalau UPM ada petronas UPM, UTeM ada jalan nama jalan UTeM. Universiti lain saya tak tahu. Walaupun, adik lelaki saya belajar UiTM Shah Alam tu.

Owh ya, setiap tahun mesti ada pengambilan pelajar baru di UTeM, Uitm, Politeknik kan? Tak lupa juga ada pelajar konvo, yang tinggal jauh tu mesti tak tahu macam nak menginap semua kan? Jangan risau ye, ada satu website yang dapat memudahkan proses penginapan di Melaka. Hanya menempah hotel di Latestays.com.my segalanya akan jadi lebih mudah!

Paling yang buat saya jeles adalah trip kali ini bukan hanya hanya barang pakaian dan keperluan adik saya sahaja taw. Ayah saya ada belikan laptop baru untuk die. Sangat cantik. Warna coklat. Jurujual kata sesuai la untuk mechanical student yang selalu guna autocad etc tu. Saya pun tak tahu sebab saya bukan orang dalam bidang engineering. Kalau jurujual tu tipu kencing ayah saya, nanti datang minta tukar la. hek. Mana-mana jenis pun sama kot.

Parking penuh masa pendaftaran 2 minggu lepas. Ramai bakal-bakal jurutera ni.

Datang bukan sekadar nak hantar barang adik saya tapi hantar nenek juga di rumah pak su. Nenek nak tengok keadaan mak su saya yang baru saja lepas operation untuk buang ovarian cyst. Naseb tak efek baby dalam kandungan. Ada bakal cousin saya dalam perut tu.

Dah alang-alang sampai Melaka confirm confirm la merayap malam nanti. hek. Sapa-sapa yang dok Melaka tu, meh la bawa saya jalan-jalan!

xoxo

Jumaat, 16 September 2011

Tinted kereta jangan gelap!

Salam pembuka bicara...

Weekend yang lalu saya beraya rumah keluarga Z di Pahang. huh. Jauh betul perjalanan sampai saya request lain kali balik Pahang naik flight aje lah. Ok, ini memang mintak pelempang!

Sebenarnya dah banyak kali lalu jalan nak ke pantai timur ni (bukan balik ke rumah Z ye) tapi selalu ye saya tidur dalam kereta je. Tapi kali ini saya berjaga. Sebab balik masa dah nak malam, takut pula nak tidur dalam kereta. Balik pun berdua je dengan Z. Sebelum balik ke Pahang, saya hadiri majlis perkahwinan kawan di Banting kemudian terus ke Sungai Buloh untuk hadiri majlis pertunangan kawan sekolah juga. Singgah dulu untuk solat di Restoran Jejantas Sungai Buloh kemudian baru gerak ke Pahang.

Ahad baru balik. On the way balik dari Pahang ke Klang, jalan jammed gila! Dah la hujan. Naseb bukan saya yang drive. Hampir sejam juga kami berada dekat MRR2. Lepas tol Karak pun jammed juga sebab ada accident. Rasanya sepanjang perjalanan, saya nampak ada 3 ke 4 juga lah accident.


Jalan sebelah pun ada accident juga. Nampak macam ada orang kat dalam tapi macam tak pasti juga sebab tinted kereta tu gelap sangat. Z kata memang ada orang dalam tu. Dia telefon orang kot. Jadi, kawan-kawan nak tinted kereta tu, jangan tinted gelap ye. Biarlah tinted yang orang masih boleh nampak sebab kalau accident, orang buat tak tahu je. Orang luar dah tak nampak kan? Nak buat macam mana. Saya buat dunno je.


Inilah kereta yang tinted gelap tak ada orang nak tengok-tengok kan. Depan dengan belakang kereta ini kemek. Rasa ye, dia accident sendiri. Mungkin bawa kereta laju masa jalan licin dan tak dapat nak kawal kereta bila sampai kat selekoh.

Ada hikmah kenapa kita tak boleh tinted kereta gelap-gelap ni. Baru lah saya faham. hek.

Family Z best. Ayah dia buat kan ketupat palas special untuk kedatangan saya. Mak dia bagi saya 2 helai tudung. weee. Mak saya pula memang dah bekalkan awal-awal tart nenas kegemaran saya untuk family Z. Nenek saya pula bagi bahulu untuk family Z. Tart nenas dan bahulu itu adalah homemade ok! Saya dan adik-adik tak makan tart nenas selain mak buat. Nenek pula memang ambil tempahan bahulu. Kira yang saya bawa tu extra bahulu la.

Saya dapat tengok Sungai Pahang. Besar rupanya sungai ni. Sila maafkan budak pertama kali yang dapat jalan masuk Pahang ni. Mak Z cerita, dulu nak pergi sekolah kena naik macam rakit (saya tak ingat nama dia) untuk menyeberangi sungai Pahang. Sebelum ada jambatan nak ke Kuala Krau dari Jengka tu siap, dorang masih guna kan cara lama nak seberang sungai sampai tahun 2010. Kalau nak naik kereta, kena pusing jauh ikut jalan ke Jerantut kot. (Sesiapa yang tahu, kalau saya salah, sila betulkan)

Saya ingatkan Jengka dengan Temerloh dekat sebab nak ke rumah Z kena exit di Temerloh. Rupanya jauh juga. Tapi nak ke rumah aki Z (atuk Z) kena exit dekat Chenor pula sebab sana lagi dekat padahal dua-dua tinggal dekat Jengka. Besar rupanya Jengka ni. Kalau suruh saya drive sendiri ke Jengka, memang saya nangis lah sebab macam berisiko tinggi untuk sesat je.

Sesiapa yang tak pernah pergi Pahang tu, cubalah ronda-ronda Pahang sekali sekala. View best! Besar sangat walaupun dalam satu kawasan yang sama.

xoxo

Khamis, 15 September 2011

I need coffee break!

Salam pembuka bicara..

Hari ini stress. Banyak kerja. sobs. Patient pun banyak. Padahal baru pagi lagi ni! Bos pun asyik datang sini je. Tapi sempat jugak nak tulis blog. he.

Saya tak dapat hasilkan entri dengan fikiran yang tenang. Saya perlukan coffee break. Saya perlukan tidur juga boleh?


Buat pertama kali ye, saya terjumpa Coffee Break dekat petronas. Padahal dah bertahun-tahun kot petronas adakan kempen ni. Ini pun sebab ayah isi angin tayar kereta dekat petronas R&R Rawang masa balik dari hantar adik saya ke UTeM hari itu.

Hujung minggu ini pun saya akan ke Melaka sekali lagi sebab nak hantar barang-barang adik saya. Masa daftar hari tu bawa barang dan pakaian untuk seminggu dua je. Hujung minggu ni, hantar barang-barang yang lain dan yang penting laptop dia. Nanti dia bising tak ada laptop. dush. Kebetulan Z memang graduan UTeM juga, macam-macam soalan lah adik saya tanya pasal UTeM kat dia. Pelajar baru katakan. Bila saya complain, dia bising. Tak pepasal je kena bebel plak.

Memandangkan minggu ini ramai pelajar yang sudah kembali belajar semula, selamat meneruskan pelajaran kamu. Good luck! Semoga dapat dean list. Yang belajar dekat UPM tu, kena struggle lebih la sebab dean list UPM kena dapat pointer 3.75 ke atas. Rindu campus life sangat-sangat!! Mula-mula start semester mesti masing-masing lemau kan? Bila dah start assignment, masing-masing dah start pening plak. Nak kejar due date lagi. Yang mana kena hadap SPSS tu, lagilah pening.

Yang bekerja pula, jangan pernah bosan hadap kerja yang menimbun tu.

Apa pun cuba yang terbaik ok! Redah dan redha = berusaha dan bertawakal.

xoxo

Rabu, 14 September 2011

Hantu bonceng best ke?

Salam pembuka bicara...

Plan asal raya 3, nak tengok wayang cerita Hantu Bonceng dengan adik-beradik tapi tak kesampaian. Sampai-sampai Kuala Selangor terus cari surau sebab nak solat zohor dulu. Kemudian dalam pukul 2.30 baru pergi cinema, sekali tu tengok tayangan ada pukul 2 dengan 4.15. Nak masuk pukul 2 punya dah lewat 30 minit. Nak masuk pukul 4.15 macam lambat sangat sebab nak pergi open house rumah member dekat Ijok. Last-last, kami pergi shopping barang adik saya nak daftar UTeM ahad minggu itu dekat Tesco je.


Ada sesiapa yang dah tengok cerita Hantu Bonceng? Best sangat ke?

Balik dari shopping barang adik saya, kami singgah open house kawan seuniversiti saya di Ijok. Si hajar bambam. Macam-macam kami chit chat. Dah senja baru balik.


Dah lama tak gosip sakan dengan dia. Rindu. Selalu pergi kelas berdua dengan dia, satu study group juga. Lagi-lagi masa dekat dengan exam. sigh.

Nak belajar balik boleh? Rindu campus life. Stress belajar tak sama macam stress bekerja. Tapi hidup perlu diteruskan, jadi redah dan redha!

xoxo

Selasa, 13 September 2011

Ooo..duit raya

Salam pembuka bicara..

Jumlah duit raya terkumpul untuk raya kali ini RM 13 sahaja. Kira ok la kot sebab orang dah kerja sepatutnya kena bagi duit raya bukan dapat duit raya. Alhamdulillah, ada lagi nak bagi.

Tapi kalau kamu baru kahwin, pergi la beraya dekat rumah orang jawa yang betul-betul pure, pasti dapat duit raya. Style orang jawa katanya dorang tak bagi duit raya kat budak-budak tapi bagi duit raya dekat pengantin baru sahaja. Saja beraya di rumah besan nenek saya kat bangi lama hari tu baru la tahu. Pak su dengan mak su saya dapat duit raya sorang satu sebab mereka baru kahwin. Entri ini dan ini.


Z pun bagi duit raya juga. Tapi saya sudah tukar kan dengan sebiji kamera. Jadi, tak nampak nilai RM. Cuma ada sentimental value la.


Thanx Z. Tahun depan bagi lebih lagi ea. he. Meh share sikit berapa banyak duit raya korang dapat tahun ni.

p/s: cerita raya lagi. selamat mula belajar bagi yang baru buka semester!

xoxo

Sabtu, 10 September 2011

Konvoi raya jangan pernah miss!

Salam pembuka bicara..

Masa kamu baca entri ini, saya sedang berkonvoi raya dengan kawan-kawan sekolah menengah. hek. Ini entri autopublish ye. Excited sangat sebab konvoi tahun ini dua kali. yippie!

Layan dulu gambar konvoi raya tahun 2009 dengan 2010 dulu ye.


Gambar konvoi tahun 2010, gambar sebelum balik tinggal beberapa biji kereta je yang belum balik. Yang lain dah balik. Tu yang nampak sikit tu.

Ini rakan-rakan masa saya belajar dekat asrama yayasan selangor klang. Kami dari 6 buah sekolah dikumpulkan dalam satu asrama. Itulah yang paling menarik dan istimewanya perkenalan kami. Lagi best, saya tak perlu beli buku teks, hanya pinjam dari kawan-kawan sekolah lain sebab jadual belajar kami lain-lain. Saya dengan adik saya tak pernah dapat pinjaman buku teks dari kecil. sobs. Tapi ayah ada bekalkan banyak buku rujukan, jadi saya pinjamkan buku rujukan saya pada kawan-kawan. Saya menerima dan memberi juga.

Tahun ini ada dua kali konvoi raya. Yang pertama, masa raya kelima. Sebelum kawan saya balik Jakarta. Sekarang ni, dia dalam clinical training. Itu pun cuti balik Malaysia atas simpati supervisor dia.


Yang kedua, hari ini lah! Kebetulan ada salah seorang kawan saya dari asrama yayasan selangor kahwin dan bertunang. Sekali konvoi la ape lagi! Lagipun, kawan yang kahwin tu balik untuk kahwin je. Minggu depan balik Jepun balik sebagai suami orang plak. Suka tengok kawan-kawan yang sudah bertemu jodoh mereka. Barakallah! Suka juga bila ada yang mula melangkah satu lagi tapak menuju ke alam perkahwinan.

Jom buat blogger konvoi raya plak!! he

xoxo

Jumaat, 9 September 2011

Open house di rumah saya

Salam pembuka bicara..

Tahun ini, raya kedua baru saya beraya ke rumah saudara mara. Tapi tahun ni tak ramai yang join trip ni. Kalau tahun lepas ada 4 kereta, tahun ni dua kereta je yang pergi. Mak dengan ayah saya tak join sebab bersiap sedia dan masak makanan untuk open house malam tu.


Open house ini pun dalam family terdekat, rakan-rakan mak ayah (sebab dorang ada reunion sekolah menengah siang tu) dan rakan rapat adik-adik saya. Mak dengan ayah saya asalnya adik beradik angkat. Dorang satu sekolah dulu.


Sebab saya dah cengkelat masa siang, malam saya kena buat semua kerja la. sobs. Memang letih sangat malam tu.

xoxo

Khamis, 8 September 2011

Jumpa nokia 3310

Salam pembuka bicara..

Handphone sekarang dah banyak perubahan yang mendadak. Tapi saya masih menggunakan handphone murah sebab yang penting saya dapat berhubung dengan orang dan ber sms. Itu sahaja. Saya memang macam kolot sikit kot. Sebab nilai sentimental handphone ini lagi hebat dari beli handphone baru.

Masa beraya hari tu, saya jumpa handphone ini. Semua kenal kot.


Wujud lagi telefon ni. Saya tak pernah guna telefon ini tapi ayah saya pernah guna. Zaman sekolah dulu dapat handphone masa tingkatan 3, time ni pakai handphone Nokia yang butterfly tu. Model 7210 kot. Lupa lah~

Masa jumpa handphone ni, rasa macam "eh, ada lagi ea handphone ni?". "Pandai ye tuan handphone jaga handphone ni". hek. Apa handphone pertama korang nak tahu jugak?

xoxo

Rabu, 7 September 2011

Raya pertama sambut birthday nenek

Salam pembuka bicara..

Malam raya pertama, saya tak pergi beraya ke mana-mana. Sebab dari malam raya dah plan nak sambut hari lahir nenek dan 2 orang sepupu. Dah lama rasanya tak buat celebration macam ni dalam keluarga besar. Yang saya ingat, kali terakhir masa sambut hari lahir saya dan adik lelaki saya 3 tahun lepas kot.

Bila berkumpul ramai-ramai macam ni, best la nak plan macam-macam.

Kek untuk nenek, tempah dari Secret Recipe pada malam raya. Honestly, saya tak suka kek secret recipe. Terlalu manis untuk di telan dan rasa cepat muak. Saya lagi suka baker's cottage. Tapi kat sini nan hado. Lagipun, bukan saya yang sponsor kek, tak boleh lah banyak bunyi. hek


Kek untuk sepupu, beli kek murah je~ Tak dapat rasa kek ni sebab dah kenyang. Rasa ceri je. Tengok macam sedap je. Kalau tak silap, black forest cake.


Nak letak gambar sepupu yang memang sakan bergambar juga.


Macam mana raya korang seronok tak?? Masih ber'mood' raya lagi ke?

xoxo

Selasa, 6 September 2011

Teguran terbuka setelah entri saya di"plagiat"kan

Salam pembuka bicara..

Masa belajar dekat UPM dulu, lecturer selalu marah kalau dorang dapat detect ada unsur-unsur plagiat dalam penulisan tesis, assignment dan paper work. Kadang-kadang, kita sebagai student tak faham kenapa lecturer selalu marah pasal plagiat dan kena letak references dengan cara yang betul. Bila dah masuk tahun ketiga dan tahun keempat belajar barulah faham betapa pentingnya menghasilkan penulisan tanpa plagiat mana-mana statement dari rujukan kita.

