Jumaat, 16 Disember 2011

Perkara pertama kali

Salam pembuka bicara..

Semalam buat pertama kalinya sepanjang perkenalan..

sumber: google

bercakap dalam telefon buat masa yang panjang dengan tunang. hek. Semuanya sebab discuss pasal..

sumber: google

Terima kasih buat keluarga dan orang tua kami kerana memberi kepercayaan kepada kami. Seperti yang saya harapkan saya tak mahu nilai hantaran diketahui orang kecuali orang-orang terdekat. Z juga mempunyai hak untuk tentukan segala yang dia ingin beri. Malah, masa bertunang tempoh hari ayah tak ada sebut mengenai hal ini. Yang pasti, ayah katakan biar semuanya kami yang tentukan kerana itu semua milik kami dan kami yang membina kehidupan kami.

Rasanya buat masa ini, apa yang saya harapkan itu berlaku. Tiada siapa yang tahu kecuali orang-orang terdekat. Saya tak mahu majlis meraikan kami terdapat ada yang mengata itu dan ini. Jadi, biarlah orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami. Kau murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami, kuatkanlah kesabaran kami. Aminnnn~

Eh, sebenarnya nak cakap pertama kali cakap dalam tempoh yang lama dengan Z dalam telefon. hekhek. Ke laut sudah.

xoxo

25 komen:

::Aja:: berkata...

elehhhhh.hihi..aja tau.wooottt3~

Kakzakie Purvit berkata...

Mesti habis cakap je baru sedar telefon dan cuping telinga panas sebab lama sangat. Baguslah dik... berbincang tuk kebaikan...

J.Syazwana berkata...

jangan lupe jemput.
keh keh keh
:D

MrS dOdOt_ShyG berkata...

so sweet....!!!! pape pn rini doakan sumenye berjalan dengan lancar.. aminnn.. :)))

N.A berkata...

Amin~~

Dhiera... apepun kite memang tak dapat elak untuk orang bercakap pasal majlis kite...

ape yang saya buat ialah lapangkan dada...senyum senyum senyum and anggap je orang tu caring kite dan... kalau bole kawal marah tu...lebih2 lagi bile dah dekat big day kite...

sebab bile kite emo, tension, marah... gelombang2 negatif ni boleh menarik benda2 yang tak best jadi kat kite... mintak jauhkan.

good for you rahsiakan wang hantaran. P n C. dot.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

hope segala peranangan dan perjalan majlis tu anti berjalan dengan lancar yer...

p/s : mulut orang memang susah nak tutup :)

CintaZulaikha berkata...

aminnn..semoga dipermudahkan segala urusan dhiera k..:)

cik dila berkata...

dah mcm dekat je ni...hehe..

jd nak duduk sijangkang ke after kawen?

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

huhu..sesi membincangkan tentang pengurusan/ perbelanjaan mase depan..

insyallah..semoga dipermudahkan segala urusan kalian.. :)

YouSOF berkata...

Aminnn.. Semoga semuanya lancar.


Nilai hantaran yang baik adalah nilai yang sederhana.. Betul, lebih elok cuma orang tertentu je yang tahu..


Dah lama tak borak lama² dalam telefon, mesti kekok dah..

dear anies berkata...

ooo maknanya sblm ni ckp 2-3 minit je ke

Pocket berkata...

memang kelaut dah. hehe.
so sıla lah belı frenz n famıly package.
moga ckp lama lama pung tak beban kan bıl

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

isnyallah semuanya baik2 sj:) goodluck for ur future sis! selamat diijabkabulkan nnt!

Fara berkata...

InsyaAllah, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Selamat Pengantin Baru, wish awal2 sebelum orang lain :)

Semoga dipanjangkan jodoh antara akak dan pilihan hati, syukur.

faizal mohd berkata...

wah bagusnya ada mak ayah macam tu.
btw, semoga dipermudahkan dalam segala hal.

nabilah_2908 berkata...

moga Allah permudahkan segala urusan yer... :)

~Sal Ismail~ berkata...

sudi2la jemput ye..nnt kami geng2 blogger serbu~ hehe

mama aini berkata...

semuga dhiera berbahgia selama2nya !!..amin..sweet sgt pasangan bertunang ni !!..he2x..

E'in berkata...

bape lame tu ek? e'in penah dgn bf bergayut dr pukul 10 mlm sampai azan subuh.. baru tido.. hahaha..

Wanie berkata...

hehe..Z jugak ye dhiera? :D
bape jam tu gayut?

Juliet_iRa~" berkata...

wahh..hee..bagus2..:D

selamat membuat preparation sis!

Cik Anita berkata...

wah. mesti dalam mood berbunga-bunga kan? semoga segala urusan di permudahkan. amin. :)

Ungu Violet berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan...amin

mummyrinazone beauty berkata...

wahh nak mendirikan masjid..selamat yea dik

Afzainizam berkata...

yuppppp semoga mudah dan lancar hingga majlis kahwin nanti.... buat preparation senang nanti kalau dah nak dekat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim