Sabtu, 10 Disember 2011

Pasal baju pun kecoh

Salam pembuka bicara..

Pada suatu malam, mak saya kata

"kakak beli lah baju baru (baju kurung sebenarnya)".
"ala, tak payah lah baju semua elok-elok. almari pun dah penuh. lain la dapat almari baru yang besar". 

Memberi hint di situ.

"beli aje la. asyik pakai baju yang sama je."

****************

Saya pergi kerja memang pakai baju kurung je. Senang walaupun malas ye nak iron baju. Selepas, didesak-desak. Ayah siap bagi seratus suruh beli baju baru. Tapi saya pulangkan semula. Dalam hati, baju aku teruk sangat ke? Saya mengalah.

Dan bermula mencari baju baru. Saya tak reti nak shopping baju sebenarnya. Selalu mengharapkan pandangan orang lain.

Masa masuk satu kedai ni, terus saya tanya dekat kakak kat kedai tu

"kak, baju kurung terbaru ada?"
"ada kat sini dik". 

Saya tengok semua baju baru dia, stok-stok orang nak pergi nikah jerk. Jadi, tak berkenan. Pusing-pusing satu kedai, jumpa baju yang saya berkenan. Cari saiz S tapi tak ada.

"kak, saiz S tak da ke?"


Kakak tu cari kemudian cakap

"dah habis lah dik. kalau adik nak baju ni akak boleh alter".

Akak ni pandai betul pancing. Macam tahu-tahu je kalau saya kata nak jawapan ye tetap nak walau seribu kali bertanya.

Akhirnya, saya cuba saiz M. Alamak, besar sangat la plak. Akak tu tengok dia kata kalau nak kecik kan kena kecik 2 inci kiri kanan. Dia suruh saya try saiz XS.

"tak mahu. Nanti baju ni ketat. Kecik kot saya pakai saiz XS"

Kakak tu tetap suruh saya cuba. Sedap kan hati kakak tu, saya pun pakai. Keputusan ye, baju XS ni besar bila saya pakai. Dalam hati cakap kenapa besar ea?

****************

Lepas tu pergi kenduri kahwin, kawan tanya

"dira, baju tunang hari tu baju kamu kan?".
"A'ah, kenapa?"
"macam bukan baju kamu. baju tu nampak besar dari kamu"


Saya cakap dalam hati, yeke? macam ok jerk.

****************

Baru-baru ni tunang tanya saya

"dira tak nak beli baju baru ke?"
"kenapa nak belanja ke?"

Pelik sebab dia tak pernah nak beli kan saya baju ke apa.

"yela, asyik pakai baju yang sama je"

Dalam hati, kenapa semua complain baju saya ni?

****************

Motif entri ni : saya dah kurus sikit gara-gara muat pakai XS. hahaha. Tapi kenapa semua suruh saya beli baju baru? Ya, saya tahu saya bukan kaki shopping baju.

xoxo

19 komen:

CintaZulaikha berkata...

cam tajuk entri tu kata..pasai baju kurung pon nak kecoh..hehehhe...sabor je laaa..

semutsengal berkata...

weeewiittt,

tunang tanya mesti terus beli kankankan ?



HAHAHAHAHAHHA

NZ berkata...

best nye semua nak belanja baju..kalau saya nak aje..hehe

faizal mohd berkata...

haha. baik beli baju baru. HEHE. :)

~Sal Ismail~ berkata...

mmg dah masanya tambah koleksi tu~ ;)

syafiqa berkata...

haha kelakar ok.
beli lah baju baju.untung ada org sponsor.
kehkeh.

aReLaN berkata...

ok la tu.mksdnya org notice sumthing on you.hehehe..gilah beli klu dh sme nk sgt dhiera bli.

Izzatul Azma berkata...

Hehehee semua pun suruh kamu shopping

Wanie berkata...

haha..kalau ade yang nak belikan xpe gak kan..ni tanye je?

mama aini berkata...

dhiera..murah rezeki dhiera !!!..kalau mama terus angguk kepala sambil cakap nak2..nak pilihkan 4,5 helai ke !!!..org nak belikan kan !!..he2x..

JHaZ KiTaRo berkata...

salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

Ct Aja berkata...

hihihiihi...kesimpulannya kena naikkan bdan semula barula muat baji lama, dan xyah beli baju baru..iikikiikik

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

hehe..da kurus ke...??
tahniah le..cma tgh struggle nk turunkan berat badan ni..
hehe..

cma da lama x sopink baju baru...baju kurung..

BENA berkata...

uik uik . dah kurusssssss? wah ! best la time sanding nanti. cewahh . hee ;)


copcop ! opismate kutuk bena kot pakai bju sama g keje . MENCIk !

afzainizam berkata...

eeemmm ramai yang jadi kaki hasut... isshhhh peduli lahhh

kadang kita kena yakin .... apa yang kita buat tu betull dan tak membazir...

membazir amalan syaitan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
pemasangan ladam kuda

Myra Jay berkata...

Hehee, sebabnya Dhira dah kurus la tu, baju lama semua mnampakkan Dhiera berisi :)

J.Syazwana berkata...

kenapa akram tak pernah tanya nak beli baju baru ke tak ni. oh sedih. haha :P

mummyrinazone beauty berkata...

oklah tuh takyah diet..nak kawen nnt kena test baju btl2 nnt tanggal plak.haha

lia fen berkata...

kbtulan lia ade jual bju..tlg org jualkan jek..jom tgk..