Dan saya lagi faham perasaan orang yang hasil penulisan telah di"plagiat"kan setelah berlaku kes ini. Entri blogger ini sama dengan entri saya di sini. Entri sticky post selama 6 hari.

Bulat biru mengambil point. No hal. Tapi kotak merah, bulat-bulat sama.

dan juga ini
Kotak merah bulat-bulat sama. Line biru ayat yang sama.

Masa nak start raya hari tu memang tak sempat pun nak blogwalking, jadi saya tak perasaan pun ada seseorang mem"plagiat"kan penulisan saya. Tak tahu apa plagiat?

Plagiat adalah plagiarism. Define plagiarism at Dictionary.com
"the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work, as by not crediting the author" - sumber-

Saya tak marah pun kalau nak ambil point-point yang ada tapi bila ayat kita diciplak bulat-bulat mestilah terasa jugak kan?

Memang susah untuk kita yang baru berblog ini untuk mencari rentak penulisan yang betul-betul sesuai dengan diri kita. Sama macam saya masa mula-mula berblog dulu. Cara penulisan macam berubah-ubah sebelum saya dapat cara penulisan yang sesuai dengan diri saya. Kadang-kadang itu macam terikut-ikut cara penulisan orang lain tapi saya tidak akan sesekali menciplak atau plagiat penulisan orang lain. Kalau ada apa-apa info yang saya tulis, mesti saya letakkan sumber rujukan dari mana dan yang penting kebenaran penulis asal. Kecuali lah kalau saya menulis tentang sesuatu yang saya dapat dari emel saya. Macam mana nak bagi rujukan. 

Oh, ya. Untuk mencari niche yang sesuai dalam berblog dengan minat kita juga agak payah. Dalam banyak perkara, kita kena mencuba kemudian bila rasa tak serasi, pilih lah yang lain. Macam nak pilih produk kosmetik, bila kita rasa tak sesuai, kita tukar bukan? Macam kita nak beli kasut, kita kena cuba dulu baru tahu selesa ke tak dengan kaki kita, sesuai ke tidak lifestyle kita mungkin kamu seorang yang lasak dan mungkin tidak. Bagi sesiapa yang selalu baca blog saya ni, pasti tahu niche blog saya adalah hal peribadi dan peristiwa yang berlaku dengan diri saya. Amat jarang saya mengeluarkan entri yang berbentuk informasi.

Tak tahu niche itu apa? Niche ini adalah "A situation or activity specially suited to a person's interests, abilities, or nature" -sumber-

Saya memang kurang pandai memberikan nasihat selain nasihat pemakanan tapi nasihat yang terbaik dan yang saya dapat fikir buat masa ini adalah tak salah guna point yang sama tapi olah lah ayat mengikut cara kamu sendiri. Selebihnya, lu fikir la sendiri.

xoxo

Isnin, 5 September 2011

Raya la baru jumpa mereka

Salam pembuka bicara..

Tadi belek-belek gambar dalam kamera ternampak gambar ini.


Adik saya yang tangkap kot. Sempat la pulak kan? Masa ini raya pertama. Kami satu family dengan 2 kereta pergi berkonvoi. Satu kereta ayah bawa, satu lagi saya bawa. Sebab nak jumpa kenalan ayah yang ini. Cik mat berbaju purple. Sejak cik mat dapat status warganegara Malaysia, ayah saya tak sempat berjumpa dengan beliau. Sebelum ini, cik mat berstatus penduduk tetap. Memang orang pendatang la. Anak-anak dia semua sejak lahir dapat status warganegara sebab lahir kat Malaysia. Cik mat aje yang belum. Anak sulung cik mat sebaya dengan saya.


Duit raya paling banyak saya dapat tahun ini adalah daripada tok abas. Dah kerja pun dapat duit raya taw. Tok abas ni sebenarnya kontraktor yang buat rumah sebelah rumah saya. Sebab masa mula-mula pindah Sijangkang tahun 2002 kot, kami tak ada jiran. Ayah saya beli tanah lot dan bina rumah. Masa ini, tok abas la yang selalu datang lepak dekat rumah. Dorang ini orang melaka. First time juga dapat makan daging masak asam pedas. Best!


