Jumaat, 2 Disember 2011

Apasal mabuk sangat ni?

Salam pembuka bicara..

Apa jadah ye tiba-tiba rajin update sehari dua kali? Abaikan dhiera yang kebenggongan hari ini.

Serius hari ni, saya rasa macam ni awang-awangan. Semalam saya selesema. Musim tengkujuh kan sekarang. Nyamuk pun nak yang besar je. Gara-gara, selesema semalam, saya mencari ubat selesema saya. Saya punya ubat special. hahaha. Tipu.

Kalau selesema, saya hanya makan 2 jenis ubat sahaja.

Pertama, saya akan memilih clarinase. (ini nama ubat yang saya akan makan kalau selesema ye). Tapi tapi saya lupa mana saya letak ubat saya. Cari-cari tak jumpa. Saya sangat respect pada clarinase sebab makan sebiji terus baik selesema.

Kedua, panadol soluble. Tapi kesan dia sangat lah slow macam siput. Mahu 2 3 hari baru elok dari running nose ni.

Disebabkan weekend nanti, (besok secara tepatnya) saya akan pulang ke Jengka. Ok. Ini tipu lagi. Pergi wedding my bestie (junior operation manager dekat HQ lab tempat saya bekerja) di Jengka tapi bermalam di rumah orang tua Z (yang kini menjadi tunang saya), saya inginkan selesema ini pulih dengan segera.

Jadi, malam tadi saya mencari-cari ubat selesema yang beri kesan pantas dalam peti rahsia ayah saya pula. Kemudian, saya terjumpa cetrizine HCl. Di luar tulis ubat gatal. Disebabkan saya belajar basic medical, saya tahu ubat ini juga ubat selesema. Cek expired date bulan April 2013. Jadi, terus makan.

Seingat saya ubat ini bukan jenis ubat yang mengantuk. Saya memang tak suka makan ubat yang bagi kesan mengantuk ni. Paling boikot, ubat piriton! Sebab 48 jam, saya akan tidur sahaja tanpa makan dan minum. Tapi, saya rasa cetrizine ni bagi kesan mengantuk pada saya.

Sebab:
1. Bukan cara saya, dah dikejut bangun kemudian tidur balik.
2. Bukan cara saya, mamai ketika memandu.
3. Bukan cara saya, memandu sambil fikiran kosong, terawang-awang sehingga tak dapat fokus.
4. Bukan cara saya, bekerja tapi fikiran kosong, tak tahu buat apa dan macam mamai
5. Ini cara saya menulis blog tapi tak mengantuk. hek. Masa taip ni, rasa macam tak mengantuk (tapi macam mamai) tapi saya taip je apa yang keluar dalam kepala.

Kesimpulannya, saya nak tidur sekarang!

xoxo

14 komen:

kak aishah berkata...

Moga dhiera cepat sembuh.

BENA berkata...

memang mamai betol la sis nih . hehehe ;) datang jengka. turun la kuantan jugakkkk . hee ;)




#bena susah nk kena selsesam, demam dan segalai bagai . tapi bila da kena teruk gile. tapi bertahan xmo makan ubat. *penakut* . heee ;)





semoga sihat2 tauuuuu ;)

J.Syazwana berkata...

haha.
dah dah pergi tido.

esok pon kene teman akram pegi wedding kawan dia.

baru nak pergi sopink.
haha !

a berkata...

clarinase tu amek kat doc or beli kat farmasi? anyway get well soon dear =)

Tanpa Nama berkata...

selamat tidur la. sebenanya ko tgh ngigau ni. hahahahaha

Run Away berkata...

musim owg selsema skrg ni..;d...harap awk akan ok..;d

~Sal Ismail~ berkata...

tido tido!~ ;p

gud nyte~

mama aini berkata...

semuga cepat sembuh..memang clarinase sgt berkesan dr panadol soluble !!!..ubat tu yg doc.PPUM syorkan bila mama selesema..

Afzainizam berkata...

cetrizine ni kira antihistamin selalunya digunakan untuk alahan pada kulit kan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

panda montel berkata...

dhiera, wen pun domam niii huuhuhuhuhu...

L berkata...

hehhe aku suka no 5.. hek4


jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

ubat sesema ape tu?meh bagi kat cma ckit..
cma pun sesema n batuk2 ni...huhu..

semoga kita cempat sembuh :)

ewanthology berkata...

ketika menghembuskan hingus adalah saat paling awesome ketika selesema.. ahakss

cik azeya berkata...

get well soon ^^