Selasa, 6 Disember 2011

Rumors pasal HIV

Salam pembuka bicara..

Baru-baru ni, Z selalu dapat sms pasal rumors mengenai HIV yang ada kaitan dengan pepsi la 7up la ape tah lagi. Lepas tu, terbaca status beberapa orang dekat FB pasal yang sama juga. Saya tak dapat pulak sms macam ni.
Saya rasa bertanggungjawab pula nak jelas beberapa perkara pasal HIV yang mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Sebelum ni, saya pernah jadi peer-educator mengajar mengenai sex education dekat sekolah juvana. Serba sedikit perkara mengenai sex education memang kita dah tahu sebab kita ajar orang kan?

**********************************

Cara-cara utama jangkitan HIV berlaku adalah:

a) Sharing needle. Perkongsian alat suntikan dengan orang yang dijangkiti HIV
b) Sexual activity.
Hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral.
c) Dari ibu yang positif kepada bayi semasa dalam kandungan, kelahiran atau melalui penyusuan.
d) Blood transfusion atau pemindahan organ
e) Apa-apa aktiviti yang melibatkan penerimaan darah (termasuk darah haid), air mani, bendalir faraj atau susu ibu dari orang yang dijangkiti masuk ke salur darah seseorang yang belum dijangkiti.

Asas untuk jangkitan berlaku:

1. HIV mesti hadir dalam tubuh orang yang dijangkiti dan keluar dari tubuh dengan secukupnya untuk jangkitan berlaku
2. HIV mesti masih hidup
3. HIV mesti masuk salur darah individu yang belum dijangkiti.

Kebanyakan kes jangkitan HIV adalah melalui pemindahan darah, air mani dan bendalir faraj.

***************************************

See. Statement dekat atas ni, langsung tak ada sebut makanan. HIV tak akan merebak kalau kita bersentuh dengan orang yang dijangkiti, kongsi tandas, lagi-lagilah makanan. Sila jangan percaya sesuatu tanpa selidik perkara sebenar ye.

HIV tak akan mudah merebak macam batuk atau selesema. Kita mesti terima darah atau cecair badan (air mani, bendalir faraj) ke dalam badan untuk dijangkiti. HIV tak akan dapat hidup di luar badan manusia. Lagilah tak logik, untuk HIV hidup dalam air pepsi, 7up dan segala jenis air.

Saya minta jangan ada perasaan untuk stigma atau diskriminasi orang HIV positif ni. Memang ada yang dijangkiti HIV sebab mereka amalkan aktiviti berisiko. Tapi ramai lagi yang dijangkiti bukan sebab mereka sendiri.

Tak percaya, cuba lah pergi melawat rumah orang yang dijangkiti HIV. Pergi lah tengok macam mana masyarakat diskriminasi mereka (especially budak-budak yang tak bersalah). Sedih! Sedih sangat! Bayangkan budak-budak kecik yang aktif, yang comel, yang suka kan perhatian tapi dalam masa yang sama, mereka perlu ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari. Kalau terlewat ambil ubat, ubat tu tak akan bagi kesan apa-apa pada dia. Dan virus akan berubah kepada bentuk yang lain. (kalau yang hebat sains tu, mesti tahu DNA virus boleh bertukar)

xoxo

Sumber: Modul perjalanan kehidupan: Manual Kesihatan Seksual dan Reproduktif serta HIV/ AIDS untuk pembimbing rakan sebaya

16 komen:

CintaZulaikha berkata...

good info

N.A berkata...

saya pun ada dapat sms tu... maaf cakap, sape yang sebarkan tu bodoh sangat ke? ok, kalau orang yang sebarkan tu tak tau cemana cara HIV berjangkit, at least pikir logik je la... atau ada konspirasi nak jatuhkan company?

1 dia sebut "...semua air keluaran syarikat pepsi...bla bla bla... coca cola.."... coke ngan pepsi satu company yang sama ke?

2 kalau betul orang tu letak darah dia, banyak mana je dia leh letak? adakah dia toreh tangan dia pastu tuang darah dalam tong pemprosesan air? satu company keluarkan pelbagai jenama air, kalau setiap jenis air tu dia nak cemarkan dengan darah...tell me, berapa liter dia nak letak? ada ke orang yang waras nak toreh tangan dia semata2 nak curah darah dalam tong pemprosesan air? logik?

3 pesan "dalam masa 3-4 hari ni jangan beli air dari syarikat pepsi..."
heloo... air pepsi ke, air twister ke, air ape ke... hari ni proses, takkan esok dah ade kat 7E depan rumah kot? takkan hari2 air kat kedai tu sold out...cube tengok MFG Date, kekadang tu dah beberapa bulan yang lepas, terutamanya air yang bole tahan lama...

so.. takat nak jatuhkan company2 besar ngan cara murah macam ni, takde efeknya derr... israel serang palestin, orang boikot KFC McD pun still berkembang jugak...


maaf dhiera, komen panjang...hehehe

J.Syazwana berkata...

selalu tengok orang dok post2 link tuh tapi tak pernah baca. malas nak amik port sebab taw rumors je. haha !

btw thanks info taw :)

Izzatul Azma berkata...

Wow dhiera pernah mengajar kat sekolah juvana? terus teringat cikgu zakiah.

Good info ni, thanks for sharing. wpun benda ni semua orang tau kot, asasnya rasa semua org tau kena buat sex, ataupun perkongsian jarum baru boleh berjangkit semua tp biasalah kita kan selalu paranoid. Hehee

aReLaN berkata...

thanks for the info.mntak dijauhkan la dr penyakit2 cmni.hmmm

faizal mohd berkata...

good info.

panda montel berkata...

thanks dhiera.... ko memang terbaekkkk huhu aku rasa nak siat2 je yang forward message ni kat mami and family aku. saje nak condemnkan perniagaan mami... dah la kedai kat kampung jeee... huhu kesian kat mami sangat2. mcm nak nagis je dia call wen... sy jelaskan pada dia mcm mana pun dah mental orang tua.. memang la susah dia nak terima.

dan satu hal nak jelaskan pada org kg yg suke percaya je benda karut mcm tu. sian mami..

thanks dhiera....

Juliet_iRa~" berkata...

ada gak dpt msg ni...tp mcm pelik gak la nk cye ke x..huu

thanks k.dhiera 4 share this..

:)

Pondok Usang berkata...

tepuk dada tanya selera nak minum air ape.. =)

NZ berkata...

erm saya ada dapat sms pasal hal ni..kadang2 berita macam ni nak menakutkan org ramai & membuatkan syarikat tu rugi

mama aini berkata...

thanks sahre info ni..byk sgt cerita2 yg mengarut skrg ni..mereka menyalah gunakan FB he2x..

Tanpa Nama berkata...

yg bgusnye smua org concern.see..? masyarakat msia caring...hehe..

tenkiu utk info nie.. emm..bile takde ilmu mmg problem kan..?haha

Afzainizam berkata...

"Tidak semua yang menghidap HIV atas kesalahan mereka sendiri. .....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

Kancil 8349 berkata...

info yang menarik...apapun amalkan cara hidup sihat...semoga kita terselamat dari penyakit berbahaya nie

Myra Jay berkata...

Thanks Dhiera syer pasal ni..

Kekadang org kita ni cepat percaya dengan sesuatu..

Widi Dede berkata...

jauhi HIV...!!!

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/