Khamis, 1 Disember 2011

Hari-hari terakhir bulan november

Salam pembuka bicara..

Dalam hidup, ada suka ada duka!

28 Nov adalah hari lahir adik bongsu saya yang comel lote itu.

Ayah beli kan kek coklat tanda menyambut hari lahirnya. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki adik! Semoga berjaya dalam segenap ruang dan cita-cita yang ingin dikecapi! Tahun depan PMR buat elok-elok ok~ huhu


29 Nov pula adalah hari lahir adik bongsu tunang saya. hoho. Kami masih berfikir untuk belikan apa.

Semalam (30 Nov), ayah kepada rakan rapat saya yang tersayang, pakcik tajudin telah kembali ke rahmatullah di hospital ipoh. Saya sangat terkejut dengan berita ini. Ingat kan, kakak ipar rakan rapat saya ni main-main. Rupanya betul. Saya speechless. Masih terbayang-bayang arwah yang senyum pada saya dan rakan-rakan masa saya datang ke majlis perkahwinan rakan rapat saya. Arwah sangat ramah orangnya.

Beberapa minit selepas itu, satu lagi berita yang saya terima. Salah seorang rakan pula kembali ke rahmatullah kerana jangkitan di otak. Lagi lah saya speechless. Kalau dengar berita pertama, saya nak menangis. Dengar berita kedua, ya saya menangis.

Hidup dan mati itu di tangan Allah SWT. Kita kena redha dan redah. Ya Allah, moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Doa jangan pernah putus! Takziah kepada seluruh keluarga dan Al-fatihah untuk arwah.

xoxo

20 komen:

CintaZulaikha berkata...

banyak btol yg sambut besday akhir2 bulan nih...cam tau2 ja dah nak bonus..hehe

aReLaN berkata...

hepi bday buat yg berkenaan n takziah juga diucapkan.sabar ye dgn sme ni.hmmm...

Kakzakie Purvit berkata...

Begitulah dhiera... kita tak tahu dlm riang kita menyambut birthday kita ada jug yg pergi utk selama-lamanya...

J.Syazwana berkata...

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. aminnn :')

faizal mohd berkata...

yang pergi takkan kembali. semoga tenang di SANA

Juliet_iRa~" berkata...

al-fatihah..

ada suka dan duka kan setiap hari..

panda montel berkata...

lumrah manusia kan dhiera...

cik dila berkata...

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. InsyaAllah,amin.

mummyrinazone beauty berkata...

hepi buffday pada yang menyambut..n al fatihah pd yang takkan sambut buffday lagi tuk selamanya

m berkata...

salam disember dan ombak rinduuu hee.. btw pic tu sharp sgt!

mama aini berkata...

`hepi belated bezday` buat mereka !!!..Al-Fatihah buat yg pergi..semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

ciK LyndaWawa berkata...

happy bday...semoga panjang umur dorang..=]

Myra Jay berkata...

Ada kenangan suka dan ada duka :-)

syuxer berkata...

selamat hari lahir untuk adik kamu..:)..

al-fatihah kepada ayah kepada rakan rapat awk..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

ye kita harus mempersiapkan diri kita menanti saat menanti nyawa dicabut..

E'in berkata...

alfatihah utk mereka..

Wanie berkata...

budak2 suke la kek yg macam ni..wanie tak suke yg putih tu <-- aisen ke namenye, lupe sudah..kui3

fiezah91 berkata...

al-fatihah untuk kawan ayah dan rakan tu

Ungu Violet berkata...

alfatihah..

takut mengenangkn amalan yg tak cukup lg nih...huhu

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

alhamdulillah....selamat hari lahir utk dia..

dan tkziah jgk utk ayahanda kwn cik dhiera..

Afzainizam berkata...

Happy birthday to you happy birthday to you
Happy birthday happy birthday happy birthday to you

Selamat ulang tahun kami ucapkan
selamat panjang umur kita kan doakan
selamat sejahtera sehat sentosa
selamat panjang umur dan bahagia

takziah pada keluarga ayahanda kwn cik dhiera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta