Selasa, 1 November 2011

Aku tak bodoh

Salam pembuka bicara..

Sila percaya saya baru je tengok cerita 'aku tak bodoh' ahad hari tu. Kesian kan? Cerita tahun lepas kot ni. Tengok melalui youtube je. Cerita ni adaptasi dari cerita cina "i am not stupid" arahan Jack Neo tu.

Saya suka pengajaran yang ada dalam cerita ni. Saya senaraikan beberapa babak yang saya ingat dalam cerita ni

Kebanyakan orang dewasa, mereka menganggap sikap mereka yang suka membebel itu adalah salah satu cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak. Bila dah selalu sangat budak-budak ni dibebel, dorang pun mulalah amalkan istilah "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"


Selalu sangat anak-anak tidak diberi peluang untuk membela diri mereka sendiri. Bila anak-anak mula nak defend diri, orang dewasa kata mereka nak menjawab. Bila mereka tak mahu cakap, orang dewasa cakap "kenapa? Kena sampuk?". Nak jawab salah, tak nak jawab pun salah.

Orang dewasa suka cakap lain, buat lain. Dalam cerita ni, mak bapak si Roy dengan Jefri selalu kata 'masa tengah makan, jangan sms, jangan jawab telefon'. Tapi bila hp mak bapak dorang yang berbunyi, boleh pula jawab. Sepatutnya, orang dewasa kena jadi contoh pada anak-anak tapi yang berlaku lain pula.

Sikap ibu bapa yang tak beri perhatian pada anak-anak, sibuk dengan kerja dan selalu marah-marah akan menyebabkan anak-anak jadi bermasalah sebab dorang nak kan perhatian.


Buang sekolah tak selesaikan masalah tapi menyebabkan lagi banyak masalah-masalah sosial. Sebab budak-budak ni, dah la tak dapat perhatian ibu bapa, tak bersekolah, sah-sah banyak masa mereka yang terbuang dengan cara yang tak produktif macam melepak, kacau orang. Last-last, mereka mencuri

Paling best adalah part cara budak-budak berfikir, mereka fikir kalau dorang pegang tangan, lari-lari keliling pokok boleh sebab kan perempuan mengandung sebab pengaruh TV dari cerita hindustan. Hindustan kan selalu ada aksi-aksi nyanyi-nyanyi, golek-golek kat tanah, pusing-pusing pokok. hek. Pandai pula bagi makan nenas sebab nak gugur kan kandungan.

Bila anak dah tolong mak atau ayah dia, instead of bagi penghargaan atau cukup dengan ucapan terima kasih, anak-anak dimarah sebab berani pegang barang-barang dia. Sedangkan anak-anak ni, nak kan mak atau ayah dia bangga dengan kebolehan dia.

Saya paling suka bila ayah budak-budak ni cakap "tak ada anak yang tak boleh diajar tapi ada ayah yang tak pandai mengajar". Kalau ada yang belum tengok cerita ni terutamanya yang sudah bergelar ayah dan ibu atau yang bakal-bakal kahwin tu, saya rekemen tengok lah cerita ni.

xoxo

22 komen:

oya berkata...

memang budak2 pikir lain kan..bijak kekadang

dear anies berkata...

mmm not bad jg...
bleh layan nnt cite ni!

terpatrisinarabadi berkata...

nak kene tengok ni, macam best jer :)

cik pha berkata...

aku tak tengok lagi cite nie,nt aku nk kwen aku tengok hehhehe

Akue Achik berkata...

movie ni mshada dlam external, tp xpnh bka..huhu

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

huhu...blm bekesempatn nk tgk citer ni...
movie im not stupid tu ade kat library ni..

^^_

syahirooAhmad berkata...

saya pun dah tengok cite nih.. dari 5 bintang, saya kasi 3..tapi masa gezet nampak cam biase gila..

budak-budak zaman skg berbeza dgn dulu..sgt berbeza, kecil-kecil lagi mereka dah didedahkan dgn dunia sebenar.. tak macam kita dulu, mana ada internet.. hiburan or maklumat tersangat terhad dan hanya berada diseliling kita.. skrg ni dgn astro nye.. dgn hpnya,ps3 game, ipad, sgala2nya mudah..

Mungkin atas sebab itu juga diorang lebih cepat mempelajari sesuatu dan tak mustahil mengapa mereka suke "menjawab & membantah"

tapi kalau ikotkan budaya melayu yg penuh dgn adab dn sopan santun.. sesetangah perkara kita terpaksa akur.. tak perlu menjawab, sekadar diam sebagai tanda respect kepada org yang lebih tua dr kita..

Hana Soffelia berkata...

Macam bestlah cite ni bila dgr ulasan Dhiera. Harus tgk ni..

aReLaN berkata...

xsmpt nk tgk cter ni lg.nnt la download.pengajaran utk sme yg bakal n dah jd ibu bapa.heheh

faraherda.razalan berkata...

Entri nie bagus. Based on AKU TAK BODOH tu...

Sy jugak pnh jdk budak2. Sy pnh mengadap bebelan org tua.

Tapi, satu hari nanti bila kita sudah jdk ibubapa...kita juga akan bt perkara yg sama pada anak2. Sebab apa? Sebab kita sudah diajar begitu...

nabilah_2908 berkata...

ha..sy tgk cerita ni...tgk masa mula2 di tayangkan lagi..org nk belanja tgk wayang...on je la..hehe.. :)

cerita ni adaptasi cerita dari Singapore..mmg sarat dgn pengajaran.. :)

part best...

F.A.M.I.L.Y

Father & Mother I Love You (^_^)

Tanpa Nama berkata...

lepas baca review ni baru terasa nak tengok. ok. akan diconsider utk donlod jap lagi. citer ni da lame kan.

ILA HonEyBuNNy berkata...

ila xtengok pun....nanti tunggu ila balik rumah leh tgk...ada ja cd d umah..ehhee

Run Away berkata...

nak tengok juga cete ni nanti..;d

N'Craft berkata...

tak pernah tengok lagi la. tapi ye jgk, kalau parent sibuk2 nak marah anak itu ini tak boleh tapi parents sendiri yang buat...tak kemana jugak., last-last anak tak hormat parent. cakap apa pun tak akan ikot punya la. hihihi

mama aini berkata...

dhiera mama tak sempat lagi tgk movie ni ..nanti mama tgk..hu2x..

::Aja:: berkata...

cite ape ni?xsempat lagi nak tgk ape2 movie sekarang..xde geng dah.huhu..dira..kalo trun kl jgn la lupe sy..sob3

semutsengal berkata...

91 ?

16 ?...

ctk berkata...

ct pOn baru je tgk cter neh bulan lepas...memang sedih laaa..huhuhu...
bab yg mengandung tu xley bla..dorg percaya bende2 yang dorg liht dalam tv tuh...ish3..budak2 skrg bijak2

Juliet_iRa~" berkata...

thankss share!
nt blh tgk..

:D

BENA berkata...

kite tengok cte ni time dekat opis. best ! banyak sangat benda yang logik .



tapi suke bab dia pimpim tangan n pikir boleh ngandung . n suruh makan nenas. haaahahah . gile lawak time nih ;)

Kancil 8349 berkata...

memang betul tu....cakap tidak serupa bikin....kalau dah larang kita pun kena buat supaya menjadi contoh...tapi ramai gak taw cakap...sebab tu bebudak nie mudah memberontak