Terbayang dah daging masak asam pedas. derm.. Cari makanan la. Bye.

xoxo

p/s: sepatutnya entri ini autopublish hari sabtu. tapi blogger under maintanance kot. jadi tak publish!

Jumaat, 2 September 2011

Makanan baru masa raya

Salam pembuka bicara..

Agak lama tidak menulis di blog. Bukan sebab malas tapi sebab internet sangat lah slow mungkin sebab ramai yang bercuti dan pulang ke kampung.

Macam mana dengan raya korang? best?

Raya pertama, saya hanya pergi kenalan dan jiran-jiran di rumah lama dekat Sijangkang. Ada la dalam 9 buah rumah saya sekeluarga pergi. Mak dengan ayah la seronok sebab dorang bukan selalu dapat cuti tahunan dari jaga atuk nenek saya. Nasib mak cik saya ada sehari untuk ganti tugas mak dengan ayah saya. Sempat juga kami singgah Sementa. Kenalan lama ayah dan mak juga.

Raya kali ini, saya jumpa beberapa makanan yang tak pernah saya jumpa.

Ini kacang arab. Nama dia macam tu sebab kacang ini dibawa khas dari arab. Nama sebenar tidak diketahui. Rasa dia macam ada mint mint sikit. Sedap. Kecik je. Tapi saiz dia besar sikit dari beras la.


Ini pula kuih ubi bakar. Datang dari arab juga. Rasa saya tak tahu. Sebab saya tak makan. Saya tak minat ubi. Adik saya kata boleh lah. Nampak kuih ni macam bahulu yang ada ceri.


Ini pula adik saya panggil kebab goreng. Tapi sepatutnya roti pita goreng. Dekat arab, makanan ini macam kerepek la. Berasal dari arab jugak.


Masa beraya dekat Kapar, tok abas bagi kami keropok ini. Ala, keropok ikan tapi dari ikan duri. Saya satu keluarga tak pernah lagi makanan keropok ikan duri ini. Sebab ayah tak makan ikan duri jadi ikan duri kami memang tak pernah rasa. hu. Macam batak sikit. Rasa dia sedap juga. Tapi ada beberapa macam sudah liat.


Ini pula favourite saya. Makanan paling best!


Apa makanan yang korang tunggu-tunggu masa raya ni? Dah jumpa. Saya cari batang buruk. Rumah sape ada???

xoxo

Khamis, 1 September 2011

Selamat hari raya semua

[Sticky post. New post: scroll down]

Salam pembuka bicara.

Saya, dhiera dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua reader blog ini dan follower blog ini.


Saya ingin memohon maaf jika terdapat entri-entri saya atau komen-komen saya yang menyinggung perasaan kamu semua. Mohon maaf juga jikalau ada komen-komen kamu yang saya terlepas pandang. Selalu ye saya tak reply komen kamu semua tapi saya lagi suka terjah ke blog kamu semua. Bagi semua follower jika ada yang saya tak follow kamu dan nak saya follow semula, sila tinggalkan link.

Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna untuk kamu semua dan semoga amalan kita semua di bulan ramadhan yang akan berlalu ini akan diterima Allah SWT. Harap kita berkesempatan bertemu di Ramadhan yang akan datang.

Berhati-hati di jalan raya (rasanya ramai yang sudah mula balik kampung). Saya tak balik sebab nenek saya tinggal kat sebelah je. hek. Raya raya jugak tapi hati-hati tu penting ok!

Berhati-hati  jugak dengan juadah raya. Jangan makan semua yang ada. Makan sikit-sikit je. Rasa sekali makanan sudah memadai. Nak pergi banyak rumah kan? Jangan complain berat naik pula ye~

Owh, yea. Jemput-jemput lah datang ke rumah. Nanti boleh dapat ini.


xoxo

p/s: hari ini busy. Up entri pun lambat. he